Showing posts with label Lain dulu lain sekarang. Show all posts
Showing posts with label Lain dulu lain sekarang. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Kenduri Kawen!




Selalunya dalam majlis kenduri kahwin adalah tempat pertemuan dengan kawan- kawan atau jiran- jiran. Masa nilah banyak di update
tentang kehidupan seharian masing- masing....

Ada cerita gembira ada juga cerita sedih - ada kawan yang telah pergi, ada yang terlantar sakit, ada yang bercerai berai diusia senja begini...ada yang hidup susah diumur pencen , disebabkan buat bisnes tak menjadi, atau kena tipu skim cepat kaya atau macam- macam lagi perkara yang kita tak sangka akan berlaku....

Tapi yang paling ketara ialah masing- masing ..makan dah tak berapa laju - sebab makan banyak takut sengkak perut, ada yang tak boleh makan makanan yang berminyak, tak boleh makan daging, tak boleh makan yang manis-manis...kalau suami ambik tapai dengan teh tarik...no darling! Your sugar is sky high already...

Orang- orang muda meja sebelah dok rancak gelak ketawa, nasi dan hidangan lauk pauk telah ditambah, cerita dorang pun berkisar pada kerjaya dan anak- anak yang baru nak membesar atau baru masuk sekolah...belum ada lagi yang kena makan ubat sebelum atau selepas makan....














Monday, September 23, 2013

Baulu Ikan!

     





Tak tahu fasal apa dok buat musuh kat kuih baulu!


   




Baulu tu saya simpan sampai  keras - takde sapa pun yang makan. Lama-lama banyak jugak stock baulu kat rumah tu, sampai I terpaksa beritau dorang - jangan bawak kuih baulu tu lagi!

Tapi sekarang dah berbaik-baik pulak dengan baulu, pegi rumah orang kawin dapat baulu, balik rumah makan dengan air kopi .......

Mungkin bila umur meningkat tt...tu..a sikit we start craving for sweet things ? Entahlah..........



Thursday, June 21, 2012

Tak Boleh Balik Kampung





Anything de Chine cannot balik kampung maa.....



We bought some rosewood furniture  ( imported from China )when we were in Kuching and the price was very reasonable as compared to KL. It  so happened that my neighbour M love rosewood too. In the end both of us bought 1 set of settee each.

M went overboard, she bought a complete set of that Fu Manchu furniture - consist of a complete set of rosewood settee, a display cabinet , a day bed and some embroideries ( with rosewood frame ) for the wall - all of them are embedded with mother of pearls.

When her friend visited her house she was so tak sayang mulut .....saying...

Wah, M... aku tengok rumah engko ni dah jadi macam museum China!

When someone from Semenanjung visited me in Kuching, her comment was:

Kerusi ni tak boleh bawak balik kampung - orang kampung tak boleh terima kerusi macam ni ( kerusi de Chine ).....

And I thought she was being utterly ridiculous - eh haram ke kerusi tu?

Things has change 15 years later, today.......they go beyond kerusi China , they  ally with the Chinese opposition party to make an inroad to Putra Jaya.




Tuesday, January 3, 2012

Dok Berebut Yang Handsome

Zaman jadi student dulu, pelajar perempuan sangat memilih pasangan, ramai yang sukakan lelaki handsome ( sekarang pilih yang beriman ) yang komeng-komeng tu takde yang nak. Kadang-kadang yang komeng ( tak hansome, selekeh dan takde pakej ) suka mengorat pelajar perempuan yang cun dan bergaya - akhirnya beranganlah sorang-sorang.

Masa tahun 70an dulu banyak pulak terms yang dibagi untuk pelajar perempuan - yang dibandingkan dengan buku-buku dalam perpustakaan:

Red Spot -  buku-buku yang jadi rebutan terutamanya masa buat assignment dan bila dekat nak periksa - ini ditujukan pada freshies atau pelajar baru yang menjadi rebutan pelajar-pelajar senior. Bila freshies dah masuk tahun dua, turun tangga pada tahap buku-buku di rak biasa  - open shelves - dah kurang direbut . Bila dah berada di tahun 3 atau 4 mereka tu dah dikategorikan sebagai bahan-bahan bacaan di magazine rack! Semuanya tu nak menakut-nakutkan freshies dan pelajar-pelajar  perempuan lainnya....supaya jangan jual mahal!

