Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Wednesday, September 28, 2016
Cara Waqaf Qiraat Imam Hamzah AlKufi
Bismillahirrahmanirrahim
Pengenalan: Waqaf di akhir ayat bagi huruf hamzah yang berada di hujung kalimah: Contoh
Bagi kalimah Quruu' di atas ada 4 wajah bacaan ketika wakaf.
1. Ibdal ( tukar ) huruf hamzah menjadi huruf wau
2. Ibdal wau dengan raum
3. Ibdal hamzah dengan di idgham huruf wau
4. Ibdal hamzah dengan di idgham huruf wau beserta raum
Bagi kalimah Syaa'a pula ada 3 wajah bacaan ketika wakaf
1. Ibdal ( tukar ) huruf hamzah di hujung kalimah menjadi huruf alif dengan 3 wajah bacaan
i. Ibdal 2 harkat
ii. Ibdal 4 harkat
iii. Ibdal 6 harkat
Wallahua'lam
Kalau berminat bolehlah belajar Ilmu AlQuran wal Qiraat di UIA khas untuk orang awam!
Thursday, September 18, 2014
Waktu Yang Aurat
Apabila sampai pada ayat 58 Surah An-Nur tok Guru pun memberi sedikit huraian -
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Google Search
Rupa-rupanya pada waktu ada juga auratnya, iaitu pada 3 masa yang ditentukan iaitu sebelum solat Subuh, waktu Zohor dan selepas Isya' kerana pada ketiga-tiga masa itu seseorang akan melonggarkan pakaian mereka. Anak-anak kena minta izin jika hendak masuk ke bilik ibubapanya pada 3 waktu ini.
Seterusnya Tok Guru menerangkan iaitu kalau nak pegi rumah orang jangan pilih masa selepas solat zohor sebab masa itu tuan rumah hendak berihat selepas makan tengahari .Kalau perlu sangat kenalah minta izin, kalau tuan rumah benarkan bolehlah pergi , kalau tidak tangguh pada masa lain yang lebih sesuai. Begitu juga pada waktu selepas Isya' kalau nak bertandang ke rumah orang perlulah minta izin tuan rumah dulu.
Rata-rata masyarakat kita segan nak beritahu mereka tidak bersedia menerima tetamu pada waktu-waktu tertentu. Sikap sopan santun orang kita kadang-kadang menyusahkan diri sendiri- sedangkan AlQuran telah memberi garis panduan tentang masa-masa yang dibenarkan menolak tetamu ( melainkan yang darurah).
Tambah Tok Guru lagi, kalau kita pergi ke rumah orang waktu makan tengahari jangan lah kata.... Ai langkah kanan hari ni! Menziarah waktu-waktu kebiasaan orang makan tengahari atau makan malam itu bukan langkah kanan.Tapi kalau kita menziarah lewat petang - kalau tuan rumah bawak keluar pulut durian ( atau lain-lain juadah ), baru dikira sebagai langkah kanan.
Ada juga orang yang dijemput ke majlis siang hari, tetapi dia datang waktu malam. Kalau tak dapat hadir pada masa yang ditetapkan ,beritahu tak dapat hadir. Jangan pulak nak kada' pukul 10 malam masa semua ahli keluarga dah terkelepet dan dah nak masuk tidur!
Friday, September 5, 2014
Iddah
Beberapa permasalahan timbul apabila ada di antara wanita yang kematian suami ( yang di antaranya adalah di kalangan sahabat-sahabat saya ).
Ramai yang tak sempat nak bersedih dan murung setelah suami mati sebab banyak masalah yang harus diselesaikan - yang terutamannya ialah masalah Faraid. Balu terpaksa menguruskan pelbagai perkara yang rumit untuk menyelesaikan hal-hal mengenai hutang piutang suami ( jika ada ), wang dan hartabenda dan pembahagian harta bagi waris-waris yang tinggal.
