Sunday, December 29, 2013

Mulut Cerobeh!





Teringat wayang klasik cerita Hang Tuah bila mulut Mak Inang kena sental dengan tempurung berbulu....

Ada orang bermulut cerobeh, bila cakap ikut sedap mulut , tak takut dosa pahala ( maklumlah dosa pahala tu tak nampak ) - dok cakap  apa yang suka bagi puas hati....

Dalam satu majlis pertunangan yang diadakan secara besar-besaran , ada tetamu yang tak boleh tahan mulutnya dari berkata nista kat tuan rumah....

Heh.... buat majlis besar-besar buat apa , kalau tujuan nak menunjuk buat dosa je, tak berkat...
( Akak oii, dok mencerca orang pun dosa besar jugak )

Rupanya tuan kenduri tu ada 14 orang adik beradik , kalau nak dicampur anak cucu mereka , mak sedara, pak sedara dan anak-anak cucu mak sedara pak sedara lagi, dah 3/4 dari jumlah tetamu yang dijemput. Tambah dengan kawan-kawan dan jiran-jiran semuanya lebih kurang 350 orang tetamu ( termasuk rombongan meminang seramai 40-50 orang ), kira macam mana, nak menunjuk ke?

Ada pulak yang kata kenapa nak jemput semua, jemput sesikit dah lah.....buat kecik-kecik apa salahnya?

Kalau kita dengar cerita tuan rumah pulak.....kita orang adik beradik ramai ni bukan boleh buat kenduri kecik-kecik, keluarga besar mana boleh jemput kak long, kak ngah tak jemput. Dah jemput semua adik beradik, anak cucu pun nak ikut sama....Kak Nor nak bertunang kita orang pun nak tengok jugak!

Kalau jadi tetamu, biarlah berbudi bahasa sikit, kan? jangan nak main terjah dok pegi mengumpat tuan rumah....




Friday, December 27, 2013

Dalca Segera!



















Bagi orang yang sibuk takde masa nak dok lama-lama kat dapur...
Atau nak maintain berat badan
Atau kolesterol atau gula dalam darah dah naik
Atau yang memang malas nak masak......

...pegi je kedai mamak, beli  dalca (  selalunya  kosong , hanya kuah dal saja )
kemudian, tambah sayur-sayur ikut suka hati, tambah telur ( atau lain-lain kalau suka ).....
pling! dah jadi full fledged dish
boleh makan dengan roti atau biskut atau roti canai....
ikut sukatan badan sendiri!

Cepat ,  murah  dan  mudah!








Wednesday, December 25, 2013

Masakan Orang Rompin








 Ikan bawal belah belakang.....





Di tahun 60an - 80an dulu  ikan bawal hitam sangat murah di Rompin , jadi mak selalu goreng ikan bawal yang dibelah belakang .

Orang dulu kalau masak macam-macam rencah yang dibubuh - cili kering + cili hidup, bawang putih, bawang merah, serai , belacan , buah keras semuanya ditumbuk halus dan ditumis. Masukkan pula asam jawa pekat, garam dan sedikit gula. Awas-awas yang ditumis itu dimasukkan ke dalam ikan yang dibelah belakang  dan digoreng shallow fry -  kalau goring minyak banyak habis terkeluar awas-awas ).

Bila saya masak untuk anak-anak saya, resepi yang begitu complicated saya  dah  slash tinggal separuh iaitu
cili, bawang putih, bawang besar ( senang kupas ) + asam jawa pekat atau perah asam limau , dan garam. Ikan yang dibelah belakng disapukan dengan garam dan kunyit di luar dan di dalam  dan masukkan awas-awas ke dalam ikan . Lepas tu terus goreng. ( ikan kembung dan lain-lain ikan pun boleh juga )

Cepat dan mudah......

Monday, December 23, 2013

Eh, Dah Kena Mandram Ke?






Masa dulu-dulu kawan-kawan saya banyak yang menaruh curiga pada pembantu rumah mereka. Mereka selalu menasihati saya, kalau pergi kerja kunci pintu bilik tidur  supaya pembantu rumah tak boleh masuk bilik kita, takut nanti mereka kenakan kita.

Masa tu saya risau jugak, sebab saya tak pernah kunci bilik tidur saya. Anak-anak saya  suka bermain-main dalam bilik tidur dan mandi dalam bilik air saya bila saya tak ada di rumah. Bagi saya  sebab mereka buat begitu kerana mereka nak rasa dekat dengan saya walaupun saya tak ada di rumah. Saya tak sampai hati kalau anak-anak tak boleh nak masuk bilik saya , seolah-olah macam ada satu dinding memisahkan mereka dengan saya ,  like...oh, bilik mak dan ayah no entry, barang mak tak boleh usik, buku ayah tak boleh main-main atau baca baca. Dalam Islam sendiri hanya waktu tertentu saja yang dilarang masuk ke bilik ibu bapa tanpa izin iaitu selepas Isya' dan waktu Subuh.

Saya pun serabutlah dengan masalah kunci bilik tak kunci bilik nih, tapi suami saya kata kalau pembantu nak mandram kita, tak payah masuk dalam bilik tidur, air minum kita dan makanan yang kita makan hari-hari kat dapur tu, sudah cukup untuk mengenakan kita ( kalau pembantu kita berniat jahat! )


Friday, December 20, 2013

Masakan Orang Rompin!




Antara masakan paling kerap mak masak masa kecik-kecik dulu ialah...........


Ikan Singgang!     








 Ramai orang tak suka ikan singgang sebab plain sangat dan ada yang kata ikan singgang masakan orang malas, macam minum air sejuk je. Tapi saya suka sebab dari kecik dok makan nasi lauk ikan singgang! Ia macam sup herba....

Nak masak pun mudah :

Kepala atau isi ikan tenggiri
Lengkuas beberapa keping
Kunyit hidup beberapa keping
Bawang putih 2 biji - dibelah dua
Asam keping 2
Garam, serbuk perasa ( optional ), cili padi

Semua bahan rebus naik sekali - bila mendidih kuah baru masukkan ikan.

Hidangan sampingan - budu atau sambal belacan . Kalau tak makan budu atau sambal belacan picit  cili api bagi kuah pedas .

Kuah  ikan singgang  takde minyak, takde santan , hanya air semata- mata yang berperisa lengkuas, kunyit dan bawang putih!  Sesuai dengan orang yang banyak lemak........

Tuesday, December 17, 2013

Skandal Kampung





Masa kecik dulu kami berjiran dengan keluarga Ah Lek - isterinya kita panggil Mek Teh dan mereka ada seorang anak perempuan yang sebaya dengan saya ,namanya Abi ( mungkin Ah Bee ).

Setiap petang kami main bersama, kadang-kadang waktu makan kami makan bersama di atas pangkin, saya makan nasi saya dia makan nasi / bubur dia ( dalam mangkuk ) Abi duduk dalam rumah keluarga - extended family, ada tok, pak sedara dan mak sedara serta anak beranak mereka sekali. 2 orang papak saudara Abi jadi kaya raya kerana jadi supplier barang-barang makanan dalam tin, arak dan lain-lain ke Bukit Ibam ( yang masa tu ada kompeni lombong bijih ).

Masa saya sekolah darjah dua kami pindah ke rumah baru dan Abi juga telah pindah keluar dari rumah keluarga dan tinggal di rumah kedai.

Masa Rompin jadi makmur kerana pembukaan lombong bijih besi, mak Abi buka sebuah restoran - yang menjadi tumpuan semua orang yang bekerja ( orang yang tak kerja takdok pitih nak makan kat restoran! ). Abi pulak dah anak dara dan ada rupa ( hidung mancung sikit dan mata pun tak berapa sepet ) jadi cashier dan juga pelayan ( dulu orang luar tak diambil untuk bekerja dalam restoran - kalau ada pekerja pun untuk basuh pinggan dan kemas meja! )

Punyalah laku restoran tu bukan main , pegawai Melayu ramai yang makan di situ ( takde masak babi ). Saya tak tau rupanya Abi jadi tarikan utama di situ dan ramai lelaki tak kira toke Cina atau pegawai Melayu tergila-gilakan Abi. jadi ramailah yang bertunggu bertangga kat restoran tu adanya.....

