Sunday, January 28, 2024

Zaman Kanak- Kanak.....2

Waktu berumur 9 tahun kami pindah rumah, dari deretan kedai ke rumah baru di kawasan yang jauh sikit, Kampung Pulau Lang. Setelah tamat tingkatan tiga, saya dan kawan- kawan masuk tingkatan empat  di Kuantan. 

Bandar Kuala Rompin dah ada restoran baru yang di punyai oleh keluarga Ah Bee. Dia pun dah jadi anak dara yang lawa dan jadi cashier restoran. Saya masih ingat setiap waktu makan tengahari ramai pegawai- pegawai  kerajaan datang makan di situ. Ah Bee menjadi tarikan utama, dan  jadi rebutan orang- orang muda ...

Lepas tu saya terputus hubungan dengan dia, saya melanjutkan pelajaran dan dah jarang ada di kampung. Pada masa yang sama Kuala Rompin telah menjadi layu...kerana syarikat perlombongan bijih besi di Bukit Ibam telah ditutup. Semua kedai telah ditutup melainkan kedai roti canai  di hujung jalan beroperasi hingga ke hari ini...

Sisa-sisa bandar cowboy Kuala Rompin tahun 1960an - kedai papan dua tingkat masa tu..

ada masa yang sama kerajaan telah memperkenalkan dasar ekonomi baru. Ekonomi berkembang , pusat bandar telah bertukar ke kawasan  baru. Bank , Pejabat Daerah, Jabatan Perhutanan dan lain-lain Jabatan Kerajaan berpindah ke bangunan baru. Bandar lama pun tinggal bangunan yang reput ditelan masa....kecuali pusat perikanan di jeti Kuala Rompin.

ps. Kedai roti canai di hujung jalan baru sebulan dua dirobohkan sebab kedai terlalu lama tak sesuai di duduki..

Tuesday, January 16, 2024

Zaman Kanak-Kanak Tersemat Di Hati....1

 

Entah macam mana teringat masa duduk di rumah di tengah bandar Kuala Rompin lamaaaa duluuu. Ada yang kata bandar Rompin bandar cowboy - one main street, di  kiri kanan ada rumah kedai papan dua tingkat! Bawah  kedai atas tempat duduk keluarga. Diselang seli dengan beberapa kedai setingkat. Biasanya bahagian depan tempat berniaga , belah belakang jadi tempat kediaman tokey kedai..

90% kedai di punyai oleh orang China selebihnya ada beberapa buah kedai Melayu dan India. Kedai ayah saya yang dua tingkat, depan bagi sewa tukang jam, belakang tempat kami duduk. Tingkat atas kosong je...Rumah kedai tu pusaka datuk yang turun pada ayah saya. Semasa saya dilahirkan datuk dan nenek sudah tiada.

Masa saya kecik dulu kadang kala naik ke atas loteng yang kosong tu...bila dah tua baru terfikir kenapa loteng tu tinggal kosong je...masa kecik teringin sangat nak duduk atas loteng! 

Di belakang rumah saya duduk tu ada sebuah rumah kedai yang besar didiami oleh keluarga China - saya berkawan dengan Ah Bee anak Mek Teh ( mak saya panggil dia Mek Teh mungkin nama dia Ah Teh agaknya ) Suami dia tak kenal sangat dia kerja bertukang. Mak saya dorang panggil Ah Teh , nama mak saya Puteh...

Yang jadi kenangan saya ialah antara pagar rumah saya dengan pagar rumah Mek Teh ada laluan bagi orang - orang kampung nak keluar ke muara Sungai Rompin. Rumah kami paling depan mengadap muara Sungai Rompin.

Di sepanjang pagar rumah Mek Teh dia tanam sebaris pokok bunga semarak api. Saya masih ingat pokok bunga tu sungguh cantik dan berbunga sepanjang tahun...paling cantik kerana ia tanah pasir dan bunga- bunga warna oren gugur menghiasi laluan...


Saya tanam pokok ini dekat pagar rumah saya sekarang.

Paling saya ingat, dalam pagar rumah Ah Bee ada timbunan kayu , di situ ada masanya waktu petang saya dan Ah Bee having dinner - Ah Bee bawak mangkuk nasi dan chopstick dia dan saya bawak pinggan nasi saya...makan sambil sembang entah apa2...tak ingat dah...



Wednesday, January 10, 2024

Masa Berlalu Meninggalkan Kita

 Kita akan rasa terkesan kalau orang yang dikenali tiba- tiba meninggal dunia. Lalu kita akan mendoakan dia semoga mendapat keampunan Allah.

Seorang kawan memberitahu bahawa tukang rumah yang buat renovation rumah kami telah meninggal dunia dan telah dikebumikan pagi tadi. Kawan saya masih berhubungan dengan arwah kerana dia kerap buat penambah baikan di rumahnya dari semasa ke semasa sejak 20 tahun yang lalu.

Kedua kami mengingati arwah sebagai seorang yang amanah menjalankan kerja dan hasil kerjanya sangat baik. Semoga arwah ditempatkan bersama- sama orang yang soleh....aamiin...

Sebelum ini , jiran saya selama 25 telah meninggal dunia  dua minggu lepas. Arwah seorang yang pemurah dan pandai masak. Sebelum suami arwah meninggal dunia kira- kira dalam sepuluh tahun yang lalu arwah sentiasa memasak untuk suaminya dan kerap juga menghantar masakannya buat kami sekeluarga - semua makanannya sedap , hinggakan cucoq kodok dia tiada tandingannya.

Walau pun berjiran tapi tak selalu bersua muka. Kalau kebetulan kami berada di laman rumah kami pun sembang menyembang. Setelah arwah kurang sihat jarang sekali dia keluar rumah, kadang- kadang bertalifon dan kadang-kadang pula saya menziarah dia. Antara kami berbeza umur hampir sepuluh tahun.

Selama ini setiap malam nampak dapur rumah dia cerah, setelah kematiannya dapur rumahnya tidak menyala lagi. 

Anak yang menemaninya selami ini telah balik ke rumah sendiri...

Saya terasa  begitu sayu dan mengingatkan diri sendiri bahawa semua benda tidak kekal di dunia ini. 

Dulu balik kampung begitu meriah ada ibu ayah dan sanak saudara kecik besar. Setelah bertahun- tahun lamanya ibubapa meninggal dunia -  sanak saudara ramai yang dah tua, anak- anak buah pun dah berkeluarga sendiri. Keadaan pun sudah banyak berubah.

Sekali sekala balik kampung hanya tinggal kenangan lama yang tersemat di hati...


Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...