Those guys were so out of fashion . Cik-cik freshies tu tengah kanyak lagi bolehlah dengar temberang hangpa!

Bila dah kembali ke dunia yang nyata, dah bekerja dan berumah tangga, barulah nampak kehidupan sebenar! some of the guys that had been rejected during the student days, woi, ada yang dah smart dan bergaya. Ada yang berpangkat tinggi bergaji besar, ada yang berbadan kecik kereta menjalar dan ada pula yang dah popular, jadi public figure - muka selalu keluar dalam suratkabar ! The guys yang jadi rebutan dulu tu - biasa-biasa je, and before 40 some of them are already boroi and balding ! handsome ke mana apa ke mana   -  buat penat  je depa tu berebut-rebut !

Tak sangka kan? Cempedak jadi nangka, itik serati jadi angsa.........


Tuesday, September 20, 2011

Lain Dulu Lain Sekarang

Masa dulu orang tak tau pun fasal dera mendera - dera anak, dera isteri, dera pembantu rumah. Pernah dengar cerita orang marah dan hukum anak teruk-teruk, seperti mengikat anak di batang kelapa seharian, hingga anak naik kepanasan dan meraung-raung menangis kesakitan digigit kerengga.

Ada orang kampung tolong lepaskan ikatan, bawa balik anak itu ke rumah ibubapanya.........bakpe mu Bedul ( Abdul )..mu gi buak naya ke budok ni, habis merah satu badan gigit dek kerengga!! Sibapa tadi diam membisu, sebab yang menegur tu ialah ketua kampung. Masa dulu ketua kampung, penghulu atau pak imam disegani orang, dan merekalah jadi tempat mengadu dan merekalah menyelesaikan masalah kariahnya.

Sekarang ni tiada siapa peduli @ tiada siapa berani nak menegur atau melarang perbuatan yang tak elok yang berlaku di depan mata. Beranikah kita menegur anak-anak jiran atau anak-anak kawan, takut nanti kena sergah dek ibubapa mereka - jangan jaga tepi kain orang, sendiri ada anak sendiri jaga! Kalau tak percaya tegurlah anak jiran yang contohnya suka dok preng!preng! motosikal mereka tak kira subuh atau maghrib! Alamatlah bermasam muka satu keluarga atau lebih teruk lagi mereka akan dengan sengaja preng!preng!kan motosikal tu bagi jiran bertambah menjeruk hati.

Apa kita nak kata kalau dalam lrt, ada pasangan remaja yang berpeluk-pelukan dan bermesra di khalayak ramai. Semua pakat- pakat pandang dan menjegil mata, dengan harapan mereka sedar dan malu. Padahalnya mereka bertambah selamba, akhirnya kita semua terpaksa pandang ke tempat lain sebab malu! Siapa yang berani menegur atau melarang?

Pendek kata, terpaksalah dipendekkan kata...sebab tak boleh nak kata apa-apa lagi...

Sunday, April 24, 2011

Menghafal Sifat 20

Orang tua-tua dulu menghafal Sifat 20 ya'ni 20 sifat yang wajib bagi Allah termasuk 20 yang mustahil bagi Allah - Wujud ertinya ada iaitu Allah ada mustahil tiada , qidam ertinya....dan seterusnya hingga habis dua puluh sifat. Mereka menghafal bersungguh-sungguh , pendek kata sapa yang tak hafal maka aljahlun lah dia!

Baru-baru ini adik saya menziarah seorang rakannya H. Rupa-rupanya rakan dia tu memelihara ibunya yang berusia hampir 90 tahun, mata masih cerah, ingatan masih kuat tapi perangai sedikit keanak-anakan, malu-malu bila ada orang menziarah dia. Setelah lama sikit dan bila kena pujuk dia pun tersipu-sipu mengatakan ..kwen ( kawan/saya) takde ilmu lain, ngaji Quran dengan hafal sifat 20 aje! H kata cuba mak baca sifat 20, dia pun mulalah menghafalnya dengan lancar!

