Showing posts with label Malaysia Tanah Airku. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Tanah Airku. Show all posts

Sunday, January 12, 2020

Riuh Sekampung!!!



Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni!

Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed internet ke? Bila buka TV gambar tak naik...Apa dah jadi?

Pagi tu riuh rendah orang  kampung Jalan Delima....berwassap..

Woi..rumah hangpa ada internet ka?

Takde..

Rumah aku pun takdak...

Habis mati kutu... And that was on Sunday! Nasib baik ada kenduri hari tu kalau tak..pakat dok nganga seharian..

Dengar cerita kabel internet kena curi! ( Ye ke? )

Alamak! Dah lama tak dengar orang curi kabel! Dulu orang curi kabel sebab nak ambik dawai tembaga nak jual. Tapi sekarang ni dah pakai fiber optic pun kena sapu jugak..

Nasib baik petang tu jugak pihak TM berjaya menyelesaikan masalah internet terputus..semua orang kembali bertenang di hujung minggu..



Thursday, January 2, 2020

Ada Yang Mengambil Kesempatan!.....


Pada hujung minggu lepas saya pergi ke Sogo mengambil kesempatan membeli seterika baju yang tengah sale. Seperti biasa semua barang dalam Sogo mengadakan jualan murah akhir tahun...malah setiap masa pun ada sale..

Saya risau jugak pegi ke Sogo di hujung minggu, takut kalau-kalau ada kumpulan- kumpulan tertentu buat demonstrasi....nanti jem teruk kawasan situ...

Di kawasan depan Sogo pulak seperti biasa ramai orang menjual berbagai barang- barang secara kecil-kecilan seperti permainan kanak-kanak dan lain- lain untuk menambah pendapatan di hujung minggu..

Ada beberapa orang anak muda menjual sesuatu... Tertulis pada kadbod - bayar seberapa sambil menderma.,
Eh mintak derma ke? Kemudian baru ternampak air kotak macam tersorok sikit.
Sekali pandang macam mintak derma derma je...bukan nak jual air......

Jangan sebegitu mudah nak dapatkan duit....Kalau nak berniaga tunjuklah produk yang nak dijual dan harganya sekali! Lebih bermakna lagi dari menjual barang sambil menderma...
Bukan semua orang nak menderma semata- mata ada orang mintak derma! Kena tunjuk sebab musabab nak kutip derma...













Sunday, June 16, 2019

Semua Mulut Terkunci.


Majlis rumah terbuka semalam tidak rancak perbualan, tidak seperti sebelum PRU14 dulu, ramai yang vokal dan bercita-cita hendak menjatuhkan orang yang sedap-sedap belanja duit derma 2.6 beliyon tuh!

Bila tiba-tiba muncul tayangan pendek ada yang memperakui bahawa dialah yang melakonkan drama itu dengan seorang menteri senior dalam kabinet, kami semua tergamam ....alohlah...gapo dio pulok niiiihh...beci weh!!!
Ramai yang tak percaya...Azmin Ali? Bior bebenor...Semoga YB selamat dari fitnah aldajjal...

Pendek kata majlis jamuan raya tu begitu muram...takde cerita politik, takde cerita axed rated - malu nak sebut.
Simpati pada YB!

Semoga musibah ini segera berakhir....



Thursday, August 30, 2018

Cap Jari Hilang!


Pergi Jabatan Imigresen nak perbaharui pasport. Orang tak ramai dan urusan sangat cepat. Tapi masa cop ibu jari gagal beberapa kali sebab garisan pada ibu jari dah tak jelas. Beberapa kali tukar jari kanan ke kiri , kiri ke kanan. Nasib baik akhirnya berjaya mengecap jari!

Saya beritau pegawai bertugas memang saya ada masalah dengan cap jari , dia kata kalau tak jelas saya kena pergi ke JPN untuk mendapat surat pengesahan. Menggelabah badak jugaklah nak kena pegi JPN ambik surat dan datang sekali lagi renew pasport....
( Lepas ni kena pergi ambik surat kat JPN untuk disimpan ).

