Tuesday, May 6, 2014

Best Jadi Orang Besar....






Boleh jerkah-jerkah orang boleh maki-maki orang........

Iye ke?

Pernah berlaku pada seorang pegawai tinggi yang kena hampok dek  orang atasan dia aka menteri  kerana tidak meluluskan permohonan anak buah seorang  yang ternama.

Dan cara dia menghampok tu sungguh tak beradab sekali, iaitu menjerit-jerit marahkan pegawai tinggi tu depan semua staff . Lepas tunjuk perangai buruk tu relaks je masuk bilik, tak rasa bersalah dan yang penting sekali tak rasa malu atas perbuatannya .

Masa dulu  ada yang ingat kementerian yang dikendalikan itu macam harta makayah dia sendiri, dan tak terfikir satu hari nanti dia tu akan kalah pilihanraya dan hilang jawatan.

Tapi Alhamdulillah sekarang ni ramai yang dah tak berani nak buat tak tentu kalu. Kalau tidak... cerita mereka akan tersiar meluasnya di cyber space! Hah, dia pulak yang kena maki!! Maklumlah kalau nak maki orang boleh anonymous!








No comments:

Makan Kerak Nasi

Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur ...