Saturday, November 28, 2015

Cinta Itu Buta....


Love is as blind as a bat

Kak Tipah kawen dengan Abe Leh kerana cintanya pada Abe Leh. Sudah kahwin hari - hari bergaduh, riuh rendah sampai ke tengah jalan orang boleh dengar pertengkaran mereka

.....pemalas asyik membuta siang malam -  pegilah cari kerja nak tanggung anak bini....

Puas begaduh dan bertengkar akhirnya bercerai berai. Kak Tipah balik bawa anak ke rumah mak dia dan Abe Leh balik melenggang ke rumah mak dia.

Tak lama kemudian Kak Tipah kahwin lain tapi setelah beberapa tahun kemudian dia bercerai degan suami barunya. Tiba- tiba dengar cerita Kak Tipah kahwin semula dengan Abe Leh - dan hidup bahagiatakbahagiabergaduhberbaikbergaduhberbaik dengan Abe Leh yang kerjanya asyik membuta dan pemalas tuh!

Mungkin Kak Tipah seronok ambik upah menjahit baju ...takde orang nak kacau pekerjaannya yang sepenuh masa tuh!



No comments:

Makan Kerak Nasi

Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur ...