Friday, November 27, 2009

Makin lama makin seram.........

Ada sebuah kampung yang terdapat banyak hantu, yang sentiasa berkeliaran, mengusik orang-orang kampung apabila senja menjelang. Antoo yang paling gempak sekali ialah yang kurus dan memakai baju sepasang hitam, suka suka hati dia aje nak menjelma kat mana dan bila-bila aje ( pada waktu malam ). Pada waktu siang kampung ini aman damai, tiada kelibat seekor antoo pun, yang ada hanyalah nang bo ti nang, kui bo ti kui. Tapi orang -orang yang jahat tahap orang bukan orang dan hantu bukan hantu ni pulak, tak berani jugak nak buat sesuka hati kat orang kampung, nanti polis cekup, balaiii pergi!

Orang kampung sudah bosan hidup dalam ketakutan, lalu ketua kampung memanggil anak buahnya datang bermesyuarat di balai raya selepas waktu Asar. Berduyun-duyun orang kampung datang bawak anak bini, semuanya nakkan penyelesaian segera. Mesyuarat punya mesyuarat, tak sedar hari dah gelap, hampir senja. Mereka berbincang cara untuk menghalau hantu.

Tuk....tuk....tuk.... bunyi seperti orang berjalan memakai tongkat.

Semua orang terdiam ketakutan, pucat muka sampai ke gigi.

Samar-samar nampak sebuah lembaga yang kurus, berbaju hitam, bertongkat, mengatur langkah lambat-lambat, senyap sunyi satu kampung. Tiba-tiba..........

Ta...ta....pi........lembaga itu bersuara. Anak-anak ketakutan terus memeluk ibu mereka.

Itu cala, tatak moleh halau itu hantu...........sambungnya. Habis gempar semua orang, tok ketua menepuk-nepuk dahi.

Rupa-rupanya apek jual sayur yang datang untuk beri pendapatnya!

Itulah cerita bengong yang adik ku cerita masa kami kecil dulu.

Harum Pandan Memenuhi Kamar

One afternoon a dear friend of mine called, since I was busy cooking I promised to call her later. About 2.30 I got another call, she sounded quite urgent and I was a bit worried. She was never like this before.

She told me her daughter's room smelled pandan leaves. She thought maybe some pandan essence spilled on the floor, so she was looking for the bottle high and low. She couldn't find any. According to her daughter, the smell was already there for a few nights , and some of the nights she had horror dreams.

I was so kecut perut when she told me what happenned, but syukur alhamdullillah I remembered telling her to recite the Surah al Baqarah . Before she recited the surah herself , she had recitation of Surah al Baqarah on her cd player played in her daughter's room. She then recited the said surah in her room. Sometime later her maid came running to her room yelling ....Ibu..k , itu pandan sudah keluar dari bilik, buk, itu bau sudah ada dekat tangga.

When she told me what happened, I got really scared. She told me she wanted to read the Quran at the staircase, and she wanted to confront whatever it was that smells like daun pandan. Spontaneously she became very brave and told the uninvited invincible guest to get out from her house, go to a place where there's nobody there. This is my house and you can't stay here.

She then prayed zohor in the hall and recited Al Baqarah there. I offered to go to her house to recite Al Baqarah with her, but she said she could manage . After reading for sometime the smell faded away and she carried on reading until the smell was really gone. Surah al Baqarah is really really long, it is more than 2 juzuk.

When I call her later that night, she was relieved the 'thing' was gone. She could afford to laugh..... saying that it was like a tv drama, chasing.. a..a..a.n.t..o..o..o..!! And we were wondering, what was it, it must be something good because the smell is so organic. But, with the horror dream, it couldn't be a nice thing. ...... What thing?!!

Tuesday, November 24, 2009

Drama Swasta - Babak 2

Sepuluh tahun kemudian, saya bertanya sahabat saya ,sudahkah dia memberitahu anaknya keadaan sebenar. Dia agak jengkel dengan saya. Sedangkan dia tahu anaknya tengah keliru, maklumlah sudah bersekolah, surat beranak bin lain, ayah yang ada sekarang nama lain. Masa kecik bolehlah tipu, nama ayah dalam surat beranak tu masa ayah susah, toreh getah, bila ayah dapat kerja, tukar nama baru.

Berkali-kali beritahu dia, cakaplah yang betul, sebab masa kecik terkejut kecik, bila dah besar nanti dia akan terkejut besar. Akhirnya dia akur, nekad nak beritahu anaknya itu di satu masa yang sesuai.

Tiba masa yang sesuai, terjadilah satu drama yang menyayat hati, bila ibu memberitahu anaknya bahawa dia bukan ibu sebenar. Anak terkejut , tak berapa faham -- mak tipu ni, ek, mesti mak tipu.

Betul sayang, mak cakap yang betul

Tapi sapa mak sebenar saya?

O, dia orang jauh, bapa sayang pun dah tak ada.

Kenapa dia bagi pada mak?

Sebab dia susah, takde suami,

Alah, kalau kita, biarlah susah sama susah, makan pasir pun tak apa.

