Showing posts with label Lama Berjalan Banyak Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Lama Berjalan Banyak Pengalaman. Show all posts

Saturday, February 16, 2019

Makanan Yang Halal!


Ramai orang sangat fussy apabila nak makan,kalau yang halal makan tanpa ragu, kalau yang haram campak jauh-jauh , dan kalau yang syubahah tu kembang tekak, tak boleh nak pi! Hebang je ke tanah....

Makan cukup jaga, tapi bila hutang susah nak bayar. Masa nak pinjam duit, lembut gigi dari lidah, bila dah dapat duit...nampak sipemberi hutang..dia lari jauh-jauh...

Dulu-dulu orang kerja bank selalu kata, loan belum lulus, pegawai bank macam raja, bila duit dah disburse, peminjam yang raja! Peminjam tak bayar hutang pegawai naik pening! Ini kerap berlaku pada institusi kewangan semi- gomen...

Selalu jugak berlaku di kampung saya orang berbalah fasal sempadan tanah. Ada yang pegi alih pancang batu masuk tanah orang hingga bergaduh besar habis bawak keluar parang kapak...punya bijak tak nak pegi rujuk pejabat tanah atau upah juru ukur.....dok bermusuh sampai 7 keturunan err...sampai tukar kerajaan pun tak settle settle...



Tuesday, March 31, 2015

Kawan Atau Sahabat






google search














Macam mana nak kenal seseorang yang boleh dijadikan sebagai sahabat? Mudah saja - seseorang itu lebih kurang sama fikiran dengan kita - same wavelength kata orang. Sesuai dengan kita dan persahabatan boleh kekal berdekad-dekad lama. Pendek kata bolehlah buat baiah -  sahabah fil yaumi qiamah!

Ada juga yang ekstrem iaitu bila mula-mula bertemu je dah jadi macam dok leh nok gi - dia tak sesuai dengan kita, kita pun macam tak sesuai dengan dia. Takdok kemistry. Jadi tidaklah ia kekal menjadi kawan sebab ia habis di situ saja!

Ada juga kawan yang membuatkan kita berada dalam keadaan serba salah sebabnya kita tak tahan dengan pelbagai kerenah mereka ( yang depa ingat kita tak tahu akal dia  pada hal we can read them like a book ).  Kalau kita terkejut tergempar di tengah malam kita tak akan telefon dia atau tak akan pegi ketuk pintu rumah dia!

Pendek kata ada pepatah Arab mengatakan kalau kita bersahabat dengan penjual minyak wangi sedikit sebanyak akan dapat kewangiannya dan kalau bersahabat dengan tukang besi sudah tentu kita akan terpercik juga bunga- bunga api...adenye!




Tuesday, October 8, 2013

Auk Bah!





1.

Teringat saya masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu.....setiap kali main netbal  mesti bergaduh, team kalah akan menuduh team yang menang main mengelat, main kasar, main tolak, main pentes kaki dan sebagainya! Bila masuk sekolah menengah pulak  bertanding antara sekolah, antara daerah - bila kalah main netbal  mesti yang kalah tu mula-mula sekali akan kata referee tak adil, tuduh pemain pihak lawan main kasar dan paling tak masuk akal sekali depa tuduh pulak pihak lawan pakai bomoh!

Pendek kata semua salah orang, tak pernah dengar pulak ada pasukan yang menyalahkan diri sendiri seperti  pemain kurang disiplin , tiada ketahanan mental, tak fokus, pasukan penyerang lembik, ponteng latihan atau lain-lain.

Habis kuat blame pun depa kata coach tak bagus - ambik coach dalam negeri kata tak bagus, ambik coach luar negeri , bila kalah coach tak bagus jugak......


11.

Bila terkena musibah mulalah mengungkit-ungkit, apa salah saya, saya tak buat apa pun kat orang, saya bayar zakat , saya banyak besedekah , saya, saya, saya........

Pendek kata takde salah dia. Dia tak pernah mengumpat orang, tak ambik kesempatan ke atas orang , tak memanipulasi orang untuk kepentingan diri, kalau berselisih faham, dia dengan mudah memutuskan  silaturrahim pun sebab dia tak buat salah kat orang , tapi orang yang buat salah kat dia.........

111.

Kalau benar-benar UMNO nak berubah , dalam pemilihan Umno ini kalilah......sebab kalau pilih jugak calon-calon yang  orang dah tak suka , tak taulah......mungkin lain kali orang pakat - pakat malas nak mengundi! Kalau Umno tak berani nak berubah , takut pulak penyokong-penyokong yang ramai-ramai kat bawah ni yang berubah hala!






Friday, August 30, 2013

Pindah Rumah





Pada mulanya saya bersaorangan solat jemaah ( di belah muslimat ) di sebuah surau dalam perjalanan kami ke suatu tempat. Walau pun waktu zohor tapi rasa begitu sepi bersaorangan. Tapi setelah 2 rakaat berlalu, ada seorang jemaah masuk, beliau membawa kerusi dan bersolat duduk di atas kerusi.

Setelah habis solat kami mula sapa menyapa...

