Tuesday, November 3, 2015

Sakit Hati Habih Meter


Sedara mara kat kampung risau bukan main, maklumlah depa tu penyokong kerajaan dan ahli Umno yang totok ( @ dok leh gi dengan parti lain ,Umno jugak dulu kini dan selamanya! )

Tapi akhir-akhir ni kerap benar dok buat mesuarat tak rasmi sambil makan kepok leko atas lambor bawah pokok jambu golok....

Ajenda mesuarat ialah nak pangkah parti mana pru14 nanti! Dasat punya mesuarat tuh! Kalau tak pangkah Umno nak pangkah sapa lagi takkan DAP kut? Tu parti Cina! Dah tu? PKR lah sebab ia parti pelbagai kaum....eh tak naklah tu parti khas untuk Anuwar Brahim. Parti Pas , tu kan parti Melayu - eh tak naklah ingat dulu masa Pru yang lepas-lepas depa kata kita macam-macam.

Jadi lagu mana ni? Takkan nak sokong barisan pemimpin yang ada la ni - depa dok celaru dengan 1MDB lah, duit beliyon2 tak tau pi mana. Pastu dok tak mengaku  dan disokong pulak dengan bersungguh-sungguh oleh semua menteri kabinet yang duduk teguh dalam perahu jalur DSN!

Akhirnya mereka pun buat keputusan sebulat suara ia itu SOKONG CALON toksah kira parti sebab nanti ada bangang yang pegi calonkan orang-orang parti yang tak jujur yang takut menyatakan kebenaran!

Jangan dok ingat Mak Ngah Joyah, Mak Lang Siah, Mok Ngoh Selema, Mek Jarah, Kak Senah tak tau. Anak-anak depa yang dok Kolompor balik ghoyak ko mami depa  orang besar-besar parti banyak dapat pitih , depa nak kirim duit kat mami depa tak berapa nak cukup pitih!











No comments: