Thursday, January 23, 2020

Haramain Revisited


Pemandangan yang begitu klasik dalam Masjid Quba'  macam sebuah lukisan...yang menyebabkan saya buat posting ni ( gambar ehsan dari Mutawwif kami Ustaz Ridzwan  bin Sudin )

 Ini kawasan solat lelaki  , kawasan solat wanita terletak di bahagian belakang..


Ini adalah pemandangan Jabal Ainain, dimana Rasul SAW menempatkan pasukan pemanahnya semasa perang Uhud..

Lepas ziarah medan perang tuju ke Dataran Uhud, banyak terdapat barang-barang jualan di situ. We can get good kurma ajwa with good price.
Jangan lupa dengan rempah ratus, inai, segala jenis kekacang , minyak zaitun, safron dan berbagai barangan lain termasuk sejadah, kopiah, kain serban dan seumpamanya boleh buat buah tangan untuk ahli keluarga di kampung.....

.....dengan bebanyak doa semoga Allah menjemput lagi kami menjadi tetamuNya di Haramain....aamin Ya Rabb..


Sunday, January 12, 2020

Riuh Sekampung!!!



Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni!

Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed internet ke? Bila buka TV gambar tak naik...Apa dah jadi?

Pagi tu riuh rendah orang  kampung Jalan Delima....berwassap..

Woi..rumah hangpa ada internet ka?

Takde..

Rumah aku pun takdak...

Habis mati kutu... And that was on Sunday! Nasib baik ada kenduri hari tu kalau tak..pakat dok nganga seharian..

Dengar cerita kabel internet kena curi! ( Ye ke? )

Alamak! Dah lama tak dengar orang curi kabel! Dulu orang curi kabel sebab nak ambik dawai tembaga nak jual. Tapi sekarang ni dah pakai fiber optic pun kena sapu jugak..

Nasib baik petang tu jugak pihak TM berjaya menyelesaikan masalah internet terputus..semua orang kembali bertenang di hujung minggu..



Thursday, January 2, 2020

Minta Derma Ka Minta Duit?..


Pada hujung minggu lepas saya pergi ke Sogo mengambil kesempatan membeli seterika baju yang tengah sale. Seperti biasa semua barang dalam Sogo mengadakan jualan murah akhir tahun...

Saya risau jugak pegi ke Sogo di hujung minggu, takut kalau-kalau ada kumpulan- kumpulan tertentu buat demonstrasi....nanti jem teruk kawasan situ...

Di kawasan depan Sogo pulak seperti biasa ramai orang menjual berbagai barang- barang secara kecil-kecilan seperti permainan kanak-kanak dan lain- lain untuk menambah pendapatan di hujung minggu..

Ada beberapa orang anak muda menjual sesuatu... Tertulis pada kadbod - bayar seberapa sambil menderma.,
Eh mintak derma ke? Kemudian baru ternampak air kotak macam tersorok sikit.
Sekali pandang macam mintak derma derma je...bukan nak jual air......

Jangan sebegitu mudah nak dapatkan duit....Kalau nak berniaga tunjuklah produk yang nak dijual dan harganya sekali! Lebih bermakna lagi dari menjual barang sambil menderma...
Bukan semua orang nak menderma semata- mata ada orang mintak derma!













Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - pali...