Thursday, April 27, 2017

Taman Comel



Ibubapa yang kematian anak kecil yang dirundung kedukaan mungkin terubat sedikit hati mereka bila melihat anak kecilnya tidak keseorangan di Taman Si Kecil seperti ini, malah akan menginsafkan mereka bahawa kehidupan di dunia ini adalah fana'



Kalau tidak ada tanah perkuburan khas kanak- kanak sudah tentu kita tidak tahu rupanya ramai kanak- kanak yang mati - ada yang mati sebelum lahir, baru lahir , yang mati berumur  1 hingga 2 tahun agak lebih ramai dari yang mati sebelum baligh....





Sungguh terharu apbila membaca cerita Arwah Muhammad Thaqif Amin bin Mohd Gaddafi berumur 11 tahun yang telah kembali ke Rahmatullah di hospital Sultan Sultan Ismail. Kematiannya disebabkan kecederaan di kaki dan tangannya akibat dipukul semasa arwah belajar di sebuah sekolah Tahfiz di Johor.


Siapakah yang dapat menahan sebak apabila membaca luahan hatinya? Dia menanggung kesakitan seorang diri......tanpa mendapat perhatian dari ustaz ustazah dan pentadbir sekolahnya.....

           
Sesungguhnya dalam hal kematian Muhammad Thaqif itu pula tidak boleh dipandang ringan. Pihak yang berwajib perlu memastikan sekolah- sekolah Tahfiz persendirian berada di arus perdana dan ditadbirkan secara professional.



**Gambar Tanah Perkuburan Kanak- Kanak Seksyen 21 Shah Alam - khas untuk ibubapa yang anak-anak mereka telah mendahului mereka pergi menyambut panggilan Ilahi.....

Monday, April 24, 2017

Menghabiskan Sisa-Sisa Hidup?


Ramai warga emas yang kesunyian kerana tinggal bersendirian setelah anak-anak berumah tangga dan bila pasangan meninggal dunia.

Timbul perkataan seperti - mengharungi sisa-sisa hidup - seolah olah memberi makna kehidupan menjadi kosong dan hanya menunggu panggilan Ilahi......

Ada yang menyepi diri, ada yang beribadat sepenuh masa, ada yang meratapi nasib sendiri, ada yang dilanda stress , ada yang mengongkong anak-anak supaya sentiasa bersamanya.....

Pernah suatu ketika dulu seorang sahabat mengongsi pengalaman yang dia dapat melalui ahli keluarganya. Katanya kita kena berdikari dalam segala hal dan kena ingat anak- anak sudah ada kehidupan sendiri jangan harap sangat mereka boleh bersama kita setiap masa...
( melainkan sakit pening )...

Menjadi orang tua tidaklah begitu mudah.... menjadi tempat rujukan anak cucu, menjadi contoh teladan , menunjukkan kasih sayang.....
Kalau anak cucu sudah tidak menghormati tok nenek mereka , sudah tentu mereka dianggap sebagai beban...

Alaaa tak naklah pegi rumah nenek...semua tak boleh buat...
..........asyik marah- marah tak bagi kita buat bising...
....boringlah........
dan lain- lain lagi!


Wednesday, April 19, 2017

Tidak Di Sangka!


Bagaimana rasanya kalau kena menjaga suami yang  sakit berat bertahun- tahun lama di samping itu kena mencari rezeki untuk kehidupan seharian seperti menjahit pakaian, menjaga anak orang atau pun berniaga kecil-kecilan. Jarang wanita lari dari tanggung jawab begini...

Tapi kalau perempuan ditimpa sakit berat susah jugak suami nak tunggu lama-lama. Rata- rata akan berkahwin lain supaya ada orang yang boleh menguruskan dirinya.

Walau bagaimana
 pun ada suami yang begitu setia memelihara isteri yang sakit. Ada yang menjaga isteri yang mengidap kanser, isteri yang mendapat stroke dan isteri hilang ingatan.  Mereka tidak memikirkan kesukaran diri, terus memelihara isteri yang sakit...

Pernah berlaku di kalangan orang yang saya kenali - setelah berkahwin dan mendapat seorang anak isterinya tiba- tiba hilang ingatan. Puas berubat dengan doktor pakar saraf, pakar sakit jiwa, bomoh, dukun, tok lebai....semuanya tak berhasil...

Suami yang baik itu mengambil alih tugas rumahtangga menjaa anak, memasak ,kemas rumah, basuh baju di samping pekerjaan sehariannya sebagai pegawai kerajaan. Setelah berpuluh- puluh tahun lamanya, anak-anak yang seramai 4 orang telah tamat pengajian masing- masing dan mendapat pekerjaan, barulah sisuami beristeri lain.

Nak dijadikan cerita setelah beberapa tahun berkahwin lain dengan tidak disangka-sangka isterinya pulih semula dari hilang ingatannya......tak tahu apa perasaannya setelah 30 tahun berlalu - seolah- oleh seperti terjaga dari tidur yang panjang.....




Friday, April 7, 2017

Adab Kenduri Kendara....


Sangat perlu kita menepati waktu apabila menerima undangan - kenduri kahwin atau lain- lain majlis yang seumpamanya. Kita kena menepati waktu jemputan tuan rumah, kalau dijemput dari pukul 12 tengahari hingga 4 petang - jangan pulak datang pukul 6 petang atau 8 malam dengan membawa pelbagai alasan atas kelambatan.

Keadaan begini boleh menyukarkan tuan rumah sebab bila habis tempoh kenduri atau majlis makan- makan tuan rumah sudah tentu kepenatan dan perlu berihat.

Janganlah dicerobohi privasi tuan rumah apabila majlisnya telah ditutup...


Monday, April 3, 2017

Small Town Woman!



Masa belajar berpuluh tahun dulu banyak benar ungkapan-ungkapan digunakan seperti
hoi apia, that turkey, lu gila?, where gotlah.., go die yourself...dan macam-macam lagi yang karut marut dan haru biru...Tapi mujur jugak ianya tidak melarat keluar ke dunia sebenar, kalau tidak habis percakapan anak cucu kena cuci dengan klorox!

Paling tak boleh lupa ialah title Small Town Woman yang diberi kepada orang yang suka menyohor dan menunjuk- nunjuk.

Bahaya jugak perangai small town woman ni jika suami dia pegawai pangkat besar, ahli politik atau orang ternama lainnya.  Bayangkan kalau isteri dia masukkan dalam facebook gi ghoyak ( sebagai contoh ) dia dapat hadiah gelang berlian harga seratus ribu ringgit/usd/euro ( whatever ) dari suami tercinta. Kalau suami pegawai kerajaan orang semua buka mata- mana dapat duit banyak tu?
Kalau dia ahli politik - orang akan kata best jadi ahli politik banyok dapat pitih!
Atau orang kata - memang buta perut orang nak beri makan anak bini pun susah payah harga barang semua mahal, dia bukan main lagi menyohor fasal gelang berlian aka tak perihatin terhadap kesulitan hidup rakyat...

Tu lah susahkan? Kalau berkhidmat untuk rakyat ..... nanti kena tanya awat depa hidup senang lenang kami ni dok makin susah.........








Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...