Pernah terdengar mak dan Chek ( mak sedara ) bercakap...aka buat lepat
Neng Kho ( Mek Teh ) tu  dok jual anak dia.......
Mak dan Chek panggil Mek Teh dengan nama sebenarnya.

Orang Melayu panggil mak Abi Mek Teh, orang Cina panggil mak saya Ah Teh ( sebab nama mak Putih )





Sunday, December 15, 2013

Tabiat Lama Susah Dibuang.









... orang kita pun banyak kelemahan yang boleh diperbaiki kalau kita bersungguh-sungguh berusaha. Kita takde masalah meludah merata-rata atau mengorek hidung depan orang - tabiat begini agak susah nak diubah .

Baru-baru ni saya bertemu dengan dua orang kawan lama yang sedang bertugas di dalam AJK jamuan , mereka sedang  sibuk berbincang tentang menu dan hidangan makanan...

Kita mintak caterer buat hidangan buffet......
Eh...jangan...tak payah buffet , nanti orang beratur panjang ambik masa lama....
Takpe, kita buat 2 buffet station ,  taklah berebut sangat..
Buat buffet bahaya sikit nanti lauk tak cukup, kalau orang ambik lebih orang belakang tak cukup lauk , tinggal nasi dengan kuah je...
Eh takkanlah gitu pulak..kita hidang ayam dan kambing,  kalau orang tak makan ayam mereka boleh makan kambing, kalau yang makan kambing tak payah ambik ayam ( hidangan yang dipilih - briyani kambing, briyani ayam - either or kan? )..
Kalau hidang .nanti ada orang nak rasa semua yang ada.......lebih baik kita suruh katerer pack dalam bekas polisterin, sorang ambik satu.....takde masalah beratur panjang dan tak cukup lauk...


Memang pun berlaku ambik makanan lebih dari yang sepatutnya. Nampak makanan banyak terus naik tamak, ambik banyak-banyak ( lepas tu tapau pulak apa yang ada ) . Pernah seorang yang membasuh pinggan waktu kenduri memberitahu......
Sayang tengok banyak lauk pauk yang membazir . Ayam , daging - tergolek atas pinggan  terpaksa dibuang begitu saja - nak ambik pun tak boleh sebab dah kena gigit sana sikit, sini sikit ....






Thursday, December 12, 2013

Clash of Civilizations





The clash of civilizations that is happening around the world due to the expansions of tourism industries.


.........to tackle uncivilised reputation abroad and to combat lack of etiquette.....
.......behavioural advice is given in great detail. Among others, they include

" not to pick their nose in the public"
" not to pick their teeth with fingers "
" not to make slurping sound when eating noodles "
" no spitting "
" after taking a flight they must leave the life jacket underneath the seats "
" in Germany, only snap your fingers to beckon dogs , not human "
" not to occupy public toilets for long periods and leave footprints on the toilet seat "
" toilet flushing is a must "


Excerpt  from NST Fri Dec 6 2013 on Tourism and the clash of civilizations.

I hope we Malaysians don't  fall into the above categories !





Saturday, December 7, 2013

Apakah Kita Ada Pilihan ?





Orang-orang tua dulu jarang-jarang yang nak tinggal bersama anak-anak, kalau datang menziarahi anak cucu pun dok beberapa hari dah loghat nak balik kampung -  dok teringat ayam itik tak makan, daun rambutan tak bersapu, entah dah menimbun daun kering keliling rumah. Sebenarnya itu alasan saja , hakikat sebenarnya mereka dah rindukan kampung lamannya dan lebih senang tinggal di rumah sendiri.

Seorang sahabat yang kematian suami menceritakan semua anak-anak dia ajak tinggal bersama mereka, pilihlah anak mana yang dia selesa atau pun bergilir-gilir rumah. Anak-anak tak mahu dia tinggal sendirian . Pada mulanya untuk mengambil hati anak-anak pergi jugak duduk di rumah mereka, tapi tak sampai beberapa hari dah gaduh nak balik....

Bukan anak-anak tak layan , tapi duduk di rumah 'orang' ( walaupun anak sendiri ) rasa tak bebas. Pada hal dia tak payah buat kerja apa pun, makan pun dihidangkan dan duduk rehat-rehat je..Teringat juga dulu-dulu mak ayah tak boleh duduk lama-lama di rumahnya dan rumah adik beradiknya yang lain , kini barulah  faham.....

Macam mana nak mengatasi masalah ibu atau bapa yang sudah kesaorangan  yang degil sangat tak nak duduk dengan anak-anak :-
Kena ada anak yang tinggal bersama mereka...
Cari maid menjaga mereka..
Anak-anak cucu  datang bergilir-gilir tidur  di rumah mereka..
Kalau semuanya tak sesuai.......
Kena ada satu institusi yang memelihara orang-orang tua , siap dengan kelengkapan dan penjaga-penjaga yang professional serta ada doktor-doktor yang merawat mereka supaya mereka boleh hidup lebih selesa dari..... errrr....jika mereka tinggal dengan anak cucu...

Seorang sahabat saya berbangsa German  memberitahu, orang-orang tua di sana akan menjual rumah mereka  dan  hasil jualan rumah digunakan untuk membayar kos untuk tinggal  di Old Folks' Homes @ Retirement Homes@ Nursing Homes.

Suatu masa nanti kalau perkara yang sama berlaku di Malaysia .....sorrylah anak-anak -  hangpa tak dapat pesaka rumah gadang...rumah dah kena jual untuk bayar kos penjagaan  ibu bapa semasa ada hayat mereka.....




Thursday, December 5, 2013

Masa Mencemburui Kita?




Dalam suatu majlis kenduri kahwin yang kami hadiri baru-baru memberi beberapa kejutan pada saya..

Eh..Az..bukan ke you masuk IJN dua minggu lepas?
Iye, I dapat stroke
Aih, stroke? sihat walafiat macam takde apa- apa je?
Haah, mild strok , masa tu I tengah main golf, tiba-tiba I rasa pening dan peluh jantan merecik-recik keluar.
Dorang bawak I pegi IJN - dan dan tu jugak doktor masuk stent . Nasib baiklah cepat, kalau tak I tak tau apa jadi!
( Tak semua orang yang bernasib baik macam tu! )

Eh, you tahu, K dah meninggal dunia minggu lepas
Takde sapa beritau, tapi minggu lepas tu A meninggal dunia, kena strok!
M confirm pankreas cancer, dah 4th stage
Iye ke?
( Lepas pencen cerita fasal sakit kronik, masa muda jarang dengar orang sakit kronik! )

Teringat pulak masa muda-muda dulu - sibuk dengan kerja dan jaga anak, bila jumpa kawan-kawan cerita fasal pembantu rumah , fasal kerjaya - orang tu dah naik pangkat , orang ni pegi buat masters kat US dan sebagainya..
( Dok dengar cerita ...My husband dapat tu, dapat ni, .. dok buat menyohor kat orang! )

Sambil-sambil tu sibuk beli rumah, mulalah pulak menghias rumah - sapa ada rumah besar, sapa pulak dok rumah kecik, perabot impot ke beli kat kedai Ah Hong...
( Masa muda dunia kita punye! )

 Bila anak dah besar, sibuk pulak fasal sekolah anak-anak- hantar tuition kat mana , sekolah mana , anak sapa dapt 40 As , anak sapa pegi belajar overseas, anak sapa dapat Dean's list
( Tak termasuk cerita anak sapa dropout! Anak dia pandai, anak orang semua ngong )

Lepas tu dok cerita kat orang anak dia pulak dapat kerja bagus, gaji besar! dapat menantu hebat-hebat.
( Puas hati anak  dah berjaya - DUNIA...LIHATLAH... )

Lepas tu dapat cucu
Lepas tu bela cucu
Lepas tu dapat banyaak ubat dari hospital
Lepas tu.....
Lepas two... ..
Lepas two , three pulak..........










