Monday, September 28, 2015
Wanna Bet?
That........he.......failed to attend.......the
U
N
G
A!
But he is already in NYC a few days before Eidul Adha.....
His turn to deliver his speech is on the 1st of October..
( yang dok propa tunjuk gambar PM cakap sorang-sorang dalam dewan UN tu sudah kantoi maaa )
Tak taulah kalau- kalau lepas menyampaikan ucapan nanti kena serbu dek journalists yang mungkin bertujuan nak jatuhkan PM kiteeeeee.....
Mungkin ramai di antara kita ramai yang nak tahu biz apa 1MDB tuh! Nampaknya Malaysia dah kaya raya sekarang kerana dapat duit terpijak!
Tuesday, September 22, 2015
Sudip Kayu Antik......
......for sale ahoy!
Sahabat saya DE geram dengan pembantu rumahnya yang bekerja lebih 30 tahun dengannya. Bukan geram apa sangat cuma geram taknak guna perkakas dapur yang moden. Katanya dapur rumahnya macam dapur orang lama, pakai periuk lama, kuali besi lama dan lain-lain semuanya lama-lama belaka!
I pun ada masalah juga dengan alatan dapur yang lama.........
Sudip kayu yang pendek tu I dah guna lebih 30 tahun sampai kecik dan pendek. Me husben dok bising dan komplen - dia beli beberapa sudip baru. Dalam sekelip mata yang baru tu patah dua!
Tukar yang baru terserpih pulak....( jangan-jangan dah termakan serpihan tu ha-ha! )
But I warn everybody - don't ever dare to throw them away......sebab.....
Sudip yang dah bonsai tu boleh guna untuk periuk kecik
Yang dah tinggal sebelah tu sedang nak balikkan ikan dalam kuali
Yang terserpih tu sesuai untuk goreng mi atau mihun !
Monday, September 21, 2015
Sunday, September 20, 2015
Friday, September 18, 2015
Saturday, September 12, 2015
Realiti Kehidupan
Semua orang takut mati , kalau boleh tak nak mati, nak hidup menongkat langit. Orang yang kaya raya ( terutamanya yang dapat derma berbeliyon-beliyon ) kalau boleh nak beli nyawa supaya boleh hidup tak mati - mati!
Bila dapat kuasa semua seronok - dengan kuasa boleh buat apa saja - berniaga yang untungnya entah ke mana, boleh pecat penjawat dari jawatan mereka , boleh sogok dan boleh upah pencacai maki orang , tuduh orang berkonspirasi nak jatuhkan dia dan lain-lain yang seumpamanya!
Tapi yang sakitnya bila kuasa dah hampir nak hilang baru tau langit itu tinggi - hidup dalam kegusaran dan ketakutan - ada jugak yang dapat insomnia - mata tak boleh pejam....Pejam kalu ada nampak macam-macam yang menyeramkan!
Thursday, September 10, 2015
Jangan Kena Tipu!
Sesuatu yang dilakukan secara senyap-senyap selalaunya akan menjadi tanda tanya orang ramai. Kalau dah main sorok-sorok tu adalah yag tak kena di mana-mana - simpan kemas-kemas takut terbocor rahsia @ terkantoi!
Beberapa tahun dahulu ada seseorang yang saya kenal memberitahu saya dia buat investment yang sangat menguntungkan dan telah pun mendapat pulangannya dalam masa sebulan dua sahaja . Pada tahun 80an dulu ramai juga sahabat handai dan sedara mara yang sakit hati dengan saya sebab tak nak join dan tak percaya dengan skim cepat kaya Pak Man Telo. Depa kata saya bodoh tak nak ambik peluang yang terbuka!
Jadi sahabat saya yang buat investment tadi tu berkobar-kobarlah menceritakan bahawa investment tu bukan sebarangan, beroperasi di bilik hotel mewah dan tingkat paling tinggi. Tidak semua orang boleh masuk, hanya yang berduit saja @ yang nak invest saja yang dibenarkan.....Tapi kalau saya nak join dia boleh introduce...
Ada juga orang pegi menuntut ilmu tapi kata mereka tok guru tak bagi hebahkan aapa yang dipelajari itu pada orang ramai takut nanti mengelirukan masyarakat. Maklumlah ilmu itu begitu tinggi tak semua orang boleh menerimanya, kalau iman tak tinggi tak layak menuntut ilmu lagi...Pendek kata ilmu itu eksklusif untuk orang-orang tertentu saja..
Ayah saya pernah berpesan tentang dua perkara di atas seawal tahun 1970an dulu semasa saya mula bekerja..Pertamanya kalau nak menuntut ilmu janganlah pegi tempat yang terpencil , carilah ustaz-ustazah yang mengajar di tempat awam dan di surau atau masjid atau pegi ke pusat pengajian. Begitu juga kalau ada perniagaan yang tidak munasabah keuntungannya sudah tentu ada maslahah dan penipuan di sebaliknya.........
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...