50-60 tahun dulu ilmu ( agama )sangat kurang, dalam sesebuah kampung selalunya ada seorang berdua yang pandai ( mengaji pondok atau belajar di Mekah atau Madinah), buku-buku agama semuanya dalam bahasa Arab atau terjemahannya dalam bahasa Melayu klasik, tok guru pulak tak ramai, kalau ada anak murid buat mulut capoi tanya tu, tanya ni mesti kena sergah! Masa tu ilmu tidak berkembang. Tak macam sekarang, ramai yang pergi belajar ke negara-negara Islam, ramai yang terdedah dengan pelbagai ilmu, kitab-kitab yang di baca di universiti boleh bertalaqqi di luar universiti - dah ramai alim ulamak dalam negara nih yang boleh mengajar!

Rupa-rupanya cara mengenal sifat Allah yang diajar dulu-dulu tu sangat mengelirukan orang-orang yang baru memeluk Islam. Alkisahnya seorang mualaf sedang mempelajari sifat 20 menjadi begitu keliru bila diajarkan wujud ertinya ada, wajib ada mustahil tiada....dengan confusenya dia bertanya, cakaplah mutut-mutut, itu tuan Alah ada ka tatak..apa pasai sikijap ade sikijap tatak.

Ada jugak orang kata, bila guru mengajar dengar dan hafal aje , jangan banyak soal!

Monday, March 7, 2011

Masih Menyimpan Dendam........

Di akhir tahun 60an dan tahun 70an dulu timbul isu baru dalam kehidupan orang Malaysia iaitu masuk meminang adik tapi kawin dengan kakak. Masa itu ekonomi Malaysia mula berkembang pesat dan ramai orang muda berada di perantauan , jadi ramai jugalah yang berkahwin dengan orang yang bukan dari negeri asal mereka.

Saya dengar banyak kisah pemuda yang kecewa kerana telah tertipu, iaitu meminang adik tapi bila kawin diberi kakak. Orang Melayu dulu begitu tidak membenarkan adik perempuan berkahwin dulu dari kakaknya. Mereka takut nanti kakaknya tak dapat peluang untuk berkahwin. Jadi, dengan nekadnya pihak keluarga perempuan menukarkan adik dengan kakaknya semasa akad nikah. Bila dah last minute , pihak lelaki terperangkap dan kerana tak mahu memalukan keluarga terpaksa mengalah.

Ada juga ibubapa yang menganiaya anak-anak perempuannya, dengan mebuat syarat kalau nakkan adik, tunggu hingga kakak kawin dulu.

Ada seseorang yang meminang adik dapat kakak ni tetap marah dan menaruh dendam pada mak mertuanya, walau pun mak mertuanya telah meninggal dunia. Tapi tak dapat dinafikan ada juga yang hidup bahagia bersama isteri yang bukan pilihan itu. Semua tu terletak atas diri seseorang, mungkin bila dah kahwin dengan kakak didapati kakak lebih cantik atau lebih baik atau lebih sesuai dengannya. Pendek kata pilihan di tangan mereka - sama ada nak membina istana atau nak meruntuhkannya.

Sekarang ni semua mendapat peluang pendidikan dan peluang pekerjaan pula terbuka luas, jadi ibubapa dah tak risau lagi anak perempuan tak bertemu jodoh. Masyarakat pun boleh menerima bahawa siapa sampai jodoh dia kawin dulu!

Wednesday, March 2, 2011

Belajar Tasauf Jadi Gila?

Masa tahun 80an dulu kami ada berguru belajar kitab solat - Muniatu Musolli - Tok Imam yang mengajar kami tu ada juga menyelit-nyelitkan tentang tasauf dalam syarahnya. Sebagai anak murid yang separuh empuk macam kami, bila tok guru sebut fasal tasauf, kami pun teruja bukan main, lalu ........

Tok Imam , boleh tak kami belajar tasauf?

Tok Imam tersengih aje, kata dia belajarlah feqah dulu baru belajar tasauf.

