Showing posts with label Sembang Di Musim Kenduri Kawin. Show all posts
Showing posts with label Sembang Di Musim Kenduri Kawin. Show all posts

Tuesday, February 15, 2022

Mujur Tidak Berjangkit....

 OnThursday my son took me to visit the doctor, Saturday I got the news that one of his colleages was Omicron Positive...so he became a close contact and probably I was too.

Menggelabah badaklah me and my husband...mohon Allah jauhkan dari jangkitan dan mohon berselisih hari - kalau exposure itu berlaku hari Kamis, the chance was I won't be affected...InsyaAllah..( dengan penuh harapan )

Selepas 5 hari semua kami tested negative - Alhamdulillah..beribu-ribu kali syukur..

Bila saya bagitau sahabat baik saya DE..dia kerap mengalami trauma sepanjang serangan C19...

Kes pertama apabila pembantu rumahnya pergi menghantar barang ke rumah jiran - pada petangnya jiran memberitau bahawa suaminya kena covid dan baru nak di bawa ke hospital..

Apa lagi...meraunglah.pembantu rumahnya dan DE pulak kecut perut, cucu kecik 3 orang dan yang masih dalam kandungan menunggu hari..menggigil takut...

Kali keduanya bila salah seorang pembantu rumahnya dapat batuk yang teruk...satu rumah kelam kabut, bagi dia kuarantin dalam bilik..alhamdulullah selepas 2 hari dia bertambah baik...

Untuk menambah kecut perut, suatu hari adik DE datang menziarah, 3 hari kemudian dia dapat panggilan dari adiknya  beritau dia positif Covid.....sekali lagi seluruh keluarga bergolak...

Semua orang berjaga- jaga takut dijangkiti. Tapi ada sesetengah orang tak ambik kisah dan tak percaya that C19 exist and people are dying...





Tuesday, July 27, 2021

Liku-Liku Hidup.....



Pokok-pokok di laman rumah dulu subur dan menghijau tapi sekarang sudah tua semuanya..tidak sehijau ini..


Jangan takut m.a.t..i. 

Berpantang ajal sebelum mati aka kalau belum sampai ajal takkan mati punya ( demo kato ) walaupun dah landing bawah lori...

Sebenarnya kehidupan kita hari ni takkan sama dengan kehidupan masa kitu berumur 10 tahun dulu. Perubahan demi perubahan telah berlaku...

Sekolah rendah - sekolah menengah - kolej atau universiti atau dropout

 - dapat kerja atau menganggur atau sambung pelajaran

 - kahwin atau terus membujang

 - dapat anak atau tak dapat anak 

- dimadukan atau bercerai atau masih bersama susah senang

- kumpul harta atau hutang keliling pinggang

- bermenantu , bercucu cicit 

 - berappointment dengan doktor kat hospital....atau makan ubat alternatif..

Fuh! Dah lama tu....macam - macam telah dilalui..

Perkara yang penting bagi kita biarlah hidup kita berakhir dalam kebaikan...hidup dengan baik, doa yang baik - baik, berbuat baik...dan semua yang baik - baik saja.

Percayalah..buat baik dibalas baik, kalau buat  jahat takut yang jahat itu berpatah balik kat diri sendiri...

Wal'iyazubillah!



Tuesday, July 20, 2021

Allah Jua Yang Membalas...

 



Betapa pentingnya derma atau sedekah bagi orang yang dalam kesempitan.

Emak pernah mengajar saya supaya bertimbng rasa pada pembantu....sekali sekala belilah kain batik bagi kat dia ( masa tu orang kampung sangat pentingkan kain batik ) . Kain batik murah pun takpe..boleh buat basahan harian.....

Kita ni pakai kain batik Jawa, bagi kat Jarah kain batik Siam..Bila batik Jawa naik harga dua-dua pakai kain batik Siam haha..

