Showing posts with label Warna-Warna Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Warna-Warna Kehidupan. Show all posts

Monday, September 28, 2020

Emas Tulin Atau Costume Jewellery?

 


 Masa sekolah menengah dulu sangat suka pakai manik dan costume jewelleries. Mak kurang setuju, katanya kalau nak pakai barang perhiasan baik pakai emas.



Masa kecik tak suka pakai emas, bila raya mak pakaikan gelang dan rantai emas, rasa rimas! Sabar kejap pagi raya tu, bila tengahari sikit terus lucut gelang rantai bagi balik pada mak.

Masa sekolah rendah kena tindik telinga, lepas tu pakai subang emas. Tahun 1960an dulu kalau kat kampung boleh je pakai subang emas, cikgu tak marah..kat sekolah ramai yang pakai gelang..

Alkisahnya cuping telinga saya yang dah bertindik tu lama kelamaan berkudis dan berair - akhirnya terpaksa tanggal subang. 

Ada kawan- kawan saya yang TERhilangkan barang- barang emas yang mereka pakai.... tak tahu cicir di mana...tapi emak-emak tak pernah serik , bagi anak pakai barang emas terutamanya di hari raya..

Itu cerita generasi 50-60 tahun yang lepas...

Sekarang ni orang pilih yang cantik dan batu permata yang bewarna warni, tidak semestinya emas sahaja...


 


Saturday, February 23, 2019

Macam Burung Garuda!


Lori pembancuh simen tersengkang di depan rumah....


Pada pagi ini bunyi macam burung garuda nak serang kampung kami...bila bukak pintu rupanya lori pembancuh simen sedang menuang simen ke atas tapak rumah. Ia berlanjutan dari pagi sampai pukul tujuh petang.

Di depan rumah kami ada tanah kosong sejak 50 tahun dulu, baru- baru ni muncul tuan tanah bawak plan nak buat rumah. Kami semua mula serabut memikirkan lori besar akan keluar masuk dan yang akhir sekali yang paling tak tahan bila nak pasang tile rumah. Preng!preng! Siang malam dengan debu berterbangan bila jubin lantai dipotong...

Tapi rupanya sekarang ni lebih mudah dan cepat bina ruma guna kerangka besi, tiada bunyi bising dan tiada debu beterbangan...


Pembinaan rancak dijalankan, saya sangat teruja dan sangat ingin nak tengok hasilnya .

Bila siap rumah baru semua orang lega dan dapat jiran baru yang dinanti-nantikan selama ini....

Monday, August 27, 2018

Drama Tahun 1960an



Berkumpul ramai-ramai cerita ceritut tebtang macam- macam perkara yang nostaljik yang berlaku di tahun 60an dulu..

Kak Tom pegi Johor Baru kidnap anak saudaranya.
Memandangkan adiknya Kiah ramai anak, bersusun paku - Kak Tom selalu memujuknya...

- Kiah kalau engkau beranak lagi bagi akak bela
- Hisshh akak ni, jangan merepeklah
- Aku kesian engkau anak ramai, kerja lagi, jaga anak lagi..

Esoknya pagi- pagi lagi, bila Kak Kiah keluar pergi kerja Kak Tom pun mula mengemas barang- barang baby dan dibawaknya anak saudaranya terbang  balik ke Aloq Staq...

Bila Kak Kiah balik tengok anak dah takde, meraunglah dia...

Halo! Akak...awat bawak balik Anisah ...

Dah aku mintak hang tak bagi! Aku kesian kat budak ni nangis tak henti-henti bila engkau pegi keje...aku bawaklah dia balik!

Sambil tergelak mengingatkan cerita tu...kami buat pelbagai andaian

Kalau sekarang ni bawak pelari anak orang dah tentu Mak Long Tom kena penjara sebab kidnap baby...

Ye betul turun kapal terbang je polis dah tunggu dengan gari..

Kecoh berita tengahari seorang wanita telah melarikan kanak- kanak kecil dan telah ditangkap...

