Tuesday, July 31, 2018

Pie Cepat Siap


....bagi orang yang tak nak duduk kat dapur lama- lama.
Bila umur meningkat makan pun berpada- pada. Takde dah dok berejam-jam kat dapur. Dah ada korma daging nak ikan goreng pedas lagi, sayur mesti ada, sambal tak boleh tinggal dengan ulam pulak! Kadang- kadang goreng ayam , masak sambal udang dan segala-galanya yang mismatch mengikut kehendak hati...

Sekarang lebih rajin masak one-dish meal. Buat pie tak ikut resepi.


Mula- mula alas pie dish dengan cream crackers yang direndam air panas ( menggantikan pastri berlemak ), lapis dengan tomato potong nipis - tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam untuk tambah rasa.


Masukkan inti pie yang di sediakan lebih awal - boleh buat inti ayam, daging, tuna atau udang dengan sayur-sayuran pilihan sendiri. Boleh pedas, bertomato atau berempah atau lain- lain.


Tutup dengan ubi kentang lenyek dan bakar sekama 30-40 minit..
Kalau rajin buatlah gravy kalau malas - tomato sos atau cili sos je...
Bon appetit!

Monday, July 23, 2018

Pandangan Di Luar Tingkap


Langit merah bila masuk waktu Maghrib...


Ada macam- macam warna bila hampir masuk waktu maghrib kadangkala kuning atau oren, ada kala terang, tapi kali ini ia begitu merah....

Friday, July 20, 2018

Fish Curry For Lunch



How do you like this oily curry on your table...
Just indulge without feeling guilty or take it sparingly?
We can eat curry with rice or bread. It is a one-dish meal  carbo with protein and vegetables.

One-dish meal is the in thing for pensioners and for people on the go. It is very time saving to prepare such dish.


Tuesday, July 17, 2018

Cabut Gigi Sendiri


Hari ni Ina datang lambat , apa pulak masalah dia. Anak lahir kat sini tapi dibawak balik ke seberang bagi mak bela, pegi tukar surat beranak sana. Bila dah habis belajar datang ke sini nak cari peluang belajar dan bekerja. Pegi buat kad pengenalan Malaysia - dah sangkut!

Macam- macam masalah. Suami dah jadi penduduk tetap , tapi Ina kena bayar permit kerja dan itu ini. Pendek kata kalau ada duit lebih sikit ( bila buat kerja tambahan ) nanti habis buat bayar macam- macam. Tak kira lagi kalau anak sakit....tapi Ina tak pernah merungut dan dak pernah minta simpati..

Ding dong! Hah datang dah Ina! Tak kisah datang lambat ke cepat - dia tahu kerja dia dan masa kerja dia. Tak akan curi tulang!

Apa muka bengkak sebelah ni?
Sakit gigi...
Pegilah jumpa doktor gigi.. ( macamlah dentist tu sekupang dua! )
Dah cabut gigi...semalam cabut sendiri, masih sakit sampai hari ni..ingat tak nak datang keje dah tadi....tapi baju banyak nak gosok..

Gosok separuh dulu , pastu pegi klinik cepat ambik ubat!
Berani cabut gigi sendiri, nanti masuk kuman..

Dah biasa cabut sendiri..

Nak suruh dia pergi jumpa doktor tak semudah itu! Mungkin dia ada sedikit duit dalam tangan, tapi sekarang tengah bulan. Duit yang ada tu nak beli beras dan lain- lain...

Jadi, sampai hati ke kita ni nak buat tak faham masalah dia.....




Thursday, July 12, 2018

Delikasi Pantai Timur


Singgah di Cerating minum air kelapa. Masa oder tak tengok betul- betul - main tunjuk dari jauh..
Punyalah besar kelapa muda, air kelapa boleh buat mandi!
Susah jugak nak habis..


Otak-otak dan sata the all time fav - empat orang makan boleh habis 20 biji sata dan 10 keping otak-otak! Padahal baru sejam dua lepas makan tengahari.....

Otak-otak dan sata dibuat dari ikan.
Otak-otak ditambah cili dan rempah, agak pedas, sedikit manis dan dibakar dalam daun kelapa.
Sata pulak, ikan digiling/ blend dengan kelapa muda, kemudian dicampur dengan hirisan bawang, halia, cili, dibungkus dalam daun pisang dan dibakar.

Saturday, July 7, 2018

Sendiri Mau Ingat!


Teringat kata-kata orang dulu- dulu...supaya kita jangan mendekati kejahatan sebab perbuatan jahat itu akan menyebabkan...

- Orang baik akan jadi jahat
Kalau yang jahat itu sementelah lagi kejahatannya..

- Orang mulia akan jadi hina
Orang yang hina bertambah hina...

- Orang amanah menjadi khianat ,
tambahan pulak kalau sipengkhianat diberikan amanah...dah tentu seperti tikus duduk dalam kepuk padi..
dok senyap-senyap je sedar-sedar habis padi sekepuk rosak binasa....

Pendek kata yang berbuat fasad dengan yang keliling kelalang yang sanggup berbuat apa saja dengan menyokong atau melindungi...
Kiro lagu mano?



Wednesday, July 4, 2018

Cahaya Di Hujung Terowong


Sebelum PRU14 ramai yang kecewa dengan SPRM dan PDRM sebab masalah kleptokrasi tidak nampak jalan dapat di atasi . Sangat kecewa walaupun ada pihak berkuasa tapi macam tak ada.
Mana polis, mana hakim , mana sprm, mana tok mufti, tok ketua, tok guru, tok batin, tok segala tok.....senyap je...
Mengapa mereka biarkan rakyat tersiksa....

Tapi alhamdulillah setelah BN KALAH barulah nampak cahaya di hujung terowong...

Hari ini 4/7/2018 sejarah tercipta apabila tokoh kl#pet telah dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan...

Semoga negara- negara lain  terutamanya negara dunia ketiga menjadikan Malaysia sebagai contoh - rakyat berani menolak pemerintah yang menyeleweng dan semua badan penguatkuasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti!

Semoga Malaysia berada di landasan yang betul dan negara bertambah makmur! Aamiin!