Monday, May 28, 2018

Celebrating The New Malaysia


Yes! I was one of those who prayed BN will lose the GE14. I prayed hard BN will be wiped out and the leaders all will face humiliations and some of them brought to justice ( if found guilty )

Engko ni janganlah over sangat, BN won't lose....

I can't bear to see the same people running the country with such arrogance  and behaving like they are indispensable. Whereas down below people are suffering and cursing them day and night....

Gone with the
' kebangsawanan ' and
 ' ketuanan ' and I hope it is forever. No more hand kissing and a#s errr...boot licking that is so downgrading to all mankind!
Don't talk about
 ' maruah bangsa ' before you have ' maruah diri ' !


Thursday, May 24, 2018

Mujurlah.....


Oang tua- tua dulu selalu kata 'mujur' kalau mereka ditimpa musibah. Mereka orang
yang sabar dan dapat menerima musibah dengan cara yang lebih positif

Mujur banjir kilat kalau gempa bumi tak boleh buat apa dah!

Mujur kena kaki kalau kena mata buta..lebih baik luka di kaki sebab ia boleh sembuh jika diubat tapi kalau mata yang buta akan terus hilang deria penglihatan..

Macam Malaysia pula mujurlah PH menang pilihanraya kalau  kalah negara kita akan berterusan dichop sebagai negara kleptokratik. Malaysia mungkin akhirnya jatuh ke taraf yang sama macam sesetengah negara di Afrika, prmimpin kaya raya rakyat teruk menderita.....

Semoga Malaysia  bertambah maju dan makmur dan rakyat dapat hidup dengan selesa di bawah pentadbiran baru. Ada pun mereka yang tidak amanah semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.....

Sunday, May 20, 2018

Selamat Berbuka Puasa


Beberapa biji buah korma


Nasi tomato masak dalam capsicum dan tomato

Gulai kambing



Friday, May 11, 2018

Akhir Kata...


Peribahasa:
Roda dunia tetap berputar -begitu jugak hidup manusia, dah lama berkuasa tak sangka pulak kuasa itu boleh hilang sekelip mata. PRU14 hari Rabu, hari Kamis hilang kuasa ( takde sapa dah nak cium tangan dia )

Dunia jadi sempit - apabila selama ini hidup mewah pitih berlanar, disanjung tinggi dan dihormati, lepas ni semua orang buat tak nampak dan tak kenal

Tak cukup tanah nak lari- kalau kena kejar dek pihak berkuasa. Kalau berjaya memboloskan diri pun hidup macam kera sumbang di tempat orang.

Baru tau langit itu tinggi  - masa berkuasa boleh buat apa saja, undang-undang dipersenda..( maklumlah ramai tukang kipas , tukang ampu dan tukang cover)

Pendek kata harta kekayaan dan segala kemewahan tidak bermakna kalau...
dah hilang kuasa..

Tuesday, May 8, 2018

Kurr..Kurrr..Kurrr...Tabur Dedak...


.....hingga ke garisan penamat!

Banyak offer baru dibuat oleh cash is king pada live streaming yang disiar serentak dengan pengumuman terakhir sebelum PRU14 yang dibuat oleh Tun M pada pukul sepuluh malam ini 8/5/2018.

Macam- macam  offer ada - pelepasan cukai, menambah brim dan lain- lain lagi tapi ramai yang memilih untuk mendengar pesanan Tun M yang menyeru rakyat supaya berani membuat perubahan...

Pada malam ini saya sungguh sedih mengenangkan makcik - makcik saya di kampung yang sungguh takut menolak bn...puas anak buah cuba memujuk tapi tak jalan! Mereka lebih percaya pada setan yang dia kenal dari the angel yang dia tak kenal. Mereka inilah yang akan memberi kemenangan kepada 'duit itu raja' ( segala kejahatan dan penipuan )....

Tapi jangan pandang rendah pada mereka. Mungkin anak-cucu yang balik mengundi  boleh mengubah fikiran mereka...Lagi pulak makcik- makcik dan tok cik- tokcik la ni dah pandai berwassap- wassap dan mengoogle- google..tidak mustahil mereka buat keputusan beramai- ramai gi pakoh ( pangkah ) ph!
Kalau itu terjadi....
Maka akan terciptalah  sejarah.....
RAKYAT MALAYSIA BERJAYA MENJATUHKAN KERAJAAN KLEPTOKRAT...!






.








Wednesday, May 2, 2018

Keliru Dan Sungguh Mengelirukan....


...menunggu PRU14...Rabu 9hb Mei 2018....
Ramai yang berharap akan berlaku perubahan dan tidak kurang pulak yang takut berlakunya perubahan dalam pentadbiran negara....

Ramai yang tak inginkan perubahan sebab takut perubahan akan menyebabkan keadaan jadi tidak menentu - takut  Cina DAP control Malaysia - tapi tak takut pulak Cina MCA  control Malaysia,  ( padahal Cina tu jugak pegi mari pegi mari yang dok mengundinya ) takut tak dapat pencen, takut tak dapat BRIM, takut...takut...dan takut dalam semua aspek hidup.

Rupanya mereka telah ditakut- takutkan!
( Orang penakut jadi habuan orang berani...)

Warih warah kat kampung berbelah bagi, mulut berbuih dok mengutuk tok wakil dan pemimpin- pemimpin yang katanya mengkayakan diri dan semua ahli keluarganya - orang lain yang ramai- ramai tak merasa...tapi mari mengundi dok gi pakoh puok demo tu jugak!
Dok leh ghoyak gapo doh!

Demo kato kalu orang lain naik pun akan jadi supo tu jugok ( i.e  mentekedarah duit rasuah belako! ) Fuh! This is when the fake news law comes in!

Kena ambik iktibar dari orang tua- tua dulu, apabila anak-anak bawak balik ke rumah sesuatu seperti duit atau makanan, mak bapak tanya dari mana dapat benda- benda tuh! ( dulu zaman susah, duit kurang makanan pun tak seberapa ).
Kalau mereka tak yakin dengan jawapan anak, mereka tak ambik duit dan tak akan makan makanan tu.
Kalu laki bawak balik pitih seguni...atau tiba- tiba pling! Pitih masuk dalam akaun dia -
 jangan pulak anak bini bertepuk tangan kesukaan!

Mudah- mudahan anak cucu yang balik ngundi ramai- ramai tu dapat membuka mata warih warah kat kampung!