Rupanya bila dah berumur setiap anggota badan kita mengalami penuaan - kepala botak, gigi tercabut, kulit mengecut, mata kelabu , ingatan berkurangan dan macam-macam lagi.


Tapi tak sangka pulak garisan pada jari boleh tenggelam dan menghilang. Kalau masuk US garisan jari tak timbul macam ni sah kena perambat balik ke Malaysia!

Ahem..



Semua dah bagus, ofis bersih walau pun nampak suram ( kasi ceria sikitlah, this office is churning money ) , servis world class.....tapi perkara kecik  yang penting kena ambik perhatian juga.....
Bos ke , assistant boss ke , atau pegawai- pegawai lainnya sambil nak masuk bilik tinjau- tinjau lah sikit persekitaran pejabat tu...Raya dah lama habis tapi wayar lampu lip lap - lip lap masih berselirat lagi...

That money churning machine no 7 tu ghoyak molek- molek - juri wang ke atau juru wang.....?

Oooops!

Friday, August 10, 2018

Dari Fikiran Orang Awam


Dok berdebat dalam parlimen GST better ke SST better. Umno kata GST better sebab bagi income yang banyak pada kerajaan. Depa tak ambik kira orang ramai yang kena dok peras 6% atas semua pembelian - sampai nasi lemak pun naik harga..

SST ni tak taulah macam mana pulak, semoga kerajaan dapat menghapuskan penderitaan rakyat. Semoga ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Semoga penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan dengan sepenuhnya agar tidak ada penipuan dari pihak pengeluar dan peniaga.

'Ala kulliy hal setelah kita berjaya mendapat kerajaan baru, kita kena beri peluang mereka memperbaiki keadaan. Sesuatu yang rosak itu tak mungkin dapat diperbaiki dengan sekelip mata. Ianya tidaklah sama dengan duit 2.6bilyon pling! masuk dalam akaun sendiri - terus dapat status bilyanar.....


Monday, May 28, 2018

Celebrating The New Malaysia


Yes! I was one of those who prayed BN will lose the GE14. I prayed hard BN will be wiped out and the leaders all will face humiliations and some of them brought to justice ( if found guilty )

Engko ni janganlah over sangat, BN won't lose....

I can't bear to see the same people running the country with such arrogance  and behaving like they are indispensable. Whereas down below people are suffering and cursing them day and night....

Gone with the
' kebangsawanan ' and
 ' ketuanan ' and I hope it is forever. No more hand kissing and a#s errr...boot licking that is so downgrading to all mankind!
Don't talk about
 ' maruah bangsa ' before you have ' maruah diri ' !


Thursday, May 24, 2018

Mujurlah.....


Oang tua- tua dulu selalu kata 'mujur' kalau mereka ditimpa musibah. Mereka orang
yang sabar dan dapat menerima musibah dengan cara yang lebih positif

Mujur banjir kilat kalau gempa bumi tak boleh buat apa dah!

Mujur kena kaki kalau kena mata buta..lebih baik luka di kaki sebab ia boleh sembuh jika diubat tapi kalau mata yang buta akan terus hilang deria penglihatan..

Macam Malaysia pula mujurlah PH menang pilihanraya kalau  kalah negara kita akan berterusan dichop sebagai negara kleptokratik. Malaysia mungkin akhirnya jatuh ke taraf yang sama macam sesetengah negara di Afrika, prmimpin kaya raya rakyat teruk menderita.....

Semoga Malaysia  bertambah maju dan makmur dan rakyat dapat hidup dengan selesa di bawah pentadbiran baru. Ada pun mereka yang tidak amanah semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.....

Tuesday, May 8, 2018

Kurr..Kurrr..Kurrr...Tabur Dedak...


.....hingga ke garisan penamat!

Banyak offer baru dibuat oleh cash is king pada live streaming yang disiar serentak dengan pengumuman terakhir sebelum PRU14 yang dibuat oleh Tun M pada pukul sepuluh malam ini 8/5/2018.

Macam- macam  offer ada - pelepasan cukai, menambah brim dan lain- lain lagi tapi ramai yang memilih untuk mendengar pesanan Tun M yang menyeru rakyat supaya berani membuat perubahan...

