Wednesday, June 26, 2013

Jangan Pilih Bulu!






Rasa nak tergelak bila anak sepupu datang dari Sungai Petani menceritakan hal dia pegi ke showroom nak beli kereta Mazda.

Boleh oder keta  ni dua biji?
Jurujual pun pandang serong dan buat gelak-gelak - maklumlah dia seorang gadis yang baru berumur 20an.
Oleh kerana jurujual buat acuh tak acuh , dia pun pi Aloq Staq ,
Nak beli keta ni 2 biji boleh dak?
Jurujual pun bergegas ambik particulars, dan bagi penerangan apa yang patut.
Petang tu jurujual datang ke rumahnya dan berbincang tentang pembelian itu serta lain-lain yang berkaitan dengan kereta yang nak dibeli.

Akhir kalam, 2 biji kereta di hantar ke rumahnya di Sungai Petani .
Satu untuk Cik Mek tu, yang  satu lagi  pulak untuk Mak Menakan yang minta anak menakan uruskan pembelianya.....

Kisah berikutnya lagi tragik ( bagi seorang jurujual kereta! )
Seorang  pemuda (  awal 30an ) pakai t-shirt , jeans dan sandal pegi showroom nak beli Mercedes.
Takde seorang pun jurujual yang nak melayan , masih-masing buat tak tahu je...
Pemuda tu pun bosan dengan gelagat jurujual , lalu keluar dari showroom, pegi ke tempat lain.
Rupanya kawan tu dah bawak duit nak beli cash ( dia bekerja di negeri Arab dah berapa lama dan  ikut style orang Arab beli barang dengan cara c.o.d.! )

Pendek kata janganlah memilih bulu , sebab tak semestinya yang pakai kot je yang ade pitih! Yang kanyak-kanyak pun ada pitih belanar!






Wednesday, June 19, 2013

Baca Surah Yasin!




Kak Nab dok risau kawan-kawan ajak masuk kumpulan  Yasin kat kampung. Dia bukan anti surah Yasin, tapi dok main gilir-gilir rumah setiap malam Jumaat, susah jugak! Kena tinggal rumah setiap minggu. Kak Nab kata kalau jadi host lagi teruk, kena sediakan makanan berat -  belanja banyak dan kena bertungkus lumus memasak dan menghidangkan makanan. Dia bukan berkira tapi tak mampu nak belanja lebih-lebih, sebab suami gaji kecik!

Yang dia tak tahan tu ialah semua benda nak di Yasin kan - pegi baca yasin di rumah orang yang sakit tenat,  orang mati, orang buat kenduri doa selamat, cukur kepala , orang kenduri kawin dan lain-lain lagi. Kadang-kadang yang sakit dan yang mati tu orang lelaki, segan jugak dia. Bab sakit mati ni biarlah anak pinak mereka yang mengaji dan bacakan Yasin .

Kalau rumah jauh kena pulak tumpang orang sebab dia takde kenderaan.

Ketua kumpulan Yasin  akan menetapkan - katam Al Quran semua pakai jubah putih, kalau orang mati depa pakai jubah hitam, kenduri kahwin pakai jubah lain-lain kaler yang akan ditetapkan. Berapa jubah nak kena beli? Di kampung bukan macam di bandar, ramai orang  nak sponsor uniform kumpulan Yasin dan Marhaban.

Entahlah akak oii..........








Monday, June 17, 2013

Ibubapa Borek Anak Rintik






Ramai ibubapa tak perasan yang anak-anak akan mengikut  perlakuan, percakapan dan perbuatan mereka tanpa mereka sedari. Sebab tu kalau bapa seorang pengganas rumahtangga maka anak-anak lelaki mereka ( mungkin tidak semua ) pun akan menjadi ganas jugak!

Adapun sifat kedekut ibubapa juga akan menjadi ikutan anak-anak. Seorang yang berkawan dengan orang kedekut / kupik kena banyak-banyak sabar - apa taknya hak dia digenggam kemas-kemas, hak orang semua nak free. Atau kalau ada peluang , nak pow hak orang !Banyak juga berlaku di kalangan orang-orang muda yang tak segan silu 'sponge' kawan - kawan yang berduit.

