Wednesday, April 17, 2024

Fikir Sejenak...

 


Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44?

Pernah tak kita terfikir? Dulu saya tak pernah fikirkan hal ini. Makcik saya yang pada masa itu berumur 70an beritahu saya dia dah tak nak lagi keluar jauh- jauh ke negara asing sebab dah tua, kalau apa- apa jadi di negara asing akan menyusahkan orang...

Setelah saya dah masuk dalam circle orang tua baru terfikir dengan seriousnya kemungkinan yang kita tak sangka akan berlaku. Tambahan pula  pernah tersiar berita- berita berlakunya kematian, kena stroke atau kena masuk hospital atau lain- lain yang tidak dijangka ketika kita berada di luar sana - sudah tentu akan menyusahkan keluarga....dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelesaikannya..

Perkara yang tak pernah disangka ini pernah berlaku pada keluarga suami saya dalam peristiwa kepala air di Kedah..Anak saudara suami mempunyai berapa buah chalet yang dibina di tepi sungai di kaki Gunung Jerai beberapa tahun lalu. Semasa kepala air turun dari Gunung Jerai dengan sekelip mata telah merempuh dan menghanyutkan semua chalet yang berada di kiri kanan sungai itu...

Peristiwa demi peristiwa itu mengajar kita bahawa kemalangan , kerosakan dan bencana boleh terjadi tak kira masa atau tempat dan kadang-kadang di luar jangkaan.

Ada pun kita, haruslah sentiasa bertawakkal pada Allah di mana saja kita berada....

Thursday, April 11, 2024

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - paling lama 5 tahun iaitu di Kota Baru Kelantan.

Oleh kerana duduk lama di Kelantan, anak- anak semuanya pandai kecek Kelate. Saya pun improve dialek Kelantan ketika mengajar di sebuah sekolah di Kota Baru. Bila salah sebut sesuatu perkataan anak murid akan membetulkannya!

Selepas 5 tahun Di Kota Baru, suami berpindah pula ke Alor Setar...tinggal di sana selama 3 tahun. Oleh kerana anak- anak dok kecek Kelate bila pindah ke Aloq Setaq jarang dengar dorang  cakap Kedah, walau pun bapak orang Kedah dan cakap pekat macam kopi O.  Dorang faham je Bahasa Kedah tapi bila cakap tak jadi lagu Kedah - depa kata macam Sam Sam.

Selepas Alor Setar kami berpindah ke Kuching Sarawak selama 3 tahun. Masa tu mereka dah masuk ke sekolah menengah, sudah luas pergaulan dan ramai kawan- kawan. Percakapan mereka pun pure Sarawakean..

By the time kami keluar dari Kuching anak-anak fasih kecek Kelate dan kelaka Sarawak. Kadang-kadang percakapan mereka macam kuah dalca bercampur aduk kacang parpu, kacang panjang, kacang bende, tomato dan ubi kentang...

Kenak kitak sik mauk gi jale - jale kok alik beloh sinun.... 

Macam mana, boleh jadi ka lagu tu?

Itu hanya untuk sesama sendiri je...cakap mengarut caca merba..

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...