Dengan blurnya kami tanya .....kenapa Tok Imam?

......sebab kalau pi belajaq tasauf tak ada asas feqah boleh jadi gila ( not the gila crazy Tanjung Rambutan one! ). Serupa jugak kalau belajaq feqah tak belajar tasauf, jadi loklaq ( buat amalan jadi kasar dan ringkas ikut yang asas aje! )

Semasa salah seorang dari kami pi ke Pekan Rabu beli dua jenis kitab yang dicadangkan oleh tok guru ( belajar selang minggu tiap-tiap satu kitab, sebab kitab nipis dan tak bagi anak murid boring ) , penjual kitab tu pesan padanya, akak, kalau nak baca kitab ni kena ada guru. Wakil kami pun memberi tahu yang kami dah ada tok guru yang nak mengajar - Arwah Tok Imam Haji Said salah seorang imam masjid Zahir Alor Setar ( walau pun dah pencen masa tu tapi masih dilanjutkan khidmatnya ). Bila dia dengar nama tok Imam Haji Said, dia pun lega.

Sekarang barulah saya faham, bahawa pemuda yang menjual kitab itu ialah seorang yang sangat amanah dengan penjualan kitab-kitab. Dia takut kami belajar sesama sendiri, maklumlah belajar tanpa guru, assyaitonlah jadi mudirnya! Lagi pulak kitab tu ditulis dengan tulisan jawi lama.

Ada beberapa cerita kelakar fasal kitab jawi klasik ni...... contohnya, ejaan jawi fa alif nun ha , atau dalam bahasa Arab dia jadi fainnahu ramai juga yang ingat ianya fanah atau panah,
- ba wa mim - sebutannya bumi ada yang membunyikannya - bom. Atau pandai-pandai buat tafsiran sendiri ayat ..... bagi orang yang taqwa, takpayahlah baginya sembahyang- maka mak andeh pun dengan bestnya tak sembahayang sebab ikut kitab kata tak payah sembahyang tu!

Tapi alhamdulillah sekarang sudah ada banyak kitab-kitab klasik yang ditulis dengan tulisan rumi dan dialih kepada bahasa standard. Tidak sukar nak mendapat ilmu, sebab ilmu telah berkembang dengan meluasnya - antara hendak dengan tak hendak atau pun antara rajin dengan malas sahaja !

Friday, February 25, 2011

Minum Kopi ala Gahwa



Ramai antara kita yang kaki kopi atau kaki nescafe. Kopi atau nescafe buat kita ketagih, apa taknya pagi-pagi kalau tak pekena kopi mulalah lain macam rasanya, mengantuk ada, letih pun ada. Bancuh kopi pekat-pekat, satu mug di atas tu taruk nescafe 1 camca makan sepenuh-penuhnya bagi kaw ....... terus cerah biji mata!



Ada lagi kopi yang lebih kaw, iaitu gahwa atau kopi Arab. Pertama sekali saya belajar minum gahwa atau kopi Arab ialah pada tahun 1980an dulu. Habibti kata orang Arab minum gahwa selang seli dengan makan kurma. Kurma tu pulak jenis yang kuning dan kecil . Caranya ialah you sip the gahwa then you bite the kurma . Jangan main teguk macam kopi biasa, nanti terbelalak biji mata!

Gahwa dibuat dengan buah pelaga Hindi yang di blend halus ( saya tak pernah tanya ada tak bahan lain yang dicampur) kemudian bancuh dengan air dan masak atas api hingga mendidih. Rasanya sungguh bercadamom dan tak manis sebab takde gula!

Pada mulanya tak reti minum k0pi tak bergula atau bersusu manis. Lama jugak belajar minum nescafe tak bergula dari kawan-kawan yang kaki kopi . Sekarang dah terbiasa . Kadang-kadang improvise sikit buat macam minum gahwa , minum kopi makan kurma 1 atau 2 biji ( jangan pulak belasah kurma tu sampai 10 biji ! )

Why not give it a try?

Monday, February 21, 2011

Makan Boleh Sebarang Makan Tapi........

