Showing posts with label lain Padang Lain Belalang. Show all posts

Wednesday, July 5, 2017
Lain Padang Lain Belalang
Susah jugak kalau kita ada pembantu yang berlainan bahasa dan budaya- ia akan jadi pertembungan 2 budaya. Boleh naik angin jugak dibuatnya.
Pokok cekur
Selalunya saya masak lauk utama pembantu masak nasi dan lauk sampingan. Lama-lama ajar dia masak sup dan asam pedas. Sedap masakannya, tapi lama kelamaan ada satu macam bau dalam kuah asam pedas....rupanya dia pegi masukkan isi cekur dalam kuah. Punyalah kuat bau macam rumah Tok Bidan tengah membela orang beranak.
An innocent apple cider.....mistaken for liquor..
Apabila saya masak ayam atau daging saya akan tambah sikit apple cider di akhir masakan. Suatu hari saya minta tolong buka tudung botol apple cider.....tiba- tiba dengan sungguh confused dia tanya saya....
KAK....kakak masuk arak dalam kuah?
Ni bukan arak, ini cuka buah epal!
( Nasib baik dia tanya kalau tak dalam persidangan bibik- bibik mungkin keluar cerita saya bubuh arak dalam masakan! )
Tapi orang Chowo Timur ni sangat rajin buat kerja dalam dan luar rumah. Keliling rumah penuh di tanam pokok cili dan tomato.
Now that she has gone malas macam mana pun kena masak jugak! Nasib baik me husben tolong basuh pinggan dan kemas yang lintang pukang kat dapur. Mujur jugak ada pembantu yang datang ikut jam dalam seminggu hanya beberapa kali jer!
Friday, March 21, 2014
Yang Buruk Jadikan Sempadan!
Berkumpul ramai-ramai tolong jiran buat bunga telur, macam-macam cerita yang berkaitan perkahwinan telah keluar.
Ini mengingatkan saya pada tahun 1970an dulu apabila kami menjadi pengiring seorang sahabat yang nak menikah di sebuah daerah yang jauh sikit dari tempat kami tinggal. Malam akad nikah berjalan dengan lancarnya, semua orang gembira . Pada esoknya ada acara bersanding pulak pada tengaharinya. Kami serombongan yang mewakili pengantin lelaki itu pun bersama-sama berarak ke rumah pengantin perempuan. Acara sambutan sungguh meriah, ada silat dan permainan gendang. Pengantin lelaki dan kedua ibubapanya dijemput ke meja pengantin.
Malangnya kami yang lain-lain yang mengiring pengantin tidak dijemput duduk dimana-mana. Jadi kami pun berdirilah sebab masa tu tetamu jemputan begitu ramai. Bapa saudara pengantin lelaki begitu marah dan berkecil hati, sebab ahli keluarganya yang tua-tua jugak tidak disapa dan tidak dipedulikan.Kami pun berdiri sepanjang acara silat, permainan gendang dan pengantin bersanding. Dia kata tuan rumah tak beradat! Kita-kita yang muda-muda masa tu tak faham apa sebab bapa saudara pengantin bising-bising tuh!
Saya tak ingat dah apa yang berlaku. Rasa saya ahli keluarga pengantin lelaki dan semua kami balik ke rest house dan makan tengahari di sana ! Dah tak ingat makan ke tak kenduri di situ. Tapi malam akad nikah tu saya ingat kami makan kendurinya.
Wallahu 'aklam.
Wednesday, June 19, 2013
Baca Surah Yasin!
Kak Nab dok risau kawan-kawan ajak masuk kumpulan Yasin kat kampung. Dia bukan anti surah Yasin, tapi dok main gilir-gilir rumah setiap malam Jumaat, susah jugak! Kena tinggal rumah setiap minggu. Kak Nab kata kalau jadi host lagi teruk, kena sediakan makanan berat - belanja banyak dan kena bertungkus lumus memasak dan menghidangkan makanan. Dia bukan berkira tapi tak mampu nak belanja lebih-lebih, sebab suami gaji kecik!
