Monday, February 26, 2018

A Quick Lunch For Two


With my twenty or so years old Teflon...
Cukup mudah masak macam- macam guna satu kuali saja. Bila dah lama pencen buat kerja dapur seminima yang boleh.

Mula-mula goreng nasi dulu..

Dah siap, masukkan dalam mangkuk hidang....


Basuh kuali, goreng ayam yang sudah diperap sehari sebelum dengan sedikit minyak, kemudian masukkan ke dalam oven selama 10 minit

Ok, set! Two down one to go..


Basuh kuali, panaskan brown sos yang disimpan dua hari lepas

Masukkan ke dalam mangkuk kecil.

Dah boleh makan!
Dapur pun tak berselerak...


Monday, February 19, 2018

Asam Pedas Segera


On my laziest day I used prepacked asam pedas paste ( my husben bought in pasar malam quite some time ago)



Ok, jangan baca cara- cara memasak pada kertas tu, nanti banyak benda pulak kena buat!
Jadi, gunting hujung paket asam pedas tu, masukkan pes asam pedas ke dalam periuk kemudian tambah air secukupnya.
Apabila kuah mendidih, baru masukkan ikan.
 ( saya guna ikan selar yang dah dua minggu terbeku dalam freezer.......)




Lagi sedap tambah kacang bendi ( yang dibeli beberapa hari lalu) , daun kesum, daun selasih, daun pudina yang diambik di belakang dapur........( Bubuh je akak oi bukannya beracun )



Inilah hasilnya!



Bon Appetit!


Thursday, February 8, 2018

Taman Sari Jogja




...yang berusia ratusan tahun..masih tegak berdiri



Ia di kelilingi tembok batu yang tinggi....pada masa dulu   pokok buah- buahan ditanam dikeliling kota untuk melindungi seluruh kota itu dari pandangan orang luar.


Tapi kami di bawa masuk ikut pintu belakang - masuk je terus nampak kolam mandi yang luas dan sangat jernih airnya walaupun sudah berumur beratus tahun...Kolam dibahagi dua bahagian, paling hampir tembok ialah bahagian kanak- kanak .Bahagian yang dekat dengan menara tiga tingkat itu untuk gundik raja seramai 20 orang.


Raja akan menengok @ mengintai gundik- gundik mandi melalui tingkap menara dan akan mencampak bunga pada mana- mana gundik yang ia berkenan....


Gundik yang terpilih akan mandi bersama raja di kolam yang berasingan ( private pool ) di belakang menara tanpa dapat dilihat oleh sesiapa....
Selepas mandi raja dan gundik berihat di bilik yang disediakan dalam menara....
Sementara itu gundik yang lain-lain bersiap untuk menari diiringi pukulan gendang di luar kawasan kolam

Begitulah cerita pemandu pelancong kami. Tanpa pemandu pelancong kita tak akan tahu cerita di sebaliknya.
Rupanya pintu belakang itulah tempat yang happening khas untuk raja dan gundik-gundiknya behibur...




Saturday, February 3, 2018

Matahari Naik Di Borobudur



Antara patung Buddha di atas puncak Borobodur setinggi 7 tingkat.



Pakat nak pegi tengok matahari naik di Candi Borobudur. Pukul 3.30 pagi dah keluar dari hotel di Jogja -  sampai ke kawasan Candi sebelum masuk waktu Subuh. Masa tu dah ramai pelancong tiba mereka mendaki Candi Borobudur dalam kegelapan Subuh yang berkabus.




Dari musolla mengambil masa 10 minit untuk sampai ke kaki Borobudur. Para pelancong dah ready with their cameras untuk merakam matahari yang akan naik dari arah bukit.

Kabus makin tebal, matahari belum kelihatan. Sampai dah waktu Dhuha matahari tak kelihatan - hanya nampak langit merah bila kabus berkurangan. Kami semua tidak dapat melihat matahari terbit...matahari dilindung awan..



Rupanya tak semua orang dapat tengok matahari terbit.....
Mereka kata masa yang paling cantik tengok matahari naik di Borobudur ialah pada bulan Ogos - boleh nampak dengan jelas apabila berada di atas candi.


Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...