Mak Su Kiah redho Anisah dijaga oleh Mak Long Tom dan Mak Su Kiah pun penuh tangan dengan kerjaya dan anak yang tujuh orang lagi. Selang setahun kemudian Mak Su Kiah dapat seorang lagi anak perempuan yang comel....

Macam tak percaya kan?


Wednesday, April 25, 2018

Mak Aiii....Tak Sabarnya...



Pencen dah lama, dok rileks je kat rumah sekali sekala pergi buat urusan kat luar rumah dah tak berapa nak sabar....

Hantar dokumen pada waktu pagi melalui pos laju dari KL ke Rawang, bila tanya petang ni boleh sampai ke?
Jawapannya ialah besok atau lusa!

Tak tau macam mana cara pos laju bergerak...nampaknya macam naik basikal je!
Cuma satu je pos laju ni dijamin sampai...kalau hilang di tengah jalan masih boleh dikesan....

Tuesday, January 9, 2018

Hanya Masa Yang Menentukannya....



Nina bercerita tentang ibunya yang keseorangan tinggal di rumah gadang , setelah dia dan adik beradiknya yang lain berpindah ke rumah sendiri.

Apabila Nina dah bersuami dan ada anak dan ibunya pula semakin tua, dia terasa kesal atas perbuatannya dan adik beradiknya terhadap ibunya. Ibunya yang sungguh kesunyian itu sentiasa datang menjenguk cucu.Anak menantu keluar pergi kerja awal pagi balik awal malam.

Setelah bapa mereka tiada ibunya pernah berkahwin lain tetapi mereka tidak dapat menerima kehadiran bapa tiri. Walaupun bapa tiri cuba sedaya upaya menjadi bapa/penjaga pada mereka, tapi tidak disambut dengan baik.

Akhirnya ibunya mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami barunya. Dia tidak mahu merosakkan hati anak- anaknya.

Sekarang baru mereka faham kenapa ibunya berkahwin lain rupa-rupanya seseorang itu akan kesunyian bila keseorangan. Mereka perlukan teman  dihari tua....

Banyak je orang kata.....pegilah duduk dengan anak, boleh jaga cucu! Lagi pulak awak dah tua buat apa dok sibuk nak kahwin lagi? Anak boleh save antara 800-1000 sebulan sebab tak payah hire orang gaji......

Insuran mulut penasihat tu agaknya dah expired!!! Kena pegi renew.......takut nanti kena saman takdok pitih nak bayar!





Saturday, November 11, 2017

Buah Tangan...


...orang baru balik dari Mekah..


Ada banyak masalah jugak nak bagi buah tangan pada ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga - maklumlah penuh sebuah bas pegi menghantar ke Kelana Jaya dulu tu....

Masa di Mekah pegi membeli belah, tapi dok risau takut lebih muatan . Kalau nak pos dari Mekah memakan belanja lebih pulak..Risau bukan main dibuatnya..

Mujur jugak rakan sebilik bukak rahsia - barang- barang yang di beli di Mekah dan Madinah
 ada berlambak dijual di Malaysia - sejadah,jubah, tasbih, kopiah, selendang dan macam- macam lagi yang semuanya sama : MADE IN CHINA...

Korma, kismis, buah tin, coklat, kekacang pun banyak dan seiras seperti yang dijual di Mekah wa Madinah...

Barulah Kak Besah tarik nafas lega....
InsyaAllah semua orang boleh dapat buah tangan...

ps. Donno wat to do with the yellow lines...














Tuesday, October 24, 2017

Dapat Title Baru!



Bila menziarah Z baru- baru ni kami dijamu dengan minuman teh beng kaw iaitu teh susu ais yang sungguh pekat. Tak lupa juga dia menghidangkan makanan kegemaran kami iaitu .....keropok leko, otak- otak dan sata....

Kami dapat tahu salah seorang adiknya H hidup dalam serba kekurangan. Peti ais pun tiada di rumahnya. Dia buat kuih untuk menyara enam orang anaknya. Buat kuih pun tak boleh banyak sebab tiada tempat nak simpan bahan - bahan mentah.