'Ala kulliy hal ia mengajar kita untuk menderma. Kadang- kadang kita tak tahu derma kita yang seciput tu boleh menyelesaikan masalah orang. Kita hulur rm10 misalnya -  kita tak tahu mungkin ia telah kehabisan beras, dapat juga dia membeli beras sekurang- kurangnya untuk sehari dua..Apatah lagi kalau kita bagi lebih..banyak benda yang dapat dia selesaikan..

Kalau bagi seringgit pun bolehlah ia menghilangkan dahaganya dengan membeli air mineral. Mungkin dah sehari suntuk dia tak makan,  dapat minum air bersih adalah nikmat baginya..tak dapat makan pun sabar je..

Mak sepupu saya menceritakan perihal seseorang yang kerap ditolongnya, pernah meluahkan perasaan hatinya dengan bersungguh- sungguh....

" Di Padang Mahsyar nanti saya nak mengadap Allah, saya nak bagitau Allah makciklah orang yang banyak menolong saya semasa di dunia "

Betapa terkesannya hati kami dengan perkataan itu hingga terkeluar air mata tanpa disedari....MasyaAllah...





Wednesday, October 19, 2016

Mengigau Di Tengah Hari


Tetamu-tetamu di sebuah majlis kenduri kahwin dok riuh bergebang macam tak hengat punya. Tetamu yang di meja sebelah menyebelah pun memasang telinga...

Bila balik keje takde lain tanya ..Nagib dah letak jawatan? Takut kalau- kalau semua orang dah tahu dia belum tahu lagi!

Jangan mimpilah!

Dia pahlawan Bugis mana takut kena gertak - salah tak salah lain kira namun berundur tidak sekali!

Kalau betul dia dan kuncu- kuncunya orang beriman jangan dok kona lana lagi. Bayar balik apa yang bukan hak  yang telah dibelanjakan. Jangan dok bagi anak bini makan atau buat belanja duit haram.

Rupa-rupanya kebanyakan tetamu bukak cerita sendiri - walaupun jalan cerita lain tapi tajuknya sama seperti di atas.




Sunday, May 22, 2016

Sembang Di Musim Kenduri Kawin



Ramai juga yang menambah nasi kenduri hari ni. Bukan saja lauk sedap dan pengantin lawa tapi takde sembang yang sumbang pada kali ini.

Nampaknya semua yang hadir telah bersatu hati...
2.6b masuk akaun sendiri itu adalah satu perbuatan yang salah yang tak bermoral dan tak boleh dimaafkan atau pun dihalalkan!

Walau bagaimana pun ramai yang tak gembira - depa kata BN masih boleh menang pada pilihanraya kecil kali ni sebab BN boleh tabur duit. Pembangkang pulak macam hantu tak bertuan.....dok berkerkah sesama sendiri....

Ada kata PAS dah tak relevan, tak boleh menang.
Ada kata Amanah lepas ni akan lenyap di bumi Malaysia sebab jadi kuda tunggangan DAP. Depa pun sangat risau kalau BN menang,  pee em akan menjadi kuat dan lebih berkuasa. Rakyat akan sengsara.

Oleh kerana ada satu lagi kenduri lagi tak dapatlah saya mendengar perbincangan yang makin lama makin hangat tuh.....harap-harap takde yang bertegang urat mempertahankan pendapat masing-masing!



Thursday, March 10, 2016

Ada Fahem Ka ?



Rata-rata seluruh Malaysia dok cerita fasal
Deklarasi Rakyat.
Ramai yang menyokong tapi ramai juga yang sokong dalam hati je tak berani nak sokong secara petisyen.

Tengah dok makan nasi kenduri pun dok berpro dan con, kondem mengondem dan tibai menibai sampai tersedak air sirap. Katanya Tun M bersekongkol dengan apek LKS , ada pulak yang kata tu gencatan senjata jer! Pokoknya ialah untuk mendesak PM berundur ( bukan nak jatuhkan kerajaan! )

Kalau betul- betul PM berada dipihak yang benar berilah laluan kepada pihak yang berwajib menjalankan siasatan without fear or favour!!
Sekarang ni rahsia dah terbuka semua orang dah tahu. Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan sapu tangan sehelai.....






