Saturday, January 30, 2016
Sehari Di IJN
Terdengar perbualan antara beberapa orang ibu muda...
- anak saya dah selamat dibedah, tapi lepas tu kena jangkitan kuman dalam darah....
- anak saya pun masih dalam ICU tekanan darah tinggi rendah tak menentu.
- anak saya dulu pun lepas kena bedah hati jadi bengkak..kena duduk lama dalam ICU
- memang biasalah macam-macam jadi selepas pembedahan jantung...ada yang rosak kotak suara..ada juga berlaku pendarahan paru-paru..
Rupa-rupanya ibu-ibu itu sedang menunggu anak-anak mereka pulih dari menjalani pembedahan jantung. Saya begitu kagum melihat mereka begitu tabah menghadapi ujian yang besar dari Allah.
Ada yang telah berada di IJN selama 4 bulan dan anaknya dah 8 kali dibedah. Setiap kali pembedahan dijalankan setiap kali harapannya tinggi melambung agar anak sihat dan dapat pulang ke rumah..
Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah jantung yang begitu kronik - jantung berlubang, saluran jantungnya berbelit dan saluran itu pulak besar dari yang sepatutnya....
Walaubagaimana pun rata-rata kanak-kanak itu dapat diselamatkan setelah menjalani pembedahan jantung. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya Dan ada jalan penyelesaiannya!
Tuesday, January 19, 2016
Friday, January 15, 2016
Jangan Taksub....
....pada tok guru mugo dia pun orang biasa macam kita. Memang dia ada lebih ilmu dari kita tapi dia bukan ada semua jenis ilmu!
Bila pegi berguru - mengaji kitab , guru tafsir AlQuran , guru mengajar fardu ain atau guru tasauf atau lain-lain - janganlah ingat dia boleh selesai semua masalah kita -
Laki lari tengah malam suruh ustaz jampi minta balik ke rumah, dapat penyakit minta ustaz jampi, meniaga tak laku suruh ustaz bagi pelaris. Pendek kata habis semua masalah rumah tangga dan masalah jiwa nak ambik mudah...serah je kat tok guru!
Ade ke bila anak masuk hospital panggil ustaz pegi menengok - ada tak penunggu kat dalam wad. Tok guru yang kasyaf itu pun tanpa teragak-agak mengatakan banyak hantu yang merayau-rayau di wad dan di semua ceruk hospital tu atas tangga, dalam lif, bawah katil Dan lain-lain lagi...
Maka menggelatoklah gigi pesakit lain dan nurse yang menjaga wad tu....maklumlah bila tengah malam bayang-bayang sendiri pun ingatkan hantu!
Kalau pun ustaz tu nampak hantu - alohlah.....jangae dok ghoyak kok oghe! Demo yang nampak senyap je lah mugo orang lain tok napok! Bendo yang tok napok tu gi ghoyak bakpo?!!
Monday, January 11, 2016
Saturday, January 9, 2016
Apakah Kesudahannya?
Tak larat doh nak citer fasal 2.6bil yang dok parking dalam private akaun dan perniagaan buluh kasap VanYemDeeBee yang gali lubang tutup lubang tuh!
Tak tau apakah kesudahannya negara kita nih!
Adakah...
- pokjib dan seluruh kabinetnya yang membisu tu terus akan menerajui Malaysia?
- dan semua jentera pentadbiran kerajaan dok yes sir,yes sir je?
- mungkin ramai yang tak boleh tahan tapi takut hilang kesenangan harta dan pangkat?
- mereka dan anak cucu dah OK hok rakyat ramai-ramai tu lantak korangkah?
- atau mungkin tiba-tiba pokjib dan macainya tersedar dari kesilapannya sebab hanya pokjib je yang tahu akan perbuatannya sendiri. Dan sanggup mengundur diri untuk kepentingan negara ?
Tak taulah......pendek kata biar rugi sikit atau rugi banyak asal jangan pelingkup negara.
Atau pun biar malu kecik ( dengan mengaku salah dan mengundur diri ) jangan malu besar apabila terperangkap dalam dok kona sana kona sini!
Thursday, January 7, 2016
Orang Kata....
Kena selalu melawat hospital sebab ia boleh mengingatkan kita betapa besar nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.....
Saya ni dah 4 kali operation kaki....
Jatuh moto?
Apa lagi!
You?
Sama...operation kedua ....moto jugak!
Ha-ha..
Orang muda boleh gelak lagi walaupun kaki tangan dah patah riuk!
Berbeza dengan mereka yang agak berumur yang datang ke kelinik otopedik dengan bertongkat, berkerusi roda kerana penyakit tulang yang disebabkan osteoporosis atau lain- lain yang menderita sakit dan kena bergantung pada ubat.
I dah lama sakit lutut ni...dah tak boleh berjalan jauh.....
Sekarang dah kena pakai tongkat, kalau tidak tak sedar jatuh.
Nak solat pun kena duduk atas kerusi...
Keluhan ini biasa kita dengar bila dah masuk Kelab Orang Pencen!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...