Sunday, January 27, 2019

Tiada Perlindungan Insuran...


Apabila membaca berita di Malay Mail online rupanya hampir separuh dari 14juta tenaga pekerja di Malaysia tiada perlindungan Socso. Ini menguatkan lagi kebimbangan kami apabila mengambil pekerja rencam (setiap dari kami ada pekerja rencam masing- masing yang boleh buat macam-macam kerja )

Ada tukang repair dan renovate rumah ( selalunya buat semua kerja )
Ada tukang letrik,
Tukang paip,
Ada tukang tebang pokok
Dan lain-lainnya yang datang menyelesaikan masalah rumah masing-masing

Setiap kali panjat bumbung rumah saya jadi gerun..
Syed, mu panjat tinggi- tinggi tu jaga sikit, mu kena beli insuran...
Eh , takpe kak...biasa je panjat bumbung rumah nih! Lagi pulak bini saya beli doh insuran untuk saya..( mugo bini dia kerja bank )

Tapi pembantu dia, tak tau macam mana takut kalau- kalau berlaku kemalangan semasa bekerja di rumah kita ( wal'iya zubillah ) berat sikit tu. Kalau kemalangan itu menyebabkan dia tak boleh kerja beberapa bulan,terasa bersalah pulak...walau pun bukan salah kita...

Pekerja rencam begini kerja gaji hari, ada kerja ada gaji.Tokey dia pun macam tu jugak.Kalau ada kerja baru panggil pembantu, kalau takde kerja...kereta pun parking kat rumah je...

Jadi apakah perlindungan yang patut diberikan pada mereka yang kerja berisiko tinggi?

Thursday, January 24, 2019

Orang Malaysia Dah Kaya Weh!




Sebelum ni bila orang sebut duit sejuta kita rasa habih te` doh banyaknya seolah-olah macam 7 keturunan tak habis makan..

Setelah skandal 2.6 billion ringgit terdedah, duit juta- juta malahan puluhan juta pun terasa ciput je! Tanda aras duit kita sudah meningkat beribu- ribu juta kali ganda tingginya sekarang nih- 260,000,000,000 ribu juta. Ia bukan untuk dinikmati rakyat, sekadar untuk mencelikkan mata bahawa seseorang boleh dapat ribu- ribu juta dengan begitu mudah...

Bila keluar berita polis busted pengedaran dadah yang berjumlah kira- kira 20juta atau kalau ada sesuatu peruntukan kerajaan sejumlah 60juta ringgit kedengarannya macam sikit sangat tuh!. Bila ada orang kena tangkap kerana terlibat dengan rasuah sebanyak 50 ribu ringgit - rasanya macam tak padan dengan satu keturunan dapat malu...

Sedangkan orang yang dapat hadiah percuma 2.6 juta hidup dengan mewahnya tanpa segan silu dan mendapat sanjungan ramai....

Tuesday, January 22, 2019

Pandangan Di Luar Tingkap


Cahaya pagi selepas waktu Subuh...23 Januari 2019


Pukul 7.10 pagi ni bulan masih cerah di langit...

Tuesday, January 15, 2019

Kurang ' Terima Kasih '!



Kita ni bak kata sangat ' take for granted ' pada orang yang bekerja dengan kita, baik pun dia tukang jaga anak atau cucu kita, atau tukang gosok baju,tukang kemas laman kita atau pun tukang potong rumput kita atau lain-lain kerja yang kalau orang lain suruh kita buat mampuih kita tak buat atau tak larat nak buat...

Saya agak terkejut jugaklah pada suatu hari S yang selalu kami panggil buat macam- macam kerja rencam - cat pagar, betulkan atap bocor, tambah plug dan lain - lain - telah meluahkan isi hatinya pada kami..

Kak baru ni saya balik dah lewat petang, ternampak jiran saya terkial- kial tengah nak betulkan sink yang bocor..