.......cakap jangan sebarang cakap, kata orang tua-tua dulu. Sebenarnya pepatah tu dah tak sesuai lagi zaman ini, sepatutnya begini --- Makan jangan sebarang makan dan cakap pun jangan sebarang cakap!

Oleh kerana makan boleh sebarang makan , maka sekarang ramai orang yang ditimpa penyakit kronik, kolesterol tinggi, darah tinggi dan gula dalam darah tinggi! akhirnya semuanya tak boleh makan, kurang garam, kurang gula, kurang lemak, kurang daging, kurang makanan laut, kurang makan organ dalaman, cake, ice cream a no-no, makanan segera , to be avoided! Jadi apa yang boleh dimakan? akhirnya bedal semua , sakit fikir kemudian!
Guys, that is self inflicting!




Sangat digalakkan kita makan lebih banyak sayur-sayuran dan pelbagai salad .


Bila ahli keluarga datang dari jauh, mereka pesan siap-siap, jangan masak macam-macam terutamanya waktu makan malam, goring mihun pun tak apa! Kami makan ringan aje waktu malam. Masa muda tak faham sangat, kenapalah tak nak makan nasi, nanti makan mihun tak kenyang pulak. Rupanya bila sendiri dah melebihi 50 tahun, baru faham sebab musababnya! Kalau makan tak tentu kalu, dos ubat nanti makin bertambah tinggi.

Ada jugak yang kata, peduli ape belasah aje, kalau dah nak mati , tetap akan mati ....AS GOD INTENDED IT TO BE ! Adik kakok weh, tu kecek caro ore yang in denial! Demo sayang nak lepas daging kambing bakar atau rendang daging + hati + paru+ limpa! atau teh tarik! atau....

Thursday, November 25, 2010

Dapatkah Kita Menahan?

Kenapa agaknya bila melihat cermin kita akan berpuas hati, ......not bad, eh? sangka kita. Tapi mungkin juga ada orang bila merenung dalam cermin akan rasa sedih..... kenapalah muka aku tak lawa macam sesetengah orang. Setelah berpuluh tahun mengadap cermin sebenarnya kita tak perasan pun wajah kita sudah banyak berubah......iaitu makin lama makin nampak matang aka lebih mengikut umur kita.

Bukan wajah saja yang berubah, kulit pun berubah, suara pun berubah apa lagi rambut , dari hitam sudah ada keputih-putihan. Tak kira lagi tenaga fizikal kita sudah begitu merosot. Ada orang boleh menerima hakikat dan ada yang tak boleh menerimanya atau cuba menafikanya. Kulit boleh ditarik jadi tegang, rambut boleh diwarnakan hitam, perang, silver atau gold tapi suara tak dapat diubah. Tapi bila kita bercakap dalam telefon, orang boleh tahu ianya adalah suara kanak-kanak atau orang muda atau orang dewasa.

Pernah lama dulu seorang jemaah haji wanita merungut kerana kecewa tak dapat mengangkat begnya yang berat tanpa pertolongan orang. Dengan kesalnya dia berkata masa buat haji beberapa tahun dulu, takde masalah baginya angkat beg berat lagi pada tu!

Saya pun dulu bila buat tawaf dan saie begitu laju, seolah-olahnya doa belum habis baca dah habis satu pusingan tawaf atau saie. Bila dah meningkat umur jalan perlahan siap dengan sakit kaki ( sebab badan pun makin berat ). Dan pada satu ketika, berasa sangat malu dengan Allah......yelah..apa taknya masa kuat dan bertenaga, buat ibadat cakduh aje bila kemudaan dah ditarik balik barulah faham bahawa masa terus berjalan meninggalkan kita...

Jadi kalau nak touch up gambar tu agak-agaklah sikit, kalau umur 60 tahun janganlah touch up jadi macam orang berumur 25 tahun! Nya sik jadik, bah!

So, why don't we grow old gracefully?

Friday, March 12, 2010

A Journey Down The Hill

Those days I used to tease my mum, my aunts, my sisters in law, .... banyaknya ubat, ..boleh kenyang makan ubat , tak payah makan nasi! Or.... mak, kuatnya bau minyak angin, cap apa tu?

