Friday, March 1, 2013
Kisah Isteri Empat ....2
.......sambung kisah isteri 4......
Ustaz kata isteri ke 4 yang dia paling sayang dan akan bagi apa saja kehendaknya dimaksudkan ialah diri seseorang itu sendiri. Katanya kalau seseorang itu hidup ikut nafsu - iaitu lebih mementingkan kemewahan, keduniaan dan tak hiraukan akhiratnya bila mati dia sendiri yang akan menanggung akibat di atas segala perbuatanya .
Yang dimaksudkan isteri ke 3 ialah ahli keluarganya yang lain-lain , iaitu dia akan menjenguk mereka sekali sekala dan kalau dia mati sanak saudara hanya akan menghantarnya sampai ke kubur sahaja, lepas pengkebumian, mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing.
Isteri ke 2 pula hanya akan menemani dia hanya ke bank itu dimaksudkan, bila mati harta tak boleh bawak masuk kubur. Semua harta benda yang tinggal selepas kematiannya ialah - harta itu akan di faraidkan pada semua pewarisnya.
Akhir sekali isteri ke 4 itu ialah amalan dan amal jariahnya - akan ikutnya masuk ke kubur dan akan menjadi penyelamat dan pelindung dirinya dari fitnah kubur .
Sebenarnya , isteri saya satu saja, saya tak ada 4 isteri macam yang saya katakan tadi.
Orang muda yang bertanya tadi masih lagi ada blur sikit, tapi akhirnya dia dapat tersenyum - sebab baru nampak perbandingan yang dibuat oleh Ustaz tadi.
Acik dan akak yang ramai-ramai tadi mula tarik nafas ...legaaa.....maklumlah, kalau ustaz yang muda tu dah ada 4 barrel , ia akan memberi semangat baru pada tok laki yang ramai-ramai tu - supaya memenuhkan quota masing-masing!
Ikut tok gurulah kata kan.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah Jadi Bionic Women
Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ial...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment