Monday, August 17, 2015

Baik Malu Kecik Jangan Malu Besar




Bayangkan seseorang pemimpin yang telah terkantoi buat kesilapan dan rakyat keluh kesah mahukan pemimpin turun/undur/tidak mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Kalau beliau seorang yang berpandangan jauh dan sayangkan parti/negara mengatasi sayangkan kekayaan/kekuasaan ( yang tak akan kekal selamanya ) gunalah peluang yang ada UNDURLAH!! dengan cara terhormat. Mungkin lama kelamaan rakyat memaafkan dan melupakan perbuatannya yang tidak tidak boleh diterima ramai ( melainkan penyokong-penyokongnya yang tak berbelah bagi (?) tuh! )

Jangan sampai pemimpin dijatuhkan - dalam keadaan rakyat yang sedang marah mungkin pemimpin itu akan hilang segalanya malah akan dikutuk dann dicerca.. ( atau dihadapkan dimuka pengadilan .....kalaulah ada yang berani@kalau ada kes )
Kalau pemimpin itu tidak ada perasaan malu/bersalah/menyesal - ingatlah anak cucu dan keturunannya yang akan datang - akan mendapat tempias dari perbuatannya!

Pendek kata kalau majority rakyat dah menolak pemimpin tu janganlah buat muka saden atau buat selamber derk je.......Bagi peluang pemimpin lain yang lebih jujur dan amanah dan tak menunjukkan kekayaannya pada dunia dengan menggunakan duit yang bukan hak dia!






No comments:

Cuaca Di Bulan Ramadan

  Pemandangan di luar tingkap Hari ke 27 Ramadan - 2026 Pukul 10 pagi   Langit sangat biru sehingga pukul 11.30 Selepas itu baru timbul awan...