Yang dia tak tahan tu ialah semua benda nak di Yasin kan - pegi baca yasin di rumah orang yang sakit tenat, orang mati, orang buat kenduri doa selamat, cukur kepala , orang kenduri kawin dan lain-lain lagi. Kadang-kadang yang sakit dan yang mati tu orang lelaki, segan jugak dia. Bab sakit mati ni biarlah anak pinak mereka yang mengaji dan bacakan Yasin .
Kalau rumah jauh kena pulak tumpang orang sebab dia takde kenderaan.
Ketua kumpulan Yasin akan menetapkan - katam Al Quran semua pakai jubah putih, kalau orang mati depa pakai jubah hitam, kenduri kahwin pakai jubah lain-lain kaler yang akan ditetapkan. Berapa jubah nak kena beli? Di kampung bukan macam di bandar, ramai orang nak sponsor uniform kumpulan Yasin dan Marhaban.
Entahlah akak oii..........
Thursday, September 20, 2012
Biar Mati Adat jangan Mati anak
Seorang kawan bercerita, kakaknya baru saja kehilangan suami dan dia buat kenduri tahlil tiap-tiap malam, setakat ni dah malam yang ke 5. Dia kata dia hanya pegi malam pertama dan malam kedua saja, malam yang lain-lain tu dia malas nak pegi. Dia kata entah apa-apa kakak dia tu, buat amalan yang tak ikut syariat.
Saya pun pernah dengar keluhan seorang pendatang , katanya kalau orang kampungnya buat kenduri semuanya dijemput, dan diwajibkan hadir, kalau tak hadir bila dia buat kenduri orang tak datang. Katanya kerap benar mereka buat kenduri , pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling keluarga mereka, akan diadakan kenduri - kenduri kawin, kenduri melenggang perut, kenduri cukur jambul, kenduri bersunat ,kenduri tu, kenduri ni......
Katanya dah jadi adat buat segala macam kenduri , seolah-olah macam terpaksa sebab ikut tradisi turun temurun dalam masyarakat dia. Dia rasa macam tertindas dengan adat dan norma-norma masyarakat. Ramai juga yang mengeluh, tapi tak berupaya nak menidakkannya.
Mas ni seorang yang agak keras dan agak berani menentang adat yang tak membenarkan kawin sesama suku . Dia benarkan anak perempuannya menikah dengan lelaki yang seketurunan ( sesuku ). Saya pun tanya apa jadi kalau kawin sesuku? dia kata pasangan suami isteri tu akan diboikot oleh masyarakat. Habis tu anak Mas macam mana? Dia suruh anak dan menantu berhijrah ke tempat lain, keluar dari kampung tu!
Mas menambah lagi, bila dia kenduri cukur jambul cucunya, dia tak panggil orang sekampung, memadai jiran keliling rumah dan sedara mara yang dekat. Dia tak kisah orang nak kata apa, sebab dia kata, dia yang berpenat lelah mencari duit, tinggal anak, tinggal suami bekerja di Malaysia ni, mana mampu nak buat kenduri besar!
Mas bekerja 3 trip sehari - pagi petang dan malam , 6 hari seminggu, kadang-kadang 7 hari seminggu. Saya berdoa semoga apa yang dibuat oleh Mas tu menjadi ikutan orang-orang lain ( yang tidak bersetuju dengan adat resam yang menyusahkan )di kampungnya!
Tuesday, November 30, 2010
P..........Harum Sundal Malammm.....
Mengapa ramai dari orang kita yang curiga dengan bau wangi? Ada yang mengaitkan harum bau bunga dengan hant.....u. Saya suka bunga-bunga klasik yang bau harum, seperti melor, mawar dan bunga cempaka dan menanam pokok-pokok ini di keliling rumah. Ada seseorang dua yang datang bertanya saya kenapa tanam pokok yang wangi begini. Mereka kata baunya sangat meng- eerie-kan.
