Thursday, September 26, 2019

Sehari Sesudu Peluh..


Akhirnya tibalah hari untuk mendapat keputusan ujian darah yang diambil dua minggu lepas...Dah tunggu setengah jam, belum tiba giliran lagi...


Bila tengok poster ni naik seram sejuk, dok fikir kalau HBA1c saya makin naik, habislah kali ni kena tambah ubat...
Akhirnya saya pindah tempat duduk sebab makin serabut memikirkan gula dalam darah dan akibatnya ke atas diri saya...


Dah pindah tempat, baca pulak poster depan mata....tentang kemurungan! Baru saya sedar rupanya kemurungan boleh membawa kematian yang disengajakan!

Saya teringat hampir sepuluh tahun dulu saya pernah membaca sebuah buku seorang celebrity chef ( it was his first book ) dan ada ayat dalam bukunya bertulis ' I was suicidal '.
Masa baca tu tak ambil kisah pun, ingatkan itu hanyalah ayat penyedap cerita...
Tapi pada tahun 2018 dunia dikejutkan dengan berita kematian chef tersebut kerana membunuh diri...

Pendek kata semua penyakit hendaklah diubat betul-betul.Saya sungguh teruja apabila ada sesetengah doktor mengatakan diabetic is reversable. Saya berazam suatu hari nanti tidak perlu memakan 'metformin' dua kali sehari...

Setelah satu jam berlalu, saya mendapat keputusan ujian darah..
Alhamdulillah...
Gula turun, kolesterol turun , darah tinggi turun..ahem..berat badan pun turun..
Yeay..
Tak sia-sia selama ni minum black coffee + cinnamon diselang seli makan kurma 3 biji
Makan nasi sekali sehari
Tambah kimchi dalam menu...
Tak jogging pun takpe sebab orang pencen tak boleh stresskan lutut...sapu- sapu laman pun dah memadai.
Bak kata jiran sebelah rumah saya..sehari sesudu peluh, lama- lam beliau telah diisytiharkan kolesterol normal, gula dalam darah normal at the age of 72! Semua ubat tak perlu makan dah!








Sunday, September 22, 2019

Hati-Hati Minta Nasihat...


...dengan orang yang terlebih pengalaman...

Semasa berumur dalam lingkungan 30an seorang kawan telah mengadu pada mak menakannya fasal suaminya yang anak tunggal terlalu mendengar kata ibunya hingga sampai pada satu keadaan yang sangat genting dalam rumah tangganya...

Mak menakan dia beri nasihat pukulan maut baginya....
You are still young, kalau dah tertekan sangat, jangan tunggu lagi..pack your things and bunk off...

Bukannya nak suruh anak menakan tu sabar...

Kadang- kadang orae jate ni terlebih lemak, kat rumah, isteri dah masak, hidang...dia basuh tangan, makan dan bila habis makan biarkan pinggan atas meja..

Bila keluar makan kat food court pulak, isteri yang buat oder dan ambik makanan tu letak depan dia...sementara dia duduk riba tangan menunggu hidangan tiba...

Tu kalau pegi komplen kat makcik ke, mak sepupu ke...atau orang- orang pencen ke...mungkin dapat nasihat yang lagi tak munasabah...like..err...errr...


Sunday, September 8, 2019

Tukar Gaya Sarapan Pagi




Selalunya makan pagi lebih kurang sama berat dengan makan tengahari, nasi lemak sambal ikan bilis, rendang segala mak nenek - ayam, daging, hati, limpa, paru atau mihun goreng/mi goreng/ kwaytiau goreng tambah telur goreng. Roti canai dengan segala kuah dal dan kari ikan, daging, kambing ...
Walaupun dah meninggalkan gaya hidup makan tak berinsuran, tapi sekali sekala, dua kali dua kala terbabas jugak...

Kali ni bawak bersabar sikit - makan lontong campur kimchi, minum kopi kosong bermaniskan kurma....Lontong yang sebungkus besar tu simpan separuh for lunch.

Maklumlah sebulan lagi nak kena check HbA1C - makan kena ada
toma'ninah sikit, takut doktor pulak naik darah tinggi sebab sakit hati patient tak control gula dalam darah.....

Kena jaga hati doktor yang berusaha bersungguh-sungguh supaya orang ramai jaga kesihatan..




Monday, September 2, 2019

Kopi Kaw-Kaw


 Tun M memulakan paginya dengan ' white coffee tanpa gula '

( Lihat Malay Mail: 01 September 2019.)

Memang lama dah minum kopi tanpa gula  tapi nak ikut Tun M makan sekeping roti dengan coffee - agak susah sikit . Kita ni tak dapatlah nak makan sekeping roti je, mesti dua keping tambah pulak sebiji karipap , kalau kurang dari tu alif, ba, ta pun tak berapa nak kenal haha ...

Memang betul rakyat Malaysia rata- rata tak boleh lepas dari gula. Kalau gula dinaikkan harga boleh kalah pilihanraya di bueknyo...

Pendek kata orang kita dah terbiasa dengan minuman dan makanan yang manis, lebih- lebih lagi air gas dibuat macam air sejuk biasa...tokleh nok ghoyak gapo doh..

Takut apa pada kencing manis, berpantang mati sebelum ajal...
Atau ada yang kata..kalau pantang makan pun sakit jugak...

Belasah je lah akak oii bagi puas hati..



Riuh Sekampung!!!

Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni! Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed intern...