Thursday, December 29, 2011

Sejukkan Mata












Kolam ikan ni agak comot, penuh berlumut! kalau nak cuci tiap minggu atau tiap bulan, pengsan pulak tuan ikan!
























Kalau boleh buat ikan ni berenang-renang ( macam dalam video ) - bagus tu!




Sunday, December 25, 2011

Jangan Terlepas Pandang!






Bila tiba musim cuti sekolah, semua orang bersiap sedia. Atok-atok dan nenek-nenek memenuhkan peti ais dan pantri mereka dengan pelbagai jenis makanan kegemaran cucu mereka. Seorang kawan mempunyai 15 orang cucu, memberitahu cucu-cucunya suka makan sambal tumis udang, jadi bila tiba musim cuti dia membeli udang berkilo-kilo dan simpan dalam freezer, sementara menunggu cucu-cucunya tiba. Lain-lain makanan kering toksah kiralah, bermacam-macam jenis.

Tokey kedai , tokey restoran dan gerai bersiap sedia menambah stok barang-barang mereka bersiap sedia untuk menerima pelanggan-pelanggan yang bercuti. Masa cuti panjang begini, ibubapa sibuk membeli pakaian , buku-buku dan persiapan sekolah , barang mainan, bawa anak-anak bersiar-siar dan bawa anak-anak makan-makan. Pendek kata perniagaan bertambah semasa cuti sekolah.

Bila cuti panjang Plus pun menambah gerai tolnya banyak-banyak, sebab mereka dah arif dan boleh menjangka berapa ramai pengguna hiway bertol semasa cuti. Pendapatan mereka bertambah-tambah dan syarikat mengaut keuntungan besar. Jadi , mereka tu pun nak menggembirakan pelanggan-pelanggan dengan mengurangkan harga tol pada hari-hari tertentu dan tempat-tempat yang terpilih. Ada kalanya diberi laluan percuma! Terima kasih Plus ( walaupun yang free tu bukan laluan saya! )


Tapi satu je yang Plus lupa nak kira, berapa ramai orang yang singgah kat RnR mereka! Tang makanan yang disediakan digerai-gerai tu memang lebih dari memadai ( depa pandai kira! ), tapi tang bilik air tu Plus lupa pulak nak kira, nak upgrade, pekerja-pekerja tak pulak di tambah  dan kebersihan terabai .



Dah musim cuti tiba, buat apa tak servis jamban yang rosak / tersumbat tu awal-awal! Dahlah orang beratur panjang macam keretapi!



Tandas yang belakang tu takde kunci di dalamnya, kena pulak ada orang tunggu kat pintu!


Tisu berlambak atas tong sampah! mangkuk tandas kotor! such filthy and stinking toilet on hiway earth I'd say!


Selepas pukul 5 ( petang Ahad  ) hanya tinggal mop dan dan baldi dalam bilik air ....

Bila terlalu ramai pengguna pada sesuatu masa,  kena sedia lebih banyak tong sampah di luar tandas, lantai perlu dimop selalu ( walaupun orang beratur panjang - mereka akan beri laluan pada tukang cuci sebab takde siapa yang suka masuk tandas yang berbau busuk dan kotor  ). Perlu juga ada pekerja yang menjaga di situ, sebab ada pelanggan yang kurang asam masuk dalam bilik mandi dan buang air di situ termasuk buang pampers anak ( masih boleh dimaafkan ) dan meninggalkan sanitary pad mereka yang berkaler merah di atas lantai bilik mandi. Kalau pekerja ada di situ, sudah tentu mereka tak berani buat sesuka hati mengotorkan tempat awam macam tu!



Saturday, December 24, 2011

You Mean You Pray?

Aliyah went to Hani's house, during Maghrib she wanted to pray and asked her friend which way the Kiblat is. Hani was not quite sure where the Kiblat is for she never prayed. She was surprised though that Aliyah prayed........ you mean you pray?  Aliyah was shocked by the question ...... you mean you don't pray ?. Pakat-pakat terkejut dua- dua orang tuh!

Hani went to asked her mummy where the Kiblat is . Her mummy was a bit annoyed.......... tulah....mummy suruh solat you tak nak solat, dah tak tau kat mana Kiblat. Meh, mummy tunjuk!

The mummy was embarassed -  her daughter terkantoi tak solat!

Salah siapa agaknya? salah mak ke salah anak?

My friend Kak Dah told me, her father in-law was a  pious man. Every morning he will knock on his children's doors on the way  to the surau.  A few of his children and their spouses couldn't stand the way of the old man - eventually they rent houses elswhere to get away from the father. They were young at that time, and a bit difficult to maintain the 5 times a day prayer on time, especially  during Subuh! Later,when their children had grown up , they came back to stay near their father's house.

Ram told me about his uncle who insisted his children to pray jemaah with him  during Maghrib and Isya'. After prayer his uncle will recite a very long wirid, and the children just couldn't wait for him. By the time he finished his wirid, his children had dispersed ! tinggallah dia terkonteng-konteng keseorangan di atas sejadah sambil mengangkat tangan memohon doa agar anak cucunya diberi petunjuk dan hidayah.....




Tuesday, December 20, 2011

Waiting For Morning Light











These plants just need partial sunlight - too much sun will scorch the leaves!








                                         














Friday, December 16, 2011

Learn From Gadaffi

The killing of Gadaffi should be a lesson to leaders - no matter how strong you are, if it's time to go , you've got to go. If you overstay, your own supporters will eventually be the ones responsible for your downfall. The reason is, they start giving you the wrong advice , like .... yes Mr President, we have all the ways and means to sweep the rebellion. Those people are from the street, there's no way they can even get near your palace. Al Jazeera , CNN and the like keep on airing the angry people of Libya day in and day out until Gadaffi is defeated .