Saya rasa ada sebab mengapa ramai yang kaitkan bau harum bunga dengan hant.. mungkin kerana masa dulu-dulu ada wayang gambar cerita pontiana...k lakonan Dato Maria Menado. Pontianak tu pulak cantik dan wangi atau diikuti dengan wangi-wangian. Jadi mungkin kerana itu ia kekal hingga ke hari ini, ie bau wangi dikaitkan dengan pon......ti....
Jiran saya DZ suka tanam pokok bunga, she really got a nice garden that she tends everyday from 7 to 11 in the morning . Dia ada pokok bunga sundal malam yang ditanamnya diluar pagar. Yang kata sundal malam ni, memanglah sesuai dengan namanya, iaitu waktu siang langsung tak berbau, tapi bila waktu maghrib mulalah dia berbau semerbak hingga ke malam. Ada seorang dua rakan yang datang ke rumah saya hampir maghrib, terbau bunga yang harum -- terus naik kecut ( maklumlah waktu maghrib.....) Dia ingat ada sesuatu......yang hadir berhampiran rumah saya. Saya pun tunjukkan pokok jiran saya tu.........bunga tulah yang wangi tuh.....
Tambahan pula di abad 20 ni ada lagi cerita pon..ti...yang juga dilakonkan oleh seorang yang jelita yang juga dikaitkan dengan bunga yang harum..........
Pada waktu kematian di kampung saya selalunya dinyalakan setanggi atau kemenyan yang wangi , guna untuk menutup bau yang kurang elok atau bau wangi boleh jadi terapi bagi yang sedang bersedih. Ramai juga yang takut dengan bau setanggi sebab dah dikaitkan dengan orang mati, pada hal di negara-negara Islam lain selain di Asia Tenggara rumah kediaman mereka sangat mewah dengan bau setanggi dan minyak atar setiap hari.
Ada juga yang tak suka ada setanggi ketika waktu kematian, tak tahu sebab apa. Pernah ada kematian dan beberapa orang kami menawarkan pada tuan rumah supaya dinyalakan setanggi, kemenyan atau lain-lain wangian ( boleh pilih ) tapi ada jiran-jiran lain tak membenarkannya. Mungkin lain padang lain belalangnya......
Saturday, July 31, 2010
Khazanah Alam Dan Tok Batin
Ada orang-orang yang berniaga binatang-binatang exotic menggunakan orang asli untuk mendapatkan sumber-sumber hutan yang berharga. Ramai kaki-kaki yang menjual kayu gaharu mendapatkannya melalui orang asli, begitu juga dengan binatang liar seperti harimau, tenggiling, burung , ular dan lain-lain lagi.
Ini ialah cerita yang berlaku pada tahun 50an, 60an dan 70an dulu. Tapi mulai pertengahan tahun 70an barulah heboh fasal Jabatan Mergastua memantau pencerobohan terhadap tumbuh-tumbuhan berharga dan binatang-binatang ( yang kalau tak dipantau ) akan pupus terus dari muka bumi ini. Tapi akhirnya bukan binatang-binatang hutan tu aje yang hampir kepupusan, hutan-hutan tebal pun dah jadi macam semak belakang rumah kampung aje la ni, habis kena tarah dan kena jarah.
Dulu-dulu mereka yang nak ke hutan kena jumpa tok batin sebagai penunjuk arah dan untuk menjaga keselamatan dari diserang hendap oleh pak belang.
Jauh ke tempat tu tok batin?
Tak.. tak jauh, habis sebatang rokok sampailah.
Jadi, yang ramai-ramai tadi begitu teruja, sebab terasa betapa mudahnya hendak mendapatkan segala khazanah yang berharga.
Tapi jalan punya jalan, turun bukit, naik bukit seberang sungai, berhari-hari-hari, bermalam-malam tak sampai-sampai juga, bila tanya, bila nak sampai ni tok batin?
Eh, tak habis lagi sebatang rokok!