Eh, jangan macam tu, dia nak sayang hidup senang, cukup makan, cukup pakai, boleh pergi sekolah, belajar pandai-pandai.

Memalingkan muka ke tempat lain, lalu keluar dari bilik. Ibu mengikut dari belakang dan ambil album semasa anaknya masih bayi.

Mak ni sama juga, macam mak yang lahirkan sayang. Sayanglah satu-satunya anak mak, takde yang lagi di dunia ini. Tengok gambar masa sayang baby lagi, mak peluk, mak cium, mak bela dari kecil sampai besar macam ni.

Anak melihat album denga sebelah mata aje, lalu masuk ke bilik semula, diikuti oleh ibu.

Sapa dia mak saya

Dia ada di negeri...............Kalau sayang nak jumpa dia kita boleh cari

Tak apalah.... tak nak.....

Adegan drama berlarutan hingga pukul 12 malam dipenuhi dengan dialog-dialog yang menyayat hati. Air mata kedua-dua beranak tumpah macam hujan di musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah pada keesokan harinya keadaan sudah pulih seperti sedia kala, cuma ada sedikit perubahan pada sianak, sangat bersopan pada ibunya. Tapi setelah beberapa hari kemudian keadaan pulih seperti sedia kala, buat degil dengan mak, campak tuala merata atas lantai, mak berleter......

Pada hari ini sianak tak kesah dah fasal siapa dia. Terkejut kecik aja pada mulanya dan keadaan sudah balik seperti sedia kala. Alhamdulillah.

Saturday, November 21, 2009

Drama Swasta - Babak 1

Dalam tahun 80an, ibu saya pernah berkata, sesetengah drama tv sebenarnya nak beri pegajaran pada kita semua, sebab ada cerita yang ditampilkan merupakan cerita benar. Saya pun jawab balik, mak, jangan percaya drama-drama tu, mengarut aje, rekaan manusia ! Ada ke menasabah, cerita dengki kat orang , nak pegi bakar rumah orang tu, gila ape, tak pernah-pernah terjadi kat kampung kita, dan pelbagai lagi contoh yang saya beri.

20 tahun kemudian cerita yang tak munasabah itu pun berlaku pada diri sendiri atau terjadi pada kawan-kawan , atau orang yang kita kenal dan tak kenal. Masa tu mak dah tak ada nak beri tahu apa yang mak kata itu ada betulnya.

Saya pernah ditawarkan seorang anak , yang masih dalam kandungan. Seorang kenalan lama, Z yang mempunyai seorang ahli keluarga yang sedang mengandung 7 bulan, suami menghilang entah ke mana. Memang selalu dia menghilangkan diri, bila dia balik, duduk sebulan dua dengan isteri dan anak-anak, dia menghilang lagi, tinggal isteri yang telah pun mengandung. Oleh kerana tak mampu menyara anak yang akan lahir, dia sanggup berpisah dengan anak yang bakal dilahirkan.

Oleh kerana saya tak sanggup nak terima tanggungjawab yang besar, kebetulan pada masa yang sama, seorang sahabat yang kematian anak ingin mengambil anak angkat, jadi saya sampaikan hajat sahabat itu pada Z. Setelah berpuas hati tentang budi pekerti dan kedudukan kewangan sahabat saya tadi, siibu rela menyerahkan anak itu pada sahabat saya. Mereka berjanji bila lahir saja anak itu akan diserahkan terus pada sahabat saya.

Kebetulan masa bayi itu lahir, sahabat saya sedang berada di Mekah, dan dalam masa seminggu lagi akan balik. Jadi saya pergi ke hospital ( seperti yang dijanjikan ) untuk mengambil bayi itu untuk dibawa balik ke rumah saya dahulu. Tiba di hospital, Z beritahu ibu bayi itu nak tidur semalam dua dengan anaknya.

Dua hari kemudian , saya menerima panggilan telefon dari Z minta datang ke rumahnya untuk mengambil bayi. Semasa saya sampai, Z dan sepupunya sedang menangis, berpeluk-pelukan bertiga beranak, bayi kecil dipeluk erat, dikucup, seolah-olah tak mahu dilepaskan.

Pada masa itu saya tak tertahan air mata, sayu dan sedih melihat bagaimana hibanya seseorang ibu nak melepaskan anaknya . Masa itu saya rasa diri sebagai monster yang datang nak merampas anak orang. Saya rasa begitu zalim kerana nak memisah dan memutuskan kasih sayang antara anak dan ibu. Peristiwa itu masih terpahat diingatan saya hingga kini.

Masa belum lahir macam mudah aje nak beri anak, lahir aje terus ambik bawak balik. Rupanya kita terlupa bahawa kita adalah manusia yang ada perasaan, kasih sayang, kasihan belas, jadi ianya tidak semudah yang disangkakan!!

Thursday, November 19, 2009

Nak Senang Usaha Lebih!

Fuh, begitu rumit untuk jadi blogger yang bergaya! Kalau setakat ada pengetahuan asas menaip, buka dan tutup komputer saja sudah tentu amat tidak memadai. Ia akan menjadi juru belog yang agak pincang seperti saya. TTT ( teringin tapi takut ) pada mulanya nak menulis di alam siber , maklumlah dah lama tak kerja dan tak ada kemahiran berkomputer, spt cut and paste, memasukkan gambar dalam komputer dan lain-lain.