Saya memang bersolat di surau ni tiap-tiap hari, sejak berpindah ke sini setahun yang lalu. Hari ni terlambat sikit..

Rupa-rupanya beliau yang pada asalnya tinggal di KL, kini berpindah rumah ke daerah yang baru .

Saya sakit lutut, tak larat turun naik tangga rumah 2 tingkat. Akhirnya saya pindah ke bilik bawah, sesekali bila naik tingkat atas rasa lain macam pulak..seram pun ada, maklumlah dibiarkan kosong tiada penghuni.

Lama kelamaan dia suruh anak perempuan dia cari rumah setingkat di mana-mana kawasan  rumah yang berdekatan dengan surau. Pada asalnya  dia nak berulang alik, tinggal di rumah baru sekejap, kemudian balik rumah asal. Tapi katanya akhir-akhir ini jarang balik ke rumah di KL..Anak cucu pun tertaya-tanya - malahan pada hari itu anak cucu nak datang beramai-ramai tidur di rumah baru neneknya itu.

Tambahnya lagi..
 Elok jugak kita ada banyak rumah, maklumlah saya ada ramai cucu, kadang kala kalau nak privacy, saya datang sini. Saya suka surau ni, dekat rumah dan selesa -masjid yang saya dok pegi di KL tu bertangga , susah saya nak turun naik...

Semasa saya menaip entri ini, bermacam-macam persoalan terlintas di hati saya , adakah beliau itu ke ini, begitu ke begini....tapi apa yang saya nampak dia cukup gembira dan berpuas hati , mungkin dia telah bertemu dengan apa yang dicarinya selama ni....




Saturday, September 15, 2012

Mohon Murah Rezeki


Ada kawan kata kalau nak murah rezeki, solat sunat banyak-banyak, mintak doa waktu sujud - mintak rezeki banyak-banyak. Tapi kena spesifik rezeki apa yang kita nakkan tu, kalau tidak kita akan dapat rezeki apa-apa saja, sebagaimana berlaku pada seorang kawan :

Semalam I berdoa minta Allah bagi rezeki yang banyak, hari ini makbul doa tu. Hari ni saja I dapat  30 biji limau. Pagi tadi jumpa kawan lama, dia bagi I sebungkus limau ( 10 biji ) , lepas tu pegi pasar Siti Khadijah, beli banyak sayur dan buah-buah , tuan gerai hadiah saya sabungkus limau ( 10 biji ). Balik rumah suami bawak balik sebungkus buah limau ( 10 biji ). Aii, kalaulah I mintak duit banyak-banyak mungkin dapat duit 3 guni hari ni , katanya dengan berseloroh....

Tapi ada pulak seorang kawan lain yang berdoa pada Allah - mohon banyak rezeki, tapi pada hari esoknya sambung balik doa malam tadi, mohon pada Allah kalau nak beri rezeki, jangan terlalu banyak, memadai lebih sikit dari yang dia ada pada masa tu, sebab dia takut Allah bagi rezeki dengan istidraj - dia tak mahu dirinya binasa dalam kemewahan.

Ada lagi seorang kawan, dari rumah berkobar-kobar nak mintak pada Allah rezeki yang banyak , nak jadi multi millionare  , sampai depan Kaabah, tukar doa dengan cara yang lebih sopan minta rezeki yang halal, minta tambah iman, tambah ilmu dan minta ampun banyak-banyak pada Allah bagi pihak diri, ibubapa dan ahli keluarganya!

Pendek kata minta lah dengan Allah apa saja yang baik buat diri kita, jangan dok buat menipu orang dah le!




Wednesday, April 25, 2012

Tak Perihatin




Masa dulu-dulu ( tahun 50an, 60an, 70an ) ramai kanak-kanak takut tengok orang tua - terutama yang tinggal bersendirian. Macam-macam telahan yang dibuat, ada kata orang tua tu bela hantu, dan lebih teruk ada yang kata orang tua tu hantu, maklumlah keadaan mereka ada yang tak terurus, rambut putih menggerbang ( entah-entah sikat pun dah patah, minyak rambut pun takde )dan badan pulak bongkok. Mereka pun jarang nak menegur sapa kanak-kanak - mungkin ibu bapa kanak-kanak itu pun tak pernah ambil tahu hal mereka.

Banyak juga kita dengar cerita-cerita seram mengenai mereka oleh budak-budak kampung, konon kata setiap waktu maghrib mereka nampak lembaga putih dalam rumah melalui pintu rumah yang sedikit terbuka ( pada halnya orang tua tu pakai telekong sembahyang ) - tapi ada jugak ibubapa yang dengar cakap anak-anak mereka lalu menghebahkan pulak pada orang lain. Maka kian kesunyian orang-orang tua yang hidup bersendirian tu .

Kini baru kita sedar bahawa orang tua lelaki atau perempuan yang tinggal bersendirian adalah mereka yang terpinggir. Mungkin mereka takde sanak saudara, bila tua terpaksa hidup bersendirian , makan pakai mereka harap jiran kiri kanan yang membantu atau pun dapat bantuan Kebajikan Masyarakat. Kadang-kadang tu entah makan ke entah tidak.