Hoi!! Engko buat apa terbongkok-bongkok tu?
Ni hah! Aku tengah repair sink dah sekerat hari tak siap-siap!
Mari sini aku tengok....
Dia pun tolong betulkan sink bocor tu- tak sampai setengah jam dah siap!

Kak, saya cakap ni bukannya apa...saya tak caj apa-apa pun, tolong je..tapi terima kasih pun tak...

Tersentap jugak saya, tak sangka S ambik hati. Selama ni kita dok say thank you, dia buat muka selamba je...ingatkan dia tak ambik hal. Mujurlah kita ni buat manis mulut kalau tak dah merah jugaklah cuping telinga dengar luahan hati dia...


Thursday, January 10, 2019

Bunga Tiga Bulan


...sekali berbunga tahan tiga bulan..

Sungguh teruja apabila bunga tiga bulan @ bunga Siti Zubaidah yang selama ni keluar bewarna biru, tiba- tiba kali ni bewarna pink yang dicampur sedikit kebiruan...Memang dah lama berharap dapat bunga pink..akhirnya pada tahun 2019 ni baru jadi kenyataan.


Pada tahun 1997 saya ambik benih bunga ni dari kampung.Selama ni dok keluar bunga warna biru. Arwah mak saya pernah beritau bunga ni boleh berubah jadi pink kalau kena dengan jenis tanah yang sesuai dengannya...jadi jenuh jugak saya tunggu...



Pernah jugak dulu sekali keluar bunga purplish pink, tapi lepas tu balik semula pada warna asal..
Sekarang saya semai beberapa pokok lagi di tempat yang berlainan supaya dapat beberapa campuran warna biru pink!




Saturday, January 5, 2019

Sabar Atas Segala Ujian


Baru balik dari menziarah ibu jiran saya yang berusia 94 yang telah meninggal pagi tadi.

Teringat arwah ibu sahabat saya yang meninggal dunia pada umur 90an. Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital,
setiap kali sanak saudara datang mengunjung dari jauh mereka dah dengar suara orang baca surah Yasin. Bila sampai ke katil rupa-rupanya ibu sahabat saya yang membaca surah Yasin - mereka ingatkan orang yang datang menziarah yang membacanya!

Ada juga orang tua yang dah uzur suka nak puasa sedangkan dirinya sangat lemah dan doktor melarang tak bagi puasa. Jadi setiap kali dia tanya anak cucu hari ni hari apa mereka kena jawab hari samada Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa atau Rabu. Isnin dan Kamis jangan sebut nanti dia akan puasa dan enggan makan sehari- harian! Kena bohong sunat...

Ada juga yang solat tak kira masa, bila teringat je terus pakai telekong dan solat.Ramai juga anak cucu yang dok buat balah - tak boleh solat lagi belum masuk waktu, ini waktu zohor bukan waktu maghrib!
Sebenarnya bagi orang dah nyanyok biarlah dia nak solat apa pun tak payah marah- marah akhirnya sendiri jadi stress...pastu mulalah membebel- bebel cerita kat orang mak dia ni begitu begini.....pet pot pet pot....
Buat dosa tak fasal..

Saya tabik anak cucu yang jaga ibubapa atau tok nenek yang dah tua dan sakit, kena banyak sabar dan kena ada kefahaman yang lebih terhadap keadaan diri pesakit...mereka tidak lagi berada dalam keadaan yang normal..

Macamana kalau seorang bapa yang tua dan uzur bila nak dibersih dan dimandikan dia akan kata...bagi hadis yang kata kena mandi hari-hari....
Alhamdulillah anak-anak faham dan mereka ketawa je dengan telatah orang tuanya..mereka tetap sabar dan memujuk...

Ujian besar bagi anak cucu ialah memelihara orang tua yang sangat memerlukan penjagaan...



Thursday, January 3, 2019

Riuh Sekampung!!!

Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni! Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed intern...