Ada jugak orang yang susah nak meraikan tetamu ( melainkan yang dia undang ) - yang kadang-kadang datang ke rumahnya unannounced. Mulalah dia menghantar anak atau orang gajinya ke depan pagar suruh beritahu yang dia sedang tidur atau dia keluar dengan kawan ( kalau tidak orang tak percaya sebab kereta ada bawah porch ). Pembohongan begini akan memakan diri dan keluarga .Bayangkan, jika anak-anak suka cakap berbelit-belit dan bijak berbohong........mula-mula bohongkan orang lama-lama bohongkan mak bapak  pulak..

Mengajar anak atau ahli keluarga perkara-perkara buruk - akhirnya akan menerima padah  kerana perlakuan itu lambat laun akan diketahui orang.











Friday, June 14, 2013

Firasat Orang Tua!







Jangan pandang remeh pada orang-orang tua, ramai dari mereka yang begitu bijak laksana - yang banyak pengalaman hidup dan sangat tajam pemerhatian mereka.

Nek Long seorang tua yang pendiam dan tak banyak mulut. Tak cerewet, tak suka membebel makan sikit je terutama bila dekat waktu solat. Kalau ada anak dara atau anak teruna dalam keluarga yang dah besar panjang dan layak berkahwin, dia pun mulalah mencari-cari jodoh untuk mereka. Katanya tak baik biarkan anak dara atau anak teruna bujang lama-lama, takut mendatangkan fitnah...

Alceritanya , dalam keluarga yang begitu besar sampai sekerat kampung waris warah dan dialah orang yang paling tua dalam keluarga.  Kadang kala kami terpegun bila dia mengeluarkan firasatnya

Si M tu, dari segi agamanya memang bagus, warak dan berilmu, tapi dia kurang sabar dengan duit. Iitulah perkataan sehabis tepat menerangkan sifat M. Ada yang  pernah terkena apabila dia mengajak lebih kurang 20 orang  pegi mintak tanah secara berkumpulan 15 tahun yang lepas. Sampai di pejabat tanah, dia pun tanpa warning terus mintak  sebanyak rm50 setiap orang sebab katanya nak bukak geran di pejabat tanah kena bayar . Nangoi yang ramai-ramai pun terkejut badak sebab dia tak cakap dari awal. Rm 50 bagi orang susah sangat besar maknanya! Selepas 15 tahun kemudian tanah tak dapat-dapat, dia pun buat selamba derk  . Rm 1000 tu besar , kalau nak beli tanah pun dah boleh bayar downpayment! Tak kira lagi duit minyak yang dia kutip dari semua orang yang menumpang kereta dia!

N pula  seorang yang kuat berpolitik dan dia menjadi salah seorang yang agak berpengaruh jugak dalam kampungnya. Nek Long kata, N ni kalau dapat kuasa dia akan gunakan kuasa untuk kepentingan diri - tengoklah dapat kuasa sikit pun dan bubuh tar dari jalan besar terus ke tangga depan rumahnya.

 Tahun 60an dulu, kalau bubuh tar sampai depan tangga rumah , hebat benar orang tuh!





Monday, June 10, 2013

Buka Rahsia








Bila balik kampung jumpa ramai sedara mara dan bersembang tak habis-habis - gelak ketawa toksah kira lagi, ada yang mengilai macam...

Bila dah hampir bulan puasa dok cerita pulak fasal hari raya -  tiba-tiba terungkit kembali cerita Kak Rah semasa dia hidup dalam kesempitan, suami pulak kerja tak seberapa. Tak pernah merasa makan daging, tak mampu beli sebab mahal. Kalau orang jemput kenduri kahwin barulah merasa makan gulai daging - tu pun kalau pergi awal, kalau pegi lambat , tinggal kuah je!

Pada suatu raya Aidil Adha, salah seorang ahli keluarganya yang setiap tahun buat korban 1 ekor lembu ( sebab anak beranaknya cukup 7 orang yang mampu berkorban ) tiba-tiba datang bawa sebungkus daging korban ( selama ni tak pernah bagi, kenduri korban pun tak pernah jemput ). Dia sungguh teruja bila dapat hadiah sebungkus daging korban yang mentah. Punyalah suka, mulalahh fikir nak masak macam-macam - kari ke, korma atau kuzi ke . Tapi bila buka bungkusan dan nak siang daging  ,rupa-rupanya dia dapat tulang dengan urat dan lemak je. Menitis air matanya kerana kehampaan.

Setelah menyimpan rahsia ni selama  20  tahun - baru sekarang Kak Rah menceritakan pada kami - yang  sedang  mengesat- ngesat mata yang tiba-tiba pulak penuh berair......

Baru kini kami insaf dan menghayati mengapa kita disunatkan menjalankan ibadat qurban untuk dibagi-bagikan daging kepada orang miskin! Tak ketinggalan juga orang yang berada diberi dsging qurban sebagai tanda silaturrahim.



Thursday, June 6, 2013

Serba Salah





Kak M pulak cukup pandai jaga diri, bila tok laki dia menang pilihanraya jadi YB kat kampung tu, dia pun mulalah pasang badan. Maklumlah suami dah dapat status baru, dia pun kena lah ikut rentak suami.

Oleh kerana sekampung tu adalah puak gerabak dia, banyak kalilah jugak isteri YB dijemput untuk menyampaikan hadiah di sekolah, diperkumpulan perempuan, di majlis katam Al Quran dan berbagai lagi majlis kecil, sederhana dan besar. Majlis besar dia kena mengiring suaminnya, the YB!

Lama kelamaan YB pun dah tak tertahan lagi, gi ghoyak kat sepupu dia - the ajk kampung, jangan lagi dah gi jemput bini dia menyampaikan hadiah itu ini! Tak larat dah aku nak beli baju dia, bila ada majlis, dia nak baju baru! Kalau macam ni bukit pun boleh rata......

YB ni, memang tak kaya  , hidup sederhana - sedara mara punyalah sakit hati kat dia.....jadi YB buat apa, ahli keluarga susah bukannya nak tolong! YB kampung sebelah tu, semua anak beranak, suku sakat dia dapat tanah belaka.....

Habis, bagi suku sakat  semua benda, orang kampung yang ramai-ramai tu, dapat apa?







Tuesday, June 4, 2013

Kerawang Habis Tempat





Suami Kak J dapat durian runtuh, duit jual tanah berjuta, bukan sejuta, bukan 2 juta, tapi banyak juta. Suaminya pulak anak tunggal - apa lagi , jadi okb depa.

Masalah Kak J pulak dari dulu sampai la ni tak suka membazir duit, baju buat sendiri., potongan lama ala 80an. Suami dah berdaung bawak Merc kulu kilir , akak tu dok maintain kapcai buruk! Ah, pasar dekat rumah, naik motor dah cukup, buat apa nak mengotorkan kereta?

Makcik-makcik dia mengeleng kepala, dah tak terkata apa tengok Kak J tak berubah-rubah - dok kupik situlah jugak! Allah dah bagi rezeki melimpah, tunjuklah sikit nikmat tu, tak baik jugak dok buat naya kat body.  Pitih belanar, dok pakai baju buruk jugak, sedangkan tok laki dah pandai beli baju berjenama, kasut berjenama!

Lama-lama meletup cerita kata tok laki dia dah kawin baru - dok ulang alik ke bandar rumah bini muda - yang sungguh-sungguh muda, like, 20 years younger than him. Apa lagi Kak J pun naik sawan, mulalah pasang badan, tempah baju kerawang habis tempat, barulah nak enjoy duit tok laki yang melempah ruah tu!
Tapi apakan daya, bukan baju je yang berkerawang, hati Kak J pun berdarang  bagai tertembak dengan peluru penabur.

Mok cik dia yang ramai-ramai tu pun, pegi mencurahkan garam ke atas luka .....
Ghoyak doh dok dengar......tak pandai jaga diri......suami dok bergaya yang dia dok sayang pitih....





Saturday, June 1, 2013

Cuci Kolam














Lama-lama sekali kena cuci kolam ikan , terutamanya pump house, banyak daun-duan kering yang terkumpul bawah pam.






..dah cuci tutup balik , lapik dengan wire gorge, tak bagi daun-daun halus masuk ikut celah papan









Kak, bakpe bola kaca tergolek kat bawah tu? mari saya tolong gantung! 
  
     Alohlah Syed oii, mu buat rumah aku macam gerai jual bola kaca!








Ah.... siap dah, tunggu kejap bagi air kolam jernih......



ps. Syed boleh buat garden, buat kolam ikan, bela atap bocor, pasang tiles......seorang yang amanah, insyaAllah!
He can be contacted at :  012 -3398397






Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...