Wednesday, March 14, 2018

Pantai Hiburan Kuala Rompin


Selalunya pada waktu ombak kuat ( pada musim tengkujuh dan Tahun Baru China ) orang Rompin tak pergi berenang ke tengah laut.
Kuala Rompin berhadapan dengan Laut China Selatan, kadangkala ada undercurrent yang kuat di dasar Laut.
Bendera merah ni dinaikkan sebagai amaran -  demo kato 'don't die yourselves in the rough sea'  a.k.a jangan pi dok terjun tak tentu  kalu! Main kat gigi air je!



Balik Rompin kali ni ada pulak signboard baru - melarang orang melakukan maksiat di kawasan pantai...terutamanya dari kalangan orang- orang muda. Kalu dok nikoh lagi jangae dok lepak kat tepi pantai malam- malam buta. Yang dah kahwin kena bawak kad kahwin kalau berdua-duan dalam gelap. Kalau kena cekup pun taklah kena pegi pejabat Qodi bayar denda!



Pendek kata pihak berkuasa kena menjaga kebersihan pantai dari sampah hingga kepada orang- orang yang melakukan maksiat ( ? ).
Selain itu memberi amaran supaya orang ramai berhati - hati semasa mandi laut....


No comments:

Makan Kerak Nasi

Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur ...