Tuesday, October 27, 2015

Pahlawan Sejati



Sembang punya sembang akhirnya  terkeluar riwayat 2.6bil dan 1MDB . Rakyat  yang tengah dok tertunggu - tunggu nak tau cerita sebenar dari mulut DSN sendiri memandangkan ia ada hubung kait dengan semua rakyat Malaysia.

Najib kena letak jawatan

Eh , engkau ni tak de semangat Pahang langsung!

Apa pulak semangat Pahang , mana ada semangat lagi dah ...kalu dapat 2.6b tahun 2012 ( ? ) dok wat senyap je sampai terbongkar baru  dok gelabah beruk!

Tu lah engkau lama sangat ke sana ke mari tak tau cerita dah. Langsung tak menyokong.

Aku tak nak bergaduh dengan engkau.....sokong apanya? PM kenalah bertanggung jawab terhadap orang ramai  - sebab ini bukan hal dia laki bini dan anak beranak dia....

Kalau dia pahlawan sejati dia kena BERANI BERCAKAP BENAR! Janganlah dok hantar hulubalang pacak buat penerangan yang buatkan orang ramai bertambah sakit hati dan hilang kepercayaan.



Saturday, October 24, 2015

Favorite Corner



Alohlah....


Favorite corner orang pencen weh...dok pi mai pi mai tang tu!



Wednesday, October 14, 2015

You Makan Apa?



Apabila seseorang yang dikenali dulunya ada penyakit sekarang dah sihat - darah tinggi stabil, kolesterol stabil dan yang penting gula dalam darah maintain 5.2 - 5.8mml .

Semua kawan tanya -
Waaaah ....you dah ok sekarang , you makan apa?

Sepatutnya soalan tu bertukar sikit...
Waaaah....... You dah sihat sekarang, you tak makan apa?

Jadi senang sikit nak jawab...
- I kurangkan makan gula atau makanan yang gula berlebihan
- Tak makan bahan2 yang berlemak dan berminyak yang berlebihan...
- Tapi tak tinggal makan ubat yang disarankan oleh doktor!

Hok ni lah orang maleh nak dengar - buat sakit telinga dan menyusahkan diri!

Yang eloknya ada satu ubat yang boleh diminum sebulan sekali atau dimakan jarang-jarang sekali dan dengan sekelip mata semua penyakit hilang dan boleh makan apa yang kita sukeeerr!

Lepas tu pegi nasihat kawan yang sama sepenyakit supaya jangan makan ubat doktor - sebab tiap kali jumpa doktor kena marah - asyik suruh pantang memanjang......silap haribulan doktor tambah dos ubat!

Pulakkkkk!













Thursday, October 8, 2015

Favorite Recipe



Selalu makan masak sambal ikan cili merah menyala kan?



Apa kata masak sambal cili hijau pulak......




Wednesday, October 7, 2015

Peribahasa



Pekak Badak
Buat bodoh @ buat tak faham @ buat tak dengar bila pihak tertentu mengajukan soalan

Gelabah Berok
Bila rahsia terbongkar dan dah menjadi rahsia umum mulalah menuduh orang macam-macam

Hulubalang Pacak
....pun bersiap siaga mempertahankan segala serangan dengan semangat  kental yang sungguh Berani kerana Salah

Cacing Kepanasan
Melakukan tindakan-tindakan yang songsang apabila keadaan mendesak

Macam Tikus Jatuh Ke Beras
Bila dapat habuan buat seeennyaaaap je.......

Kejar Bayang-Bayang Sendiri
Dok ingat harta dan kekayaan ( yang entah dari mana puncanya ) serta kuasa yang ada boleh kekal sampai  mati

Makan Dek Sumpah
Kalau benar-benar tak bersalah takkanlah makan dek sumpah pulak!

Angkat Bungkus
Bersalah kalu.......tak tau lah apa jadi.....





Friday, October 2, 2015

Milano!


Let's go to Milan !
It's shopping time!
It rains money....let's shop,shop,shop.....!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...