Sedih jugak memikirkan nasib mereka, sudah tua dan tiada siapa peduli. Ada juga yang ada anak pinak tapi  anak pun hidup susah  - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, anak-anak pulak ramai, jadi mereka tak dapat menolong ibubapa. Kalau menolong pun hanya dengan kederat mereka saja, wang ringgit  tak dapat nak dihulurkan. Dalam keadaan kesusahan itu masing-masing terpaksa bawak diri sendiri.

Saya rasa sekarang dah takde lagi orang yang hidup terpinggir begitu, maklumlah negara dah maju dan kaya - sedikit sebanyak ada jugak tertumpah pada rakyat jelata.Yang  berpeluang mendapat kekayaan tu ( jangan main bedal untuk sendiri dan suku sakat je ), bagilah sikit pada mereka yang doif merasa  tempiasnya. Asyik bagi kain batik, kain pelikat dan telekong sembahyang je.....Beras , gula, teh, kopi, susu , tepung, minyak dan sabun basuh baju tu nak guna hari-hari maaa..... dan kena beli!














Tuesday, June 28, 2011

Anak Pontianak Menantu Hantu!

Jangan terkejut jika kita terdengar cakap-cakap warga emas yang memilih untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di rumah orang tua. S pernah memberitahu saya, jika anaknya yang bongsu berkahwin, dia akan pindah ke rumah orang-orang tua. Mula-mula saya ingat dia melawak aje, tapi rupa-rupanya dia bersungguh-sungguh. Antara sebabnya ialah dia tak nak tinggal dengan anak-anaknya, walaupun anak yang paling dia sayang!

S dan kawan-kawannya yang juga ibu tunggal, memang memilih jalan itu untuk kebaikan diri mereka. Mereka kata di rumah orang-orang tua ada kawan ramai, ada khidmat doktor dan tempat tinggal juga menasabah. Lagi pulak mereka boleh balik ke rumah atau ulang alik sekejap di rumah orang tua, sekejap rumah sendiri.

Mereka kata, dah tua , tak larat dok dengan anak cucu. Mereka dah berumur lebih 60 tahun tak mampu menjaga rumah, masak makan, cuci pakaian dan jaga cucu sekali, melainkan kalau ada pembantu. Lagi pulak mereka perlu masa yang lebih untuk beramal ibadat!

Antara salah seorang rakannya juga seorang ibu tunggal, tinggalkan kampung laman ikut anak lelaki berhijrah ke KL, setelah anak lelaki berkahwin keadaan banyak berubah. Timbul masalah dengan menantu perempuan yang mengganggapnya sebagai excess baggage. Berlakulah penderaan mental, yang menyebabkan ia mencari jalan keluar - berpindah ke rumah orang-orang tua!

Kadang-kadang kita tak boleh kata menantu tu hantu , tapi tidak kurang juga ada anak yang pontianak. Mereka nak hidup dengan bebas dan tak nak terkongkong dengan ibubapa. Pernah berlaku ke atas seseorang yang tinggal dengan anak menantu, ibunya tidur sampai 2 hari 2 malam tak bangun-bangun, dibiarkan saja dan tak pun pergi menjenguk di biliknya. Rupanya ibu pengsan kelaparan sebab tiada makanan di rumah ( depa pergi kerja awal pagi dan balik lewat malam! )

Nampak gayanya lama-lama kerajaan kena bina lebih banyak rumah orang -orang tua! Sebab anak-anak yang abandon mak bapak mereka nak pergi ke situ jugak bila mereka tua nanti!

Thursday, June 16, 2011

Kompang Jangan Tak Kompang!

Ada juga wanita yang dianiaya, apabila bercerai kena halau dari rumah suaminya. Senang-senang cakap, baliklah ke rumah mak bapak awak , awak tak boleh lagi duduk di sini . Ewah, ewah nak tunjuk kuasa ( mencerai isteri ) ke nak tunjuk kejahilan dia?

Isteri pulak, bila dah kawin tu janganlah buat bodoh aje, ambik tahulah serba sikit hak diri sendiri tu. Masa akad nikah, juru nikah berkutbah tentang tanggungjawab isteri, tanggung jawab suami ,hak-hak isteri , hak suami dan lain-lain yang berkaitan, tak nak dengar betul-betul - bila dah kena halau , kena dera atau lain-lain sendiri jugak yang tersiksa.

Lainlah kalau bini hok peseng bereng atau gedebe tu, belum laki bukak mulut, dia dah hambat laki suruh keluar rumah, siap buang beg baju laki dia ikut tingkap!

Seorang nenek yang agak nakal, memperli cucu lelakinya yang baru bercerai dengan isterinya,

Awe, masa nikoh dulu riuh sekapong, berkompang, bersilat, bila cerai buat senyap je, tok pun tak tahu . Baru sehari dua ni baru tok dapat tahu. Patutnya nak bercerai tu buatlah riuh-riuh macam nak kawin dulu, bagi semua orang tahu ( tok kecik hati cucu senang-senang gi cerai bini, tak tanya dah orang-orang tua dulu sebelum buat keputusan) .

Thursday, April 28, 2011

Masihkah Ada Lagi Insan.......?

Di waktu subuh Jumaat yang lepas, saya telah menerima sms dari seorang sahabat yang memberitahu ibu mertuanya telah menghembuskana nafasnya yang terakhir. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun, semoga ruh bonda mertuanya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang solihin!

Suami sahabat saya tu adalah seorang yang sangat menghurmati ibunya, segala keperluan dan kehendak ibunya tetap dipenuhi. tidak pernah dia mengabaikan ibunya walaupun mereka berjauhan, ibu di KB dan dia serta keluarga tinggal di KL. Setiap kali ibunya hendak berjumpa doktor di KL , A akan balik ke KB untuk menjemput ibunya ( walaupun adik beradik dan yang lain-lain boleh aje menemani ibu/nenek ke KL ), tapi A tetap memegang tanggungjawab itu, bukan hantar driver atau orang suruhan. Walaupun A seorang ahli korporat yang sibuk, tapi takde excuse baginya tidak menjemput dan menghantar balik ibunya!.

Bak kata, seorang ibu ada hak ke atas anak-anak, walaupun anak itu berpangkat sebesar mana, kalau ada yang kurang berkenan di hati, ibu tetap akan menegurnya atau meleterinya. Dan A serta isterinya akan diam dan tunduk , tak angkat muka dan tak akan menjawab walau sepatah pun! Malah semasa bondanya sedang gering, A mendampingi bondanya hingga ke akhir hayat dan sama-sama dengan adik beradiknya yang lain memandi dan menyempurnakan jenazah  Almarhumah orang tuanya.

Saya tertanya-tanya masih ramaikah lagi insan yang semulia itu di dunia ini, yang menghurmati ibu tanpa berbelah bagi. Semoga berbahagia A dan keluarganya di dunia dan di akhirat!

Wednesday, March 23, 2011

Dapat Pengetahuan Dari Orang Muda

Ada orang kata , apa yang tak diajar oleh ibubapa di rumah kita akan belajarnya di luar rumah. Sebab tu lah kadang-kadang mak ayah dah ajar molek doh kat anak-anak, tapi ada juga anak-anak yang berubah perangai bila berada di luar rumah. Ada juga anak-anak yang tak dididik dengan betul di rumah, tapi mereka dapat pendidikan yang baik di sekolah atau melalui kawan-kawan.

Semasa saya mula-mula mengajar di KB pada tahun 80an dulu, banyak perkara saya belajar dengan pelajar-pelajar saya, antaranya bagaimana nak bercakap cara Kelate dengan betul, seperti sebutan Pak Ali - sebut Pok Ali - lama jugak nak menjadi tuh! Paling best kecek Kelate sebab ada lenggok sendiri dan ada farsy hurufnya pulak! ( tak boleh main tiru-tiru, kena proper coaching!)

Salah seorang pelajar , Razini , telah mengajar saya masak kuzi ala Hotel Perdana ( mak dia jadi chef kat HP masa tu dan kemudiannya menjadi chef pada salah seorang ahli keluarga Sultan Brunei ). Resepinya telah saya kembangkan pada kawan-kawan lain di seluruh Malaya. Banyak pahala Razini dapat sebab dia tak kedekut ilmu!

Paling saya tak lupa ialah, apabila seorang pelajar lelaki India Muslim ( di KL )yang telah kematian ibu, bila saya tanya siapa yang menjaga dia dan adik beradiknya, dia kata dia dan abang lelakinya tinggal dengan bapak dan kakak dengan adik perempuannya tinggal dengan mak sedara. Bila saya tanya kenapa, dia kata, tentulah sumbang membiarkan anak gadis tinggal bersama bapa bila mak mati! Saya termalu jugak bila dengar penjelasannya sebab rupa-rupanya mereka lebih perihatin tentang keselamatan anak-anak perempuan (dalam keadaan tertentu ).

Rupa-rupanya banyak benda yang kita belajar di dunia ni, tak kira dengan guru , professional, atau lain-lain hatta dengan budak-budak kanyak sekali pun!

Thursday, January 6, 2011

The Wrong Way To Earn A Living

Out of the blue I met this old friend of mine from down south. So we spent our time updating what is going on in our lives all these while. She told me she use to have a catering business ( for weddings ) as her side income ( before her retirement ). It was a lucrative business and they ( she and her business partner ) made a lot of money. She told me, they got 100% profit out of this catering business. She went on to tell me that when they had a few kenduris in a day they start playing games with the hosts. Sometimes there is not enough rendang in this particular kenduri, they pinched some rendang from the other kenduri. And if there were not enough they will just give the hosts excuses that they are on the way ......which they never did!

I was so furious when I heard this story . How could they cheat on their customers, they pay their money and they have their dignity to defend, for if there's not enough food for their guests, they will be embarassed! If anybody does that to me I will never forgive them until I'm on the death bed! ( dah fail dah tu, kata boleh maaf kesalahan orang, ni tunggu nak mati baru nak maaf! ).

Some unlucky hosts dapat malu when the reception is at its peak and the guests are still arriving , there were no food left. Some has just rice and dalca left ( not too bad as compared to the above ). One kenduri I attended, the host found out that the workers are hiding 1 big pot of rendang in the van. Maybe the caterer asked them to keep for the night function!

There are always two sides of any story. From some of the caterers (the honest ones ), many complain that some hosts order food for 1 thousand guests but they only pay 1/4 downpayments. Caterers must also protect their business, what if they can't pay the other 3/4 payment? and some don't pay the balance at all. So they have to supply less than what the hosts order to minimise their loss. Another problem is some order food for 600 pax, but they invite 900 guests, thinking ( hoping ) that the other 300 won't turn up. How ma? That's cheating too!

But whatever it is, people will despise those who cheat in their business. That is no way to earn an honest living!

Saturday, January 1, 2011

Buku 555

Semasa saya di Kota Bharu dulu, seorang kawan beritahu, bila kita dah berumur sikit dan anak-anak dah besar , eloklah kita simpan buku 555 ( buku tiga lima ). Kita catat pesanan terakhir kepada anak-cucu apa yang harus mereka buat , jika kita sakit tenat atau koma atau nyanyuk a.k.a bila ajal dah nak sampai.

Kita kena juga pesan pada anak-anak dan cucu -cucu lelaki, bila tok/nenek mati -- mu Awe tok nak mu angkat bahagian kepala tok, mu Mamak, gie bade tok, mu Semang, gie kaki dsb. Biar anak cucu faham dan tahu apa nak buat bila kita mati, supaya urusan mudah sebab semua tahu tugas masing-masing ( jangan pulak anak cucu keliling pinggang , gagah-gagah belaka, bila mak ayah mati biarkan orang masjid angkat keranda sebab mereka sangka itu tugas orang masjid! ).

Juga seorang ustazah berpesan bila berlaku kematian , ahli keluarga janganlah dok menaaangis atau dok baaaca Quran keliling mayat . Anak cucu , waris warah kena buat pelbagai persediaan sebelum orang datang, antaranya membersihkan mayat dari segala kotoran luarannya, tanggalkan baju yang dipakai , siapkan alatan mandi,( walaupun tukang mandi mayat ada bawak sabun ), siapkan kain batik, tuala , wangi-wangian ( atar ) dsb. Kalau nak menangis atau baca Quran habis 30 juzuk pun tunggu bila selesai mayat dikebumikan.

Mungkin orang muda tergelak tentang buku 555 yang dah ketinggalan zaman tu, fine, tok nenek boleh tinggal pesan dalam face book atau buku diari atau lain-lain. Dan tok nenek pun, janganlah jadi tok nenek aje, biarlah ada ilmu nak ajar anak cucu . Bila cucu tanya fasal haram halal pun tok nenek entah berentah......entahlah cu .....kalau rasa-rasa macam halal tu cu belasah aje!!

Jadi kalau anak cucu biarkan mayat kita terkedang sampai naik semut, jangan salahkan mereka..........

Wednesday, December 29, 2010

Penyakit Zaman Kini

Sebenarnya di Malaysia ni golongan ustaz-ustazah memainkan peranan yang besar sebagai councillor. Pada tahun 50an hingga 70an dulu setiap masalah mereka rujuk pada orang-orang alim, seperti jika anak kecil menagis tak berhenti atau demam minta orang alim di kampung menjampi dan bagi air jampi. Begitu juga jika ada masalah lain-lain seperti masalah keluarga atau masalah masyarakat orang-orang alimlah yang menjadi tempat rujuk.

Walaupun telah lama ada khidmat psiakitris di hospital-hospital atau klinik-klinik persendirian tapi ramai pula yang mengaitkan mereka dengan orang-orang yang mengalami sakit jiwa yang teruk atau traumatik. Sedar tak sedar golongan orang yang alim dalam bidang agama ini telah memainkan peranan menyelesaikan masalah rumahtangga dan keluarga atau mengurangkan keresahan jiwa seseorang. Tambah-tambah lagi sudah ramai ustaz-ustaz dan penceramah bebas yang berpendidikan tinggi yang boleh beri nasihat dari segi muamalah, munakahah ie undang-undang keluarga seperti nikah cerai, hak-hak harta dan pesaka dan sebagainya.

Sebaliknya pula orang ramai patut juga belajar sedikit sebanyak dari orang-orang alim ni, jangan harap 100% dari mereka, diri kita sendiri kena jugak berusaha. Ada juga berlaku, bila mak bapak meninggal dunia, boleh dia pergi jumpa ustaz......ustaz boleh tolong baca Quran untuk arwah mak/bapak saya....berapa banyak ustaz nak pun saya boleh bayar... atau telefon ustaz, mintak datang rumah dia sebab nak buat tahlil arwah mak/ayah dia. Bila ustaz datang buat tahlil, dia buat relax aje duduk di luar rumah sambil hisap rokok!

Atau seorang isteri yang selalu kena zalim dek tok laki dia, janganlah asyik mintak air jampi ustaz atau ustazah aje, atau berdiam diri saja ,belajarlah sikit dari ustaz-ustazah tu tentang hak-hak seorang isteri dan jangan biarkan diri jadi punch bag suami. Kena jugak tahu sedikit sebanyak undang-undang keluarga dan tahu menggunakan saluran yang ada , hospital ( mengesahkan dia kena te tok laki )balai polis ( buat repot kat tok serjan ), mahkamah syariah - pegi buat aduan, bagi tok laki kecut perut sikit!

Pernah suatu masa, seorang penceramah bebas terjaga pukul 3 pagi sebab seorang wanita menalifon menangis teresak-esak sebab tok laki dio tak kelik rumah. Okaaaaayy....kalau tok laki tak kelik gak , sembahyang lah banyak-banyak, bermuhasabah sikit sebanyak mungkin itu ujian Tuhan, mohon doa biar suami ingat nak balik rumah. Tok guru bukan magic man yang boleh sihir......pling! tok laki pun tercokoh depe pitu.......

Wallahu a'lam!

Sunday, December 26, 2010

Hidup Di Alam Fantasi

Ramai di antara kita yang hidup dalam keluh kesah, walaupun semua benda yang kita hendak dah dapat, status tinggi, rumah besar, kereta besar, pitih belanar - pendek kata sampai ke anak cucu makan tak habis. Kita jarang mencari dimana silapnya, sebab kita rasa kita dah betul. Kalau hati tak tenang, harta banyak pun tiada makna sebab jiwa telah jatuh sakit!

Ada orang yang berpegang pada cara hidup yang biasa dilalui dan enggan melepaskannya, umpama hidup di alam fantasi, sentiasa gembira, berpoya-poya dan tak ambil kisah tentang hidup sebenar. Mungkin hidup berpoya-poya tidak sesuai sepanjang masa, misalnya apabila seseorang itu dah berumur, apakah perlu dia bersibai di shopping mall setiap hari atau pergi clubbing sampai anak dah masuk sekolah menengah, seolah-olah mengajar anak bahawa kegembiraan itu adalah lepak-lepak atau berkelabing!

Ada juga yang mementingkan kecantikan dan kemudaan kerana menyangka cantik dan muda itulah kebahagian hidup sebenar. Jadi berlakulah pelbagai peristiwa yang tak sanggup kita lihat bila mak dan anak sama-sama pakai baju berkemban dalam majlis perkahwinan si anak daranya. Tak percaya? Bukalah majalah-majalah tempatan yang ada dijual di Malaysia ni!

Ramai juga yang masih berpegang dengan status yang ada pada mereka dan enggan bertolak ansur walau dalam apa keadaan pun! pernah berlaku satu peristiwa yang kelakar di Kota Mekah, di mana seorang kenamaan telah jatuh sakit , bila dipanggil nama dia tanpa title dia naik berang - bila dia kena angkat dengan stretcher, he refused to lie down, petugas Tabung Haji terpaksa mengangkat stretcher bele-bele dia duduk cokoh !

Ada juga di antara kita yang menyangka kita lebih mulia dari orang lain, ia terjadi pada seseorang , apabila ada seorang tua yang agak kotor datang memberinya duit sedekah sebanyak satu riyal, dia pun terus naik loktang - main nak bagi sedekah aje, tak tengok dah orang macam mana! Tak habis di situ, ada pula seseorang lain yang keluar dari Masjidil Haram seorang Habshi datang offer dia minum air zamzam yang dibawa dalam jug ( selalunya kalau kita minum kita akan bagi 1 riyal ). Nak bagi orang minum tu tengoklah sikit, gelas berlendir dan entah mulut siapa yang minum.....

Nak dijadikan teladan, sampai di hotel dia dapat sakit tekak, tak dapat telan air liur, apatah lagi nak makan minum. Menagislah dia tersiksa dan kawan-kawannya nasihatkan dia supaya istighfar banyak-banyak pada Allah ( di atas ke egoannya itu ). Pada malam itu dia bermimpi bertemu semula dengan orang Habshi tadi yang masih lagi offer dia minum, apabila dia minum tiba-tiba dia terjaga dan sakit tekaknya sudah pulih seperti sedia kala!

Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kejahilan kita sendiri.

Sunday, December 5, 2010

Jangan Tertipu!

Ada seorang sahabat yang meminjamkan duitnya pada seorang lain, dia bertanya samada boleh atau tidak dia mengenakan interest. Setahu saya interest itu haram. Tapi dia kata dia tak mengenakan interest yang tinggi, lagi pulak kalau bagi pinjam saja macam tu apa halnya pulak?

Saya pun tak berani nak elaborate lebih-lebih, takut salah berdosa pulak. Jadi setelah saya consult seseorang yang berautoriti dalam bidang ini, barulah saya berani mengkabarkan duduk perkara sebenar dalam hal ini. Sesungguhnya pinjam berserta interest itu adalah haram dan ia adalah sistem riba' dari amalan jahiliyyah dan juga amalan Yahudi . Ia adalah satu penindasan terhadap orang yang susah yang perlukan pertolongan.

Walau pun beri pinjam takde interest, tapi ada syarat-syaratnya seperti ada surat perjanjian atau cagaran ( kalau melibatkan jumlah yang banyak). Kalau jumlah yang kecil aje , harap pada percaya atau pun be prepared to lose the money! Kita boleh buat pilihan - nak bagi ke tak nak bagi!

