Wednesday, March 27, 2019

Banyak Cerita Kelakar


Dah lama tak jumpa, bila jumpa ramai-ramai mulalah keluar macam-macam cerita....

Ada yang cerita suaminya komplen kenapa dia dah lama tak buat bubur kacang. Dia bohong kat suaminya kata dia dah tak berapa boleh makan kacang takut sakit perut. Pada hal katanya kalau dia masak segala bubur- bubur tu suami dia akan makan dengan banyaknya, sedangkan paras gula dalam darah dok tahap red alert dah....

Ada pulak yang cerita kalau dia buat teh atau kopi kurang manis, suaminya akan pegi tambah gula kasi manis kaw kaw...

Ada suami yang sakit jantung tapi tak percaya kalau salah makan boleh bawa padah. Darah dah tinggi melambung tapi bila jumpa durian...tak hengat punya..lepas tu habis keluar peluh jantan dan baring terpukang mata kelip pok-kelip pok seharian sebab kepeningan..

Bila dengar cerita penyakit dan tak pantang makan , rupa-rupanya ada golongan lelaki yang paling bermasalah dan tak hiraukan kesihatan diri...

Wahai tok llaki...jaga - jaga sikit ye...mok mek dok comel lagi, kalu demo dok tubikmasuktubikmasuk spita -lamo-lamo mok mek bulih ko orang lain....




Saturday, March 23, 2019

The Evergreen Ylang Ylang



Pruning time!





The ever sweet smelling bunga kenanga...




.....the favourite with all the aunties in my hometown in 1960s and 70s - bubuh dalam kain telekong dan juga cucuk pada sanggul bagi nampak anggun dan berbau wangi....





Thursday, March 21, 2019

What's For Dinner?



Capati or wrap?


It can never go wrong if we eat it with fish or prawn curry or fish and prawn mix curry..


We can get frozen chapati or wrap from supermarket, very convenient - just heat it on a pan for a few minutes....and it's ready ( especially when we prepared the curry beforehand )


Thursday, March 14, 2019

Sejukkan Mata






Terjumpa semula gambar yang hilang di alam maya akibat dari album archive terdelete..

Monday, March 11, 2019

Tempayan Budu!



Tempayan budu ni sungguh berjasa di tahun 1950-1970an dulu.


Mak saya menyewakan rumah pada Pak Mat seorang nelayan. Pada masa itu duit susah dapat, jadi dia bayar sewa rumah dari hasil tangkapannya setiap hari.

Ikan yang kecik seperti tamban dan ikan pelata arwah mak buat ikan kering, tapi bila musim ikan bilis beliau buat budu.
Hasil ikan ni sangat laku di musim tengkujuh. Ombak besar nelayan tak pergi ke laut, di pasar pun tak jual ikan segar.

Ikan sadin, telur ayam, telur masin, ikan kering, budu dan belacan laris dijual.
Oleh kerana mak saya ada 7 tempayan budu, boleh tahan jugak pendapatan beliau di musim tengkujuh lebih kurang empat puluh -lima puluh tahun dulu...



Masuk tahun 1980an tempayan budu pun dah tergolek di bawah rumah...ada yang kena curi, ada yang rosak. Mujur jugak saya ambik bawa balik ke rumah saya 2 biji yang terakhir....

Tuesday, March 5, 2019

Alohlah...Menyombongnya Weh!


Kadang-kadang sakit hati, kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada....

Ada jugak kita bertemu dengan orang yang tidak dikenali dalam majlis kenduri hatta dalam masjid atau surau sekali pun...bila kita hulurkan tangan nak bersalam disambutnya dengan hujung jari je..Mentang-mentang tak kenal buat muka selamba badak, tak senyum, apa pun tak....

Ada jugak masanya dalam majlis, dia datang kat kita hulur tangan nak bersalam tapi mata dan mulut pot pet pot pet kat orang lain...

Tu lah weh, bila salam menjadi adat, bukan untuk bersilaturahim, ia jadi sambil lewa dan acuh tak acuh je...

Kalau macam tu baik lagi salam pilihanraya kecik atau besar- hulur tangan bersungguh-sungguh, pegang erat- erat.......sambil berbisik...jangan lupa nanti undi saya ya...






Riuh Sekampung!!!

Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni! Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed intern...