Rupa-rupanya tok batin hisap rokok satu puff aje sekali sedut kemudian padamkan api rokok. Pendek kata berhari-harilah baru nak habis sebatang rokok . Puok demo dah loheh kepala lutut.
Masa dulu tembakau susah dapat, jadi bila dapat rokok atau tembakau, mereka sungguh berjimat cermat. Ramai juga kaki-kaki yang datang mengumpan tembakau dan rokok pada tok-tok batin untuk ditukarkan dengan benda-benda yang mereka kehendaki ( 40 - 50 tahun dulu ).
Kini perkhidmatan tok batin tak diperlukan lagi, mereka boleh masuk sendiri ke hutan, pakai kompas, ada senapang dan segala kelengkapan lain untuk memburu binatang-binatang liar. Sapa pun tak boleh kata apa!

Tuesday, July 20, 2010
Kedekut Ilmu
Seorang kenalan merasa begitu terkejut apabila mendengar seseorang menggahkan fasal tok guru dia. Tak tau tok guru Quran ke atau tok Guru mengajar kitab, tapi mengikutnya tok guru tu akan tidak menghalalkan segala ilmu yang dia ajar jika anak muridnya pergi menuntut ilmu ke tempat lain.Ye ke tok guru dia kata gitu, kalau ye, apa hal tok guru tu, ilmu tu dia punya copyright ke? Kalau tak, sipolan tu sudah tentu telah membuat fitnah!
Rupanya cerita tu telah terjawab hari ni bila seorang penceramah bebas yang baru balik dari Acheh menceritakan sistem pengajian pondok/madrasah di sana. Katanya di Acheh sangat banyak madrasah yang didirikan dan ilmu pula berkembang pesat . Rupanya cara pengajian di Acheh tak sama dengan Malaysia. Di Acheh pelajar-pelajar senior ditugaskan mengajar pelajar-pelajar baru. Setelah beberapa tahun pengajian barulah pelajar-pelajar junior tu belajar dengan tok- tok guru madrasah. Pelajar senior yang sudah tamat pengajian mereka dilatih pula menjalankan pentadbiran madrasah.
Jadi seseorang lulusan agama ada pengalaman mengajar dan mentadbir madrasah, oleh itu mereka boleh buka pusat pengajian apabila mereka balik ke tempat asal mereka. Dengan cara ini ilmu cepat berkembang, ulama'-ulama' pun ramai dan tak adalah orang yang fanatik dengan seorang guru atau guru menyekat muridnya dari belajar di tempat lain!

Wednesday, July 14, 2010
Soft Landing
Ramai orang rasa gerun naik kapal terbang, antara sebabnya ialah fikiran mereka bekerja overtime, fikir macam-macam, takut kapal terbang jatuh, takut enjin terbakar, takut pintu kapal terbang terbuka dan sebagainya. Ramai juga yang seriau pada tempat-tempat tinggi.
Mak Lang ada banyak kriteria yang dia perhatikan bila naik kapal terbang, mula-mula dia jenguk dalam cockpit nak tengok sapa pilot. Kemudian bila kapal terbang meluncur di runaway dia akan perhati kekisi kat sayap kapal terbang tu terbuka atau tak. Dia juga akan mengagak-agak tayar kapal terbang tu masuk tak ketika terbang atau tayar tu terkeluar ke tak bila mendarat. Dan macam-macam lagi dia punya imaginasi sampai kita tergelak dibuatnya.
Zaman Mak Lang turun naik kapal terbang kebanyakan pilot di Malaysia adalah mat saleh. Bila masuk tahun 80an barulah ada ramai budak-budak Melayu jadi drebar kapalterbang. Mak Lang punya risau........isyyy... Mak L seriaulah budak-budak kanyak bawak kapal terbang ...... Kami pun mententeramkan dia................Mak L jangan risau, budak-budak Melayu lebih cermat tak macam pilot mat saleh bila nak landing, main terjah sampai bergegar pintu tingkap kapal terbang!
