Friday, September 29, 2017

Jangan Jeles Ya!



Sebok sangat depa ajak pegi IOI Mall dekat Putra Jaya tu....kebetulan adalah satu dua barang nak beli ( tempat lain  pun ada ) - dah alang- alang pergi situ, belilah di situ aje..

Dalam pada turun naik escalator, ternampak iklan Cerruti 1881- kita ni pun teruja sekejap sebab pada tahun 1980an dulu ada beli jeans dan sports shirt Cerruti semasa tengah
sale harga runtuh sebab boutique nak tutup!

Aunty!! Now no more Cerruti...people don't talk about Cerruti anymore..

Pasai apa?

People are going for Richard Mille..

Who's Richard Mille?

Aunty....dot..dot..dot..pakai jam Richard Mille harga ratus ribu usd punya...

Ye lah orang banyak duit -pling! Masuk 2.6b dalam akaun bolehlah pakai jam tangan De Grisogono berharga 3++ juta......

Sedap weh dapat duit jatuh dari langit!

Sebenarnya dah malas nak cerita fasal bilionaire segera ni....macam dah basi....Ramai orang dah tak kisah dan halalkan duit jatuh berlambak atas riba macam ni.....( Walaupun ada undang- undang- kena isytihar harta/ duit bagi penjawat awam - Ada ke undang-undang tu? Main serkap jarang je nih! )

Dah duit jatuh atas riba - belasah je lah kan?




Tuesday, September 26, 2017

Doa Yang Makbul



Kak Jah rasa sedih anak ketiganya dari lima beradik terkandas dalam peperiksaan SPM. Keempat-empat anaknya yang lain semuanya berjaya hingga tamat universiti dan telah bekerjaya.

Alang taklah dapat bekerja di pejabat tapi setakat jadi juru teknik alat pembesar suara bagi sebuah kumpulan rock. Pendek kata kalau kumpulan rock tu mengadakan pertunjukan malam, dari pagi lagi dia kena bertugas memastikan segala alat p.a. sistem berfungsi dengan sempurna.

Kak Jah tak kering air mata mengenangkan anak bujangnya yang melara ke seluruh tempat tak kira Zohor , Asar,  Maghrib dok tuning alat pembesar suara. Solat entah kemana, gaji pun tak seberapa, asyik dok iou dengan mak je...sampai kopak wallet Kak Jah....

Bila musim rock dah luruh, Alang dok menganggur. Anak dah ada tiga orang, nak tumpang mak bapak pun tak sampai hati sebab dah ada exsess baggage.....

Mujurlah dapat kerja dengan seorang event manager yang memerlukan seorang juru teknik sistem pembesar suara. From one event to another finally he landed in servicing pa system in the  mosques. Nak pasang dan servis pembesar suara bukan sekejap, ia memakan masa berhari-hari jugak. Asyik dok lepak kat masjid sana masjid sini tak kira Subuh, Maghrib, Isya' akhirnya terlekatlah dia solat berjemaah setiap waktu di masjid......

Kak Jah menarik nafas lega....
Alang kerja sendiri ada banyak masa nak menziarah emak...




Friday, September 15, 2017

Hidup Yang Terbeban




Kesian sangat bila M melepaskan perasaannya yang terpendam selama ini....

Dia datang ke Malaysia 10 tahun lalu bekerja sebagai pembantu rumah dengan harapan dapat mengumpul duit sebanyak mungkin. Dia hendak membina rumah kediamannya sekeluarga.

Apa yang berlaku duit yang dihantar balik ke kampung habis dibelanjakan oleh suami dan anak-anaknya walau pun mereka telah berumah tangga. M berasa sedih, geram dan marah, katanya kalau beginilah keadaannya dia kena bekerja terus menerus selagi terdaya.....

Bagi Y pulak semua hasil kerjanya adalah untuk di hantar kepada ibunya yang menjaga lima orang anak-anaknya di kampung. Walaupun dia dan suaminya bekerja, katanya pendapatan suaminya kecik hanya boleh cover makan minum dan sewa rumah. Pendapatanya yang lebih besar itu adalah untuk menyara ibu dan anak-anaknya.....

Kalau kita hidup susah rupanya orang lain ramai lagi yang lebih susah...




Tuesday, September 12, 2017

Habis Madu Sepah Di Buang



Ada orang suka makan, lepas makan tidur, bangun tidur cari lagi makanan untuk dimakan....
Irna bercerita sambil mencabut rumput.

Memang ada orang macam tu Irna, tambah kalau dah tua dan dah ingat- ingat lupa.....baru lepas makan dia kata belum makan lagi..

Tu lah makcik ni dah lari ke rumah saya sebab bergaduh dengan anak menantu!

Berapa hari dia duduk rumah kamu?

Dah  sebulan! Saya tengah stress sekarang dah sebulan tak balik- balik kat rumah anak dia

Jauh ke rumah anak dia?

Dekat je....anak buat tak peduli je...

Ye lah Irna orang tua sapa nak bela

Dia rasa macam buat menyusah je walau pun mak sendiri....Masa dulu dia yang jaga cucu- cucu semua tu, sekarang cucu dah besar....orang tak perlukan dia lagi..

Begitulah antara luahan perasaan Irna yang terpaksa membela mak orang sekampungnya dari tanah seberang. Asalnya makcik tu ambik upah jaga anak Irna kerana Irna bekerja di tiga buah rumah dalam satu Hari. Nampaknya macam melekat kat rumah dia pulak....



Saturday, September 2, 2017

Jangan Ambik Hak Orang....



Selalu dengar kata-kata "The grass is greener on the other side of the fence" atau dengan kata lain jangan dok nak hak orang!

Banyak peristiwa yang berlaku pada orang yang suka nak ambik hak orang. Mek Yoh tergila-gilakan  Mat Derih, macam- macam dia buat nak memikat hati Si Derih. Atas usahanya yang gigih akhirnya dapatlah dia nikoh dengan Mat Derih.

Setelah menjadi isteri muda muka Mek Yoh yang dulunya ceria, sentiasa bergincu merah menyala kini dah kusam tak pernah berbedak. Ada tanda-tanda lebam di mukanya yang dah tak boleh disorok lagi.

Mek Lah isteri pertama Mat Derih kata....ambiklah nok sangat kat Mat Derih tu baru tau penangan tok laki yang suka pukul bini....
Macam mana Mek Yoh? Nak tunggu jugak ke nok tarik diri?

Love thy neighbour but don't steal their maid - zaman pembantu rumah mahal nak dapat, jangan dok pancing pembantu jiran. Kadang- kadang pembantu jiran suka cerita majikannya suruh dia buat banyak kerja , tu tak kena, ni tak kena lepas tu suka sorok makanan tak bagi dia makan dan macam-macam lagi cerita yang entah benar atau tak benar. Akhirnya bila pembantu itu berhenti kerja jiran sebelah pun terus ambik siap tambah gaji lagi.

Bila dah kerja beberapa bulan barulah majikan tahu pembantu tu pemalas suka curi tulang dan tangan panjang....

Tidak dinafikan ada juga pembantu rumah yang benar-benar teraniaya...