Twenty years or so later, today I have to take care of my medicines first before I go anywhere. Without realizing, I too use minyak urat, Franch Oil for my muscle pain and virgin coconut oil for my dry feet, elbow and skin in general ( I dare not use minyak angin, minyak urut or minyak urat for fear my husband might scout for another woman who smells perfume all over ). And I packed them in small bottles, and placed them under my bed.( Have you ever seen old ladies stuff their minyak angin, minyak urat, panadol in a box and keep them under their bed? )

I used to be impatient with my mum, my aunts for walking too slow, I used to hurry them up....cepat sikit , cepat sikit......they will say, sabarlah, mana boleh cepat-cepat, lutut sakit! My children now have to wait for me because I walk very slow!

Before, I used to ask my older relatives why do they take a long time praying, they said they have to recite the surah properly and at the same time to remember the meaning of the surah.Now I wonder how my children pray so fast, before I know it they already say their salam!

Getting old, eh?

Monday, February 22, 2010

Fear of the unknown!

Selepas waktu sekolah kami bertiga Dari SMTengku Malik pergi ke pekan Alor Setar untuk membeli beberapa barang untuk persiapan Hari Penyampaian Hadiah ( pada tahun 1990 ). Setelah park kereta kami pun melintas jalan , setelah sampai di seberang jalan kami bertembung dengan polis trafik, yang juga berjalan kaki.

Eh,polis trafik tu, ah sudah...... kami cuba mengelak dari bertembung sebab tiba-tiba rasa bersalah.

Eh, kita jalan kakilah , apasal takut kat polis trafik tu?

Haah, yelah, takut tak bertempat,bukan kita buat salah pun

Entah-entah dia pun macam kita jugak, mungkin nak pergi minum kot

Lepas tu kami pun lega, dan terfikir pula kenapa bodoh sangat tengok polis trafik tiba-tiba takut!

Terasa macam budak-budak sekolah pulak. Mungkin rasa takut tu datang dari hati kecil kita yang selama ni banyak buat trafik offence, park kereta ikut suka hati, tukar lane ikut suka hati, tak bagi signal, main zig zag aje ke kiri ke kanan.

Selalu juga naik kereta tak pernah nak tengok pun road tax tu hidup ke mati, main stat aje kereta tu dan brooom, brooommm pergi sekolah, dah terlambat pecut tak kira lampu kuning ke merah ke! Tapi sekarang sudah taubat, maklumlah di KL ni jangan main-main, nanti dapat surat saman atau kereta kena clamp!

O, oh....driving licence dari tahun lepas lagi lupa nak renew........

Tuesday, February 16, 2010

Jemput mulut atau pakai kad?

Cuti sekolah ni gago menghadiri majlis kahwin, kadang-kadang bertimpa-timpa, satu hari ada dua tiga majlis. Walau bagaimana pun undangan tetap dipenuhi, mengundang itu sunat dan memenuhi undangan itu wajib, kecuali ada sebab tertentu.

Mengundang tetamu ke majlis perkahwinan 20 - 30 tahun dulu amat berbeza dari sekarang. Kad kahwin tidak begitu penting sebab menjemput secara mulut lebih utama. Ahli keluarga terdekat akan berkecil hati kalau mereka dijemput dengan hanya pakai kad hingga ada yang merajuk . Menjemput pakai kad adalah bagi orang yang terlalu jauh atau kenalan biasa, bagi keluarga yang sekampung dan kampung-kampung yang berhampiran, kena pergi jemput sendiri atau melalui wakil.

Sekarang keadaan sudah berbeza, ia lebih mudah dan lebih praktikal, semuanya pakai kad dan pos saja. Kalau jiran setaman perumahan, pergi letak dalam pos box masing-masing termasuk jiran sebelah atau dua belah rumah ( dah over lah tu! ). Kalau terlupa hantar kad, atau kad dah habis jalan terakhir hantar melalui sms aje! Tapi awas, sms boleh memberi pelbagai tafsiran atau salah faham bagi sipenerima dan mungkin mereka terus tak ambil berat akan undangan itu.