Pada satu masa beliau jatuh sakit, masa tu cuti umum semua klinik swasta di KB tutup . Kami pun sarankan supaya beliau berjumpa Dr Na ( anak sedara dia ), isyy....... sat lagi dia injek patah jarum, mak Lang tak berani. Kami angkut jugak dia, bawak jumpa Dr Na.........
Akhirnya beliau boleh menerima perubahan dan tidak lagi mempersoalkan budak kanyak ke tak. Budak pun bukan calang-calang budak, mereka tu berkelayakan dalam bidang masing-masing. Gone were the days pilot mat saleh atau doktor bukan Melayu yang menguasai bidang perubatan.

Tuesday, May 25, 2010
Wooo......mandi hujan!
Bulan 12 cuti sekolah dan juga musim hujan di pantai timur. Dulu-dulu punya dulu musim tengkujuh adalah musim susah dapat ikan segar kerana nelayan tak dapat turun ke laut. Jadi diet pada bulan December ialah telur, sadin, ikan kering, keropok kering, ubi kayu. Ayam pun kerap kena sembelih menggantikan ikan.
Paling seronok sebab dapat mandi hujan. Ramai-ramai main hujan sampai kecut kaki tangan baru berhenti. Pada musim hujan semua tanah rendah dan lekuk serta tempat-tempat yang beralur akan dipenuhi air. Tidak dalam dan tidak berarus, jadi tidak merbahaya. Yang menkjubkan kami waktu itu ialah, bila ada air adalah ikan, sepat , puyu dan keli. Masa tu kami tak faham dari mana datangnya ikan yang kecik-kecik tu. Ramai-ramai tangkap ikan bubuh dalam balang untuk dipelihara.
Kanak-kanak sekarang takde peluang nak mandi-mandi hujan macam tu, mesti mak bapak marah. Tambahan di KL , hujan berasid dan boleh memudaratkan. Bila hujan sikit.......masuk..masuk.. jangan main hujan nanti demam! nak main nakal-nakal sikit semua tak boleh, akhirnya dari kecik sampai tua melangut depat tv, computer, play station aje!
Nakal budak dulu-dulu, panjat pokok, mandi sungai, main games buatan sendiri, konda kondi, lompat galah, batu selimban. Tapi ada juga yang jadi kutu embun, lepak-lepak main gitar, dah kira nakal habih ghenglah tu. Nakal budak-budak sekarang racing motor, bawak kereta mak bapak secara curi-curi, lepak kedai mamak pekena teh tarik dan roti canai!
Pendek kata zaman berubah, cara hidup juga berubah. Orang lama rasa masa kanak-kanak mereka penuh makna dan penuh adventure. Jenerasi kini rasa mereka lebih beruntung kerana dapat mengembara ke alam maya dengan hanya memetik jari!

Monday, May 3, 2010
Pertembungan Dialek
Pernah satu hari saya dan anak sulung hendak pergi Tanjung (Penang ) dengan menaiki bas dari Alor Setar. Tidak ada bas yang terus masuk Pulau Pinang masa tu, kena ambil bas Alor Setar - Butterworth. Sampai di Butterworth naik feri terus ke seberang ke Pulau Pinang.
Semasa dalam bas kelindan pun mula menjual tiket......... Bagan dua kak?
Tak, bukan Bagan -Butterworth.
Dia tersenyum, sama kak........ya.. Bagan dua.
Kami dua beranak pun gelabah jugak sebab bas tulis Alor Setar - Butterworth, kenapa Bagan pulak? Akhirnya kami sampai diButterworth aka Bagan! Barulah lega.
Semasa di Alor Setar, beli barang selalu dapat mahal sikit, sebab tak cakap Aloq Setaq. Bukan mudah nak tiru telor Kedah, ianya mengambil masa yang lama. Itu pun tak berapa menjadi.
Lain pula di Kota Baru, pelajar-pelajar saya kerap membetulkan jika saya salah sebut
- buke lagu tu cikgu.... keno kato lagu ni.......