Suami dia buat kerja apa?
Suami dia dah tinggalkan dia, dah kawin dengan orang lain, tak balik terus ke rumah.
Ada dia bagi nafkah?
Ada tapi nak bagi makan anak yang enam orang tu tak cukup, tak kira pakaian, belanja sekolah.....
Wah, teruk tu!
Ya lah kak dia sekarang dapat title baru - bukan janda, bukan balu tapi isteri kena tinggal...

Sedih juga dengar kisah H, yang dianiaya suaminya.....tak tahu macam mana nak tolong. Kalau suami cerai dia langsung tak dapat makan anak- anak dia. Jadi sangguplah dia digantung tak bertali begitu......



Saturday, September 2, 2017

Jangan Ambik Hak Orang....



Selalu dengar kata-kata "The grass is greener on the other side of the fence" atau dengan kata lain jangan dok nak hak orang!

Banyak peristiwa yang berlaku pada orang yang suka nak ambik hak orang. Mek Yoh tergila-gilakan  Mat Derih, macam- macam dia buat nak memikat hati Si Derih. Atas usahanya yang gigih akhirnya dapatlah dia nikoh dengan Mat Derih.

Setelah menjadi isteri muda muka Mek Yoh yang dulunya ceria, sentiasa bergincu merah menyala kini dah kusam tak pernah berbedak. Ada tanda-tanda lebam di mukanya yang dah tak boleh disorok lagi.

Mek Lah isteri pertama Mat Derih kata....ambiklah nok sangat kat Mat Derih tu baru tau penangan tok laki yang suka pukul bini....
Macam mana Mek Yoh? Nak tunggu jugak ke nok tarik diri?

Love thy neighbour but don't steal their maid - zaman pembantu rumah mahal nak dapat, jangan dok pancing pembantu jiran. Kadang- kadang pembantu jiran suka cerita majikannya suruh dia buat banyak kerja , tu tak kena, ni tak kena lepas tu suka sorok makanan tak bagi dia makan dan macam-macam lagi cerita yang entah benar atau tak benar. Akhirnya bila pembantu itu berhenti kerja jiran sebelah pun terus ambik siap tambah gaji lagi.

Bila dah kerja beberapa bulan barulah majikan tahu pembantu tu pemalas suka curi tulang dan tangan panjang....

Tidak dinafikan ada juga pembantu rumah yang benar-benar teraniaya...






Saturday, August 12, 2017

Kena Jaga Chef...


....kalau nak restoran laris.
Kena ada sous chef jugak sebab kalau chef menghilangkan diri, sous chef boleh ganti.. Lebih baik lagi kalau buat line cooking ada ramai chef ( cewah nampak sangat pi cedok dari buku Anthony Bourdain! )

Alkisah Pak Man punya kuay teow goring, mi kungfu  dan lain- lain di kedainya sungguh sedap. Tiap - tiap hari ramai orang datang membeli...kekadang kena beratur panjang...

Memang nampaklah Pak Man berduit, kejap- kejap pegi umrah. Tapi mujur jugak bagi isterinya sebab Pak Man tak wat gelenyar nok nikoh lain bila pitih banyok!

Beberapa bulan yang lepas kedai Pak Man malap je , bila pelanggan bising masakan tak sedap dia beritau chef balik kampung. Lama-lama pelanggan lari sebab chef baru yang dia ambik tak dapat masak serupa dengan chef yang dulu......

Tu lah demo kata Pak Man tak nak naikkan gaji chef. Chef pun sakit hati sebab dia tahu berapa banyak Pak Man untung . Pelanggan ramai chef teruk kerja. Kedai dia maju sebab chef pandai masak...Apa  salahnya kongsi sikit keuntungan tu untuk ambik hati chef!

Rupanya chef tu bukan balik kampung tapi pegi kerja di kedai lain!


Wednesday, August 9, 2017

Orang Tamak Memang Rugi!



Alkisah perihal orang tamak confirm rugi banyak terdapat di dalam masyarakat kita.

M telah menyewa sebuah kedai makan sebanyak seribu ringgit sebulan. Perniagaan M makin lama makin maju sebab dia ada dua orang tukang masak yang handal yang menyebabkan kedai makan dia penuh sesak setiap petang hingga ke malam.