Termasuk juga dalam riba' ialah jika kita mengambil kesempatan ke atas orang yang kita beri pinjam wang itu dari segi mental atau fizikal contohnya seperti mengerah dia buat pelbagai perkara untuk kepentingan diri sipemberi pinjam wang tadi.

Sebaliknya beri pinjaman untuk perniagaan adalah halal. Seseorang yang ada modal boleh meminjamkan wangnya kepada orang tiada modal untuk berniaga. Dalam hal ini dia boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang dia mahukan sebagai pulangan contohnya 50/50 atau 70/30. Itu hak dia sebab dia yang membiayai sepenuhnya perniagaan tersebut dan rakannya hanya menjalankannya sahaja.

Kalau sekiranya modal yang dilaburkan kurang daripada modal yang ada pada peniaga, maka peniaga itu berhak menentukan peratusan yang akan dibagi pada yang meminjamkan modal itu. Sebagai contoh, peniaga itu menetapkan ia akan bayar balik dengan 10% atau 15% atau berapa saja yang dia fikir munasabah. Dan dalam semua keadaan yang melabur wang dalam perniagaan kena menanggung risiko jika perniagaan itu rugi, dia tak boleh mintak ganti wang yang dilaburkan itu! Konsep asalnya untung sesama untung dan rugi sesama rugi. WaAllahu a'lam!

Kalau perniagaan yang tak munasabah seperti melabur emas di Timbuktu atau berniaga tapi benda yang diniagakan itu tak ada atau tak jelas, tiba-tiba janji keuntungannya melimpah ruah, kalau rugi, tak dapeklah sesapo menolong eh!

Thursday, October 21, 2010

Buat Repot Polis...................

Buat polis repot, lepas tu buat ape pulak?

Beberapa tahun dulu, saya pergi ke Giant Taman Permata Ulu Kelang, waktu hari bekerja , saya dapati ramai remaja lelaki dan perempuan merayau-rayau dipersekitaran kawasan membeli belah tu. Mereka jual kalendar untuk mengutip derma anak-anak yatim. Dan takde sapa yang sudi membeli ( mungkin ada seorang dua yang bersimpati ). Sepatutnya mereka berada di sekolah sedang belajar.....adakah mereka tak bersekolah?

Apa yang memeranjatkan saya ialah, datang seorang dewasa ( lelaki ) , memarahi budak-budak tu, sebab kalendar yang dijual tak laku dan dia mengarahkan remaja-remaja tu supaya ( agaknya ) lebih agresif lagi menjual supaya cepat laku.

Jadi saya pun kasihankan budak-budak tu, dan saya fikir tentu mereka telah diexploit dengan buat kerja-kerja begitu, atau mungkin ada penipuan yang berselindung di belakang persatuan anak-anak yatim, jadi saya pun pergi buat repot polis. Tak tahu pulak nak repot kena bayar! nasib baik ada duit! ( kalau nak repot beg tangan kena ragut dan duit takde sesen dalam tangan, macam mana? )

Aktiviti menjual-jual kalendar ni banyak berlaku, terutamanya di akhir-akhir tahun. Bagi saya kalau nak minta derma, janganlah dipertanggungkan ke atas budak-budak tu, banyak cara lain lagi yang boleh dibuat, pihak pengurusan perlu bekerja dengan lebih kuat, pintar, untuk mendapatkan sumber kewangan! Wallahu a'lam!

Persoalannya apakah kesan dari repot polis tu? adakah kita kena pegi buat follow up pulak..... atau mereka akan tanya -- jadi, apa awak nak buat, nak saman rumah anak-anak yatim tu ke?....... atau mereka akan pergi menyiasat ke tempat tu........eh, depa boleh kata kalau ada 1000 repot satu hari takkanlah kami nak siasat semua!

...............................tak tahu apa.......tahu repot aje!..................................

Monday, August 2, 2010

Bawak Bersabar........

Dalam satu majlis mengenai Ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani yang saya dan rakan-rakan hadiri baru-baru ini, saya mengambil tempat bersebelahan dengan 2 buah kerusi yang telah ditanda dengan fail kertas. Main tanda-tanda tempat di barisan pertama dan kedua hadapan memang biasalah. Rupa-rupanya kerusi tu diduduki oleh seorang ibu muda dengan tiga anak kecil berumur lebih kurang 5th, 3 th dan 1th.

Bila majlis dimulakan, anak kecil tu pun mula merengek-rengek. Darah makcik yang dok kat sebelah dia tu pun mulalah naiklah setakah dua --- kalau nak bawak anak kecik, duduklah di belakang ...isyyyyyy....... merengek lagi dan merengek lagi, suara pun sama naik dengan suara penceramah.

Oleh kerana anaknya tak berhenti merengek-rengek, dia pun dengan selambanya mengangkat baju dan menyuapkan susu cap gantung ke mulut anaknya. Wooo......saya pun buat isyarat suruh dia masuk ke bilik sembahyang, tapi dia kata ok, sebab anak dia dah diam. Tapi , bukan masalah diam tak diam tu, masalahnya .....akak......jangan main-main breastfeed anak kecik tu di tengah orang ramai..............