Saturday, December 26, 2015

Syaitan Bisu


Semasa pengantin duduk di pelamin pun perbincangan hebat terus berjalan......

Ada yang kata Najib is strong now dia boleh dapat landslide win come the next GE. Semua orang sokong dia sekarang.
Ramailah yang dok keliling meja tu tertelan buah kana ( acar buah ).

Depa kata Najib dah kambus semua lubang yang boleh  menjerluskan dia. Kaitkan pula dengan Tun M marahkan Najib sebab tak dengar cakap dia dan bla bla bleat bleat bleat!
Tapi tak sebut pun fasal 2.6b Dan IMDB - sebab bagi mereka itu perkara kecik bukan satu perkara yang harus dibangkitkan. Kerugian perkara biasa Dalam perniagaan. Derma pula adalah sesuatu yang halal....

Habis kenduri saya rasa sangat kecewa.....
Kalau penipuan yang jelas dan nyata itu boleh diterima dan ramai orang membenarkannya dan ramai lagi yang mendiamkan diri.......maka tiadalah jalan yang boleh membetulkan keadaan...



Saturday, December 19, 2015

Ramai Dah Buat Keputusan



Bulan Disember ni banyak benar kenduri kahwin, pendek kata sembang politik pun makin kencang.
Ada orang kata kes 2.6b dan misadventures of 1MDB tu dah ok. Kata depa orang ramai dah boleh terima bahawa kes duit derma masuk akaun peribadi itu dihalalkan. 1 MDB pulak akan menjana keuntungan  tak lama lagi. Jadi jangan dok buat kepoh menuduh dan menyoal yang bukan2.....

Bagi yang tak menghalalkan perbuatan 2.6/1MDB mereka dah bercadang - cadang untuk beramai - ramai memangkah Pas! Ada juga yang tak nak memangkah terus dan yang lebih ekstrim lagi ada yang bercadang nak merosakkan kertas undi....sebaaab walaupun kes 2.6b tu dah di OK kan tapi kes rakyat belum ok lagi - beban kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan telah menghimpit kehidupan rakyat jelata.

 Ramai jugak yang sakit hati pada pemimpin bermulut cerobeh....
Bila sayur mahal disarankan rakyat makan kangkong
Bila ayam naik harga disarankan jangan makan ayam
Bila harga tol dinaikkan disarankan jangan guna jalan bertol ..
Bila dia dapat derma dia buat senyaaaaap je...

Bo patut meh!











Tuesday, October 27, 2015

Pahlawan Sejati



Sembang punya sembang akhirnya  terkeluar riwayat 2.6bil dan 1MDB . Rakyat  yang tengah dok tertunggu - tunggu nak tau cerita sebenar dari mulut DSN sendiri memandangkan ia ada hubung kait dengan semua rakyat Malaysia.

Najib kena letak jawatan

Eh , engkau ni tak de semangat Pahang langsung!

Apa pulak semangat Pahang , mana ada semangat lagi dah ...kalu dapat 2.6b tahun 2012 ( ? ) dok wat senyap je sampai terbongkar baru  dok gelabah beruk!

Tu lah engkau lama sangat ke sana ke mari tak tau cerita dah. Langsung tak menyokong.

Aku tak nak bergaduh dengan engkau.....sokong apanya? PM kenalah bertanggung jawab terhadap orang ramai  - sebab ini bukan hal dia laki bini dan anak beranak dia....

Kalau dia pahlawan sejati dia kena BERANI BERCAKAP BENAR! Janganlah dok hantar hulubalang pacak buat penerangan yang buatkan orang ramai bertambah sakit hati dan hilang kepercayaan.