Tuesday, December 3, 2013

Sore Throat!









Down with sore throat - a bad one with severe headache and stiff neck. I thought my blood pressure had jumped sky high , so off me go to see the doctor .It was such a relief when my blood reading is 120/80 . 
The doctor told me my headache and stiff neck caused by viral infection of my tonsil hence I was prescribed with antibiotics , orange pills to relax my muscle, brown pills for headache , blackcurrent flavour  lozenges to sooth my throat,  blood red gargling salt water and cherry flavour cough mixture.



Consultation time took about 2 - 3 minutes + the above ubat cost me rm95!

Gargling with salt water at home, drink fresh lemon juice with salt,  sip tablespoons of lime juice with soya sauce  or chewing cloves - never seemed to work for me!










Saturday, November 30, 2013

Interested In Handmade Tribal Carpet ?











Specification :

Handmade Tribal Carpet
Baby lamb wool - double knotted
Vegetable dye
About 58 years of age
8' x 91/2'
Collector's Item

Wednesday, November 27, 2013

Sab'ati Ahruf








Riwayat Imam  Hafs merupakan salah satu dari cabang Qiraat yang telah diriwayatkan oleh Jibril kepada Rasulullah SAW . Qiraat bermaksud, menerima bacaan secara bertalaqqi dan bermusyafahah . Dari segi istilah, Qiraat bermaksud salah satu bacaan yang digunapakai oleh salah seorang Imam Qiraat yang 7 atau 10 dari Toriq AsSyatibi atau AlJazari.
Di samping Qiraat, istillah Qari dan Muqri juga saling berkait rapat dengan Qiraat itu sendiri .

AlQori ialah orang yang arif 3 Qiraat secara bertalaqqi dan hafal matan.
AlMuqri ialah orang yang arif 10 Qiraat secara bertalaqqi dan hafal matan
( Di Malaysia masih belum wujud / belum diiktiraf AlQori dan AlMukri )

Qiraat yang diperbincangankan itu pula terbahagi kepada 7 Huruf berdasarkan hadith Nabi SAW iaitu :

عن زرٍبْن حُبِيش عَن أبَيً بْن كعْبٍ قال لقِيَ رسول ٱلله صلعم جبْريلَ فقال٠٠٠٠٠

..yang terkandung maksud:

Daripada Ubai bin Kaab berkata : bahawa Rasulullah SAW berjumpa Malaikat Jibril lalu bersabda : "Wahai Jibril sesungguhnya aku diutuskan kepada umat yang buta huruf di antara mereka lelaki dan perempuan, yang tua dan yang lemah , budak lelaki dan perempuan dan juga lelaki yang tidak boleh membaca sedikit pun ". Jibril menjawab " Wahai Muhammad , sesungguhnya AlQuran itu diturunkan di atas tujuh huruf ".

Petikan dari kitab Tajwid AlHuruf dan Mengenal Wakaf
Susunan Ustaz Mohd Rahim bin Jusoh






Makluman:   Bengkel Qiraat

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Tarikh: 21 Disember 2013 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5 petang

 Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Qiraat 10, boleh berhubung dengan Persatuan Qiraat Malaysia .









Tuesday, November 26, 2013

Something To Ponder






The similarity of  date palm trees and palm oil trees


Date Palm Trees - Wiki Search



 
Dates -Wiki Search







Oil Palm Trees  - Wiki Search


Palm Oil Fruits - Wiki Search



Can they be distant cousins? One is so sweet and the other is very oily!








Saturday, November 23, 2013

Adventure Tahun 60an........10






google search



Tinggal kenangan......

Saya masih ingat rumah saya selalu didatangi oleh keluarga ayah ( mereka kadang-kadang datang dengan anak pinak dan bermalam di rumah kami dan juga rumah adik beradik ayah yang lain di Rompin ). Keluarga dari Kampung Aur  turun ke Rompin untuk berurusan di pejabat kerajaan - hal-hal tanah, harta pusaka, buat kad pengenalan dan lain-lain hingga kepada membeli belah ( masa dulu punyalah lembab urusan kerajaan - mereka datang dari jauh tunggu punya lama, kalau tak siap hari tu datang hari lain pulak ). 

 Bila Busu Mek, Kak Arah, Kak Chom dan Kada datang ke rumah , saya bukan main gembira. Tiap-tiap hari merayu supaya jangan balik cepat-cepat - duduklah lama-lama sikit kat rumah saya. Bila tiba masa mereka nak pulang , saya rasa sangat sedih dan kesunyian . Ada jugak perasaan kesal di  hati saya dan selalu tertanya-tanya, mengapa mereka duduk jauh sangat dari kampung saya...

Setelah saya tak menetap di kampung , saya seolah-olah putus hubungan dengan saudara mara . Kalau berjumpa pun bila ada kematian.  Saya dah tak kenal generasi yang muda iaitu cucu cicit sepupu sepapat saya . Tapi setiap kenangan yang manis bersama keluarga di Kampung Aur tetap subur di hati dan kasih sayang saya terhadap mereka tetap berkekalan fil yaumil qiamah.

Saya memanjatkan doa kepada Allah semoga ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara saya, sepupu-sepupu dan dua tiga pupu serta anak-anak pupu yang telah pergi mengadap Ilahi agar dicucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga dihimpunkan di kalangan golongan orang-orang  soleh. Semoga segala budi baik dan kasih sayang mereka terhadap saya  akan mendapat ganjaran dari Allah swt  . Aamin.....

Entah kenapa saya jadi sayu pada entri ini - banyak jugak air mata saya tertumpah seolah-olah saya ucap selamat jalan pada orang-orang yang saya kasihi dan kehidupan zaman 60an......


Thursday, November 21, 2013

Adventure Tahun 60an.........9







Ghaib dari muka bumi!

Selepas banjir besar tahun 1971, Kampung Aur seolah-olah hilang dari peta , puas jugak saya Google takde terjumpa nama Kampung Aur  ( konon ceritanya tok nenek ayah saya yang membuka  penempatan di situ ) saya tak tahu setakat mana sahihnya  cerita tu, sebab tok dan nenek sebelah ayah telah meninggal dunia lama sebelum saya dilahirkan


Takde pun sebut nama Kampung Aur! google search 





Mereka kini menetap di kawasan baru  iaitu Bukit Ibam, Muazam Shah , Cemara, , Ladang Tabung Haji dan kawasan Felda! Semasa ayah saya meninggal dunia pada tahun 1990 saudara mara ayah datang punya ramai penuh rumah hingga ke tanah. Malangnya kebanyakan dari  mereka saya tak kenal - saya hanya kenal dengan sepupu-sepupu dan anak-anak sepupu yang sebaya dengan saya sahaja!

Semua ibu saudara dan bapa saudara saya dah tiada. Sepupu dan anak sepupu saya pun ramai dah yang mendahului saya. Kak Arah dan lama meninggal, begitu juga Kada meninggal ketika berumur 50 tahun. Sayalah orang yang paling rugi sebab tak kenal saudara mara yang lain-lain dengan lebih dekat sebab tinggal berjauhan dari kampung laman.

Adik saya beritahu dia baru saja pergi ke Kampung Aur , tapi katanya Kampung Aur dah jauh beza dari dulu, sungai dah cetek, tebing dah rendah dan ada rumah-rumah baru, dah jadi lain. Dah tak seronok sebab orang yang rapat dengan kita dah takde.

Bila-bila nanti kita pegi tengok Kampung Aur..
Boleh jugak , le ni tak macam dulu naik keretapi, naik perahu ikut sungai, lama baru sampai siap kena bermalam di Bukit Ibam . Sekarang ikut jalan raya dalam masa 3 jam dah sampai ke Kampung Aur .

Dan kami masih terkenang arwah Kada berenang dari pengkalan rakit tempat kami mandi manda hingga ke tebing sebelah sana sungai dan balik semula ke pengkalan dengan relaksnya . Kami dua beradik ternganga tengok - dok terfikir kenapalah ayah tak duduk di Kampung Aur , kalau tidak kami dah pandai berenang macam Kada!