Nak bukak blog kena tunggu anak, nak tukar template tunggu anak. Nak pos blog bergambar tunggu anak. Kadang-kadang kesian anak balik kerja lewat dan penat, mak main terjah aje minta tolong check blog mak, tolong itu , tolong ini. Alahai....

Agaknya mak ni sedikit ketinggalan zaman, kureng kemahuan nak belajar benda-benda yang teknikal dan dah takde daya saing. Atau mungkin dah sedap duduk relaks, malas susah payah belajar sebab ada orang tolong buatkan?!

Monday, November 9, 2009

Bila Agaknya Manusia Boleh Hidup Aman

Sejak beberapa tahun yang lepas ini kawasan perumahan kami sentiasa dikunjungi tetamu yang tidak dijemput, tidak kira siang atau malam. Sebagaimana kawasan perumahan yang lain-lain di sekitar KL , waktu siang sunyi senyap, ada rumah yang kosong, ada rumah yang dihuni oleh pembantu rumah dengan anak-anak kecil, sedang tuan rumah keluar bekerja dan anak-anak yang besar keluar bersekolah. Jadi tak hairanlah kejadian pecah rumah menjadi-jadi tak kira siang atau malam.

Lebih menggerunkan pencuri-pencuri ini akan bertindak pada waktu-waktu orang sedang sibuk, atau sedang leka atau sedang kepenatan. Pada waktu pagi, pencuri yang bermotosikal akan menunggu di tepi-tepi jalan untuk meragut. Di waktu tengahari pula iaitu di sekitar pukul 3- 4 sebelum orang balik kerja mereka masuk mana-mana rumah yang tiada berpenghuni. Lebih hebat lagi ada yang masuk ke rumah mangsa waktu penghuni sedang leka misalnya menonton tv, mereka masuk ikut pintu belakang. Ada juga ' strike' pada waktu hampir subuh iaitu pada pukul 5- 6 pagi.

Paling hebat, kejadian berlaku disalah sebuah rumah di kejiranan kami pada waktu tengah malam. Mereka mengikat tuan rumah anak beranak dan menggelidah rumah dan melarikan diri dengan wang serta barang kemas.

Kejadian lain berlaku pada pukul 6 petang apabila tuan rumah keluar dan apabila mereka balik ke rumah 2 jam kemudian, rumah telah dimasuki dan sejumlah wang yang agak banyak beserta barang kemas telah hilang, wayar alarm telah terpotong. Jiran sebelah rumah pun tak sedar.

Walau pun kini kawasan kami telah menjadi 'gated area' tetapi masih ada lagi yang bolos masuk ke beberapa buah rumah pada waktu siang dan malam. Jadi, camno tu?? Bilakah pencuri-pencuri ni nak pencen agaknya!!

Wednesday, November 4, 2009

Kuala Lumpur Dihiasi Khazanah Alam!!



Palma yang tersusun rapi di bahu jalan

Setiap hari penghuni keluar masuk Kuala Lumpur mungkin tidak menyedari bahawa bandaraya kita bukanlah sebuah kotaraya yang hanya dipenuhi dengan bangunan berkerangka besi, macam robot, tiada nilai estatika. KL bandaraya yang segar berteraskan Sungai Kelang dan Sungai Gombak sebagai degupan jantungnya. Urat-urat sarafnya pula ialah segala kehijauan pokok-pokok yang menghiasi seluruh ceruk bandaraya ini.

Mahligai bagi burung-burung yang menghuni KL

Amat menarik sekali di setiap bahu jalan dibariskan pokok-pokok rendang, yang memberi teduhan. Pada masa yang sama menjadi tempat persinggahan burung-burung di waktu pagi dan lewat petang. Mungkin suatu hari nanti seseorang akan membuat kajian tentang burung-burung yang menjadi penghuni Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Pohon rendang yang melembutkan pandangan

Tempat letak kereta berbumbung hijau!

Bangunan-bangunan tinggi yang hebat, gagah, akan jadi kaku kerana bertulangkan besi dan berdindingkan batu tetapi apabila di kelilingi oleh pokok-pokok teduhan dan pokok-pokok hiasan yang diatur rapi , ia seolah-olah telah mendapat rohnya yang tersendiri. Bahan batu diadun dengan alam semula jadi menghasilkan seni yang unik. Bandaraya KL yang menghijau!

Persimpangan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang

Sungai Gombak yang mengalir setia membelah Bandaraya ini menjadi nadi yang menghidupkan seluruh Kuala Lumpur. Elemen air, batu dan kehijauan memberi KL satu kelainan dari kotaraya yang ada di dunia ini. KL mempunyai keindahan dan identiti yang tersendiri yang menyejukkan mata memandang.

Laluan ke taman rahsia ?

Seluruh dunia memperkatakan tentang pemanasan global, kepupusan hutan..... tapi .....hei... ada hutan comel di sekitar KL ini!!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...