Pada malam ini saya sungguh sedih mengenangkan makcik - makcik saya di kampung yang sungguh takut menolak bn...puas anak buah cuba memujuk tapi tak jalan! Mereka lebih percaya pada setan yang dia kenal dari the angel yang dia tak kenal. Mereka inilah yang akan memberi kemenangan kepada 'duit itu raja' ( segala kejahatan dan penipuan )....

Tapi jangan pandang rendah pada mereka. Mungkin anak-cucu yang balik mengundi  boleh mengubah fikiran mereka...Lagi pulak makcik- makcik dan tok cik- tokcik la ni dah pandai berwassap- wassap dan mengoogle- google..tidak mustahil mereka buat keputusan beramai- ramai gi pakoh ( pangkah ) ph!
Kalau itu terjadi....
Maka akan terciptalah  sejarah.....
RAKYAT MALAYSIA BERJAYA MENJATUHKAN KERAJAAN KLEPTOKRAT...!






.








Wednesday, May 2, 2018

Keliru Dan Sungguh Mengelirukan....


...menunggu PRU14...Rabu 9hb Mei 2018....
Ramai yang berharap akan berlaku perubahan dan tidak kurang pulak yang takut berlakunya perubahan dalam pentadbiran negara....

Ramai yang tak inginkan perubahan sebab takut perubahan akan menyebabkan keadaan jadi tidak menentu - takut  Cina DAP control Malaysia - tapi tak takut pulak Cina MCA  control Malaysia,  ( padahal Cina tu jugak pegi mari pegi mari yang dok mengundinya ) takut tak dapat pencen, takut tak dapat BRIM, takut...takut...dan takut dalam semua aspek hidup.

Rupanya mereka telah ditakut- takutkan!
( Orang penakut jadi habuan orang berani...)

Warih warah kat kampung berbelah bagi, mulut berbuih dok mengutuk tok wakil dan pemimpin- pemimpin yang katanya mengkayakan diri dan semua ahli keluarganya - orang lain yang ramai- ramai tak merasa...tapi mari mengundi dok gi pakoh puok demo tu jugak!
Dok leh ghoyak gapo doh!

Demo kato kalu orang lain naik pun akan jadi supo tu jugok ( i.e  mentekedarah duit rasuah belako! ) Fuh! This is when the fake news law comes in!

Kena ambik iktibar dari orang tua- tua dulu, apabila anak-anak bawak balik ke rumah sesuatu seperti duit atau makanan, mak bapak tanya dari mana dapat benda- benda tuh! ( dulu zaman susah, duit kurang makanan pun tak seberapa ).
Kalau mereka tak yakin dengan jawapan anak, mereka tak ambik duit dan tak akan makan makanan tu.
Kalu laki bawak balik pitih seguni...atau tiba- tiba pling! Pitih masuk dalam akaun dia -
 jangan pulak anak bini bertepuk tangan kesukaan!

Mudah- mudahan anak cucu yang balik ngundi ramai- ramai tu dapat membuka mata warih warah kat kampung!


Thursday, March 22, 2018

Brouhaha About Going To Raub


KL to Raub is about 2 hours journey. DE can't drive long distance because of her back pain and neither can I.

So we decided to get Ju to drive the car, but Ju couldn't make it on that weekend.

After that DE had to cancel the Raub trip. She just remembered her sister will be coming from Trengganu during that weekend.

I remembered Ruz, she might want to go to Raub too. So I made an offer to her...

Ruz, you interested in going to Raub?
Yes , I do
You can come with me but you got to drive my car
No problem
We go Friday evening and stay overnight in Raub Rest House.
Saturday morning we don't have to rush. The programme starts at 8.30am..

So now, to book Raub  Rest House  - got to google it!


Raub Rest House

There are some other skimpy infos with contact numbers but none is working....

Spend a lot of time googling...
Kasi wa manyak sakit hati maa! ( kepoh jugak google nak terjemah ayat nih! )

Rupa- rupanya baru dapat tahu dari orang Raub bahawa Rumah Rihat Raub sudah tak beroperasi dah! ( nanti pegi Raub boleh tanya hal sebenar sebab penutupan rumah rihat tuh! )
Finally we booked Hotel Jelai Raub...

to be cont..


Thursday, November 2, 2017

Adakah Kita Berada Di Persimpangan....


.......menuju ke arah entah bagaimana.....

Saya sangat terkejut bila diberitau pasar mini kawasan perumahan tempat saya tinggal akan ditutup. Perkara pertama yang terlintas difikiran saya.....alamak susahlah nanti nak kena pegi jauh nak dapatkan barang- barang dapur . Selama ini Pasar Mini Mega yang dipenuhi serba mak nenek barang-barang keperluan rumah yang kering mahu pun basah semua ada di situ!

Semua pakat heran mini market yang sangat laris tu tiba- tiba nak bungkus? Cashier yang peramah dan sentiasa ceria nampak murung.....tak taulah nak cari kerja kat mana.....Tokey dia pun dok termenung panjang....yang katanya tak tahan kena bayar gst up-front ( tak tau apa maksud dia, kena tanya ahli ekonomi )

Tapi saya lagi terkejut bila pergi ke Ampag Point dan dapat tahu 4 bulan lagi kedai yang supply linen dah nak tutup. Mereka tak jual kain dah...hanya nak maintain tailoring je! Kedai jahit tak perlu modal sebanyak mengimport kain ela! Rata-rata kedai di Ampang Point dah bertukar jadi kedai makan! Dah jadi macam food court laa ni.

Banyak butik dan lain-lain kedai yang jual pelbagai barangan dah tutup atau berpindah ke tempat lain....


Before I say goodbye to my favourite kain ela outlet, sempat jugak membeli 2 pasang kain ela yang menurut kata AJ the store manager...
Yang kotak- kotak ni cantik buat blouse. The brown one is very classic....
Ye lah AJ......


Kain ni boleh simpan untuk raya tahun depan.InsyaAllah semoga Allah panjangkan umur saya dan semoga Allah memakmur Malaysia....aamiin!!








Friday, August 18, 2017

Kabel Besar





Seorang bekas pegawai yang boleh mempengaruhi boss siapa yang dia boleh ambik bekerja atau siapakah yang boleh ditukarkan ke mana.

Setelah dia pencen dia telah mencurah perasaan yang terbuku di hatinya pada seorang rakan. Kisahnya dia telah membantu  memasukkan salah seorang kaum kerabatnya ke dalam jabatan tempat dia bekerja. Setelah itu dia bertindak lebih jauh lagi dengan membantu kerabatnya itu bertukar ke tempat asalnya di utara.Pada masa itu ada seorang lagi kakitangan yang memohon berpindah ke tempat yang sama tetapi terlepas peluang .

Kaki tangan itu datang merayu padanya hinggakan ia membawa ibunya untuk memohon pertukaran itu. Ini kerana bapanya sedang sakit kronik dan ibunya sudah tua dan sangat memerlukan khidmat anaknya yang tunggal itu.

Apa yang dikesalkan oleh bekas pegawai itu ialah kerabat yang dia tolong itu kemudianya buat musuh dengannya sehingga putus hubungan kekeluargaan. Dia sungguh insaf bahawa dia telah membuat kesilapan besar - tutup mata dan telinga pada orang yang merayu memohon pertolongan ( pada orang yang ada kuasa ) tapi dia lebih mementingkan keluarga sendiri....walaupun jabatan itu bukan dia yang punya ( hok kerajee weh! )

*Gambar dari carian Google






Sunday, May 21, 2017

Menanti Ramadan Tiba


Kena jugak sedikit sebanyak bermuhasabah diri ( terutamanya diri saya sendiri ) - kalau sekali sekala terrrr.....melepat.....kenalah istighfar bebanyak...

Ye lah...lepas termelepat tobat dah pastu bila pi dok dengaq cerita bila nak election ka atau tak dapat akses certain blogs yang kita dok selalu baca  atau tengok caricature ni.....




....dan dan tu jugak tak ingat dah nak mati - stat balik buat ketupat macam tak hengat punya...