Dan beberapa persoalan lain juga telah terjawab :
1. Iddah wanita yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari - tidak kira sama ada sudah tua atau dah putus haid sementelahan lagi yang masih muda.( ada yang ambil ringan fasal iddah kematian kerana dah tua )
2. Boleh keluar rumah atas dasar darurah sahaja seperti pergi kerja, pergi beli makanan atau barang keperluan , pegi hospital dan lain-lain yang seumpamanya. Yang terlarang ialah keluar atas hal-hal yang lagha seperti pegi shopping atau pun keluar yang mengundang peminangan orang ( keluar dengan memasang badan )
3. Hatta kelas pengajian umum ( AlQuran , tafsir dan lain-lain ) juga tidak dikira darurah, sebab kelas-kelas pengajian itu adalah berterusan dan berpanjangan - tidak seperti pengajian khusus yang ada jangkamasa tertentu seperti pengajian di peringkat tinggi atau lain-lain.
4. Ada di antara mereka yang menerima tetamu tidak putus-putus yang datang mengucap takziah. Ada juga sahabat-sahabat suami yang lelaki datang mengunjung , dibenarkan kalau dalam rumah itu ada lelaki ( anak lelaki , adik lelaki atau lain-lain yang mahram ). Lelaki muda refrain yourselves from going to the young widows' house to pay condolences!!!
5. Adakah sampai doa isteri untuk suami? Insyaallah semoga Allah makbulkan doa isteri. Tapi yang disebut dalam hadith ialah ANAK-ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN IBUBAPANYA akan diterima doa mereka......
Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku, Ya Allah masukkan mereka ke dalam syurgaMu ( antara contoh yang diberi )
6. Seelok-eloknya diam di rumah seperti yang telah disyariatkan.
WaLlahua'lam.
Sunday, March 16, 2014
Pengajaran Ayat
سُورَةُ الأَنفَالِ
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ
قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ
يَتَوَكَّلُونَ ٢ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ
يُنفِقُونَ ٣ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقّٗاۚ لَّهُمۡ دَرَجَٰتٌ عِندَ
رَبِّهِمۡ وَمَغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ ٤
Surah Al Anfaal : 4
Mukmin yang sejati , mereka itu mendapat beberapa darjat dari Allah, mendapat keampunan dan dikurniakan rezeki yang baik. Sesungguhnya mereka itu adalah terdiri daripada orang-orang yang...
1. Jika disebut nama Allah gementar hati mereka
2.Bila dibaca ayat-ayat Allah bertambah iman mereka
3.Mereka itu orang-orang yang mendirikan solat
4.Dan mereka yang menginfaqkan harta ( berzakat dan bersedeqah )
Ustaz pun bercerita, salah seorang anak muridnya tanya adakah mendirikan solat itu ialah solat berdiri? Bagaimana dengan orang yang tak boleh solat berdiri, adakah solat mereka tak diterima?
Ustaz pun tergelak lalu menerangkan bahawa mendirikan solat itu ialah mengerjakan solat dengan tekun dan dalam waktunya.
Orang mukmin sejati adalah orang yang bersungguh-sungguh mengerjakan solat, menjaga waktu , bukan permain-mainkan ibadat solat, atau ambil remeh tentang solat. Sekejap solat sekejap tidak, atau pun bersolat di waktu yang tercela - tengah solat Asar 2 rakaat, azan Maghrib pun berbunyi.
Begitu juga dalam amalan zakat, ada yang dah berzakat, dah tak nak bersedeqah, sebab katanya dah tunai tanggungjawab. Mukmin sejati menunaikan zakat dan bersedeqah pula dengan tidak mengira untung rugi.
Begitulah dalam majlis ilmu, ada jugak perkara-perkara yang menggelikan hati ustaz dan juga jemaahnya.
ps.
Punyalah seronok dapat cut and paste ayat AlQuran dengan mudahnya dan dalam saiz yang besar.
Tq Wan Azmi , yang tolong masukkan Script AlQuran Resam Uthmani ke dalam Microsoft Office. Believe it or not before this I've got to type harfi bi harfi the Quranic verses using ARABIC KEYBOARD !
Wednesday, November 27, 2013
Sab'ati Ahruf
Riwayat Imam Hafs merupakan salah satu dari cabang Qiraat yang telah diriwayatkan oleh Jibril kepada Rasulullah SAW . Qiraat bermaksud, menerima bacaan secara bertalaqqi dan bermusyafahah . Dari segi istilah, Qiraat bermaksud salah satu bacaan yang digunapakai oleh salah seorang Imam Qiraat yang 7 atau 10 dari Toriq AsSyatibi atau AlJazari.
