Thursday, January 26, 2017
Harta Karun!
Sekali kemas beg tangan yang dah lama tak pakai.......penuh harta karun!
Kadang-kadang bila tukar bag tangan tukar sekali dengan sampah sarap!
Tuesday, January 24, 2017
Majlis Tahlil
Ladies only
Selain baca surah Yasin beramai- ramai kami membaca surah- surah lain iaitu surah ArRahman, AlWaqiah, AlMulk dan AlInsan secara halaqah baca bergilir- gilir dan diakhiri dengan tahlil pendek serta doa.
Saturday, January 21, 2017
Macam Rumah Tak Bertuan..
Masa dulu saya nampak pembangkang sangat desperate nak mengalahkan parti pemerintah. Pelbagai isu di ketengahkan seperti rasuah, salahguna kuasa, kronism dan lain-lain lagi. Masa tu ramai yang belum nampak kepincangan yang ada dalam pentadbiran kerajaan.
Saya pun selalu berfikir apa lah dorang ni...semua kerajaan buat tak betul. Ada je salahnya! Sedangkan negara aman makmur, rakyat rata- rata hidup senang.
Tapi sekarang saya pulak yang sungguh desperate - kenapalah MOI tak meletakkan jawatannya dengan sukarela sebab banyak kepincangan sedang berlaku. Rakyat marhaen hidup tertekan sebab harga barang melambung naik, kos sara hidup semakin tinggi dan dihempap pulak dengan bayaran GST ( semua barang naik harga tak kira yang sepatutnya kena gst atau tak kena gst ). Sepatutnya bukan semua barang dan perkhidmatan ada gst kan?
Setiap pagi bangun tidur dok berharap ada perubahan berlaku dalam negara - tiba- tiba menteri-menteri kabinet buat keputusan tak nak lagi bersekongkol dengan ketua yang salahgunakan wang negara, jadi mereka pun ramai- ramai menjalankan undi tak percaya ( walaupun dalam hati memang tak nampak jalan menteri- menteri tu nak membantu rakyat jelata )
Atau tiba-tiba AG tarik balik keputusannya dan ingin menyemak balik keputusannya...
Atau pihak polis siasat moi sebab duit negara yang hilang 2.6b itu lebih besar dari kes rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan yang jumlahnya tak sampai pun 1,000 juta kalau dicampur semua.....takkan tangkap ikan puyu je ikan jerung tak berani rapat!
Pendek kata kami rakyat marhaen ni merasa begitu kecewa - seolah- olah undang-undang dan penguatkuasaan sudah tak berguna lagi , takde makna dan tak boleh diguna pakai.....sedangkan orang yang diharapkan menjalankan tugas yang sepatutnya telah berpaling tadah!

Sunday, January 8, 2017
Thursday, January 5, 2017
Pokok Jarak
Pokok liar yang masih tumbuh di kampung saya
Bunga jarak berkembang putih sangat menarik
Teringat masa kecik dulu ada orang kata kalau biji jarak ( yang ada pada tampuk bunga ) dicampur dalam makanan boleh buat orang ceret beret.
Ada orang nak menganiaya orang dengan cara begini.
Tak tau sejauh mana benarnya perbuatan aniaya tu...
Monday, January 2, 2017
Kuala Rompin 2017!
Selamat Tahun Baru ( belated )! Takde bunga api....( takde peruntukan weh! )
Mak menakan dan anak menakan..
Rumah pesaka dah kena mekap baru. Ooops tersalah pilih kaler!
Balik kampung keje makan je..
Cik masak macam- macam bila Nuwal,Hisham dan Huda balik kampung.
Lepas makan pegi ambik angin kat pantai...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...