Kalau orang kaya duit berbeliyon ( yang diperolehi bukan dari keringat sendiri ) atau banyak intan berlian atau ada belanar beg kulit buaya yang bertatah emas dan berlian ( yang di swipe dengan credit kad bersandarkan duit berbeliyon-beliyon tu.)...kena tobat jugak sebelum masuk Ramadan nih!

Tapi kalau betul ianya dari sumber yang halal maka ramailah rakyat Malaysia, rakyat Amerika ,Switzerland, Singapura dan lain- lain kena tanggung dosa yang teramat besar sebab memfitnah. Dosa seberat 30 juta rakyat Malaysia setelah  ditolak dengan puok demo yang bersungguh- sungguh mempertahankan kebenaran yang belum tentu benar tuh!



Friday, February 3, 2017

Sembang Di Bawah Kemah...


....kenduri kahwin

Ramai anak-anak muda sahabat kedua mempelai yang hadir meraikan pengantin. Sambil makan depa tu sembang deghaih jugak...berlawan dengan makcik pakcik meja sebelah menyebelah...

Tajuk sembang sama je rupanya...tak lain tak bukan fasal moi. Yang membezakan golongan veteran dengan generasi " why " ialah mereka sembang pakai gadget - tunjuk gambar moi anak beranak pegi holiday , ada gambar holiday cruise yang controversial dulu ada jugak baca berita di talian dan macam- macam lagi.Kadang- kadang dok tunjuk sesuatu....engko tengok n%j&b ni.....muka selamba je..

Sementara pakcik makcik di sebelah menyebelah tu pulak dok geram bukan main berkobar-kobar semangat nak menumpaskan penerima derma 2.6b tu di peti undi!
Diharapkan puok demo yang muda-muda yang belum daftar mengundi pegi cepat- cepat daftar!!!

Demo sanggup ke 5 tahun lagi nak berketuakan biawak hidup yang dah pun kenyang anak beranak , suku sakat, sekutu sepakat - 7 keturunan pun makan tak habis!

Kalau PRU13 dulu mak bapak bergaduh dengan anak-anak sebab anak-anak pegi pangkah PR sedangkan mak bapak totok UMNO.

Kali ni apa kata mak bapak , tok nenek dan cucu cicit jangan dah undi ameno - sebabnya terbukti semua tak boleh diharap , tak amanah , tak jaga kepentingan rakyat , dok gi sokong ketua yang kleptokrat.....





Saturday, January 21, 2017

Macam Rumah Tak Bertuan..


Masa dulu saya nampak pembangkang sangat desperate nak mengalahkan parti pemerintah. Pelbagai isu di ketengahkan seperti rasuah, salahguna kuasa, kronism dan lain-lain lagi. Masa tu ramai yang belum nampak kepincangan yang ada dalam pentadbiran kerajaan.

Saya pun selalu berfikir apa lah dorang ni...semua kerajaan buat tak betul. Ada je salahnya! Sedangkan negara aman makmur, rakyat rata- rata hidup senang.

Tapi sekarang  saya pulak yang sungguh desperate - kenapalah MOI tak meletakkan jawatannya dengan sukarela sebab banyak kepincangan sedang berlaku. Rakyat marhaen hidup tertekan sebab harga barang melambung naik, kos sara hidup semakin tinggi dan dihempap pulak dengan bayaran GST ( semua barang naik harga tak kira yang sepatutnya kena gst atau tak kena gst ). Sepatutnya bukan semua barang dan perkhidmatan ada gst kan?

Setiap pagi bangun tidur dok berharap ada perubahan berlaku dalam negara - tiba- tiba menteri-menteri kabinet buat keputusan tak nak lagi bersekongkol dengan ketua yang salahgunakan wang negara, jadi mereka pun ramai- ramai menjalankan undi tak percaya ( walaupun dalam hati memang tak nampak jalan menteri- menteri tu nak membantu rakyat jelata )

Atau tiba-tiba AG tarik balik keputusannya dan ingin menyemak balik keputusannya...

Atau pihak polis siasat moi sebab duit negara yang hilang 2.6b itu lebih besar dari kes rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan yang jumlahnya tak sampai pun 1,000 juta kalau dicampur semua.....takkan tangkap ikan puyu je ikan jerung tak berani rapat!