Sunday, May 10, 2015

Sembang DiMusim Kenduri Kahwin



Pengantin masuk dewan pun tak berapa nak tengok sebab tengah hangat sembang fasal 1MDB. Pakat takut pucat muka belako -  apa taknya hutang 42 beliyon tak faham lagi tapi bila sebut 1beliyon =1000 juta, kalu 42 beliyon dah berpinar biji mata nak kira....

Abe Leh garu kepala....
Woiiii sapa nak bayar hutang tu? Nak ambik duit mana nak bayar hutang - takkan nak gali lubang tutup lubang..

Orang kampung takut dengar hutang banyak tu. Depa hutang kedai Ah Hong rm40 pun siang malam dok terkenangkan hutang - bila boleh bayar, bila boleh bayar....

Ada pulak yang keras kepala pegi dok buat bising...kalu lagu ni tak larat doh nok sokong depa -  takut sokong punya sokong, sokong menjahanamkan negara.

Jom kita ramai-ramai bawak sepanduk pegi Masjid Negara.....

Oii hang nak buat apa pi Masjid Negara, nok solat hajat bagi pecah perut ka? Buat apa!?

Solat hajat biar depa sendiri yang bayar hutang tu baru  betul!!! Depa dok bagi rugi mana boleh lepas gitu je!

Pakat- pakat dok sakit hati tak terkira...

Dah tu nak buat lagu mana?

Apa kata kalau kita ramai-ramai.....( sampai caterer kemas meja depa tak habis lagi buat cadangan )

Ahem......Abang Din...dah solat istikharah?





Thursday, September 19, 2013

Musim Kenduri Kahwin







                                         Keris tu, nampak threatening sikit, macam nak tikam belakang orang jeee!


Bila dah ramai-ramai dok bawah kemah kenduri kahwin bayak pulak keluar cerita , macam-macam ada, fesyen baju, kutuk tuan kenduri sebab makanan tak sedap / nasi mentah, dok melepat, mula-mula fasal orang kampung depa, akhirnya berjangkit pulak pada ahli politik.......maklumlah tengah panas fasal Pemilihan Umno...

Ada yang kata -  Umno ketandusan pemimpin, sebab tulah dok gi rewind forward, rewind forward muka-muka  lama yang orang dah tak larat nak pandang dan tak larat nak dengar cerita depa. Depa kata , pemimpin yang dah ada nama aka dah ada skandal ( ada kes rasuah atau  lain yang melibatkan moral atau lain-lain yang tak sedap didengar  ) takyah le gi dok ambik depa lagi, bagilah peluang kat orang lain pulak...Belanar lagi orang yang lebih amanah yang boleh di ketengahkan.

Depa kata lagi, perangai orang Umno yang suka cantas mencantas dari dulu sampai sekarang tak berubah -ubah  akhirnya membuahkan hasil iaitu nak cari calon yang sesuai untuk ketua wanita ( tak naklah yang tuuuuu je! ) atau ketua pemuda ( yang baru pulaklah weh! ) pun....alahai.....silap silap nanti  the incumbents  menang tak bertanding!

Depa kata lagi , kalau.........err..... baik I stop kat sini je, nanti orang ingat I pulak yang mengata...

Tuesday, September 17, 2013

Telur Masin






Balik kampung beli telur masin




 Banyak di jual di tepi jalan antara Pekan dengan Rompin




Bila pegi kenduri kahwin keesokannya dapat pulak  cenderahati  telur masin yang siap direbus dan boleh buat lauk tambahan untuk makan malam tu.........takdelah membazir!

Tak payah beli kristal kalau nak bagi door gift akak oii, tak tahu nak letak mana - rumah buruk tak sesuai dengan kristal mahal, rumah lawa, kristal pulak takde jenama , akhirnya gi perosok dalam store.


Saturday, February 9, 2013

Amanat Yang Menikam Qalbu



Ada dua amanat yang diberi dalam dua majlis meraikan pengantin di dua tempat yang berlainan -

Ingat noo....bila dah berumahtangga ni, jangan lagi dok pi makan kat kedai - rajin-rajinlah masak kat rumah , orang lelaki / suami makan apa saja yang isteri masak, nasi dengan telur goreng pun rasa sedap bukan main.

