Monday, January 30, 2012

Penipuan Yang Disengajakan











Bersembang dengan pasangan muda umur pertengahan 30an yang telah berjaya sebagai katerer, saya mendapat gambaran liku-liku yang dilalui mereka . Mereka memulakan katering secara kecil-kecilan dan kini telah menjadi katerer besar-besaran untuk majlis kenduri kahwin siap dengan pakej jamuan, kemah dan segala perhiasannya serta peralatan pengantin dari A ke Z.

Mereka menceritakan ada kalanya mereka dipermainkan   -  Temu janji pertama di sebuah rumah yang sangat sederhana - berbincang fasal pakej makanan dan persiapan kemah, meja pengantin, pelamin dan lain-lain yang berkaitan dan telah pun membuat persetujuan tentang sebut harga pakej tersebut. Bila nak buat rundingan terakhir ,barulah mereka tahu  rupanya majlis kenduri tu akan diadakan di alamat rumah yang lain. Sesampainya di rumah tuan kenduri -  berderet kereta mewah di bawah porch sedangkan dalam pertemuan pertama dan kedua dia hanya pakai kereta cabuk . Terkejut badak hamba Allah tu, takut salah alamat.

Selepas tu mulalah tuan kenduri menunjukkan belangnya  yang sungguh cerewet dan demand minta menambah  itu, tambah ini, sehingga akhirnya melebihi dari harga yang dijanjikan. nak naikkan harga dah tak boleh, sebut harga telah dibuat dan cengkeram telah dibayar. Mereka kata quotation dah dibuat , takkan nak  bagi quotation yang kedua pulak .

Rupanya banyak lagi cerita tentang pelanggan menipu mereka dengan pelbagai cara - masa berbincang bukan main manis mulut, bila dah confirm mulalah itu tak kena ini tak kena - hendak barang-barang yang kelas dengan harga yang rendah.

Ada jugak manusia yang macam tu dalam dunia ni -  mereka takut orang tahu mereka kaya dan menyangka semua orang nak overcharge depa , lalu berpura-pura  jadi orang yang tak kaya - pada halnya  sama ada  sedar atau tak sedar  merekalah sebenarnya yang telah memanipulasi keadaan ................mereka dapat the best deal, katerer pulak yang break even!

Thursday, January 26, 2012

Sunday, January 22, 2012

Bubur Kacang Basi!!

Seorang sahabat mengatakan dia betul-betul insaf tentang dirinya yang agak berkira bila nak bagi sesuatu kat orang.

Bila keluar cerita buah mempelam seorang kawan lain pula begitu teruja mendengarnya. You cerita seronok dapat hadiah , mai sini I nak ceghita pasai  I berjuang dengan nafsu kedekut bila nak bagi hadiah yang elok kat orang. I ada dua biji pelam epal yang sangat besar dan tengah masak ranum, kebetulan  ada tetamu datang  ke rumah pada hari tu, I pun berniat nak hadiahkan sebiji padanya . Bila I pegi ke dapur  nak ambik pelam tu, serta merta timbul rasa tamak, kedekut dan kupik  - Kalau nak bagi pun , pilih yang kecik yang kurang elok sebab yang satu lagi tu besar dan cantik  - sayang nak bagi!

 Hati kata kena bagi yang elok, kena bagi yang elok, yang paling kita sayang .  Lama jugak lah dia berperang dengan  jiwanya - bagi yang kecik ke yang besar - kecik, besar, kecik , besar..... akhirnya dia kuatkan hati, pejam mata -  terus bungkus  yang besar yang  lebih cantik  sebagai hadiah pada  tetamunya.

Fuh!! nak bagi buah mangga pun terpaksa berjuang dengan nafsu, apa lagi kalau nak menginfak harta yang kita sayang - laaaaagiiiiii susah!!

Pernah saya terserempak dengan seorang yang sedang membuang bubur kacang ke dalam longkang - bila ditanya kenapa buang bubur kacang tu? dia kata ada orang bagi dia sebekas bubur kacang.......tapi kak....  tak boleh makanlah......dah basi...katanya dengan nada kesal !

Jaga-jaga....  orang yang bagi barang busuk  tu...nanti mimpi  berenang dalam tasik bubur kacang basi ......sambil tertelan the slimey bubur basi  tuh!....muahaha!

Saturday, January 14, 2012

Dikejar Bayang-Bayang Sendiri

Suami K seorang yang poyo, mentang-mentang dia pegawai tinggi yang bijak pandai, dia ingat semua orang lain bodoh belaka. Dengan isteri tak pernah bagi muka, kena ikut cakap dia aje ( ni pun dikira penderaan jugak - penderaan mental ). Isteri dan ahli keluarga isteri menjeruk hati dengan perangai si pegawai tinggi tuh! Keadaan dah menjadi seperti kata pepatah - ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Pada satu ketika, pegawai tinggi tadi ditimpa penyakit yang doktor pun tak boleh diagnose , masuk hospital punya lama ( under supervision ). Dia pun ingat dia dah nak mati dah. Oleh kerana macam rasa dah takde harapan nak hidup lama, dia pun mintak maaf dengan isterinya atas perbuatanya pada isteri dia - isteri dia ingat nak mintak maaf fasal perangai buruknya selama ni rupanya nak ghoyak  dia telah bermain kayu tiga! Tergamam isteri tu, memandangkan suaminya tengah tenat , sabar aje, kalau naik angin pun tak guna suami pun bernafas pakai topeng oksijen! 

Setelah meluahkan perasaan hati yang tertekan selama ini, suami tadi beransur-ansur sembuh dari sakitnya. Akhirnya sihat walafiatlah dia. Isterinya pulak jatuh sakit mengenangkan perbuatan suaminya yang tak beriman tadi. Tapi sebagai seorang wanita yang cemerlang, gemilang dan terbilang, dia pun menumpukan sepenuh masanya pada kariernya sehingga mendapat kejayaan melebihi suaminya.

Alkisahnya suami yang poyo tu dah jadi moyok macam tikus jatuh ke dalam longkang! Rupa-rupanya selama ini dia buat perangai buruk tu kerana dia ada penyakit  professional jealousy kat isteri dia - sebab dia tahu isterinya lebih bijak dari dirinya!




Wednesday, January 11, 2012

Sehari Sesudu Peluh......







.........lama-lama boleh kurus!

Jiran saya DZ in her late 60s , masih kuat, masih aktif , jarang-jarang sekali demam, selesema, batuk atau penyakit kecil yang lain-lain. Tiap-tiap pagi lepas subuh beliau pergi jogging keliling kawasan perumahan lepas tu sambung buat gardening hingga pukul 10.30 pagi - without fail, melainkan hujan turun!



DZ's orchids in full bloom




Beliau memberitahu saya - buat eksersais sikit-sikit, sehari sesudu peluh, tak akan jadi gemuk dan jauh dari penyakit! Walau pun badan tak kecik comel tapi taklah gemuk - maintain je ( eksesais dan berkebun berpeluh lebih dari sesudu! ).  Alhamdulillah, berkat rajin beliau sihat sejahtera.




 
One of her handiwork  - dia kata -  kita buat dia bukan dia buat kite!





Cik Yah pulak pernah buat nakal - bila menantu dia mengeluh  badan bertambah-tambah bulat, dia pun menyarankan  supaya menantunya bangun malam solat tahajjud, biar badan susut sikit ( kurangkan tidur). Berpeluh sejuk jugak menantu mendengar saranan tu!

Pernah dengar dialog - awak ni eloklah bawak menyangkul-nyangkul sikit, buat kebun biar keluar peluh banyak-banyak ( biar kurus sikit! ) atau pun - tengok body awak ni, saya rasa awak kena puasa 3 bulan dalam setahun ( kurangkan makan!). Rasa-rasanya macam ada mulut orang nak kena sental dengan tempurung berbulu ( macam Tun Teja menyental mulut mak inang  dalam cerita Hang Tuah )

Bagi orang yang tak berpeluh ( couch potato )  kena amal pemakanan seperti yang disarankan nutritionist  - iaitu mengikut sukatan - makan nasi, kway teow, mi,mihun , pasta dan seumpamanya hanya semangkuk kecil diiringi dengan sayur dan buah-buahan. Kalau breakfast kat kedai mamak, roti canai/capati/tosei sekeping je , jangan tambah apam dan karipap lagi dah. Itu pun kalau boleh tahan, kalau tak boleh belasah je akak! Sekarang ni baju plus size banyak kat kedai ,  size XXXXXXL pun ada!