I hope Tok Jib wouldn't be so trusting if his men tell him..... semua bagus DS, kita boleh menang majoriti besar kali ni! Ada ke orang berani nak beritau or rather adakah Tok Jib akan terima kalau ada orang beritau benda-benda yang tak berapa ok , yang patut diperbetulkan sana sini? Dapat ke Tok Jib dengar keluhan akar umbi dengan sebenar-benarnya ( bukan dari wakil-wakil mereka atau ketua-ketua bahagian yang entah boleh dipercayai atau tak laporan depa tuh!)

Akhir sekali beranikah Tok Jib membersihkan parlimen dari anai-anai, kerusi meja yang dah lama dan senget benget, bawah karpet tu vakum bersih-bersih , laci-laci meja dan dalam almari kena spray betul-betul, mana tahu ada kala jengking buat rumah kat situ!

Kita orang kat bawah ni dah lama sangat menunggu - semoga ada perubahan yang benar-benar berubah!

Wednesday, December 14, 2011

Putar Alam!



Ada yang menyangka tiada paksaan dalam agama iaitu tak boleh paksa kalau seseorang tu nak ke tak nak melakukan ibadat yang diwajibkan setelah dia jadi Islam - ye ke? Rasa-rasanya tok guru kata lain . Tak paksa masuk Islam, tapi bila dah Islam wajib menunaikan tanggungjawab yang difardukan.

Mengikut kata seorang ustaz, rupanya orang yang bawak ilmu sesat , bukanlah calang-calang orang. Mereka tu pandai! Kalau silap-silap pergi dengar ceramah , kalau tak cukup ilmu dan tak kuat iman, boleh terpesong!

Yang tak bersolat, mereka tu ada hujah yang kukuh dan diguna pakai oleh pengikut-pengikut mereka . Alasan yang mereka beri ialah mengikut sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud sembahyanglah sebagaimana baginda bersembahyang. Jadi  oleh kerana mereka  tak tengok Rasulullah SAW bersolat, maka dibuat kesimpulan tidaklah diwajibkan ke atas mereka bersolat adanya!

Ramai yang sedaya upaya berusaha memperbaiki ibadat dan melawan nafsu malas dan tidak ambil ringan fasal ibadat . Hebat  jenerasi dulu-dulu yang berjuang di jalan Allah, menghadapi ujian yang getir - berperang , berdakwah , mendapat cemuhan dan penentangan dan melakukan pelbagai pengorbanan demi agama  - malah  ramai yang syahid.

Kita di abad ini, ringan je ujiannya, belum lagi negara dilanggar todak macam Singaporrr dalam cerita hikayat ( habis rakyat berlubang betis kena tikaman todak! ), atau kemarau dan kebuluran berpanjangan macam di Afrika atau diserang bertalu-talu oleh Tentera Bersekutu seperti di Iraq dulu tu atau macam orang Afghan mempertahankan negara mereka dari dijarah oleh Rusia. Baru  berdepan dengan siaran tv dan pelbagai hiburan  di alam siber -  dah tumpas , immobilised .........








Sunday, December 11, 2011

Wednesday, December 7, 2011

Gullible!

We Malaysians are gullible lot, every now and then we hear people got cheated. Many fall prey to skim cepat kaya or scratch and win or buy gold and diamonds that is mined in Timbuktu .


I still remember way back in 1996, money was pouring in to Malaysia and a lot of people became rich.Not to mention many had burnt their fingers. Even this one  rambutan seller ignored the buyers - he was busy on his mobile phone enquiring about his investment in the share market!
 

Have you heard stories about a person who can generate money ? this man menuntut ilmu from his tok guru  . He already took oath, the ilmu is not for his benefit but for the benefit of others. The method is, if the client brought  100 rm - he  wrapped the money in mahjong paper and said some prayers then put fire on it. As soon as the fire ceased, the 100 rm miraculously became 200 rm . Soon after, more people brought their money - at  much bigger stake.  In the end a friend who was so adamant to invest in the silap mata  investment never spoke about it after a few visits!  I suppose the man successfully convinced his clients to collect their money the next day ( more jampi to do at night ) - came the next day the man had vanished!

Someone  told me she bought precious stones from someone who plant lemongrass and when he pulled the grass along came ( precious ? ) stones in various colours. She said how not to believe because it happened in  front of her eyes! She believed the stones can bring her luck!

Kadang-kadang nak tergelak jugak benda-benda yang habis mengarut macam tu ada orang boleh percaya bermati-matian!












Saturday, December 3, 2011

Taman Yang Bukan Taman




Balik kampung seronok bukan main. Oleh kerana kampung kawasan pantai, tanah berpasir,  tiada hutan besar. Laman rumah tak payah maintain sangat sebab rumput jenis pendek, dan tak melarat.Tanah sentiasa kering, sebab air hujan yang turun cepat  meresap.



Anak-anak sekarang tak dibenarkan mandi hujan. Masa dulu-dulu,kami enjoy main hujan. Bila hujan berhenti main pulak air lopak,  hingga kecut kaki tangan  - rasa-rasanya tak demam dan tak selesema pulak ........( ewah, cakap besar pulak! )





Pokok inai di tepi perigi sangat disukai oleh gadis-gadis kecil - terutama waktu cuti sekolah!

























Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...