( Kalau laki tak cerewet bolehlah masak apa-apa saja, kena yang cerewet, dah lah balik kerja lewat petang dok demand masakan macam yang mak dia dok masak masa dulu-dulu - kari ikan, masak lemak cili api,  ayam goreng berempah , daging bakar  atau lain-lain yang bukan-bukan. Kalau bini cuba masakan tu -  bila tak serupa macam masakan mak dia , mulalah komplen! )

 Sooooooo......the smart wife pretended ada koje banyak kat ofis tak boleh keluar awal - Makan kat luar lah bang kita hari ni!?
Makan kat kedai mamak pandai pulak tak komplen pun......

The doting wife pulak bukan main pulun lagi masak sampai jadi macam masakan mak mertua - just to please the husben! biarlah penat melepek.....masak 2 jam, makan 15 - 20 minit dah selesai.....

Amanat yang lain pulak ialah, bila dah dapat anak tu, janganlah dok pegi tinggai kat rumah mak ( tak kiralah mak suami atau mak isteri ) ...jangan buat lagu tu nooo....kesianlah kat mak ayah - depa dah tua, depa pun dah tak larat dan perlu berihat! hangpa pandai-pandai lah bela anak hangpa sendiri

( Kalau terdesak tu ok , sekali sekala takpe , tapi kalau mak dah jadi macam orang beranak kecik........ bo patut maaa...... )
Kalau mak bapak memang volunteer nak jaga cucu , itu lain cerita !


Thursday, October 13, 2011

Ice Breaking








Antara cenderahati yang di bawak balik dari kenduri kahwin



Menghadiri majlis kenduri kahwin boleh menyeronokkan tapi ada yang memenatkan dan membosankan. Paling meriah majlis bawah kemah dan kenduri nasi kawah. Lepas makan nasi minyak ada teh tarik koner pulak, boleh gebang dengan kawan-kawan tak habis-habis cerita. Tapi kalau banyak kenduri pada satu hari, terpaksalah touch and go saja - salam dengan tuan rumah, makan , salam lagi lepas tu terus blah!

Majlis kenduri yang formal pulak selalunya dibuat waktu malam. Jemputan kena berada di dewan hotel atau lain-lain yang seumpamanya pada pukul 8 malam. Kalau orang Gombak nak pergi majlis kenduri kahwin ke Subang Jaya atau Shah Alam atau Putra Jaya, kena bertolak awal, solat maghrib di surau hotel. Nak solat Maghrib kat rumah tak sempat pulak.

Majlis formal pulak banyak kerenahnya. Kena pakai baju yang sesuai untuk malam ( kena ada lip lap-lip lap sikit , kena ada evening bag , kena make up tebal sikit , kena tu kena ni! ) Pastu dok kat kerusi, tunggu majlis bermula ( dalam kad -  8.30 - ketibaan pengantin ) realitinya, majlis akan bermula  sejam atau lebih kemudiannya. Dah resah dah tu, jiran kiri kanan tak berapa kenal pulak .... sembang pun kurang rancak!

Bila majlis dimulakan banyaklah protokolnya - Selawat Nabi ( berkajang-kajang kertas ) merenjis ( habis semua kaum kerabat nak merenjis ) , tayangan video masa kecik sampai kahwin , ucapan bapa pengantin, ucapan abang pengantin, ucapan adik lelaki, adik perempuan  ....gedebuk gedebak ...hinggakan .orang-orang pencen pun lenguhlah belakang sebab dok stret atas kerusi berjam-jam tak  bergerak menunggu adat istiadat yang gilang gemilang selesai!

Dalam salah satu majlis yang pernah saya hadiri  -   ucapan yang sungguh ghumbu dan meghapu  menjadi penyelamat pada keadaan yang begitu err....dry ......Hadirin semua tergelak habis -  hingga lupa lenguh belakang, sakit pinggang , tegang urat tengkuk menjadikan keadaan bertambah ceria . Yang jadi ice breaker ialah sahabat karib bapa pengantin..........