Monday, November 18, 2013

Adventure Tahun 60an..........8






Tak sekolah...


carian google
.
Pada tahun 60an  dulu kalau tak lulus periksa darjah 6 tak boleh  naik tingkatan 1. Anak sepupu saya tak dapat menyambung pelajarannya di tingkatan 1, tapi mujur juga pada masa itu di Rompin diperkenalkan sekolah tambahan / lanjutan .Bagi  mereka yang tak lulus darjah 6 boleh melanjutkan pelajarannya ke tingkatan 1,(  sekolah petang dan berbayar ). Oleh kerana Kampung Aur takde sekolah menengah, sepupu saya masuk kelas lanjutan dan tinggal dengan keluarga saya di Rompin . Malangnya selepas tak berapa lama sekolah itu ditutup sebab tak cukup pelajar ( orang kampung tak mampu bayar yuran, walaupun rm 5 - rm 10 sebulan! ) . Saya masih ingat lagi Kada begitu sedih sebab tak dapat bersekolah.

Kada ingin sangat belajar di sekolah menengah macam saya . Sepupu saya ( mak Kada ) terasa benar kecewa kenapa anak-anak kat kampung tidak diberi peluang belajar - katanya lama-lama orang duduk di kuala  semua pandai, orang di hulu jadi bodoh dan ketinggalan . Tak berapa lama lepas tu barulah Kementerian Pendidikan buat polisi semua pelajar darjah 6 boleh naik ke tingkatan 1 secara otomatik. Maka ramailah sedara mara saya datang belajar di Rompin dan tinggal di asrama . Lepas tu ramai pula  yang tak dapat naik tingkatan 4 bila mereka gagal peperiksaan 3. Mereka yang gagal dok melepak - tak sekolah dan tak kerja hinggalah Kementerian Pendidikan buat polisi semua pelajar boleh belajar terus hingga ke  tingkatan 5 !

Ramai juga sepupu , dua pupu saya yang berjaya dalam pekerjaan dan perniagaan bila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan . Dulu orang kampung punya susah, pekerjaan takde , hidup secara self sufficent .Bila dah ada pembangunan barulah ada perubahan ketara dalam kehidupan mereka .Ramai dah ada rumah besar dan kereta besar dan boleh kumpul harta . Ada jugak anak-anak sepupu yang dapat laki kaya. Alhamdulillah !






Friday, November 15, 2013

Adventure Tahun 60an......7






Dok melenggak depan pelamin!

Seingat saya majlis perkahwinan anak sepupu saya (  kakak Kada ) di jalankan selama beberapa malam . Setiap malam gong dan gendang dimainkan sehingga hampir pagi . Meriah bukan main! Ada majlis berinai dan majlis bersanding yang  dijalankan pada waktu tengah malam untuk sanak saudara sahaja . Oleh kerana Kampung Aur  kecik je , maka seluruh kampung ada pertalian darah, jadi seluruh kampung dijemput makan kenduri.  Anjung rumah penuh sesak dengan ( including yours truly ) kanak-kanak  perempuan yang sedang-sedang besar  ( 9 - 15 tahun ) dok melenggak tengok pengantin bersanding  ( punya tunggu dari pukul 6 petang sampai pukul 12 malam -  sanggup bercekang mata pulak tu! ).

Tahun 60an dulu orang kampung takde pekerjaan tetap, hanya menoreh getah atau buat padi huma. Nak dijadikan cerita suami anak sepupu saya tu agak berat tulang sikit ( maklumlah kahwin umur 19 tahun dan tinggal di rumah mak mertua, tak tau nak buat apa ) - pak mertua pegi toreh getah, mak mertua buat padi huma , menantu jantan dok riba tangan, lama-lama kena hambat dari rumah tu ( masa tu saya tak faham apa sepupu saya  dok bising-bising )  Setelah setahun dua anak sepupu saya jadi janda  beranak satu......Tapi lama kemudian dia dapat suami yang baru yang ada pekerjaan tetap ( kerja dengan syarikat perlombongan di Bukit Ibam ). Mereka memulakan penghidupan baru di Bukit Ibam!


Tuesday, November 12, 2013

Adventure Tahun 60an.......6







Buat kek ada icing!

Kak Arah dua pupu saya tu masih bujang masa tu dan saya suka jugak tinggal di rumahnya sebab dia banyak masa nak melayan saya . Beliau bertugas sebagai bidan kerajaan dan tinggal di quarters kerajaan. Rumahnya agak moden dan dia ada sebuah gramophone - saya seronok sebab boleh dengar lagu-lagu dari piring hitam . Tiap-tiap hari saya akan mainkan lagu kegemaran saya .....A little bit of soap - sedap benar le lagu tu masa tuh! Walau pun rumah Kak Arah ada serba serbi, saya lebih senang tinggal  di rumah di tebing sungai tu jugak!

Kak Arah pandai buak kek moden dan pandai buat icing pada cake . Bila kakak Kada kahwin , Kak Arah buat kek dengan icing - habis ternganga adik beradik tengok kek icing tuh! Yang bestnya, arwah Kak Arah bagi saya bubuh icing pada kek - saya pun buat memandai bukan main . Mak saya bising  ( sebab saya masih kecik ) , takut rosak kek pengantin!

 Saya dah tak ingat samada saya dapat makan ke tak kek tu....

Ada sebuah masjid yang baru dibina dekat dengan klinik kerajaan tempat Kak Arah bertugas. Lama kemudian saya dapat tahu rupa-rupanya kepala kontrek yang buat masjid dok mengorat Kak Arah. Pada mulanya Kak Arah marah-marah dan tak layan lelaki tu, tapi lama kelamaan saya pun dapat tahu Kak arah balik ke Labis ( Johor ) berkahwin di sana. Kemudian sok sek sok sek mak dan mak sedara cerita sesama mereka, rupanya suami Kak Arah dah ada isteri kat kampung ! Tapi saya tengok dorang gembira je, dan mereka dapat anak 4 orang .....





Saturday, November 9, 2013

Adventure Tahun 60an.......5





Ibu saudara!

Sepanjang masa  cuti saya akan tinggal di rumah sepupu yang terletak di tebing sungai, dan anak-anak sepupu pulak sebaya dengan saya. Rumah ibu saudara  pulak lebih jauh ke darat ,  kena jalan kaki agak jauh dan melalui jalan denai , kiri kanan jalan banyak pokok-pokok ( hutan kecil ).Walaupun saya sangat sayangkan Busu Mek ( yang menunjukkan kasih sayangnya pada saya hingga saya dewasa ), tapi  saya lebih tertarik nak bermain dan berteman dengan rakan sebaya...

Rumah Busu Mek besar dan panjang - tapi sangat kosong, tak berapa ada perkakas rumah. Dapur pulak dibuat di luar rumah. Di keliling rumah ada banyak pokok buah-buahan yang ditanam sendiri oleh  mak saudara saya tu. Tanah tapak rumah beliau beli dengan salah seorang jiran yang juga ada  pertalian darah. B  usu Mek menghadapi masalah besar apabila tuan tanah yang menjual tanah tapak rumah itu meninggal dunia - anak lelakinya datang menuntut hak ke atas tanah tu. Ibu saudara saya terpaksa akur sebab jual beli dibuat secara lisan dan tanah tidak dibuat pindah milik. Akhir sekali beliau terpaksa berpindah ke tempat lain  ( dengan begitu rasa teraniaya ), dan rumah itu diruntuhkan - kayu dan papan rumah telah diambil untuk mendirikan rumah baru yang lebih kecil dan lebih terpencil .

Saya pulak dok leka dengan anak sepupu ( Kadariah @Kada ) - selain dok main di sungai, masa cuti dihabiskan pegi balik ke  rumah Busu Mek, rumah Nek Long , rumah Pakde Tahir ( bapa saudara saya ) dan rumah Kak Arah, dua pupu saya . Walau pun ramai lagi sepupu-sepupu yang lain tapi mereka jauh lebih tua dari saya dan anak-anak mereka pulak jauh lebih muda dari saya. Jadi dengan mereka tu saya hanya sembang jauh-jauh jee!

