Tuesday, August 30, 2016
Persidangan Tak Rasmi...
...di atas lambor selepas waktu Asar bersambung....
Anak aku nanti nak masuk kolej tak tau macam mana. Mana nak korek duit nak beli peralatan dan tambang menambang..
Eh, apa susah buat pinjaman PTPN...semua orang boleh pinjam!
Sebelum dapat duit tu kita kena keluar dulu duit sendiri, tu lah yang takdenya. Barang kemas pun ada lah satu dua sebesar janggut udang..
Dan macam- macam lagi masalah harian yang diluahkan di bawah pokok jambu golok tu....
Pendek kata janganlah kondem dorang yang dapat duit, beras, gula, kain batik, kain pelikat masa pilihan raya nanti. Apa saja bantuan yang dihulurkan mereka akan terima dengan gembira.
Cuma kena ajar mereka buat macam orang Pas di Kelantan masa tahun 80an dulu...demo bui kito ambik!
Pokoknya undi adalah rahsia!
Kalau nak kempen kat kampung saya jangan dok cerita fasal IMDB, pengaliran wang..SRC International..duit masuk sana masuk sini..putar sana putar sini. Pendek kata toksah ceritalah secara ilmiah dan teknikal nanti dorang tak faham dan tak boleh nak cerita balik kat anak bini kat rumah..
Lagi pulak apa ke bendanya Good Star Ltd, Aabar Investment,Tanore...don't know and don't care..lantak koranglah nak belasah duit sapa -masalah depa lagi besar nak beri makan anak bini pun siksa.
La ni kena cerita sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka - duit 2.6b dan yang dah masuk dalam kantung MOI. Kita kat kampung hidup sungguh sederhana, tapi MOI anak beranak dan pengampu-pengampunya hidup mewah makan tak habis ke anak cucu, cicit, cuit hingga 7 keturunan..
Kemudian senaraikan apa barang yang Ahli keluarga MOI dan sahabat-sahabatnya dah beli , dah invest macam yang di kabor dalam surat kabor seluruh dunia melainkan surat kabor dalam negeri...
Tengoklah nanti Mek Senah Becok @ Kepoh pegi mengguugle macam nak rak dan gi pet pot pet pot kat kat sema orang dalam kampung!
Sunday, August 28, 2016
Sampai Hati.....
Semasa balik kampung baru-baru ni saya tumpang sekaki perkumpulan wanita di atas lambor yang bersidang hampir setiap petang selepas Asar.
Biasalah mula-mula tu pakat-pakat buat lepat, si anu tu begitu orang ni pulak begini. Dah puas melepat baru tukar agenda lain...
Kalu pegi pasar bawak duit 50 ringgit tak cukup nak belanja. Ikan kembung berbelas ringgit sekilo, ikan tenggiri, ikan merah jauh sekali...harga dah lebih 30 ringgit ..Tak kira lagi kalu beras, minyak, gula dah habis...
Dulu kita kata ikan mahal baik makan ayam. Sekarang ni ayam pun mahal , macam mana?
Mana kita mampu nak belanja dapur lebih-lebih, setakat 20 ringgit sehari bolehlah. Tu pun makan ala kadar je..
Pemimpin negara tak nampak pun kesusahan kita...sampai hati dorang tu..pendek kata dorang dengan suku sakat dorang je yang senang lenang, kita yang di bawah ni dok susah memanjang..
Tu lah aku ghoyak doh jangan dok pangkah parti umno , tok jadi gapo...pot pet..pot pet....2.6beliung...pot pet 1MDB.......pot pet..pot..pet...pakat sokong belaka padahal doh heboh satu dunia...pot..pet.... doh nok sokong buat gapo lagi?..pot..pet..pot..pet..
Mek Senah Becok mulalah berkempen ( dulu kini dan selamanya) jangan dok sokong puok demo tuh!
Jangan main dengan Mek Senoh, dia tahu serba serbi yang berlaku kat Kolumpor tu sebab anak dia dah ajar dia macam mana nak .....google!
Tuesday, August 23, 2016
Balik Kampung
Banyak bunga dalam paya..
Macam yang berlaku di negara kita jugak, ketua negara dan suku sakat serta biznes partner yang rupa-rupanya:
Berniaga buluh kasap
Untung lebur modal habis lesap!
Dorang sedap-sedap berjoli katak , bukak night club, jet setting all over the world, buat wayang semi porno, beli apartment mahal-mahal, naik haji ramai-ramai -
Rakyat marhaen jugak yang terima padahnya!
Harga barang dan perkhidmatan melambung naik...
Wednesday, August 17, 2016
Monday, August 15, 2016
Matahari Terbit!
Kalau rajin boleh tengok matahari terbit waktu subuh. Kalau rumah tidak berada di tepi pantai atau pun bukan di atas bukit yang menghala ke laut, memadailah dengan melihat waktu matahari dah naik....ok jugak..
Friday, August 12, 2016
Sejukkan Mata
Sambil melihat kehijauan pokok dan keindahan bunga, marilah kita renungi bersama apa yang telah berlaku di negara kita yang tercinta yang akan diwarisi anak, cucu, cicit, cuit dan seterusnya sampai kiamat - adakah kita akan mempertahankan orang yang dah mengaku 2.6b masuk dalam akaun peribadi terus menjadi pemimpin?
Pemimpin datang dan pergi, yang baik buat teladan yang buruk buat sempadan supaya bahananya tidak menimpa orang ramai.
Monday, August 8, 2016
Pandai Dan Tersangat Pandai
Kalau baca sejarah lama kita akan bertemu dengan Maharani China yang bijak laksana menghalang kemaraan rakyat China yang memberontak menentang kerajaan. Maharani berjaya mengalihkan kemarahan rakyat kepada kepada kuasa asing yang bertapak/berdagang di China sehingga berlaku peperangan.
Sekarang pulak ada duit masuk dalam akaun sendiri dan dah terkantoi big time ada pulak yang nak mengalih isu konon ada pihak merancang nak menjatuhkan kerajaan. Maka rakyat yang ramai-ramai ni pun senyap lah. Orang yang duit masuk dalam akaun sendiri sedap je dok belanja sakan dan menabur duit yang turun dari langit terus terjun dalam kantung dia...
Orang bawahan jugak lah yang termengkelan!
Tuesday, August 2, 2016
Empty Nest
Eldest daughter accompanied us visiting a sick relative in the kampung. Since she had been away for years , she took this opportunity to meet all the aunts, uncles and cousins that she hasn't seen for quite a while.
This particular visit made us realised that as time goes by a lot of things has changed. All the uncles and aunts has grown so much older and all the cousins had left homes. Those houses which were so full of life and there were always food on the table for all to eat at any time of the day ( and night ) are so quiet and empty now.
Abandoned shophouse in my kampung
One of our relatives in his late 80 now living with his wife who is just recovered from bone cancer. He has hearing problem and starting not to remember things . So he just sit at the edge of his bed by himself when his wife do some housework. They just occupy the ground floor of their house and the top floor is left dusty.
Another relative lost her husband 10 years ago and now at the age of 75 she suffers from alzeimer desease. Since she is all alone in the house the children decide to take turn to take care of the mother in their respective houses. Thus the family house is left under lock and key for quite sometime now. It looks like it is going to be that way for a long time to come.
It seems there are more elderly people living on their own now. Many family houses ( rumah agam ) left to rot because the houses are too big to maintain by the children and they are only functional during hari rayas and during the holidays.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...