Pak Derih tuan kedai melihat M untung banyak, dia pun menaikkan sewa jadi dua ribu ringgit sebulan. Lama kelamaan dia tengok M maintain keuntungan dia pun naik semangat nak berniaga jugak.

Pak Derih pun memberitahu M bahawa
dia nak balik kedai dia sebab nak meniaga sendiri. M terpaksalah cari kedai lain yang kebetulan ada yang hendak disewakan diseberang jalan..

Kedai M tetap laris seperti biasa walaupun dah berpindah tempat tapi kedai Pak Deris lengang je! Akhirnya terpaksalah ditutup sebab dah asyik termakan modal.......walaupun kedudukan kedainya ada good feng shui ....tapi Pak Derih takdak dua chef yang handal!





Sunday, August 6, 2017

Orang Tamak Selalu Rugi....


....mengikut kata peribahasa....

Pada awal tahun 1990an kecoh benar fasal internet biznes - melabur seribu dapat pulangan lima hingga sepuluh ribu. Gago gilak bah sidak ya melabur.....habis duit simpanan dikeluarkan sebab inilah peluang dapat untung besar!

Paling kacau sekali ialah ejen-ejen yang mengajak orang melabur - siang malam memujuk orang masuk skim pelaburan itu. Malah ada yang bermasam  muka dengan rakan- rakan- yang curiga dengannya.

Tidak berapa lama kemudian dengar cerita ejen tu telah menjual rumah gadang dan pindah ke apartment. Kawan-kawan serta jiran-jiran yang teruja nak jadi okb mi segera dok menyumpah seranah si ajen tuh!

Sedangkan Leman Ayam yang dok mengeluh anok daro tok se kedio sebab badan dia busuk bau ayam ( ado bini doh tu! ) dok melenggak pi makan angin London, Paris, New York  - hasil keuntungan
jual ayam beratus ekor sehari di pasar sejak dia berumur 18 tahun.....





Saturday, July 22, 2017

Dalam Dilemma



H terlantar di hospital lebih dari 2 bulan. Paha dia patah dua sebab kereta yang dipandunya terbabas melanggar pokok. Saya sedih melihat keadaannya. H adalah seorang balu yang kematian suami lima tahun yang lalu.

Dia menceritakan pada saya kemalangan berlaku kerana dia terlelap semasa memandu. Dia kurang tidur malam sebab buat kuih untuk menambah pendapatan sedangkan siang hari H bekerja sebagai pembantu tukang masak.

Baru- baru ni apabila saya tanya dia kenapa tak kawin lagi sedangkan sudah ada yang behasrat untuk menikahinya. Dia kata anak-anak tak bagi, kalau dia kawin anak-anak akan ' membuang ibu '. Pada
hal H sangat memerlukan seorang suami supaya dapat membantunya.

Masa saya kecik dulu, dok heran jugak bila ada lelaki bila mati isteri kecoh habis satu kampung -
maklongmakngahmakcikkakJoyah nak tolong carikan pengganti. Depa kata sapa nak tolong basuh kain baju, masak makan dan kalau dia sakit macamana? Sapa nak jaga dia siang malam....

Orang lelaki.....ramai je yang nak menolong..
Orang perempuan pulak lebih cekal!




Wednesday, April 19, 2017

Tidak Di Sangka!


Bagaimana rasanya kalau kena menjaga suami yang  sakit berat bertahun- tahun lama di samping itu kena mencari rezeki untuk kehidupan seharian seperti menjahit pakaian, menjaga anak orang atau pun berniaga kecil-kecilan. Jarang wanita lari dari tanggung jawab begini...

Tapi kalau perempuan ditimpa sakit berat susah jugak suami nak tunggu lama-lama. Rata- rata akan berkahwin lain supaya ada orang yang boleh menguruskan dirinya.

