Friday, February 15, 2013

Realiti Kehidupan!





Jiran saya sentiasa memberitahu - kita dan jiran-jiran dah kira sebagai keluarga sebab apa-apa hal berlaku  anak-anak dan keluarga jauh belum tiba, jiran - jiranlah  yang datang menjenguk dulu.

Ramai orang kata, kita kena ada anak ramai supaya anak boleh menjaga kita di hari tua nanti, sedangkan  pada hakikatnya anak yang ramai tidak menjamin kebahagiaan kita di hari tua. Bagaimana pula perasaan mereka yang tidak mempunyai anak, sudah tentu rasa takut dan gerun, membayangkan bila tua nanti mereka akan terlantar bersendirian.

Ada ibu yang mati keseorangan dalam bilik tidur sebab anak yang tinggal bersamanya tak pernah menjengah ke bilik ibunya - pagi-pagi bangun pegi kerja, malam baru balik, penat terus masuk bilik sendiri. Alasannya dia sibuk dan penat. Tak pernah terlintas di hatinya bahawa ibunya akan jatuh sakit, pengsan, akan dapat stroke tak boleh bergerak atau sedang nazak atau dah mati.......


Anak ramai, anak seorang atau tiada anak -  sebenarnya kita semua tak tahu apakah kesudahan yang akan kita lalui . Kita kena berbaik sangka dengan Allah dan sentiasa memohon untuk mendapat husnul khatimah...





No comments:

Makan Kerak Nasi

Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur ...