Thursday, October 27, 2016

Pi Humban Ke Laut!


Bangkai gajah dah dihurung dek langau! Baunya merebak seantero dun'ya..

Amat tak patut sekali kalau sesuatu yang dah diketahui umum masih lagi tak nak mengaku. Berita dah tersebar luas @ semua orang dah tahu maka ianya bukanlah rahsia lagi. Jadi tak usahlah disorok atau dipertahankan...

Cara mempertahankan boss yang terkantoi big time tu pulak tidak dibuat secara berhemah , tetapi dengan cara yang tidak boleh diterima ramai dan mendatangkan kebencian rakyat yang mendengarnya atau yang membacanya! Boss dah menjarah perbendaharaan negara..agak-agaklah sikit kalau nak defend boss yang berlumuran dengan bau busuk tuh!

Tok Selampit yang tak pernah sekolah ( dok asyik gesek biola sambil bercerita Hikayat Penglipur Lara kat kampung paling ulu ) pun dah tahu hal IMDB! Sapa yang dok pi bawak mulut? Anak cucu dia lah yang tukang ghoyak kat tok dia , mugo anak cucu dah pandai baca Asian Wall Street Journal weh!

Rumah dah nak roboh dimakan anai-anai..
Oiii.....buanglah kayu yang dah berdarang kena makan anai-anai tu - ganti dengan kayu baru bagi rumah tegap semula!!!



Wednesday, October 19, 2016

Mengigau Di Tengah Hari


Tetamu-tetamu di sebuah majlis kenduri kahwin dok riuh bergebang macam tak hengat punya. Tetamu yang di meja sebelah menyebelah pun memasang telinga...

Bila balik keje takde lain tanya ..Nagib dah letak jawatan? Takut kalau- kalau semua orang dah tahu dia belum tahu lagi!

Jangan mimpilah!

Dia pahlawan Bugis mana takut kena gertak - salah tak salah lain kira namun berundur tidak sekali!

Kalau betul dia dan kuncu- kuncunya orang beriman jangan dok kona lana lagi. Bayar balik apa yang bukan hak  yang telah dibelanjakan. Jangan dok bagi anak bini makan atau buat belanja duit haram.

Rupa-rupanya kebanyakan tetamu bukak cerita sendiri - walaupun jalan cerita lain tapi tajuknya sama seperti di atas.




Tuesday, October 11, 2016

Pantai Kuala Rompin


Setiap pantai kena ada peringatan seperti ini kalau tidak sampah akan dibuang ikut suka hati, terutamanya kalau tiada tong sampah disediakan.


Pantai Hiburan Kuala Rompin menjadi tempat utama untuk bertemu rakan-rakan pada waktu petang..


Tak kurang juga gadis- gadis comel menghirup udara pantai bersama rakan sebaya..


..sementara kanak- kanak kecil lebih suka ber main di gigi air bersama ibubapa mereka.