Sunday, January 27, 2019

Tiada Perlindungan Insuran...


Apabila membaca berita di Malay Mail online rupanya hampir separuh dari 14juta tenaga pekerja di Malaysia tiada perlindungan Socso. Ini menguatkan lagi kebimbangan kami apabila mengambil pekerja rencam (setiap dari kami ada pekerja rencam masing- masing yang boleh buat macam-macam kerja )

Ada tukang repair dan renovate rumah ( selalunya buat semua kerja )
Ada tukang letrik,
Tukang paip,
Ada tukang tebang pokok
Dan lain-lainnya yang datang menyelesaikan masalah rumah masing-masing

Setiap kali panjat bumbung rumah saya jadi gerun..
Syed, mu panjat tinggi- tinggi tu jaga sikit, mu kena beli insuran...
Eh , takpe kak...biasa je panjat bumbung rumah nih! Lagi pulak bini saya beli doh insuran untuk saya..( mugo bini dia kerja bank )

Tapi pembantu dia, tak tau macam mana takut kalau- kalau berlaku kemalangan semasa bekerja di rumah kita ( wal'iya zubillah ) berat sikit tu. Kalau kemalangan itu menyebabkan dia tak boleh kerja beberapa bulan,terasa bersalah pulak...walau pun bukan salah kita...

Pekerja rencam begini kerja gaji hari, ada kerja ada gaji.Tokey dia pun macam tu jugak.Kalau ada kerja baru panggil pembantu, kalau takde kerja...kereta pun parking kat rumah je...

Jadi apakah perlindungan yang patut diberikan pada mereka yang kerja berisiko tinggi?

No comments:

Makan Kerak Nasi

Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur ...