Tuesday, February 28, 2017

Poring Canopy Walkway


Bila pergi ke Kinabalu Park ( Taman Kinabalu ) jangan lupa pergi ke Poring Canopy Walkway (Titian Kanopi Poring )



Untuk naik ke Titian yang terawang-awang di udara setinggi 41-43 meter kena mendaki kaki gunung dulu



Sebelum mendaki jangan lupa tarik nafas dalam- dalam - mula dari perut kemudian hembus ikut hidung perlahan-lahan. Bukan apa takut semput nafas dan huffing and puffing sementara nak sampai ke atas...



Lepas mendaki 550 meter barulah berjumpa dengan pondok tempat untuk memulakan penitian kanopi ( di sinilah kita menyerahkan tiket yang di beli semasa masuk ke taman pada awal tadi.....)


Di pondok ini bolehlah kita melepaskan kekejangan kaki semasa mendaki tadi sambil meninjau-ninjau titian hayun yang yang tergantung setinggi lebih dari bangunan 8 tingkat.....rasa- rasa boleh lepas ke tak!



Titian gantung seperti di bawah ni, ada 5 titian semuanya bersambung-sambung  sepanjang 175 meter....kalau agak - agak gayat  masih belum terlambat, boleh patah balik...( titian ini semuanya one way street! )



Setelah berada di atas titian yang berayun- ayun tu kita berasa takjub berjalan di atas pucuk kayu dan di antara dahan- dahan pokok hutan yang tinggi. Sambil tu boleh tengok pemandangan keliling yang sayup di bawah kaki kita!



Lepas tu tarik nafas, tegakkan badan dan mulalah berjalan di atas titian angin. Hanya 6 orang saja yang berjalan di atas titian pada satu masa. Kalau ramai ia akan melebihi berat yang dibenarkan..
Jangan risau..setiap hujung titian ada tempat landing boleh rehat sekejap dan tarik nafas dalam- dalam kemudian teruskan perjalanan di atas walkaway yang berayun- ayun tuh!



Bila berjalan tu janganlah menyesal weh! Jangan dok fikir......what the hell I'm doing mannn....I must be out of my mind @ Ya Allah selamatkan aku!!!


Selepas habis ke lima-lima titian, kita kena turun bukit pulak ( bagi orang yang berumur dan heavy weight kena turun mengiring sikit takut  kepala lutut terbeban ) untuk keluar dari kawasan Poring Canopy Walkway!


Friday, February 24, 2017

Taman Kinabalu


Macam-macam ada kalau kita pegi ke Kinabalu National Park! Ia mengambil masa kurang dua jam dari Kota Kinabalu menuju ke arah Kundasang.

Paling menarik ialah Poring Kinabalu Park yang mempunyai berbagai tempat menarik untuk diterokai. Untuk masuk ke dalam park kita kena beli tiket dulu.

Inilah jambatan yang kita lalui untuk masuk ke dalam Taman Poring Kinabalu Park.




Di bawah jambatan ini terdapat sungai yang deras alirannya sebab ia datang dari gunung




Kita dialu-alukan dengan papan tanda kolam air panas ( Poring Hot Spring )



....dan papan tanda arah untuk melawat Taman Kupu-Kupu dan juga kawasan air panas



...dan juga papan tanda arah menuju ke Poring Canopy Walkway..dengan mendaki di kaki gunung..



Papan tanda Taman Kupu-Kupu..



Tanda arah kalau nak pergi tengok bunga Raflesia yang sedang berkembang..( bunga ini berkembang mengikut musim )



Tanda arah menuju ke Gua Kelawar dan Air Terjun Langanan



Di sepanjang jalan ada banyak bunga- bunga kecil yang cantik-cantik...



...dan cendawan yang tumbuh di batang kayu mati..



Paling menarik ialah pemandangan Gunung Kinabalu yang mengiringi kita dari Kundasang hingga ke Ranau kalau cuaca cerah. Kalau cuaca berkabus atau awan tebal kita tidak akan dapat melihat Gunung Kinabalu! Ia akan bersembunyi di balik awan tebal...





Pelbagai wajah Gunung Kinabalu yang dapat kita lihat mengikut lengkang lengkok jalan yang kita lalui, kadang-kadang ia seolah- olah tersergam di depan mata!