Oleh kerana ada tiga kertas kerja yang dibentang , bayangkan hingar bingarnya ketiga-tiga anak tadi, diselang seli dengan membreastfeedkan sikecil tu beberapa kali. kami bertiga pun terpaksalah beristighfar banyak-banyak....takkanlah nak lempang pulak dia tu atau tolak dia dari kerusi even though I've been planning to remove her chair during interval.

Bila sesi soal jawab, sibu muda tadi nak ajukan soalan. Akak, ada kertas tak, saya nak buat soalan. Ok ada, nah ....pen ada tak? ada, ambik ni. Kertas dan pen dia habis dimainkan oleh anak-anaknya dan berterabur entah ke mana. Dia pun beritahu masalahnya, bila dia guna buku Iqra' untuk mengajar Quran, budak-budak pandai baca tapi tak pandai mengeja.Boleh tak jika dia ajar mengeja sekali?..... Apabila soalan dia dibaca oleh pengacara, dia pun dapat jawapannya ie boleh!

Saya begitu insaf dengan niat saya yang jahat tadi, rupa-rupanya dia seorang ibu muda yang cekal dan gigih nak mendapatkan ilmu, datang ke majlis walau pun dengan begitu susah payah. Dan dia tak sedar pun apa yang dia telah buat...exposed herself, menaikkan kemarahan ramai orang , kalau tak buat keras hati begitu mungkin dia tak dapat menambah ilmu.

Setelah majlis selesai saya cepat-cepat minta maaf dengannya, sebab masa tengah sakit hati tadi memang macam-macam lagi saya buat planning!

Wednesday, June 23, 2010

Berhenti Dengan Cara Terhormat

Ada orang bila sampai penghujung karier ie bila beberapa tahun lagi nak pencen dah mula lemah semangat, buat kerja sambil lewa. Alasannya? ahh.. dah nak pencen buat apa kerja teruk-teruk.

Bos dia pulak menjeruk hati, nak tegur salah, tak tegur lagi salah, sebab kerja yang dia tak buat orang lain kena tanggung. Nak tunggu setahun dua bukannya sekejap masa.

Kalau ye pun nak pencen ke atau opt ke atau nak pindah kerja atau lain-lain biarlah keluar secara terhormat. Kalau kita berhenti dengan cara bergaduh besar dengan organisasi tempat kita kerja dengan turun naik mahkamah dan di akhirnya kita kalah, sudah tentu kita akan bungkam sendiri.

Atau pun bila seseorang pegang jawatan yang tak berpencen, janganlah tunggu sampai orang tolak kita dari kerusi baru nak melepaskan jawatan. Tak ruggedlah macam tu!

Tidak pula dinafikan ada yang teraniaya hingga dibuang kerja atau dipsycho sampai berhenti kerja, itu tak berperikemaknusiaan namanya. Boleh saman tu!

Sunday, April 4, 2010

Jangan terpedaya dengan bisikan-bisikan ..........

Bagaimana kalau ada seseorang yang bersyak wasangka terhadap jirannya yang berumur hampir 80 tahun? dia mengesyaki orang tua sebelah rumahnya ada memelihara benda ghaib yang cuba hendak mengacau kehidupannya anak beranak ( walau pun disangkal oleh suaminya sendiri).

Jadi untuk melindungi dirinya anak beranak, dia memanggil seseorang yang pandai menjampi air untuk dijirus di sekeliling rumahnya supaya mereka tak diganggu. Selain air jampi, dia juga menaburkan garam di setiap gril tingkap dan pintu, sehingga berkarat habis besi-besi jerejak itu. Dia membayar ratusan ringgit setiap bulan untuk mendapatkan khidmat air jampi itu. Terakhir sekali dia minta dibuatkan air Yasin untuk dimopkan di lantai sebagai usaha untuk menyekat kemasukan perkara-perkara buruk ke dalam rumahnya ( diharap bukan surah Yasin yang dibaca oleh sipolan tu! ).

Kita sukar percaya perkara khurafat ini berlaku di abad 21 ini. Tetapi ramai lagi mangsa lain yang terpedaya . Seorang yang saya pernah jumpa berpuluh tahun dulu pernah menggaji seorang penasihat yang dibenarkan tinggal di rumahnya. Oleh kerana suaminya sentiasa berasa lemah dan badanya kian hari kian kurus, sipenasihat inilah yang membuat segala ubat-ubatan, tangkal , jampi dsbnya, konon katanya sisuami itu terkena buatan orang. Banyak juga dia berhabis wang ringgit dan barang-barang kemas. Selang beberapa tahun kemudian kami mendengar berita suaminya mati kena strok akibat diabetes!

Sepatutnya kita yang mengenali seseorang yang berada dalam perangkap ( kejahilan? ) atau tipudaya syaitan tolong menasihati mereka. Tapi siapakah kita? mereka tak akan mendengar nasihat orang biasa, mereka tidak pula pergi bertanya kabar pada orang-orang alim. Yang mereka yakin sekali ialah orang yang rapat di sisi mereka sahaja!

Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...