Wednesday, November 6, 2013

Adventure Tahun 60an.........4





Padi huma di Kampung Aur!

Selain bermain di sungai saya juga mengikut sepupu pergi ke kawasan bukit kecil tempat dia menanam padi huma. Di kaki bukit ada anak sungai , sangat jernih airnya dan ia juga menjadi sumber tangkapan ikan. Kadang-kadang mereka  menuba ikan di sungai itu untuk mendapat hasil yang banyak.

Saya masih ingat arwah sepupu saya ( sepupu jauh lebih tua, boleh buat makcik ) memberitahu adalah salah kalau  menangkap ikan secara menuba . Masa tu saya tak tau sebabnya. Tapi saya ingat mereka curi-curi menuba ikan dengan menggunakan sejenis air yang dituang dalam sungai yang menyebabkan tidak berapa lama selepas itu banyak ikan timbul dan mereka boleh menangkap ikan dengan mudahnya ( sebab ikan dah pening-pening lalat ).

Sampai sekarang saya tak pernah tengok pokok yang diperah airnya untuk buat tuba. Saya pun tak tau di mana letaknya bukit  itu - mungkin dah jadi ladang Felda atau ladang sawit Felcra .Yang saya ingat bukit tu sangat cantik dengan pokok-pokok hutan dan tanaman pokok padi bukit, Bila saya balik ke Rompin, Kak Chom akan kirim beras baru ( padi huma ) sebagai buah tangan..


Sumber Wikipedia
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit

Sunday, November 3, 2013

Adventure Tahun 60an.......3





Tak tahu berenang!

Saya akan menghabiskan cuti panjang di Kampung Aur yang terletak betul-betul di tebing Sungai Aur. Tebingnya sangat tinggi ( melebihi 20 kaki ) dan kena turun ke sungai dengan tangga ( yang ditarah dari tebing ) Setiap pengkalan  ada rakit tempat mandi manda , membasuh pakaian dan  air sungai sebagai sumber air untuk minum dan kegunaan lain. Dalam keadaan biasa sungai cetek dan jernih, pasir kasar  menguning di gigi sungai. Walau pun kerap mandi sungai tapi tak reti berenang. Saya begitu geram tengok orang lain semua berenang macam ikan pergi ke kawasan lubuk ( tempat yang dalam ), saya je yang berendam ditempat yang tohor dengan pelbagai imaginasi - ada buaya dan naga jauh di dasar  lubuk dan ada istana pulak kat situ!



Ada suatu ketika hujan turun lebat pada malamnya dan air sungai penuh, keesokannya Kada ( anak sepupu dan juga kawan rapat saya berumur 10 tahun dan saya 11 tahun masa tu ) bawak saya naik perahu pergi melawat rakit  yang jauh sikit dari pengkalan kami . Saya rasa gerun naik perahu kecik tapi Kada kata takpe dok je diam-diam atas perahu tuh! ( hati begitu kecut, air sungai pasang penuh dan mengalir agak deras, kalau perahu tenggelam matilah saya sebab tak pandai berenang )

 Semasa Kada mengayuh perahu saya berasa begitu kagum dengan kepandainnya - dan bercita-cita nak mengayuh perahu sepanjang Sungai Aur ( bila pandai berenang nanti.! ) Kami juga pegi menangkap ikan  yang kecik-kecik dengan menggunakan sauk .

Kada memberitahu saya di seberang sungai ( dipenuhi hutan dan tiada perkampungan di situ ) ada banyak binatang seperti kancil, pelandok dan rusa yang akan terperangkap bila musim banjir . Dia ajak saya pegi keseberang sungai, tapi saya begitu takut ....Hingga hari ini saya teringatkan hutan di seberang sungai tu, dan menyesal sebab tak pergi.


Saya mengalu-alukan kalau sesiapa ada info tentang banjir besar 1971 yang menenggelamkan Kampung Aur .

Friday, November 1, 2013

Adventure Tahun 60an........2






Dok perasan kononnya dari keturunan Gengis Khan!

  Google Search


Pada tahun 60an dulu ramai keluarga ayah saya tinggal di Kampung Aur, manakala ayah , Makcik Yang ( adik ayah ), Pak Andak Bakar ( adik ayah ) tinggal di Rompin. Pak Andak jadi Penghulu Rompin dan setelah beliau meninggal dunia pada tahun 70an, jawatan penghulu diganti oleh anak sulungnya .Sementara di Kampung Aur pulak bapa saudara saya menjadi penghulu dan kemudian diganti oleh anak sulung lelakinya.  . Selepas tahun 70an barulah jawatan Penghulu dibuka untuk orang ramai.

Arwah Pak Teh Mohamad  bapa saudara saya pernah menceritakan bahawa great grandfather saya dan anak buahnya pendekar-pendekar  dari Kampung Aur  pergi ke Selangor menolong Tengku Kudin berperang dengan Raja Mahadi. Beliau menunjukkan  keris pendek dan  bekas mengisi air yang dibuat dari tanduk kerbau peninggalan arwah - konon kata depa tu orang dari Sulawesi. Masa tu saya baru berumur 9 atau 10 tahun - tak faham ape ke benda.  Bila dah berumur 30 tahun ke atas, barulah mula nak mengenal susur galur keluarga , masa tu semua orang tua yang ada dah mati, tinggal orang muda-muda yang tak ambik kisah hal susur galur - jadi tak dapat cerita sebenar  asal usul keluarga sebelah ayah.

Saya  lebih kenal Empress Dowager, Gengis Khan dan Dan Kublai Khan , Tamadun Sungai Indus ,  Asoka, Aurangzeb ( lebih dari Sejarah Melayu sendiri )- melalui pelajaran Sejarah semasa di sekolah rendah.dan kemudian  sekolah menengah tahun 1-3 yang silibusnya meliputi sejarah Asia Tenggara dan juga sejarah dunia. Tak tau lah sebab apa depa dulu-dulu dok ajar sejarah negara orang kat budak-budak sekolah rendah dan mengabaikan sejarah sendiri!

Oleh kerana arwah mak ada darah China, saya pun dok mengaku kata saya  ada keturunan pahlawan Mongolia ( akibat dari belajar sejarah Gengis Khan dan Kublai Khan! )Keturunan ayah pulak tertutup rapat dalam lipatan sejarah keluarga dan saya tak dapat nak kaitkan dengan diri saya.

Me husben selalu kata....
Mana ada orang Mongolia datang ke Tanah Melayu - China dari Kwangsi dan Kwangtung adalah.......








Tuesday, October 29, 2013

Adventure Tahun 60an.......1



....ke Kampung Aur!



Pada tahun 1960an saya akan ke  Kampung Aur (kampung datuk nenek dan sedara mara ayah saya ) setiap kali cuti sekolah di akhir tahun . Dari Rompin nak pergi ke Kampung Aur kena naik bot penambang merentas muara Sungai Rompin hingga sampai ke seberang sungai ke Kampung Lanjut. Dari Kampung Lanjut naik keretapi ( kepunyaan Rompin Mining Co / ROMPINCO ) ke Bukit Ibam iaitu kawasan lombong bijih besi ROMPINCO ( ke rumah arwah Pak Kecik Rani yang bekerja di situ), bermalam di sana dulu. Pada keesokan harinya naik pulak Land Rover pergi ke Jeram. Sampai di Jeram kena naik bot   menyusur Sungai Aur selama beberapa jam barulah sampai ke Kampung Aur .