Sebab tu mudah menjadi telor Kelate, lebih-lebih lagi kerana saya orang Pantai Timur, lagi cepat dapat kecek Kelate! Bagi suami pulak lain cerita, susah nak tukar Kedah speak dia tu. Pernah dia berhubung dengan Bank Pertanian di Petani, Siam tentang satu lawatan kerja. Dengan susah payah dia bercakap standard Malay takut orang Siam tak faham bahasa Kedah) bila habis penerangan, orang Petani pun kata...
Cek, boleh kecek Kelate ko, kito dok pehe...
Suami saya pun kena kecek Kelate dengan tak menjadinya, habis staf dia di KB tergelak.........( cakap kuat pulak tu, talian talipon tak berapa elok )
Di Sarawak, mereka menggunakan B. Melayu standard bila bercakap dengan orang luar. Tapi kalau kita bergaul mesra dengan kawan-kawan di sana mudah juga kita nak menguasai bahasa Sarawak. Tapi bagi anak-anak, takde masalah sebab di sekolah mereka ada ramai kawan dan proses asimilasi cepat berlaku.

Tuesday, April 20, 2010
Kejutan Budaya
Masa mula-mula kami anak beranak berpindah ke Kelantan ( 1986 - 1990 ), berlaku jugaklah kejutan budaya, ie budaya makan. Semua makanan rasa manis, karipap , ketupat, pulut panggang dan lain-lain, tidak termasuk kuih yang manis-manis seperti jala mas, bunga tanjung dan tahi itik, memang manis semanis-manisnya. Walau pun terlalu manis ada cara memakannya, bunga tanjung misalnya, digigit sikit-sikit, barulah timbul kesedapanya. Jangan pula bubuh 2,3 biji dalam mulut, kunyah dan telan sekali, sudah tentulah berpinar bijik mata!
Sekiranya makan roti canai, kena awal-awal beritau tak mau gula, kalau tidak mesti dibubuh sesudu besar gula pasir di tengah-tengah kuah dal atau kari. Tapi makanan lain seperti nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk, memang sedap dan menjadi kegemaran kami serumah.
Makan pagi hujung minggu memang kaw-kaw punya, apa taknya nasi berlauk atau nasi kerabu sebungkus sorang ( macam makan tengahari) ditambah pula dengan satey, sabagai tambahan. Tak kira lagi makan tengahari, minum petang dan makan malam, semuanya yang sedap-sedap, ayam percik, ikan percik, kuzi ayam,kuzi kambing, sup tulang, kerutuk daging dan lain-lain. Kalau diteruskan makan begini sampai ke tua, tak tau nak katalah! ( jika tak eksesais! ).
Setelah setahun dua di KB ipar duai dari Yan datang menziarah kami. Depa komplen kata karipap dan ketupat manis. I pun beriya-iyalah mempertahankannya..... taklah, tak manis, sedang elok aje karipap ni.
Masalah timbul pula bila kami berpindah ke Alor Setar. Anak-anak dan emaknya sekali tak berapa dapat menyesuaikan diri dengan breakfast tanpa nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi dagang. Mintak nasi berlauk, tapi yang ada nasi lemak. Bila tiba musim panas, depa ajak balik duduk Kota Baru, jadi kenalah kami beritau...........KB tu bukan kampung kita, ayah bertukar ke Alor Setar, rumah yang kita duduk dulu pun orang lain dah ganti.