......let me tell you ( the bride ) about your father .........kawan saya ni ( the father ) cukup baguih, masa belajaq  dulu, orang lain semua spot soalan  bila nak periksa, tapi dia tak.......dia belajaq sungguh-sungguh tak main spot- spot, study semua, hinggakan yang dia study tu 8 topik aje, tapi yang keluaq dalam periksa ada 12!

.....when you were little ( the bride ), your father came back from out station, but you and your sister were not asleep yet at that time, so your mum said to your father , let me put this two girls to sleep first, and in the mean time you just recite al Quran. So, my good friend started reciting - auzubillahi minassyaitonir rojim......bismillahi......... yangggg...the girls are already asleep.......then your father went  on with....sodaqallahal adziiiiim...............

.........and  more stories that tickled us to the bones!






Bunga telur penyeri majlis.....

Friday, September 23, 2011

Jangan Pilih Bulu

Suatu ketika seseorang telah mengadakan majlis besar-besaran untuk meraikan perkahwinan anak sulungnya. Punyalah sibuk dia ( masa tu belum ada wedding planner lagi ), ke sana ke mari membeli alat-alat untuk persiapan dan juga barang-barang sebagai cenderahati tetamu yang datang. Punyalah pilih tak terkira, nak cari yang best lagi terbest!

Beliau telah menyediakan tiga peringkat cenderahati, pertama untuk vvip, kedua untuk vip dan yang akhir sekali untuk yang ramai-ramai lainnya. Gadis-gadis yang menjaga persiapan meja tetamu dah siang-siang lagi datang untuk menyusun cenderahati mengikut yang diarahkan - vvip,vip dan yang tiada ber v. Tuan kenduri dah tak sempat nak check dah sebab kena besiap-siap berdandan  sama naik dengan pengantin.

Setelah habis majlis , puan rumah mengamuk sakan - tak tahu kenapa, punyalah geger ....rupa-rupanya dah tersalah letak hadiah, cenderahati untuk vvip pi letak kat meja vip dan cenderahati untuk vip diletak pulak kat meja vvip. Bila disoal siasat anak-anak gadis yang comel-comel tu  jawab ---- kami ingatkan yang lebih kilat tu untuk vvip yang kurang kilat untuk vip ( dan yang kepam tu untuk yang lain-lainnya ).....mula-mula tu dah atoq elok dah, mai pulak yang kata kena tukaq! Kami pun tukaqlah.......

Tuan kenduri geram  bukan main, menjerit habih meter - PUNOH DOH MAJLIS AMBO, SPOIL DOH......DOH TERTUKOR PULOK HADIOH VVIP DENGAN HADIOH VIP!!!!!!!



Tuesday, July 26, 2011

Mahar Tinggi, Mahar Rendah

Orang-orang muda yang nak memulakan hidup baru ada yang menggaru kepala ( atau ibubapa yang garu kepala? ) bila memikirkan hal perbelanjaan kahwin. Kenduri kahwin bukan kecik -kecik kenduri, ia meliputi kaum kerabat, waris warah , jiran tetangga dan sahabat handai. Pi mai, pi mai, sap-sap sui tidak kurang dari 600 orang akan dijemput ( kalau buat kenduri jemput 400- 500 orang dah dianggap keciput ).

Kadang-kadang perbelanjaan yang besar jadi penghalang besar bagi bakal-bakal pengantin. Pihak pengantin perempuan tak hendak berganjak dengan duit hantaran yang tinggi, ibubapa kedua belah pihak pula tak sanggup nak mengecilkan kenduri, tak mahu mengecewakan seluruh keluarga dan sahabat handai dan takut kena tohmah!

Seorang ibu bertanya kawan lelaki anak perempuannya, bila nak masuk meminang.

Terketar-ketarlah hamba Allah tu menjawab duit belum cukup.