Walau bagaimana
 pun ada suami yang begitu setia memelihara isteri yang sakit. Ada yang menjaga isteri yang mengidap kanser, isteri yang mendapat stroke dan isteri hilang ingatan.  Mereka tidak memikirkan kesukaran diri, terus memelihara isteri yang sakit...

Pernah berlaku di kalangan orang yang saya kenali - setelah berkahwin dan mendapat seorang anak isterinya tiba- tiba hilang ingatan. Puas berubat dengan doktor pakar saraf, pakar sakit jiwa, bomoh, dukun, tok lebai....semuanya tak berhasil...

Suami yang baik itu mengambil alih tugas rumahtangga menjaa anak, memasak ,kemas rumah, basuh baju di samping pekerjaan sehariannya sebagai pegawai kerajaan. Setelah berpuluh- puluh tahun lamanya, anak-anak yang seramai 4 orang telah tamat pengajian masing- masing dan mendapat pekerjaan, barulah sisuami beristeri lain.

Nak dijadikan cerita setelah beberapa tahun berkahwin lain dengan tidak disangka-sangka isterinya pulih semula dari hilang ingatannya......tak tahu apa perasaannya setelah 30 tahun berlalu - seolah- oleh seperti terjaga dari tidur yang panjang.....




Sunday, March 26, 2017

Tercicir Anak


Seorang kawan hilang kunci kereta, puas dicari tak berjumpa sehinggalah satu hari dia cuci fridge tiba- tiba terjumpa kunci kereta dalam bekas simpan sayur...

Tercicir barang boleh berkira lagi tapi kalau tercicir anak....macamana?

It was many years ago when one of our relatives who has eleven children came back from visiting his parents in law in Sabah. Upon arriving  at KLIA there was the chartered van waiting for them. Since it was quite late that night, everybody jumped in the van -so eager to go home....

After leaving the airport about twenty minutes  , he did a roll call -  suddenly everbody realised that one of them is missing.
 Kecoh habis satu van ....
oii..Ali takdok lah...
Dia tetinggai kat airport......
Tu dia hangpa..awat jadi lagu tu??
Everybody scolded everybody for being negligence.
Quickly he made a u - turn and headed back to KLIA at top speed!
And sure enough there was his son with a security guard waiting....and the announcement still going on...
....Seorang kanak-kanak lelaki.......




Monday, March 20, 2017

Bertemu Semula Di Alam Maya


Orang  pencen dok rajin berwassap dan ada grup 'alumni'! Bertemu semula dengan kawan- kawan lama. Kawan sekolah, semaktab, seuniversiti, sejabatan, semasjid, dan selain- lainnya.....

Ada yang dah jadi  ajk surau atau masjid....tiap- tiap hari forward apa yang diajar ustaz ustazah mereka. Macam- macam pesanan dan pengajaran dari Al Quran  dan AlHadith....Maklumlah dah pencen ramai yang menambah ilmu akhirat..

Ada yang rajin meyampaikan ilmu yang dapat dari kelas pengajian - isinya berkisar tentang poligami dan bagaimana wanita harus redha dan jangan menentang hukum Allah. Makcik-makcik pencen ni pun serabut otak , fasal tajuk poligami malas dah nak dengar. Suami- suami yang berumur 60 tahun ke atas mungkin pasang niat je , nak laksanakan tu agak taklah beriya- iya sangat....kadang- kadang....je...yang menjadinya...

Bila dok mai bab zuhud pulak dikatanya tak zuhud kalau orang pakai kereta besar , seelok-eloknya pakai kereta kecik Viva/Axia supaya tidak membazir...

Akak oiii...kalau orang ada 2.6b tiba-tiba..pling! masuk dalam akaun dia, pakai jet pun masih zuhud lagi! Melainkan dia beli 10 biji kapal terbang dok parking kat belakang rumah dia barulah boleh dikatakan almubazirin...



Tuesday, January 24, 2017

Majlis Tahlil


Ladies only
Selain baca surah Yasin beramai- ramai kami membaca surah- surah lain iaitu surah ArRahman, AlWaqiah, AlMulk dan AlInsan secara halaqah baca bergilir- gilir dan diakhiri dengan tahlil pendek serta doa.


