Saturday, November 28, 2015
Cinta Itu Buta....
Love is as blind as a bat
Kak Tipah kawen dengan Abe Leh kerana cintanya pada Abe Leh. Sudah kahwin hari - hari bergaduh, riuh rendah sampai ke tengah jalan orang boleh dengar pertengkaran mereka
.....pemalas asyik membuta siang malam - pegilah cari kerja nak tanggung anak bini....
Puas begaduh dan bertengkar akhirnya bercerai berai. Kak Tipah balik bawa anak ke rumah mak dia dan Abe Leh balik melenggang ke rumah mak dia.
Tak lama kemudian Kak Tipah kahwin lain tapi setelah beberapa tahun kemudian dia bercerai degan suami barunya. Tiba- tiba dengar cerita Kak Tipah kahwin semula dengan Abe Leh - dan hidup bahagiatakbahagiabergaduhberbaikbergaduhberbaik dengan Abe Leh yang kerjanya asyik membuta dan pemalas tuh!
Mungkin Kak Tipah seronok ambik upah menjahit baju ...takde orang nak kacau pekerjaannya yang sepenuh masa tuh!
Thursday, November 26, 2015
Thursday, November 19, 2015
Monday, November 9, 2015
Saturday, November 7, 2015
Rugi Wooo.....
Ani yang sepatutnya datang menggosok baju pada pukul 2 tiba pukul 3.30 petang.
Pegi hantar duit anak sebab tu lambat sikit hari ni..
Takpe baju pun tak banyak sangat nak gosok
Teruk sekarang ni duit banyak turun...
Duit Indonesia makin turun ke?
Bukan bu' bukan duit Indonesia tapi duit Malasia yang makin turun.
Oklah tu untunglah kamu
Mana pulak untung, rugi bu'....hari ni ringgit lagi turun rm320 dapat satu juta. Rugi bu'! Dulu rm 285 sudah dapat satu juta rupiah!
Selama ni tok caro balah mano pong duit rupiah ni - lantak le nak turun ke naik! Tapi bila mendengar keluhan bibi-bibi di keliling rumah barulah nak celik mata......
Dah tu buat bengong pulak ambo - errr...ringgit jatuh kalu sapa untung eh?
Tuesday, November 3, 2015
Sakit Hati Habih Meter
Sedara mara kat kampung risau bukan main, maklumlah depa tu penyokong kerajaan dan ahli Umno yang totok ( @ dok leh gi dengan parti lain ,Umno jugak dulu kini dan selamanya! )
Tapi akhir-akhir ni kerap benar dok buat mesuarat tak rasmi sambil makan kepok leko atas lambor bawah pokok jambu golok....
Ajenda mesuarat ialah nak pangkah parti mana pru14 nanti! Dasat punya mesuarat tuh! Kalau tak pangkah Umno nak pangkah sapa lagi takkan DAP kut? Tu parti Cina! Dah tu? PKR lah sebab ia parti pelbagai kaum....eh tak naklah tu parti khas untuk Anuwar Brahim. Parti Pas , tu kan parti Melayu - eh tak naklah ingat dulu masa Pru yang lepas-lepas depa kata kita macam-macam.
Jadi lagu mana ni? Takkan nak sokong barisan pemimpin yang ada la ni - depa dok celaru dengan 1MDB lah, duit beliyon2 tak tau pi mana. Pastu dok tak mengaku dan disokong pulak dengan bersungguh-sungguh oleh semua menteri kabinet yang duduk teguh dalam perahu jalur DSN!
Akhirnya mereka pun buat keputusan sebulat suara ia itu SOKONG CALON toksah kira parti sebab nanti ada bangang yang pegi calonkan orang-orang parti yang tak jujur yang takut menyatakan kebenaran!
Jangan dok ingat Mak Ngah Joyah, Mak Lang Siah, Mok Ngoh Selema, Mek Jarah, Kak Senah tak tau. Anak-anak depa yang dok Kolompor balik ghoyak ko mami depa orang besar-besar parti banyak dapat pitih , depa nak kirim duit kat mami depa tak berapa nak cukup pitih!
Sunday, November 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...