Setelah syarikat lombong bijih  di Bukit Ibam tutup, keretapi pun dah hilang entah ke mana. Selepas itu kerajaan telah membuka tanah rancangan  dan membina jalan raya .Jadinya lebih mudah orang Rompin dapat pegi terus ke Kampung Aur melalui jalan darat

 Pada tahun 1971 , berlaku banjir paling besar di Pahang - kampung yang terletak di tebing Sungai Aur itu habis tenggelam dan akhirnya semua penduduk  berpindah dari situ . Bukit Ibam pulak berkembang menjadi bandar dan banyak peluang pekerjaan walaupun syarikat perlombongan dah tiada. Selepas Bukit Ibam, wujud pulak bandar-bandar lain seperti  Muazam Syah . Rupanya bandar-bandar ini berkembang disebabkan pembukaan tanah-tanah rancangan -Pahang Tenggara,  DARA diikuti pembukaan estet Tabung Haji dan Rancangan tanah Felda. Rompin jadi makmur dengan aktiviti pembalakan.

 Saya pun dah tak pegi ke Kampung Aur lagi, sebab sedara mara semua dah pindah ke Muazam Syah, Bukit Ibam dan ramai juga yang masuk Estet Tabung Haji dan juga  skim Felda. Lagi pulak saya dah keluar dari kampung meneruskan pengajian saya, bekerja , berkahwin dan menjalani kehidupan jauh dari kampung halaman.....


Artikel di bawah ini adalah dari Carian Google.

The Federal Route 63, together with Jalan Lanjut (Pahang State Route
Jkr-ft--.png), was originally a light railway track constructed by Eastern Mining & Mineral Company (EMCO) (later ROMPINCO) from Bukit Ibam to Kampung Lanjut near Kuala Rompin to transport iron ore. The construction of the railway was started in 1955 right after the state government of Pahang granted permission to EMCO to open an iron mine at Bukit Ibam. However, the railway service was short-lived and was closed down in 1960s after the iron mine was shut down. As a result, the light railway track was dismantled at the end of 1960 and was replaced by two paved roads instead (Federal Route 63 and Pahang State Route



Sunday, October 27, 2013

Haru Biru!



Imam muda( berumur 25 tahun ) yang kami kenali ini sungguh berketrampilan - seorang Hafiz dan mahir Qiraat 10, suara lantang bila membaca kutbah Jumaat atau kutbah raya , jadi jurunikah dan ada sijil menyembelih lembu , kambing dan yang seumpamanya .

Alkisahnya beliau jadi tukang sembelih semasa hari Raya Qurban baru-baru ni ,
Wah banyak lembu ustaz sembelih, mesti banyak dapat daging  kurban...
 Saya tak ambik daging kurban tu..
 Kenapa? tak boleh ambik ke?
Orang ramai berebut-rebut ambil daging dan ada yang sampai bergaduh
Eh, bukan ke ada kupon?
Memang pakai sistem kupon tu, tapi ada orang bawak 10 kupon, bila tanya dia kata tolong ambik kawan-kawan punya. Ada juga tuan punya qurban tak puas hati sebab tak dapat 1/3 bahagiannya, terus marah-marah....
Pulak dah...
Tahun ni saya jadi tukang menyembelih, jadi tak tahu fasal pembahagian daging tu!Tak tahu macam mana jadi celaru..

( Rupanya  qariah  tu ramai pendatang jadi ramailah penerima-penerima yang begitu melebihi daging yang hendak dibagikan ).

Tuan kurban kena redha sebab tak dapat 1/3 daging qurban tu, niatlah sedekah pulak.....

Tak habis cerita weh, tahun depan dok tak puas hati lagi!



Friday, October 25, 2013

Conversation.....







..........with my uncle........

 


Can I have this big stone?
No, you can't , that's too big for you!
But I like this big one.........
Take that small one
The small one?Which one?
There, the white one
You mean, this one here? 
Yes, the white one
Ummmm...ahhh....it's too small ......
Yes, that small one
But you don't understand...the big stone make a big splash when I throw it in the pond.......

 






Wednesday, October 23, 2013

Monday, October 21, 2013

Buah Noni Yang Peramah!


Jangan buat loktang kalau pokok orang masuk ke sebelah pagar kita.
Dahan pokok noni Kak Mah berbuah lebat...





Buah noni banyak khasiat, cara untuk mendapat manfaat darinya ialah dengan mengisarkan buah noni yang telah masak ranum denga air secukupnya dan panaskan hingga sekali mendidih. Bila nak minum tambah sedikit gula atau madu atau mana-mana fruit juice untuk menambah sedap ( dan menghilangkan baunya ). Ada yang menggunakan buah noni muda dimasak lemak sebagai lauk sampingan.

Saturday, October 19, 2013

Abe Leh Dok Mengendeng !






Masa muda dulu Abe Leh bukan main lagi, dok molek-molek dengan anak bini tiba-tiba buat agah nok berbini lagi. Puas jugak Kak Semah dok sakit hati , tapi Abe leh berkeras juga . Berapa lama dok pujuk Kak Semah suruh sain surat kebenaran sampai jadi gaduh, mula-mula gaduh kecik, lama-lama gaduh besar.  Abe Leh dok sakit hati pahtu dia nak ajar Kak Semah cukup-cukup, bawak calon isteri pegi tayang depan Kak Semah!

Akhir kalam jadi jugak Abe Leh menikoh lain. Kak Semah pun bertekad mintak cerai - dia nak tumpukan kerjayanya sepenuh masa. Memang pun asal usul Abe Leh nok berbini lain tu sebab ada sikit professional jealousy kat Kak Semah tu, selalu buat alasan Kak Semah sibuk sangat dan terlalu menumpukan kerjaya.

Kini Cik Mah berada dipuncak kerjayanya , anak-anak dah besar dan dah masuk kolej . As for Abe Lah selepas setahun kawin dan dapat anak satu dengan bini muda, mula dok kacau Cik Mah. Buat macam-macam  sampai hantar messenger nak pujuk Cik Mah berbalik dengannya! ( hingga kini tak putus harapan lagi )

Apa taknya hok  ada dalam rumah dok pakai baju kelawar siang malam, baru anak satu rambut dah mengerbang , Cik Asmah pulak dok pasang badan, dok pi seminar sana seminar sini, sampai bertembung dengan Abe Leh pun buat tak kenal...

Kira-kira padan jugaklah muka Abe leh tu!

Nak kawin dah pun kawin , nak anak , anak ada dah . Selepas gagal berumahtangga Cik Mah lebih suka hidup solo ( walaupun ramai je yang dok mengorat dan ramai jugak yang ajak dia kawin )



Wednesday, October 16, 2013

Tak Boleh Kata Apa Dah.....





Kak Z tinggal bersaorangan di rumah selepas kematian suami, anak-anak semua risau dan ajak duduk dengan mereka - mama pilihlah rumah sapa nak duduk...

Kak bukan tak suka duduk rumah anak-anak tapi tak berapa selesa, kut mana pun nak rumah sendiri jugak, lebih bebas dan lebih selesa. Lagi pulak malas nak tengok perangai anak cucu ( yang dah berbeza cara hidup ). Anak sibuk bekerjaya dok bagi kita makanan dari kedai  ( tak pernah sempat nak masak ), dengan cucu-cucu  tak keluar bilik  berfacebook dan macam-macam benda, tinggal kita sorang-sorang kat luar. Baik balik rumah sendiri, dok sorang-sorang pun taklah sunyi macam tu!

Kalau depa balik rumah akak pun macam tu jugak, bukan nak menolong di dapur, mak dengan anak sama je, dok memerap dalam bilik , bila kita dah siap masak barulah masing-masing keluar bilik nak makan ( yang sudah pun terhidang atas meja! ).
( hai anak cucu , sengal tang mana pulak sampai jadi macam tuh! )

Anak akak tu bukan muda lagi, umur dekat 50an tapi perangai macam budak-budak( macam masa sekolah dulu! ) Nama je doktor tapi tak pernah tanya kabar akak ni sihat ke sakit! Bila balik sekali sekala nak jugak kita ni bersembang dengan anak ( tapi anak sibuk dengan hal sendiri berchatting bagai! ). Kecik hati dek perangai anak cucu.

