Tuesday, June 26, 2018

From The Drop Box


Grand Canyon
Gerun juga tengok banjaran gunung ganang di kiri kanan Sungai Colorado, Arizona.


Dasar Sungai Colorado yang yang jauh ke bawah lebih 3 ribu meters membentuk gaung yang sangat dalam....


Gaung ini dapat dilihat dengan jelas jika kita melihatnya dari skywalk

The entrance to Skywalk


Friday, June 22, 2018

Kacau Gaduh Hari Raya


Helo, ( kawasan ) rumah makteh dah ada guard ke sekarang ni?
Eh, Ina kat mana ni?
Nak pegi rumah makteh lah ni..
Bukan ke Ina nak datang esok
Hari ni lah makteh, semalam whatsapp nak datang hari ni....
Ye ke? Takpe mari lah..

Makteh dah oder makanan untuk korang untuk petang esok
Takpe makteh, Ina saja jalan- jalan raya nak terjah rumah makteh
Engko jangan main terjah-terjah, rumah makteh tak masak apa pun yang ada kuih kering je..
( Nasib baik dekat rumah ada restoran satay Haji Samuri @ satay Kajang boleh jugaklah nak jamu tetamu waktu darurat macam ni..... )

Dua tahun yang lepas Ina datang beraya bersama ahli keluarganya , muka tutup dengan purdah hitam.
Amboi, datang rumah makteh pun berpurdah.. bukan ada sapa pun..PakTeh je yang ada!
....................!
Why should you cover your face like this?
( ...oooops there goes makteh , baru je habis posa ) Purdah ni bukan untuk semua orang ( only selected few ) tapi labuhkan tudung tu memang disyariatkan untuk semua wanita.

So Raya kali ni akak tu pakai baju lawa bukan main dan kain tutup muka dia lepaskan ke bawah....takdelah nampak dua biji mata je...






Wednesday, June 20, 2018

Sejukkan Mata


Bila hujan pokok jadi segar...
Tuan pokok pun suka hati sebab tak payah menyiram pokok...


Orang suka tanam pokok tapi malas nak siram kena tanam pokok yang senang hidup dalam semua keadaan - panas,hujan, ribut, petir - dia tetap bertahan.....

Barulah tak stress...


Saturday, June 16, 2018

Bulan Kesiangan


Di suatu pagi yang hening..bulan masih di langit..

Suatu subuh langit sudah merah

Kedua- dua pemandangan ini terjadi lama- lama sekali - cahaya pagi cepat  menjelang ( bulan belum jatuh )
Dan malam cepat datang cahaya merah di ufuk belum hilang lagi....

Wednesday, June 13, 2018

Sepuluh Malam Terakhiir Ramadhan


Menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan di masjid UIA sungguh menginsafkan saya yang selama ni merasa susah sangat nak beri'tikaf di masjid.

Ramai kakitangan dan pelajar UIA  ( mostly foreigner ) menghidupkan 10 malam akhir Ramadhan beri'tikaf dengan membawa anak isteri/ suami masing- masing. Mereka menghidupkan malam- malam terakhir dengan bacaan Al Quran, solat sunat, zikir-zikir lainnya dan doa sehingga subuh.

Jemaah wanita begitu selesa beribadat sambil berselang seli membelai anak- anak yang sedang nyenyak tidur tak bertilam. Tidak kurang juga pelajar-pelajar yang begitu gigih, terlelap sekejap kemudian bangkit semula meneruskan ibadat malam.

Tok guru kata i'tikaf itu selain dari beribadat, kalau hanya duduk - duduk dan tidur dalam masjid juga mendapat pahala. Dibenarkann juga makan minum seperti biasa. Janji mesti niat untuk beri'tikaf - tanpa niat tidaklah kita mendapat ganjaran pahala beri'tikaf itu adanya.

Rasa malu jugak pada mereka sebab kita ni dok keluh kesah baring tak kena menyandar kat dinding pun tak kena - dok asyik tengok jam......
Sambil menunggu Imam qiam seterusnya menutup malam dengan solat witir sebelum masuk waktu Subuh..

Sunday, June 3, 2018

Coffee Addict In Ramadhan



To avoid feeling sleepy in the morning and to stay awake during  Tarawih prayer...we need a super strong tonic

Boil some water...just enough for one small mug


Add a tablespoonful N#escafe and a teaspoon cinnamon powder. Leave it to boil...



And serve super hot during iftar and another one during sahur.


Riuh Sekampung!!!

Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni! Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed intern...