Pendek kata kami rakyat marhaen ni merasa begitu kecewa - seolah- olah undang-undang dan penguatkuasaan sudah tak berguna lagi , takde makna dan tak boleh diguna pakai.....sedangkan orang yang diharapkan menjalankan tugas yang sepatutnya telah berpaling tadah!







Wednesday, November 9, 2016

Alahai.....



Bagi orang benci dan sakit hati...

Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara!

Amende ni?  Sudah- sudahlah tu, jangan takut bayang-bayang sendiri hadapilah kenyataan...

Macam tak percaya pulak kerajaan memantau dan memblock blog-blog yang tak mesra kerajaan aka mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran. Kenapa begitu? Nampak peliklah!

Kalau tak kerana sesetengah blog yang mendedahkan perihal 2.6b terbang masuk dalam akaun peribadi  ( yang sudah pun diperakuinya ) kami rakyat marhaen ni tak akan tau apa-apa - jadi bodoh dan bangang dok sanjung pemimpin, hormat, memuji dan menaruh harapan tinggi agar negara bertambah maju, bertambah kaya, rakyat bertambah makmur dan terkenal seantero dunia. Sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.

Seorang pemandu teksi di sebuah bandar besar
Where are you from?
Malaysia!
Oh, I heard that your ......?
Maka terkulat- kulatlah hamba Allah tu nak menjawabnya...
Macam tak percaya kan?

Yang dok jaga alam cyber di Malaysia ni janganlah dok main aci lut block sana block sini , orang ramai naik benci! Kita ni kat Korea Utara ke?!

Nok ghoyak bui orang tahu belaka doh....biar orang buat pertimbangan sendiri pro dan kontra secara adil.....barulah telus!

New Millennium maa...




Thursday, October 27, 2016

Pi Humban Ke Laut!


Bangkai gajah dah dihurung dek langau! Baunya merebak seantero dun'ya..

Amat tak patut sekali kalau sesuatu yang dah diketahui umum masih lagi tak nak mengaku. Berita dah tersebar luas @ semua orang dah tahu maka ianya bukanlah rahsia lagi. Jadi tak usahlah disorok atau dipertahankan...

Cara mempertahankan boss yang terkantoi big time tu pulak tidak dibuat secara berhemah , tetapi dengan cara yang tidak boleh diterima ramai dan mendatangkan kebencian rakyat yang mendengarnya atau yang membacanya! Boss dah menjarah perbendaharaan negara..agak-agaklah sikit kalau nak defend boss yang berlumuran dengan bau busuk tuh!

Tok Selampit yang tak pernah sekolah ( dok asyik gesek biola sambil bercerita Hikayat Penglipur Lara kat kampung paling ulu ) pun dah tahu hal IMDB! Sapa yang dok pi bawak mulut? Anak cucu dia lah yang tukang ghoyak kat tok dia , mugo anak cucu dah pandai baca Asian Wall Street Journal weh!

Rumah dah nak roboh dimakan anai-anai..
Oiii.....buanglah kayu yang dah berdarang kena makan anai-anai tu - ganti dengan kayu baru bagi rumah tegap semula!!!



Friday, September 30, 2016

Hina Benar Diri Kita Jika....


......kita jadi pengampu!!!
Buat malu anak cucu dan keturunan kita yang akan datang!
Orang yang mengampu ni ada motif di sebaliknya..iaitu semata-mata untuk kepentingan sendiri dari segi kewangan, kedudukan atau lain-lain.

Bila jadi pengampu seseorang itu akan jadi buta perut..

- yang salah dibenarkan
- yang bengkok diluruskan
- yang mencuri dimuliakan
- yang melaporkan kecurian dihinakan
- yang tak amanah ditegakkan

Pendek kata kalau pemimpin yang tiba-tiba...pling! duit masuk dengan banyaknya dalam akaun dia kemudian dia mendiamkan diri dan berbelanja sesuka hati, pemimpin itu adalah TIDAK AMANAH!TIDAK AMANAH! dan TIDAK AMANAH!

Pusing kut mana pun dia tetap tak amanah.