Nak tunggu sampai duit cukup, lama-lama tua anak aku! La ni makcik nak tanya, berapa kamu ada duit simpanan

D..d..dalam dua ribu aje makcik

Hah..takpe, suruh mak kamu beli cincin , suruh mak ayah kamu mai masuk meminang. Duit kamu yang 2 ribu tu bawak masa akad nikah, yang lain nanti makcik tambah!

Akhirnya perkahwinan dijalankan dengan meriahnya di sebelah pihak perempuan. Kini mereka dah dapat 4 orang anak dah!

Berlainan pulak dengan teruna seorang ni, mak ayah girlfriend datang rumah minta ibubapanya masuk meminang. Mereka kata mereka berkenan kat si teruna ni, budak baik dan layak dibuat menantu. Belum apa-apa lagi bakal mak mertuanya beritahu, duit hantarannya rm3o ribu!

Ada pulak orang tolong bagi nasihat.......pi lah jual anak dara hang kat orang lain!

Monday, October 18, 2010

Bawaklah Beristighfar Bebanyak.......

Ada sebuah blog yang membicarakan fasal pakaian pengantin perempuan yang mendedah aurat, dan saya dengan celuparnya buat komen menyalahkan ibubapa pengantin sebab tak larang anaknya pakai baju yang tak Islamik tu! Dan malam tadi saya mimpi diri sendiri ( yang dah down the hill ni ) nak pergi majlis usrah di surau, tapi pakai baju bustier. Terkejut badaklah kita, bila tercelik mata rupanya dah subuh gajah!

Teringat peristiwa seorang ahli keluarga menceritakan pada saya setahun dua yang lalu,
Tau dak, anak sianu tu pegi akad nikah pakai baju ketang kedada ( berkemban )
Eh, biasalah akak, orang sekarang, pas tu tutup pulak dengan kain lace tak berlining.
Dak aih, takdak lace....
Eh, takkanlah berkemban gantung pulak?
Iya, akak terkejut besar....ya Allah akak doa tang tu jugak janganlah cucu-cicit akak pakai lagu tu
Eh, mak ayah dia tak larang ke?
Tak taulah, kalau larang mesti anak tak pakai lagu tu!
Nenek dia tak kata apa?
Mana berani , takut menantu tarik muka!

Yang menyebabkan ahli keluarga saya tu malu sangat bukan apa, majlis tu dijalankan pada hari Jumaat, dalam masjid pulak. Oleh kerana upacara akad nikah habis lambat sikit , orang-orang yang datang awal untuk solat Jumaat bertembung dengan rombongan pengantin!

Juru nikah tak sound ke ?
Tak taulah.......

Berlainan pulak peristiwa yang berlaku di Johor Baru banyak tahun dulu, rombongan pengantin bawak banyak dulang hantaran yang salah duanya ialah senaskhah alQuran dan sedulang lagi sepasang kasut yang diarak masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Bila juru nikah nampak kasut yang begemerlapan di atas dulang dia pun memberitahu tuan rumah supaya keluarkan dulang kasut dari tempat hamparan. Walaupun juru nikah tak komen apa-apa, kita kenalah faham takkanlah alQuran diletakkan sama sebaris dengan kasut!

Lagi pulak apa sibuk-sibuk nak hantar Quran tu, salah-salah handle dapat dosa pulak kita. Zaman nabi dulu memang ada mahar dengan Quran, tapi bukan kitabnya, ia adalah hafazan Quran itu sendiri! Wallahu aklam!

Semoga Allah jauhkan saya dan kita semua dari bahana kejahilan. Aamin......

Monday, June 14, 2010

Katering atau masak sendiri

Musim kenduri di kampung memang meriah, apa taknya habis tumbang lembu kambing, masak gulai berkawah-kawah, habis sekampung mai makan kenduri. Makan gulai kawah memang sedap, tambahan makanan masih panas lagi. Masak pukul 8 pagi, pukul 11.30 kenduri dah mula dan habis lewat petang, sampai ke malam masih ada tetamu datang.