Monday, July 18, 2016

Jangan Dengar Cakap....


.....doktor?

Menunggu giliran berjumpa doktor tak terasa lama dan tak menjemukan pada kali ini sebab saya berada ditengah-tengah kumpulan yang sedang rancak bersembang...

Kalau gula naik nanti doktor bising...

Memang betul, sebab tu I tak berani kalau tak makan ubat

I selalu je tak makan ubat, malas nak makan nanti banyak pulak dapat side effect...

Haah , macam I , tak makan sangat ubat doktor, I lebih suka ubat alternatif dari jenis herba yabg takde side effect.

Doktor suka dok tambah ubat, you tau ubat kolesterol boleh buat orang jadi pelupa dan juga penyebab kanser!? Kalau doktor bagi you ubat
kolesterol you kena beritau  doktor - this can lead to canser!

Eh, iya ke?

Sebab tu doktor suruh makan sebiji setiap malam I makan separuh je!


Ikut akaklah dah pandai sangat mengalahkan doktor....





Wednesday, October 14, 2015

You Makan Apa?



Apabila seseorang yang dikenali dulunya ada penyakit sekarang dah sihat - darah tinggi stabil, kolesterol stabil dan yang penting gula dalam darah maintain 5.2 - 5.8mml .

Semua kawan tanya -
Waaaah ....you dah ok sekarang , you makan apa?

Sepatutnya soalan tu bertukar sikit...
Waaaah....... You dah sihat sekarang, you tak makan apa?

Jadi senang sikit nak jawab...
- I kurangkan makan gula atau makanan yang gula berlebihan
- Tak makan bahan2 yang berlemak dan berminyak yang berlebihan...
- Tapi tak tinggal makan ubat yang disarankan oleh doktor!

Hok ni lah orang maleh nak dengar - buat sakit telinga dan menyusahkan diri!

Yang eloknya ada satu ubat yang boleh diminum sebulan sekali atau dimakan jarang-jarang sekali dan dengan sekelip mata semua penyakit hilang dan boleh makan apa yang kita sukeeerr!

Lepas tu pegi nasihat kawan yang sama sepenyakit supaya jangan makan ubat doktor - sebab tiap kali jumpa doktor kena marah - asyik suruh pantang memanjang......silap haribulan doktor tambah dos ubat!

Pulakkkkk!













Sunday, July 26, 2015

Berani Kerana Salah......


.....takut kerana benar?

Memang dunia dah terbalik!

Ia berlaku pada seorang sahabat saya yang telah meminjamkan duit pada seorang kawannya M.
Oleh kerana jumlah pinjaman tu agak besar bagi seorang yang kecik maka dia pun cuba mendapatkan balik duitnya sepertimana yang telah dijanjikan.

Rupa-rupanya setiap kali M bertemu dengan sahabatnya dia terus memasamkan mukanya dan langsung tak menegurnya seolah-olah macam bermusuh pulak.

Sahabat saya pun takutlah nak mintak balik duit dia takut jadi gaduh dan takut hilang kawan.



Thursday, July 23, 2015

She And Her God



Alohlah kecek beladi ful habih meter!
Ada tok laki yang agah mentang- mentang pi belajaq kat luaq negara. Balik Malaysia semua yang kat Malaysia dok molek belako sampai isteri nak ajak pi buat haji pun dok se. Sampai dia kata....

Aaaah.....she and her God!
( kepala hotok mu! )

Bila dah masuk umur pencen dia dapat ujian siiiiikiiiiiiiit jah....ya'ni dapat penyakit gout nok jale dok leh. Kereta punya mahal nak drive dok leh jugok. Pi mana-mana kena naik teksi ( masa muda dulu tak bagi isteri drive sendiri konon Abe macho graduate oversea boleh drive wify pegi koje balik koje and anywhere else she wanted to go - tailor, hairdresser, shopping,marketing you name it )

Bawak bertobat lah encik Abe weh.......
La ni ore pakat gi belajar overseas balako hatta anak tok penyadap pong gi belajo ko Londong weh!

Takde pulak ...she and her God.




Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...