Pastu demo pun dok mari tolong spin cerita nak menghalalkan perbuatannya....




Sunday, September 25, 2016

Oh , Begitu Rupanya.........



Encik A telah memandu teksi selepas pencen dan kini beliau berusia lebih 70 tahun. Masih sihat  dan memandu dengan cermat. Setelah kematian isterinya dia tinggal bersendirian kerana anak-anak semuanya dah berumah tangga dan menjalankan kehidupan sendiri.

Oleh kerana dia begitu ' cool ' saya pun ingin tahu apakah pandangannya tentang keadaan negara sekarang...
Dia pun dengan coolnya mengatakan orang yang nak menjatuhkan kerajaan itulah yang harus dipersalahkan.

Kenapa pulak macam tu? Bukan ke orang nombor satu kerajaan ada masalah sekarang ni?

Yang bermasalahnya bukan Najib tapi Tun M yang buat onar nak menjatuhkan Najib. Najib takde apa-apa dia ok je! Apa salah dia? Tun M yang buat macam cara nak jatuhkan Najib tapi gagal. Sebenarnya dia nakkan anak dia Mukhris tu jadi PM.

Dulu saya cukup hormat dengan Tun M tapi bila dia dah bersekongkol dengan DAP habis hilang rasa hormat pada dia. Kita takut nanti DAP memerintah negara habis anak cucu kita....

Tapi kita jugak banyak hutang........

Itu tohmahan saja, apa buktinya? Kalau betul- betul Najib yang buat kenapa takde tindakan atasnya? Kalau dia bersalah sudah tentu dia kena! Jadi tiada masalah dengan Najib sebenarnya!

Lagu mano nak patah hujah tu Mek Senoh? Nak kena siap betul-betul ni nampak gayanya sebelum PRU 14!!! Ramai yang tak kesah duit negara hilang....Strategi mereka bantai Tun M habis-habisan!!














Tuesday, August 30, 2016

Persidangan Tak Rasmi...


...di atas lambor selepas waktu Asar bersambung....

Anak aku nanti nak masuk kolej tak tau macam mana. Mana nak korek duit nak beli peralatan dan tambang menambang..

Eh, apa susah buat pinjaman PTPN...semua orang boleh pinjam!

Sebelum dapat duit tu kita kena keluar dulu duit sendiri, tu lah yang takdenya. Barang kemas pun ada lah satu dua sebesar janggut udang..

Dan macam- macam lagi masalah harian yang diluahkan di bawah pokok jambu golok tu....

Pendek kata janganlah kondem dorang yang dapat duit, beras, gula, kain batik, kain pelikat masa pilihan raya nanti. Apa saja bantuan yang dihulurkan mereka akan terima dengan gembira.
Cuma kena ajar mereka buat macam orang Pas di Kelantan masa tahun 80an dulu...demo bui kito ambik!

Pokoknya undi adalah rahsia!

Kalau nak kempen kat kampung saya jangan dok cerita fasal IMDB, pengaliran wang..SRC International..duit masuk sana masuk sini..putar sana putar sini. Pendek kata toksah ceritalah secara ilmiah dan teknikal nanti dorang tak faham dan tak boleh nak cerita balik kat anak bini kat rumah..


Lagi pulak apa ke bendanya Good Star Ltd, Aabar Investment,Tanore...don't know and don't care..lantak koranglah nak belasah duit sapa -masalah depa lagi besar nak beri makan anak bini pun siksa.

La ni kena cerita sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka - duit 2.6b dan yang dah masuk dalam kantung MOI. Kita kat kampung hidup sungguh sederhana, tapi MOI anak beranak dan pengampu-pengampunya hidup mewah makan tak habis ke anak cucu, cicit, cuit hingga 7 keturunan..
Kemudian senaraikan apa barang yang Ahli keluarga MOI dan sahabat-sahabatnya dah beli , dah invest macam yang di kabor dalam surat kabor seluruh dunia melainkan surat kabor dalam negeri...

Tengoklah nanti Mek Senah Becok @ Kepoh pegi mengguugle macam nak rak dan gi pet pot pet pot kat kat sema orang dalam kampung!






Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...