Sunday, December 20, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Saya teringat pada akhir tahun 60an dulu periuk nasi letrik diperkenalkan di Malaysia. Ramai juga orang-orang kita yang tidak dapat menerima pembaharuan itu. Ramai yang kata masak nasi dalam periuk letrik kurang sedap, sebab tiada api, hanya panas karan. Dengan kata lain masak tak natural, tanpa api.

Kemudian datang pula blender, menggantikan lesung batu dan batu giling, mereka kata cili atau rempah tak menjadi sehalus yang digiling. Sambal tumis jadi kurang sedap sebab somehow or rather, blender tak dapat menggantikan batu giling.

Pendek kata, setiap pembaharuan yang datang tidak akan diterima sepenuhnya oleh semua orang. Mereka was-was dan tak mahu terima sesuatu yang baru dengan secara yang lebih positif!

Kemudian sedikit mesin basuh baju diperkenalkan. Ramai suri rumah rasa lega dan mengambil peluang dengan kemudahan yang disediakan. Tapi ada pula seorang dua ustaz kata, kalau isteri basuh baju pakai mesin basuh, mesin tu yang dapat pahala bukan si isteri, sebab dia tak buat apa, tak keluar keringat pun. Pulak!!

Masa dulu, ramai yang tak ada kenderaan sendiri. Kalau nak ke mana-mana, ramai yang naik bas, teksi atau beca. Dulu tunggu bas macam nak pitam pun tak apa sebab tiada pilihan. Naik teksi tak berapa berani, sebab selain dari tambang mahal, dikatakan drebar teksi memandu laju dan kurang selamat, takut eksiden. Naik bas lagi selamat. Kalau dari Rompin nak ke Kuantan sekerat hari baru sampai, sebab bas berhenti dimerata tempat. Masa tu bas Mara sangat popular sebab ada dua servis, satu bas runcit-runcit ( berhenti ambik penumpang sepanjang jalan ) yang satu lagi jenis express.

Kini ramai yang takut naik bas, sebab kurang selamat, selalu eksiden. Jika saya memandu di lebuhraya, nampak ada bas ekspress di belakang, saya terus menjadi cemas dan mengenepi, sebab bas tu meluru dengan begitu laju!

Tuesday, September 8, 2009

Lain hulu lain parang..............

Ramai orang Malaysia kini yang bersaiz dugong. Kebanyakannya menyalahkan makanan segera dan air bergas. Ramai jugak yang tak makan fried chicken atau burger atau fries dan tak minum coke, tapi masih bersaiz XXXL.

Generasi muda kini terhidang dengan makanan yang berlemak dan yang berminyak yang melampau, contoh , nasi lemak ( kalau tak lemak, condemn pulak, apa nasi lemak ni tak lemak! nak untung lebih ). Makanan berminyak pula boleh dimakan tiap-tiap hari seperti keropok goreng, goreng pisang,karipap dan lain-lain dijadikan snek tak kira masa. Dan ia menjadi penyelesaian mudah bagi pelbagai masalah -------- tetamu datang tiba-tiba, untuk minum petang ( anak ramai dok lapak petang-petang )atau ketika menonton tv.

Dulu nasi lemak dijual dalam bungkusan kecil ( kira-kira secawan nasi spt yang di rekomen oleh dietician ) dengan sedikit ikan bilis, kacang goreng, timun atau kangkung dan sedikit telur berharga 50 sen sebungkus. Kini sudah berharga dari 80 sen hingga 1.50 sen. Nasi lemak yang tak dibungkus pula selagi tak penuh pinggan, lauk pauk bermacam ada --- hati,paru,limpa,perut ,rendang daging,rendang ayam , sambal sotong kering , sambal udang dan lain-lain.

Yours truly pun 20 tahun dulu beli nasi lemak L size berlaukkan daging rendang seketul besar, paru 3 keping, ada kerang lagi, sambal mesti kaw.Makan lambat sikit minyak pun meleleh keluar boleh buat minyak rambut. Alhamdulillah dah taubat nasuha kinek tok. Mun sik dah lama naik bas pakai 2 tempat duduk!

Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...