Kita ni pun cubalah menenangkan hati Kak Z yang gundah gulana tu...
Akak.. doktor memang begitu, kalau tengok kita sihat boleh jalan, boleh makan ,siap boleh masak untuk anak cucu lagi , kira oklah tu!.
( biasalah kan? bagi doktor kalau dah tak sakit, takdelah  masalah, kalau sakit barulah cari punca, beri ubat, monitor pesakit..)

 Kalau akak dah rebah terpukang tak boleh bergerak barulah depa nak ambik tahu kut......
( Nak buat macam mana akak oii, zaman dah berubah! )




Friday, October 11, 2013

Pantang Lepa!





.........yang menjadi tanda tanya...

Baru-baru ini Kak A mintak tolong kami masukkan namanya dalam senarai qurban di surau kami. Ketika suaminya masih hidup suaminya menguruskan hal-hal qurban. Malah suaminya begitu aktif menolong melapah dan memotong daging walau pun pada usianya lebih dari 70 tahun. Tapi setelah kematian suaminya Kak A tak nak lagi buat qurban di tempat lamanya, pada mulanya dia tak nak memberitahu sebabnya, tapi bila cerita-cerita fasal qurban terkeluar jugak apa yang terpendam di hatinya selama ni.

Katanya dia tak berapa suka sikap orang yang bertugas menyembelih lembu qurban di tempatnya sebab mereka mengambil bahagian-bahagian tertentu seperti kepala ( otak ), ekor - seolah-olah itu hak mereka. Bila daging yang siap dilapah  sampai ke tempat memotong dan membahagi-bahagikan untuk orang ramai, sekali lagi perkara yang tak disukai dilakukan oleh ajk di situ. Katanya bahagian daging yang elok-elok disimpan untuk mereka , yang lain-lain baru diagih-agihkan. Pernah jugak katanya dia dapat daging yang berurat dan keras. katanya walaupun sistem kupon dibuat untuk orang ramai datang mengambil daging, tapi ada kalanya orang yang sama datang mengambilnya beberapa kali dan ajk buat tak kisah atau tak sedar apa yang berlaku..

Ini mengingatkan saya semasa di kampung, kawan keluarga kami telah qurban 2 ekor biri-biri, tapi bila dia  pegi ambik 1/3 bahagiannya   ia hanya mendapat 1 bungkus ( 1 plastik bag seperti bahagian orang ramai ) sahaja, sedangkan di rumahnya ramai sanak saudara yang menunggu untuk mendapatkan hak mereka. Dipendekkan cerita, rupanya yang tukang melapah dan menyiang daging dah bawak balik paha biri-biri ke rumah masing-masing!

Lebih kurang begitulah ceritanya , mungkin saya tersalah cerita di mana-mana. Tapi pokoknya ada berlaku penyelewengan di situ!

Kalau kerbau lembu kambing qurban 5-10 ekor depan mata pun orang cepat nak memunya - tak heranlah kalau duit selonggok yang tak bertuan ( hok kerajaang lah tu! ) ramai tukang pat pat nya, siapa dapat dia punya!!





Tuesday, October 8, 2013

Auk Bah!





1.

Teringat saya masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu.....setiap kali main netbal  mesti bergaduh, team kalah akan menuduh team yang menang main mengelat, main kasar, main tolak, main pentes kaki dan sebagainya! Bila masuk sekolah menengah pulak  bertanding antara sekolah, antara daerah - bila kalah main netbal  mesti yang kalah tu mula-mula sekali akan kata referee tak adil, tuduh pemain pihak lawan main kasar dan paling tak masuk akal sekali depa tuduh pulak pihak lawan pakai bomoh!

Pendek kata semua salah orang, tak pernah dengar pulak ada pasukan yang menyalahkan diri sendiri seperti  pemain kurang disiplin , tiada ketahanan mental, tak fokus, pasukan penyerang lembik, ponteng latihan atau lain-lain.

Habis kuat blame pun depa kata coach tak bagus - ambik coach dalam negeri kata tak bagus, ambik coach luar negeri , bila kalah coach tak bagus jugak......


11.

Bila terkena musibah mulalah mengungkit-ungkit, apa salah saya, saya tak buat apa pun kat orang, saya bayar zakat , saya banyak besedekah , saya, saya, saya........

Pendek kata takde salah dia. Dia tak pernah mengumpat orang, tak ambik kesempatan ke atas orang , tak memanipulasi orang untuk kepentingan diri, kalau berselisih faham, dia dengan mudah memutuskan  silaturrahim pun sebab dia tak buat salah kat orang , tapi orang yang buat salah kat dia.........

111.

Kalau benar-benar UMNO nak berubah , dalam pemilihan Umno ini kalilah......sebab kalau pilih jugak calon-calon yang  orang dah tak suka , tak taulah......mungkin lain kali orang pakat - pakat malas nak mengundi! Kalau Umno tak berani nak berubah , takut pulak penyokong-penyokong yang ramai-ramai kat bawah ni yang berubah hala!






Sunday, October 6, 2013

Yang Nampak Dan yang Tak Nampak






R sentiasa mengadu pada saya  yang dia kerap mendapat mimpi buruk. Mimpi buruk pula kerap berlaku bila dia balik ke rumah mak mertuanya. Ada antara sedara mara mak mertuanya kata yang mak mertuanya ada bela hantu, dia pun hairan, sebab mak mertuanya tak pernah tinggal solat.

Katanya apa yang menakutkan dia ialah salah seorang dari sedara mara mak mertua dia yang sudah tua ( yang juga dikatakan ada bela hantu ) - oleh kerana dia selalu sakit-sakit dia pun nak pass hantu dia kat orang lain. Dah pernah hantar hantu kat salah seorang dari biras R  , tapi oleh kerana biras R kuat semangat - hantu tak dapat mendekatinya.

Sekarang R rasa terancam, sebab dia sangat lemah semangat. Katanya dia kerap bermimpi orang tua tu datang ke rumahnya dan beritau dia  suka rumah  R dan nak datang duduk kat situ! Selain dari mimpi orang tua tu datang, dia juga bermimpi kanak-kanak kecil yang di bawa kepadanya ,suruh dukung dan timang kanak-kanak tuh! Kadang- kadang pula dia perasan yang suaminya masuk ke bilik semasa dia keluar dari bilik ( bertembung ) bila dia turun tingkat bawah rupanya  laki dia tengah dok nganga tengok tv .

Eh, bukan ke tadi awak naik ke bilik?
Tak de pun.....

Dah lama saya dengar keluh kesah R , dah pegi jumpa orang alim berubat dan sebagainya . Saya sungguh kasihankan dia .....dan sentiasa beri kata-kata semangat padanya.
Macam nilah , supaya engkau tak dalam ketakutan sepanjang masa dan tak berdosa menuduh-nuduh - benda yang engkau tak nampak tu engkau kira  takde apa-apa, cuma mainan fikiran ( sebab tak nampak kan? ) Tapi kalau engkau betul-betul nampak dan bertembung face to face ( bertaring , kuku panjang , mata merah, baju putih berserabai mabai  etc ) barulah engkau boleh kata itu adalah hantu jelmaan atau belaan seseorang ( you are really in big trouble! )

Erk....yang tukang nasihat tu pun kecut perut jugak....( mengenangkan kalau bertembung face to face....)

Tuesday, October 1, 2013

Jangan Makan Ubat Hospital?



Ada jugak di kalangan ahli keluarga saya yang tidak percaya pada perubatan moden. Mereka kata ubat -ubatan moden ( ubat hospital ) adalah dadah berkala yang boleh memusnahkan hidup manusia. Kalau  sakit jangan pegi jumpa doktor, nanti tak fasal-fasal doktor kata ada penyakit itu dan ini dan tak fasal-fasal kena makan ubat.

 Bijak lebih chek akak mengalahkan doktor !