Di samping Qiraat, istillah Qari dan Muqri juga saling berkait rapat dengan Qiraat itu sendiri .
AlQori ialah orang yang arif 3 Qiraat secara bertalaqqi dan hafal matan.
AlMuqri ialah orang yang arif 10 Qiraat secara bertalaqqi dan hafal matan
( Di Malaysia masih belum wujud / belum diiktiraf AlQori dan AlMukri )
Qiraat yang diperbincangankan itu pula terbahagi kepada 7 Huruf berdasarkan hadith Nabi SAW iaitu :
عن زرٍبْن حُبِيش عَن أبَيً بْن كعْبٍ قال لقِيَ رسول ٱلله صلعم جبْريلَ فقال٠٠٠٠٠
..yang terkandung maksud:Daripada Ubai bin Kaab berkata : bahawa Rasulullah SAW berjumpa Malaikat Jibril lalu bersabda : "Wahai Jibril sesungguhnya aku diutuskan kepada umat yang buta huruf di antara mereka lelaki dan perempuan, yang tua dan yang lemah , budak lelaki dan perempuan dan juga lelaki yang tidak boleh membaca sedikit pun ". Jibril menjawab " Wahai Muhammad , sesungguhnya AlQuran itu diturunkan di atas tujuh huruf ".
Petikan dari kitab Tajwid AlHuruf dan Mengenal Wakaf
Susunan Ustaz Mohd Rahim bin Jusoh
Makluman: Bengkel Qiraat
| Tempat: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak | ||||||
| Tarikh: | 21 Disember 2013 (Sabtu) | ||||||
| Masa: | 8.30 pagi - 5 petang |
Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Qiraat 10, boleh berhubung dengan Persatuan Qiraat Malaysia .
Friday, September 13, 2013
Qiraat Syu'bah
Qiraat Syu’bah – Usul Dan Farsy Huruf – Surah Al –An’am - Bah 1
|
Bil
|
Ayat
|
Hafs
|
Syu’bah
|
Keterangan/Cara Bacaan Syu’bah
|
|
1
|
16
|
يُصْرَفْ
|
يَصْرِفْ
|
يَ fathah رِ kasrah
|
|
2
|
23
|
تَكُون فِتْنَتُهُمْ
|
تَكُون فِتْنَتَهُمْ
|
تَ
fathah pada فِتْنَتَهُمْ
|
|
3
|
27
|
وَلا نُكَذِّبَ / وَنَكُونَ
|
وَلا نُكَذِّبُ / وَنَكُونُ
|
بُ
dan نُ dhommah
|
|
4
|
30
|
بَلى
|
Imalah
|
Imalah
|
|
5
|
32
|
تَعْقِلُونَ
أَفَلاَ
|
يَعْقِلُونَ أَفَلاَ
|
يَ fathah
|
|
6
|
55
|
وَلِتَسْتَبِينَ
|
وَلِيَسْتَبِينَ
|
يَ fathah
|
|
7
|
63
|
وَخُفْيَهً
|
وَخِفْيَهً
|
خِ kasrah
|
|
8
|
76
|
كَوْكَباً
رءا
|
ر dan ء imalah
|
|
|
9
|
77
|
ٱلْقَمَرَ رءا
|
ٱلْقَمَرَ رءا
|
ر dan ء imalah ketika wakaf , jika wasal
imalah ر
|
|
10
|
78
|
ٱلْشَّمْسَ
رءا
|
ٱلْشَّمْسَ
رءا
|
- sda -
|
|
11
|
79
|
لِلَّذِى وَجْهِىَ
|
لِلَّذِى وَجْهِى
|
ىْ
sukun
|
|
12
|
85
|
وَزَكَرِيٌَا
|
وَزَكَرِيٌَاءَ
|
Tambah hamzah fathah ءَ jadi mad wajib
|
|
13
|
92
|
وَلِتُنذِرَ
|
وَلِيُنذِرَ
|
يُ
fathah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Naik Kereta Sewa...
Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...

