Wednesday, October 3, 2018

Paku Pakis


....di kawasan rumah

Masih ingat masa kecik dulu arwah mak suka tanam paku pakis, dibubuh dalam pasu dan di letak dalam rumah, dekat kawasan meja makan.
Mak saya panggil pokok pan. Saya pun sampai besar dok panggil pokok pan jugak...
Bila dah naik sekolah menengah baru tau pokok pan tu ialah ' ferns ' dan ianya ialah paku pakis!

Bila dah pencen seorang sahabat bagi saya sepasu pokok pan, tapi dek kerana tak cakna habis kering pokok sepasu . Mana taknya ....dok harap air hujan je....


Akhirnya saya alih ke atas tanah dan ia terlindung dari pancaran matahari, lama-lama ia tumbuh dengan eloknya dan membiak dengan gembiranya di belakang rumah!

Pendek kata saya dah menebus kesalahan saya mendera dia selama ni...haha!

No comments:

Cuaca Di Bulan Ramadan

  Pemandangan di luar tingkap Hari ke 27 Ramadan - 2026 Pukul 10 pagi   Langit sangat biru sehingga pukul 11.30 Selepas itu baru timbul awan...