Dok makan food supplement yang dijual secara downline dengan menyangka itulah ubat yang terbaik dan tak mendatangkan mudarat . Penyakit dah teruk , nak jalan dah tak larat,- depa masih lagi berkeras tak nakkan ubatan moden. Lebih baik depa minum air jampi ( yang tak murah jugak harganya ), mereka lebih yakin sebab air tak merosakkan tubuh badan dan organ dalaman .Depa kata kalau mereka dah terlalu tenat  atau  dah tak sedarkan diri - kalau orang nak bawak pergi hospital depa dah tak kisah dah , doktor boleh buat apa dia suka ( masuk air, masuk ubat atau masuk darah ke atau nak operate ke! )...sebab dia dah tak boleh mempertahankan diri lagi pada masa tuh!

 Maksudnya jumpa doktor ialah jalan terakhir bagi depa tu!





Sunday, September 29, 2013

Jangan Kelabu Mata!







Saya pernah menyertai kelas tazkirah dengan seorang pendakwah bebas yang sungguh zuhud kelihatanya - jubah lusuh dan naik motosikal yang silap-silap boleh rosak tengah jalan. Beberapa tahun kemudian saya menghadiri lagi kelas tu, pendakwah itu sudah berubah banyak dari segi fizikalnya - berjubah bersih dan dari jenis kain yang mahal .Saya fikir, berkat hidup dia sebab menjaga anak-anak yatim.

Setelah dia menjaga anak-anak yatim duit mencurah-curah masuk ke dalam akaunnya, hinggakan dia sendiri menceritakan pada jemaah, pernah pihak bank memanggilnya untuk mengesahkan kemasukan duit yang banyak itu scara bertalu-talu ( dari penderma-penderma yang berhati mulia dan anonymous ).

Dengan duit yang masuk mencurah-curah itu, dia telah  menghantar anak-anak lelakinya ke Mesir, Mekah dan Madinah untuk melanjutkan pelajarn di sana, kemudian menghantar  pulak anak-anak perempuan dengan isterinya sekali ke Yaman untuk menuntut ilmu. Katanya bila mereka pulang nanti boleh jadi tenaga pengajar di rumah anak-anak yatim yang diusahanya itu!

Paling akhir ceritanya orang tak tahu dia pegi mana, dia dah tak datang ke surau itu lagi .Rupa-rupanya rumah anak yatim itu dibubarkan kerana sudah tiada penjaga! Tapi akaun bank yang duit mencurah-curah masuk atas nama dia tu macam mana?

Kawan saya pernah menziarah sebuah rumah anak yatim yang dia dan rakan-rakannya beri bantuan online setiap bulan - rupanya mereka tinggal di banglo mewah yang ( mungkin ) berharga jutaan ringgit. Tapi mereka agak terperanjat sikit bila tengok keadaan anak-anak yatim itu  nampak terabai dan tidak cukup kelengkapannya!
 
WaLlahu a'lam!




Friday, September 27, 2013

Gotcha!






 Finally ( after more than 3 years trying ) I managed to capture this beautiful yellow belly little bird !






I memang geram kat burung kecik tu lama dah.....terbang liar ke sana ke mari, bunyi riuh bukan main . Dia suka terbang berpasangan dan sangat susah nak ambik gambar.






..dulu dia tak pernah datang bermain-main kat tepi tingkap ni ( tingkap rendah - dia boleh nampak kita, kita boleh nampak dia).
Tiba-tiba dalam sehari dua ni dia suka bertenggek kat luar ...mungkin dia ingat  orang pencen dalam rumah tu  dah give-up tak nak ambik gambar dia!

Wednesday, September 25, 2013

Street Fair








Tourism Malaysia NY  Promoting Visit Malaysia Year 2014









Beautiful Life in the spirit of Visit Malaysia Year - wearing batik shawl ala kebaya.






Monday, September 23, 2013

Baulu Ikan!

     





Tak tahu fasal apa dok buat musuh kat kuih baulu!


   




Baulu tu saya simpan sampai  keras - takde sapa pun yang makan. Lama-lama banyak jugak stock baulu kat rumah tu, sampai I terpaksa beritau dorang - jangan bawak kuih baulu tu lagi!

Tapi sekarang dah berbaik-baik pulak dengan baulu, pegi rumah orang kawin dapat baulu, balik rumah makan dengan air kopi .......

Mungkin bila umur meningkat tt...tu..a sikit we start craving for sweet things ? Entahlah..........



Thursday, September 19, 2013

Musim Kenduri Kahwin







                                         Keris tu, nampak threatening sikit, macam nak tikam belakang orang jeee!


Bila dah ramai-ramai dok bawah kemah kenduri kahwin bayak pulak keluar cerita , macam-macam ada, fesyen baju, kutuk tuan kenduri sebab makanan tak sedap / nasi mentah, dok melepat, mula-mula fasal orang kampung depa, akhirnya berjangkit pulak pada ahli politik.......maklumlah tengah panas fasal Pemilihan Umno...

Ada yang kata -  Umno ketandusan pemimpin, sebab tulah dok gi rewind forward, rewind forward muka-muka  lama yang orang dah tak larat nak pandang dan tak larat nak dengar cerita depa. Depa kata , pemimpin yang dah ada nama aka dah ada skandal ( ada kes rasuah atau  lain yang melibatkan moral atau lain-lain yang tak sedap didengar  ) takyah le gi dok ambik depa lagi, bagilah peluang kat orang lain pulak...Belanar lagi orang yang lebih amanah yang boleh di ketengahkan.

Depa kata lagi, perangai orang Umno yang suka cantas mencantas dari dulu sampai sekarang tak berubah -ubah  akhirnya membuahkan hasil iaitu nak cari calon yang sesuai untuk ketua wanita ( tak naklah yang tuuuuu je! ) atau ketua pemuda ( yang baru pulaklah weh! ) pun....alahai.....silap silap nanti  the incumbents  menang tak bertanding!

Depa kata lagi , kalau.........err..... baik I stop kat sini je, nanti orang ingat I pulak yang mengata...

Tuesday, September 17, 2013

Telur Masin






Balik kampung beli telur masin




 Banyak di jual di tepi jalan antara Pekan dengan Rompin




Bila pegi kenduri kahwin keesokannya dapat pulak  cenderahati  telur masin yang siap direbus dan boleh buat lauk tambahan untuk makan malam tu.........takdelah membazir!

Tak payah beli kristal kalau nak bagi door gift akak oii, tak tahu nak letak mana - rumah buruk tak sesuai dengan kristal mahal, rumah lawa, kristal pulak takde jenama , akhirnya gi perosok dalam store.


Friday, September 13, 2013

Qiraat Syu'bah









Qiraat Syu’bah – Usul Dan Farsy Huruf – Surah Al –An’am  - Bah 1



Bil
Ayat
Hafs
Syu’bah
Keterangan/Cara Bacaan Syu’bah
1
16
يُصْرَفْ
يَصْرِفْ
يَ fathah  رِ kasrah
2
23
تَكُون فِتْنَتُهُمْ
  تَكُون فِتْنَتَهُمْ
تَ fathah pada فِتْنَتَهُمْ
3
27
  وَلا نُكَذِّبَ / وَنَكُونَ
  وَلا نُكَذِّبُ / وَنَكُونُ
بُ dan نُ dhommah
4
30
   بَلى
Imalah
Imalah
5
32
تَعْقِلُونَ أَفَلاَ
يَعْقِلُونَ  أَفَلاَ
يَ fathah 
6
55
وَلِتَسْتَبِينَ
وَلِيَسْتَبِينَ
يَ fathah 
7
63
وَخُفْيَهً
وَخِفْيَهً
خِ  kasrah
8
76
كَوْكَباً رءا
ر  dan ء imalah

9
77
ٱلْقَمَرَ  رءا
ٱلْقَمَرَ  رءا
ر  dan ء imalah ketika wakaf , jika wasal imalah  ر
10
78
ٱلْشَّمْسَ رءا
ٱلْشَّمْسَ رءا
   - sda -
11
79
   لِلَّذِى  وَجْهِىَ
لِلَّذِى  وَجْهِى
ىْ sukun
12
85
  وَزَكَرِيٌَا
وَزَكَرِيٌَاءَ
 Tambah hamzah fathah                            ءَ jadi mad wajib
13
92
   وَلِتُنذِرَ
وَلِيُنذِرَ
يُ fathah

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...