Pendek kata kalau makan banyak, kena keluarkan peluh secawan sehari! Kalau mulut tak henti-henti mengunyah atau sekali makan nasi sampai habis semangkuk tambah atau makan roti canai 3 keping sekali duduk siap dengan teh tarik segelas besar........mungkin kena keluarkan peluh satu kole sehari.........














Saturday, January 7, 2012

A Sunday Brunch......



.....to celebrate the new year holiday !

Miss Fanta  telling a funny story - we couldn't stop laughing !





Huda's mouth watering cream caramel - want some?





A lavish fruit tart  ' pling (ed) !'  by Miss Fanta





Beautiful Life made BBQ ChickenTipu ( bbq in the oven )



I laid the table cloth and Kaz watered the plants

Tuesday, January 3, 2012

Dok Berebut Yang Handsome

Zaman jadi student dulu, pelajar perempuan sangat memilih pasangan, ramai yang sukakan lelaki handsome ( sekarang pilih yang beriman ) yang komeng-komeng tu takde yang nak. Kadang-kadang yang komeng ( tak hansome, selekeh dan takde pakej ) suka mengorat pelajar perempuan yang cun dan bergaya - akhirnya beranganlah sorang-sorang.

Masa tahun 70an dulu banyak pulak terms yang dibagi untuk pelajar perempuan - yang dibandingkan dengan buku-buku dalam perpustakaan:

Red Spot -  buku-buku yang jadi rebutan terutamanya masa buat assignment dan bila dekat nak periksa - ini ditujukan pada freshies atau pelajar baru yang menjadi rebutan pelajar-pelajar senior. Bila freshies dah masuk tahun dua, turun tangga pada tahap buku-buku di rak biasa  - open shelves - dah kurang direbut . Bila dah berada di tahun 3 atau 4 mereka tu dah dikategorikan sebagai bahan-bahan bacaan di magazine rack! Semuanya tu nak menakut-nakutkan freshies dan pelajar-pelajar  perempuan lainnya....supaya jangan jual mahal!

Those guys were so out of fashion . Cik-cik freshies tu tengah kanyak lagi bolehlah dengar temberang hangpa!

Bila dah kembali ke dunia yang nyata, dah bekerja dan berumah tangga, barulah nampak kehidupan sebenar! some of the guys that had been rejected during the student days, woi, ada yang dah smart dan bergaya. Ada yang berpangkat tinggi bergaji besar, ada yang berbadan kecik kereta menjalar dan ada pula yang dah popular, jadi public figure - muka selalu keluar dalam suratkabar ! The guys yang jadi rebutan dulu tu - biasa-biasa je, and before 40 some of them are already boroi and balding ! handsome ke mana apa ke mana   -  buat penat  je depa tu berebut-rebut !

Tak sangka kan? Cempedak jadi nangka, itik serati jadi angsa.........


Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun 2012 !

Belum pun sempat pukul 12 malam tadi, banyak bunga api dah termeletup - mungkin sengaja ditembak sebelum pukul 12 sebab nak mendahului orang lain, atau tertembak  lebih awal akibat kesalahan teknikal, tak taulah!

Kuala Lumpur penuh berasap akibat dari bunga api yang meletus hampir 20- 30 minit, bersambung-sambung antara satu sama lain. Orang Gombak bernasib baik dapat tengok bunga api dari laman rumah, tapi kalau kita duduk dalam rumah, agak risau jugak dengar letupan yang bertalu-talu begitu - macam tengah berperang pulak!

Lepas ni seboklah pasangan yang hendak berkahwin buat booking dewan, hotel, mak andam, katerer pada tarikh  20.12. 2012 . Ataukah pilihan raya ke 13 dijalankan pada 20122012 ? ....tapi rasanya lambat sangat kut, the winnable candidates dah tak sabar-sabar lagi nak tunjuk kebolehan mereka!

Dan hanya lapan tahun lagi kita nak sampai ke tahun 2020 - bersediakah kita, mental dan fizikal? Tak naklah kita jadi negara maju tapi tandas awam busuk bangar ,  tunggu bas awam  sampai berpeluh ketiak, buang sampah ikut suka tangan  - atau buka syarikat besar di bawah naungan kerajaan, tapi rugi memanjang, yang untungnya pegawai-pegawai dia aje sebab gaji besar, perks banyak..... atau masih menyimpan lagi pemimpin - pemimpin yang tak boleh memimpin dan dah tak layak jadi pemimpin....dan...dan....

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...