Wednesday, May 24, 2017

Dapat Pahala Mudah


Ramai orang nak dapat pahala mudah terutamanya bila  nak masuk Bulan Ramadhan....


Antara contohnya ramai yang suka menghantar Hadith- Hadith yang diterima melalui whassap seperti Hadith di atas...



 Jadi dia pun mohon maaf bertalu-talu melalui whassap tu....dok pi mai, pi mai mewassap Hadith yang dia sendiri tak tahu sohih ke maudhu'



Tapi dia tak kesah tu semua sebab kata dia takut berdosa kalau dia abaikan a.k.a takut tak dapat pahala kalau dia tak sebarkan......

Tu lah jangan dok ambik ringan bab Hadith kata Tok guru nanti kita termasuk dalam golongan puak yang menyebar Hadith palsu.....

Kalau nak tahu ia palsu atau tak ....alohlahh.......gi lah tanya Tok Guru, Tok Imam, Tok Lebai.....


Sunday, May 21, 2017

Menanti Ramadan Tiba


Kena jugak sedikit sebanyak bermuhasabah diri ( terutamanya diri saya sendiri ) - kalau sekali sekala terrrr.....melepat.....kenalah istighfar bebanyak...

Ye lah...lepas termelepat tobat dah pastu bila pi dok dengaq cerita bila nak election ka atau tak dapat akses certain blogs yang kita dok selalu baca  atau tengok caricature ni.....




....dan dan tu jugak tak ingat dah nak mati - stat balik buat ketupat macam tak hengat punya...

Kalau orang kaya duit berbeliyon ( yang diperolehi bukan dari keringat sendiri ) atau banyak intan berlian atau ada belanar beg kulit buaya yang bertatah emas dan berlian ( yang di swipe dengan credit kad bersandarkan duit berbeliyon-beliyon tu.)...kena tobat jugak sebelum masuk Ramadan nih!

Tapi kalau betul ianya dari sumber yang halal maka ramailah rakyat Malaysia, rakyat Amerika ,Switzerland, Singapura dan lain- lain kena tanggung dosa yang teramat besar sebab memfitnah. Dosa seberat 30 juta rakyat Malaysia setelah  ditolak dengan puok demo yang bersungguh- sungguh mempertahankan kebenaran yang belum tentu benar tuh!



Wednesday, May 3, 2017

Nak Cuba....Gatot?


Bizarre Foods!


Mungkin ramai yang tak kenal apeke bendanya gatot nih!
Ia sebenarnya ubi kayu yang telah dipotong dan dijemur dan dibiarkan beberapa lama (berminggu-minggu) berhujan dan berpanas sehingga ia menjadi keras. Setelah itu dibasuh dan direndam selama beberapa hari hingga lembut.




Ubi kayu yang sudah lembut dibersihkan betul-betul ditumbuk separuh hancur. Selepas itu gaul dengan garam dan kelapa muda dikukus hingga masak...( mengambil masa 30 - 40 minit )



Sudah masak dan empuk bolehlah dihidangkan...




Ima memperkenalkan gatot ini pada saya.
Kata Ima gatot ini  sangat popular di Jawa Timur...Dia begitu gembira dengan hasil kerjanya, habis diwassapnya gambar gatot kat puak gerabak dia di kampung!

Saya sedikit sceptical sebab cara menyediakannya agak merisaukan - jemur ubi kayu berminggu-minggu terdedah siang malam dibawah sinar matahari dan hujan. Mana tahu tikus, lipan, cicak dan lipas merayap- rayap di waktu malam. Tapi katanya takpe sebab rendam bertutup sampai 2 minggu dan setiap hari cuci dan tukar air.

Pada petang itu she enjoyed her gatot...alone... sebab saya mintak tangguh untuk makan esok hari. Pada malam itu saya tak dapat tidur takut Ima diserang ceret beret atau pengsan sakit perut .....mujur jugak pagi esoknya she woke up humming.......

Gatot is an acquired taste. Mula-mula cuba belum boleh terima, mungkin lama-lama kita akan menyukainya.

Kalau fikirkan  budu, kicap , keropok kering , ikan kering yang dibuat secara cottage industry ( agak terdedah ) mungkin kita juga tak berani nak makan......Tapi semua itu adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia.




Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...