Saturday, May 11, 2013

Kenduri Kendara



Ramai yang kata kalau kita buat kenduri besar, walau macam mana kita buat bagi elok mesti ada cacat celanya. Hidang makanan yang sesedap mana pun mesti ada yang tak menyukainya. Sebab tu ramai yang kata, bagi makan pada kanak-kanak dan orang miskin lagi baik, mereka akan makan apa yang dihidangkan dan tidak akan komplen!

Untuk menjamu kanak-kanak kena pilih makan kesukaan mereka. Beri mereka makan yang elok-elok. Walau pun mereka kanak-kanak tapi mereka peka pada makanan yang sedap dan yang tak sedap. Jangan terperanjat kalau bila kanak-kanak makan tiba-tiba mereka meluahkan makanan itu, atau buang terus atau terus kata, tak sedaplah!

Dalam sebuah majlis walimatul urus seorang tetamu mengatakan bahawa melalui pengalamannya,  tetamu yang datang  memang looking forward nak makan nasi kenduri  - jadi makanan yang disediakan kena sedap. Ramai juga yang mementingkan aspek hiasan tapi tidak mengambil berat tentang mutu makanan.

Mungkin makanan yang dihidangkan itu tidak memenuhi citarasanya - atau mungkin jugak ada kebenaran dalam apa yang dikatakan tu!



No comments:

Cuaca Di Bulan Ramadan

  Pemandangan di luar tingkap Hari ke 27 Ramadan - 2026 Pukul 10 pagi   Langit sangat biru sehingga pukul 11.30 Selepas itu baru timbul awan...