Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, November 15, 2018

Wednesday, October 24, 2018

From The Drop Box


Tiga bulan berada dalam keadaan kekeringan seakan mati..


Selepas musim sejuk pokok yang seakan mati mengeluarkan pucuk dan daun baru yang segar bugar..


Kemudian keluar bunga...

Kemudian keluar bunga...

Alhamdulillah, di Malaysia pokok berbunga hampir sepanjang tahun...

Saturday, October 20, 2018

Floating Markets



Sangat teruja dengan floating market, saya rakam gambar ni dalam rancangan BBC Earth di Hypp TV.

Saya sangat teringin nak tengok floating market di Bangkok tapi tak sempat. Walaupun kami dibawa ke  floating market di Ayuthia yang dibuat khas untuk pelancong sangat cantik dan menarik tapi saya rasa ingin nak tengok yang asal.

Bila pegi Ho Chi Minh City, saya nampak gambar floating market yang sungguh bewarna warni terpampang di pejabat ajensi pelancongan di kawasan hotel kami menginap.

Kami pun dengan penuh teruja memberitahu Akun our tour guide nak pegi floating market tuh!
Wah....itu floating market tak dak cantik ma..itu dalam gambat punya angkat hali new year punya, colourful cantik, tapi betut- betut punya takle itu macam...
Pendek kata si Akun tu tak nak bawak kitorang pegi, katanya kena gerak dari hotel pukul 1 pagi, sampai floating market dalam pukul 4 pagi, cuaca masih gelap. Aktiviti jual beli bermula seawal 4 pagi dan habis pukul  9 pagi.

Oleh kerana masa pun tak berapa cukup kami pun discouraged dan abaikan saja niat kami.....

Nasib baik dah naik sampan di anak Sungai Mekong, boleh bayangkan macam mana the hustle and bustle of floating markets tuh!



Wednesday, October 10, 2018

Berdayung Sampan


Selesai naik ' river cruise ' di Sungai Mekong, kami dibawa ke Pulau Unicorn ( pulau yang terbesar di antara pulau- pulau kecil  àà muara sungai ). Mereka mendayung sepanjang 2 kilometer setiap satu sesi.

Aktiviti bersampan di sungai begitu rancak, setiap sampan ada dua orang pengayuh -kebanyakannya perempuan. Mereka terpaksa mendayung sungguh- sungguh kerana sampan penuh penumpang dan sudah tentu berat muatannya.

Sampan membawa pelancong memenuhi sungai yang sempit, ada yang ke hulu sungai, ada yang ke hilir sungai...


Pendayung sedang berihat sambil menunggu ketibaan kumpulan pelancong seterusnya..

Tempat sampan berlabuh jauh dari kesesakan di tengah- tengah sungai.

Pemandu pelancong tidak membenarkan kami menghulur tangan keluar sampan sebab sungai ada buaya - sungai berlumpur ada buaya katanya. Mungkin dia buat cerita tu takut tangan kami terkepit sampan yang penuh sesak dalam sungai yang kecik tu...
Lagi pulak suasana sibuk penuh sampan dan bunyi bising suara orang, buaya pun pindah rumah!

Monday, October 8, 2018

Makanan Halal Di HCMC!


Banyak tahun dahulu lihat orang Vietnam di Hanoi makan kuayteow  sup  ( pho`  ) dimakan bersama  ulam di gerai tepi jalan, saya punyalah teringin nak makan, tapi apakan daya ianya non halal...


Apabila menonton rancangan international chefs di Vietnam yang mempamerkan cara membuat salad rolls
  berkulit transparent ( yang dibuat dengan tepung beras secara cottage industry dan dijemur sepanjang jalan ) rasa macam boleh buat sendiri
sebab nampak mudah..
Tambahan pulak kulit popia kering  kini dah ada dijual di Malaysia.


Sekali ni dapat peluang makan pho dan salad rolls yang halal di Ho Chi Minh City, saya tak melepaskan peluang - Yep! Lunch and dinner the same menu for me for 3 days! Haha!


Bagi yang nak pergi ke HCMC jangan risau pegi saja ke Malaysia Street ( gelaran yang diberi orang Vietnam ), menginap di salah sebuah deretan hotel yang di hadapannya ada 6 buah restoran halal...berselang seli dengan kedai kain cotton, lace, telekong, jubah, kain tudung dan lain- lain khas untuk tourist dari Malaysia ( top of the list ), Brunei dan Singapore Malays!

Deretan hotel, restoran dan kedai kain di Malaysia Street di HCMC!

Thursday, July 12, 2018

Delikasi Pantai Timur


Singgah di Cerating minum air kelapa. Masa oder tak tengok betul- betul - main tunjuk dari jauh..
Punyalah besar kelapa muda, air kelapa boleh buat mandi!
Susah jugak nak habis..


Otak-otak dan sata the all time fav - empat orang makan boleh habis 20 biji sata dan 10 keping otak-otak! Padahal baru sejam dua lepas makan tengahari.....

Otak-otak dan sata dibuat dari ikan.
Otak-otak ditambah cili dan rempah, agak pedas, sedikit manis dan dibakar dalam daun kelapa.
Sata pulak, ikan digiling/ blend dengan kelapa muda, kemudian dicampur dengan hirisan bawang, halia, cili, dibungkus dalam daun pisang dan dibakar.

Sunday, March 18, 2018

Restoran Terapung!


Ada restoran di tengah tasik , kena naik rakit nak pegi makan...

Pemandangan keseluruhan restoran terapung yang terdiri dari banyak ruang makan yang betasingan

Pemandangan yang cantik diambil dari tempat makan

Hidangan utama adalah ikan  yang dibela dalam tasik ini


Thursday, February 8, 2018

Taman Sari Jogja




...yang berusia ratusan tahun..masih tegak berdiri



Ia di kelilingi tembok batu yang tinggi....pada masa dulu   pokok buah- buahan ditanam dikeliling kota untuk melindungi seluruh kota itu dari pandangan orang luar.


Tapi kami di bawa masuk ikut pintu belakang - masuk je terus nampak kolam mandi yang luas dan sangat jernih airnya walaupun sudah berumur beratus tahun...Kolam dibahagi dua bahagian, paling hampir tembok ialah bahagian kanak- kanak .Bahagian yang dekat dengan menara tiga tingkat itu untuk gundik raja seramai 20 orang.


Raja akan menengok @ mengintai gundik- gundik mandi melalui tingkap menara dan akan mencampak bunga pada mana- mana gundik yang ia berkenan....


Gundik yang terpilih akan mandi bersama raja di kolam yang berasingan ( private pool ) di belakang menara tanpa dapat dilihat oleh sesiapa....
Selepas mandi raja dan gundik berihat di bilik yang disediakan dalam menara....
Sementara itu gundik yang lain-lain bersiap untuk menari diiringi pukulan gendang di luar kawasan kolam

Begitulah cerita pemandu pelancong kami. Tanpa pemandu pelancong kita tak akan tahu cerita di sebaliknya.
Rupanya pintu belakang itulah tempat yang happening khas untuk raja dan gundik-gundiknya behibur...




Saturday, February 3, 2018

Matahari Naik Di Borobudur



Antara patung Buddha di atas puncak Borobodur setinggi 7 tingkat.



Pakat nak pegi tengok matahari naik di Candi Borobudur. Pukul 3.30 pagi dah keluar dari hotel di Jogja -  sampai ke kawasan Candi sebelum masuk waktu Subuh. Masa tu dah ramai pelancong tiba mereka mendaki Candi Borobudur dalam kegelapan Subuh yang berkabus.




Dari musolla mengambil masa 10 minit untuk sampai ke kaki Borobudur. Para pelancong dah ready with their cameras untuk merakam matahari yang akan naik dari arah bukit.

Kabus makin tebal, matahari belum kelihatan. Sampai dah waktu Dhuha matahari tak kelihatan - hanya nampak langit merah bila kabus berkurangan. Kami semua tidak dapat melihat matahari terbit...matahari dilindung awan..



Rupanya tak semua orang dapat tengok matahari terbit.....
Mereka kata masa yang paling cantik tengok matahari naik di Borobudur ialah pada bulan Ogos - boleh nampak dengan jelas apabila berada di atas candi.


Thursday, March 2, 2017

Tambang Murah Jadi Pilhan




Sangat loyal dengan Syarikat Penerbangan Malaysia tapi naik Air Asia jugak sebab bagi tambang murah.

Bila MAS offer tambang murah pakat seronok habis - dapat makan free dalam penerbangan ( jangan cakap banyak sedap ke tak sedap ).  Ruang kaki mesti luas ( semua suka naik MAS sebab ruang kaki luas! )

Rupanya itu dulu punya cerita. Nak kata apa bayar tiket murah pergi KK , terpaksalah kejang kaki selama 2 jam lebih ( nasib baik jugak 2jam lebih, kalau 7 atau 13 jam - tak tau lah macam mana dok tersepit antara kerusi depan dan kerusi belakang yang begitu rapat )


Selama naik kapal terbang tak pernah dapat tempat duduk di sebelah dinding macam ni! Sepatutnya setiap barisan kerusi tempat duduk mesti ada tingkap di tepi. Macam tak percaya!
Bila dapat dinding - terasa macam duduk dalam gua sempit! Naik claustrophobic dibuatnya! Rasa sedih pun ada, rasa macam kena tempelak....nak murah sangat..jangae kecek banyok!
Tambang murah dah tapi tempat duduk pulak buat penumpang tersiksa!


Nampak sikit bahu saya yang menyandar di kerusi dengan kerusi penumpang di depan - begitu dekat!  ( Kalau nak untung lebih pun jangan lah.....diabaikan aspek kemanusiaan )



Bagi orang yang agak tinggi, kepala lutut hampir mencecah kerusi orang depan!
Kalau orang yang tinggi  lebih dari 5'10" akan tersiksa - tak tau kat mana nak hulur kaki...




Tuesday, February 28, 2017

Poring Canopy Walkway


Bila pergi ke Kinabalu Park ( Taman Kinabalu ) jangan lupa pergi ke Poring Canopy Walkway (Titian Kanopi Poring )



Untuk naik ke Titian yang terawang-awang di udara setinggi 41-43 meter kena mendaki kaki gunung dulu



Sebelum mendaki jangan lupa tarik nafas dalam- dalam - mula dari perut kemudian hembus ikut hidung perlahan-lahan. Bukan apa takut semput nafas dan huffing and puffing sementara nak sampai ke atas...



Lepas mendaki 550 meter barulah berjumpa dengan pondok tempat untuk memulakan penitian kanopi ( di sinilah kita menyerahkan tiket yang di beli semasa masuk ke taman pada awal tadi.....)


Di pondok ini bolehlah kita melepaskan kekejangan kaki semasa mendaki tadi sambil meninjau-ninjau titian hayun yang yang tergantung setinggi lebih dari bangunan 8 tingkat.....rasa- rasa boleh lepas ke tak!



Titian gantung seperti di bawah ni, ada 5 titian semuanya bersambung-sambung  sepanjang 175 meter....kalau agak - agak gayat  masih belum terlambat, boleh patah balik...( titian ini semuanya one way street! )



Setelah berada di atas titian yang berayun- ayun tu kita berasa takjub berjalan di atas pucuk kayu dan di antara dahan- dahan pokok hutan yang tinggi. Sambil tu boleh tengok pemandangan keliling yang sayup di bawah kaki kita!



Lepas tu tarik nafas, tegakkan badan dan mulalah berjalan di atas titian angin. Hanya 6 orang saja yang berjalan di atas titian pada satu masa. Kalau ramai ia akan melebihi berat yang dibenarkan..
Jangan risau..setiap hujung titian ada tempat landing boleh rehat sekejap dan tarik nafas dalam- dalam kemudian teruskan perjalanan di atas walkaway yang berayun- ayun tuh!



Bila berjalan tu janganlah menyesal weh! Jangan dok fikir......what the hell I'm doing mannn....I must be out of my mind @ Ya Allah selamatkan aku!!!


Selepas habis ke lima-lima titian, kita kena turun bukit pulak ( bagi orang yang berumur dan heavy weight kena turun mengiring sikit takut  kepala lutut terbeban ) untuk keluar dari kawasan Poring Canopy Walkway!


Friday, February 24, 2017

Taman Kinabalu


Macam-macam ada kalau kita pegi ke Kinabalu National Park! Ia mengambil masa kurang dua jam dari Kota Kinabalu menuju ke arah Kundasang.

Paling menarik ialah Poring Kinabalu Park yang mempunyai berbagai tempat menarik untuk diterokai. Untuk masuk ke dalam park kita kena beli tiket dulu.

Inilah jambatan yang kita lalui untuk masuk ke dalam Taman Poring Kinabalu Park.




Di bawah jambatan ini terdapat sungai yang deras alirannya sebab ia datang dari gunung




Kita dialu-alukan dengan papan tanda kolam air panas ( Poring Hot Spring )



....dan papan tanda arah untuk melawat Taman Kupu-Kupu dan juga kawasan air panas



...dan juga papan tanda arah menuju ke Poring Canopy Walkway..dengan mendaki di kaki gunung..



Papan tanda Taman Kupu-Kupu..



Tanda arah kalau nak pergi tengok bunga Raflesia yang sedang berkembang..( bunga ini berkembang mengikut musim )



Tanda arah menuju ke Gua Kelawar dan Air Terjun Langanan



Di sepanjang jalan ada banyak bunga- bunga kecil yang cantik-cantik...



...dan cendawan yang tumbuh di batang kayu mati..



Paling menarik ialah pemandangan Gunung Kinabalu yang mengiringi kita dari Kundasang hingga ke Ranau kalau cuaca cerah. Kalau cuaca berkabus atau awan tebal kita tidak akan dapat melihat Gunung Kinabalu! Ia akan bersembunyi di balik awan tebal...





Pelbagai wajah Gunung Kinabalu yang dapat kita lihat mengikut lengkang lengkok jalan yang kita lalui, kadang-kadang ia seolah- olah tersergam di depan mata!



Untuk melawat semua tempat ini  mungkin tidak cukup satu hari! Kena bermalam di Kundasang ( yang banyak juga tempat menarik di situ ) atau tidur di Ranau ( lagi ada banyak tarikan di situ ).



Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...