Untuk melawat semua tempat ini  mungkin tidak cukup satu hari! Kena bermalam di Kundasang ( yang banyak juga tempat menarik di situ ) atau tidur di Ranau ( lagi ada banyak tarikan di situ ).



Wednesday, February 22, 2017

Matahari Tenggelam Di The Tip Of Borneo!


Oleh kerana kami bertolak agak lewat ke Kudat ( untuk melihat matahari terbenam), agak stressful jugaklah takut tak dapat sampai tepat pada masanya. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat memakan masa lebih dari 3 jam.
Sampai di Kudat kami terus pergi ke Tip Of Borneo menunggu matahari turun...


Tip of Borneo ialah satu tanjung di Pantai Kudat yang menghala ke  Laut China Selatan. Dari situlah kita dapat melihat matahari terbenam di kaki laut..





Kami menunggu dari pukul 6petang , masa itu cuaca masih cerah.  Lama kelamaan  langit kian menguning. Matahari kian menurun ke gigi air dan akhirnya tenggelam pada waktu Maghrib pada pukul 6.30 petang.


Cahaya Maghrib dapat di lihat di seluruh Kudat dan kawasan lain di tepi pantai yang mengadap ke Laut China Selatan


Kalau nak tengok matahari tenggelam di Kudat, lagi elok bermalam di situ. Pagi besok boleh berenang di laut!



Tuesday, February 7, 2017

Favorite Corner




Pokok bunga 3 bulan ni baru saja ditanam semula, dah mula berbunga. Pokok-pokok yang ditanam keliling rumah selalu berubah-ubah - masa baru membesar dan tengah muda punyalah comel dan manis, tapi bila dah tua mulalah berseranggah!

Pendek kata kalau nak pokok comel memanjang kena rajin.....kalau rajin, malas ,rajin , malas jadilah macam orang - hari ni sikat rambut esok tak sikat, lusa sikat lagi, tulat tak sikat pulak..

Ia terjadi pada pokok-pokok bunga saya....4 bulan cantik, 4 bulan berserabut dan 4 bulan seterusnya macam orang pindah rumah.......

Sebagai mana tahun- tahun yang lepas resolusi tahun baru saya ( yang selalu fail ) ialah.... nak maintain pokok-pokok bagi segar sepanjang masa..











Sunday, February 5, 2017

From The Dropbox





Best jugak tengah jalan- jalan di Downtown Manhattan tiba-tiba nampak kedai antik kat bawah kaki ( basement ).....


Friday, February 3, 2017

Sembang Di Bawah Kemah...


....kenduri kahwin

Ramai anak-anak muda sahabat kedua mempelai yang hadir meraikan pengantin. Sambil makan depa tu sembang deghaih jugak...berlawan dengan makcik pakcik meja sebelah menyebelah...

Tajuk sembang sama je rupanya...tak lain tak bukan fasal moi. Yang membezakan golongan veteran dengan generasi " why " ialah mereka sembang pakai gadget - tunjuk gambar moi anak beranak pegi holiday , ada gambar holiday cruise yang controversial dulu ada jugak baca berita di talian dan macam- macam lagi.Kadang- kadang dok tunjuk sesuatu....engko tengok n%j&b ni.....muka selamba je..

Sementara pakcik makcik di sebelah menyebelah tu pulak dok geram bukan main berkobar-kobar semangat nak menumpaskan penerima derma 2.6b tu di peti undi!
Diharapkan puok demo yang muda-muda yang belum daftar mengundi pegi cepat- cepat daftar!!!

Demo sanggup ke 5 tahun lagi nak berketuakan biawak hidup yang dah pun kenyang anak beranak , suku sakat, sekutu sepakat - 7 keturunan pun makan tak habis!

Kalau PRU13 dulu mak bapak bergaduh dengan anak-anak sebab anak-anak pegi pangkah PR sedangkan mak bapak totok UMNO.

Kali ni apa kata mak bapak , tok nenek dan cucu cicit jangan dah undi ameno - sebabnya terbukti semua tak boleh diharap , tak amanah , tak jaga kepentingan rakyat , dok gi sokong ketua yang kleptokrat.....





Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...