Monday, February 16, 2009
Lain padang lain belalang the sequel
Well,the way we talk differs from one state to the other. This particular story will tickle me whenever I remember it. One of our friends, who is a Kedahan went to the east coast. He stopped at a stall selling all the goreng-gorengan things such as kepok goreng,goreng keledek,tapai goreng,cucok udang and cucok kodok. He was very fond of goreng keledek,so he ordered some. Before that he thought hard how to tell the lady ( owner of the stall ) what he wanted. So he figured out --- cucok in bahasa selatan must be cucur and (keledek) ie ubi must be ubi too. So he said .. Makcik bagi saya cucur ubi seringgit. The lady said goreng ubi tak ada .Surprised, he pointed out to the cucur ubi,yang tu makcik......Oh, ini goreng keledek!.....Pulak dah..( salah care off rupenyeee! )
Another incident, " Hi, handsome " son of our family friend and his sister went on tour to Pulau Langkawi. He was about fifteen at that time. He told me about his visit to Langkawi,first thing he said it was very hot over there and the second thing he said he tried to speak their lingo. So when he was about to order coffee he had to think hard as how to translate air kopi to bahasa tempatan. So, air is ayak...what about kopi?.. If air is ayak then kopi must be kopak. Pak cik..bagi ayak kopak satu. Ayak apa dek? Tu, yang itu ( pointing to the coffee ) Oo, mau ayak kopi ka?... ( ( blushing ) Ya,ya , ayak kopi satu!
When in Sarawak do not praise people by saying you are lawa hari ini. Your compliment might hurt people because lawa means sombong. So you should say kacak kitak hari tok means awak cantik hari ini.
Oh, I miss Kuching and all my friends there already! I miss laksa Sarawak, I miss bubur pedas and I miss kek lapis ( during Hari Raya ). I miss their 'one mile long' pasar minggu ( maybe it is more than a mile now ),I miss Waterfront with its air pancut bermuzik. I think I should visit Sarawak in this near future !

Wednesday, February 11, 2009
Lain padang lain belalang
When we meet people we always compare our way of life. Some of us feel our way is better than the others.That is why when people got married they need time to adjust to each others way. Many parents wouldn't agree if their children want to marry foreigners or people from other religions ,because they think that it is difficult to adapt to their way. Many will try to convince the other to follow their way. Even people from the same country find it hard to adapt to each others way of life.
One of my colleages in Kedah, Cikgu Halim,a nice and hard working guy told me
about his own experience. He got some friends in Kota Bharu. Once he and his family went to KB and was invited for dinner.He said KB people are very friendly and lavish when entertaining friends. They prepared a lot of lauk pauk,but to his dismay he couldn't quite enjoy the food because it is a little bit too sweet for him. After staying for three days,he felt as if he hadn't eaten anything. So, on the way back to Alor Setar he found this mamak stall, so he stopped to have his lunch.They missed the curry so much like they had been starving for a week. To him there is no dish that is as tasty as fish or chicken curry!
After sometimes his friend and family came to visit him in Alor Setar. He went to market to buy kepala ikan to cook curry and others to serve them for lunch. To him kari kepala ikan is the most respectful dish to serve his guests. When his friends ate he noticed that they ( like him before ) couldn't enjoy the food as much maybe because it has got Indian taste and the other dish was too hot. So he thought they'll do the same as him that is look for Kelantanese stall on the way back home!
Our Mak Lang was from Kedah but stayed in KB ever since she got married. She maintained the Kedah speak, cooked Kedah food and all the Kedah ways of doing things but she never criticised anything about Kelantan. Even though she and her husband were Kedahan, but their children were born in KB,live like orang Kota Bharu,speak like orang KB and eat ( outside food ) like orang KB. The problem of different field, different grasshopper came out when her daughter got married to a Negeri Sembilan chap.
During one of the visits she made to her tok besan's house in NS, her son in-law wanted to eat udang galah ,so he bought some at the market. His mother being orang NS cooked the udang galah the way they used to eat ie masak lemak cili api ( I'm sure the son loved them very much ). But, to my Mak Lang's amazement..Whaaat...? Udang galah masak lemak? Pity my son in-law, how can he enjoyed that flat food and it spoilt the taste of real udang ( that's how she narrated to me ). So when they went back to KL she bought equally big (if not bigger )udang galah and she made curry (gulai )for her son in-law . Only then she was satisfied ---that's how you eat the udang galah!
With that, I rest my case!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Naik Kereta Sewa...
Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...