My brother in law reserve sekor lembu yang gemuk untuk kenduri kahwin anak sulungnya. Tetapi sebulan dua sebelum kenduri, lembunya bunting , jadi last minute dia tempah makanan dengan katerer. Walaupun begitu, makanan yang yang ditempah sedap lebih kurang sama macam masak sendiri sebab keterer tu banyak pengalaman mengendalikan jamuan majlis kahwin. Lagi pulak dia seorang yang jujur, nasi dan lauk sedang elok cukup untuk semua tetamu. Taklah dalca tinggal kuah aje atau rendang tinggal serdak... ( kerap berlaku )

Zaman sekarang, ramai yang suka order makanan dengan katerer, sebab tak cukup kaki tangan nak mengendalikan kenduri kahwin. Kalau ramai adik beradik pun tak dapat menyelesaikan masalah sebab sedara mara yang tua, dah expired, buat kerja berat dah tak berapa larat. Yang masih beranak pinak sibuk dengan anak kecik, yang sedang-sedang muda, bekerja atau belajar jauh di bandar tak boleh senang-senang nak cuti lama-lama.

Bagi yang ada kemudahan, misalnya selain ahli keluarga, jiran tetangga juga datang menolong dari a sampai z, sudah tentu jadi meriah bergotong royong masak nasi kenduri. Kalau tidak, bila kenduri habis semua orang balik, tinggal tuan rumah terkedu nak mengemas semua benda.... periuk belanga, pinggan mankuk, sampah sarap dan pelbagai lagi.....

Wednesday, June 9, 2010

Cakap-cakap bawah khemah......what bug the ladies

At the other corner the ladies were discussing about their main concern ie their husbens. They were alarmed by the news that so and so had taken a second helping....er...second wife or the other elderly couple had divorced!

First they tried to rationalise the situation as to why the other half stray away from their spouses.They analysed the reasons, like this particular elderly wife who ignored her husband all day. Morning she went to ceramah agama, afternoon she tended to her grandchildren and evening went off to mosque to pray jemaah with or without her husband. Yes, everybody agreed that is reason enough!

Then came another story and the reason they gave was the other lady never dressed up and neglected herself, thus her husband took another wife. But they argue what about the other case, the wife is so pretty, they are inseparable, how come she too became a museum piece?

They asked the seniors, how to catch hold of their husbands so that they won't marry again. The advise was be pretty, be smart,be good and be nice to your husband. If your face sag go for botox, if you're overweight go for lipo suction, if your husband is rich go shopping , don't be shy to spend his money or else other women will spend it for you, if they look at other women mandram them. If it didn't work then....

TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ITU KETENTUAN ALLAH.............

Cakap-cakap bawah khemah......Tok Wakil, beware......

Topik panas masih lagi berkisar tentang politik ( for the guys ), iaitu bakal-bakal calon pru 13 sepatutnya sudah mula buat field work masing-masing, terutamanya calon BN, maklumlah kerajaan Kedah dah bertukar tangan! Depa kata kalau buat stail macam dulu, dekat nak pilihanraya baru turun padang, mampuih kami tak undi !

Seorang bakal mempertahankan kerusinya calon wakil anak tempatan, dah balik tinggal di kampung, tinggalkan rumah gadang di KL tu. Tiap-tiap hari dia keluar jumpa rakyat, boleh panggil nama asal dia, tak payah panggil nama gelaran.

Pejabatnya beroperasi 24 jam . Pendek kata bersungguh-sungguh menjalankan khidmat pada masyarakat. Dan sungguh-sungguh berjiwa seperti orang-orang lain di kampungnya.

Walaupun ada di kalangan sanak saudara dia bukan penyokong kerajaan, tapi kerana khidmat yang diberi memuaskan, mungkin dia mendapat undi lebih ( atas dasar tali persaudaraan). Best of luck.

Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...