Monday, April 22, 2019

Nostalgia Di Kuala Rompin


Bila balik kampung tak sah kalau tak pergi beli makanan di pasar minggu.
Dari jauh dah nampak signboard nih!

Panas- panas dibakar atas dapur arang...ada satar ada otak-otak. Bahannya hampir sama, bahan utama ialah ikan. Satar ialah isi ikan diblend dengan kelapa dan di bakar dalam daun pisang. Otak- otak pulak isi ikan dicampur dengan kelapa dan rempah-rempah dan dibakar dalam daun kelapa..

Kena beli jugak, kalau tidak kempunan nanti!

Bon appetito
Satar dan otak- otak sangat digemari orang pantai timur. Boleh makan bila- bila saja, pagi atau makan petang.


Thursday, April 18, 2019

Senduduk!


These pictures were lost and found again....




Pokok asal yang sudah tiada lagi di dunia ini...



Tumbuh sendiri apabila pokok yang lama dah mati.....kalau sengaja tanam, sangaaat susah nak tumbuh!



Sudah pun berbunga....






Monday, April 15, 2019

Peribahasa Di Zaman Millenium




The proof of the pudding is in the eating,
The proof of the money is in the spending...

Kalau dapat duit jatuh dari langit...boleh belanja apa saja yang terlintas di hati..
Bila terkantoi mana boleh sorok lagi....











Thursday, April 11, 2019

Infaq Harta...



...yang paling kita sayang....






لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ 


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna )sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayang. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

A-li Imraan :  92


Tengah talaqqi ayat di atas tok guru pun beri tafsiran secara mudah dan menusuk kalbu


Kak tau , kita ni tak dikira berbuat amal baik jika kita tak infaq harta kita yang paling baik dan yang paling kita sayang. Kalau kita bagi sedekah pada orang biarlah yang elok yang kita paling suka, itu barulah dikatakan infaq.


Kalau kita bagi orang susah baju-baju yang kita dah pakai , yang mahal dan masih baik lagi macam mana? Sedangkan yang menerimanya dah suka sangat.


Tu bukan infaq kak, memanglah bagi orang  tu suka sangat sebab dia takdok baju molek. Dia suka itu hak dia tapi yang kita beri tu bukanlah termasuk dalam kategori infaq. Kena beli barang yang baru kalau nak infaq!

Terkejut habis kita ni, dok memikir-mikir apa barang yang elok yang dah bagi kat orang? Berapa banyak dah infaq dari segi kewangan dan pertolongan yang benar-benar diperlukan , atau main beri benda yang kita tak suka atau tolong orang sambil lewa macam melepaskan batuk di tangga?

Tekenang bila W nak balik kampung, mintak dengan saya periuk nasi letrik yang saya dah simpan dalam stor..( bukannya elok sangat, tudung pun dah kemek sikit! )
Maka dengan bodoh dan kupik habis meternya saya pun menjawab.....
Akak pakai lagi periuk tu....bila anak-anak semua datang kena ada periuk besar !

Bila mengenangkan peristiwa tu saya sungguh malu .....

Kebetulan W datang  ke rumah setelah balik dari Seberang , saya pun nak belikan dia periuk nasi baru , tapi katanya..
Kak tak payah bagi periuk tu, bagi saya duit yang nak beli periuk tu,saya lebih perlukan pinggan mangkuk lebih sikit ,  kat kampung ada pinggan yang murah-murah - boleh beli lebih ( sebab anak cucu ramai )

Rumah Wa terbakar dan mereka anak beranak tinggal sehelai sepinggang setahun yang lalu! Kini sedikit-sedikit membina rumah dan membeli perkakas rumah...









Bila Senja Menjelang


Langit begitu bewarna warni dan berbeza setiap hari...


Hampir masuk waktu Maghrib




Setelah masuk waktu Maghrib

Saturday, April 6, 2019

Pandangan Di Luar Tingkap


Pemandangan waktu petang melalui tingkap depan....



...boleh matahari jatuh di luar tingkap...