Wednesday, September 19, 2018
Tanam Lengkuas...
....atas bukit...
Nak ambik lengkuas kena naik tangga dulu..
Punyalah sihat pokok lengkuas berkembang biak atas bukit, pada hal tak pernah bersiram dan berbaja...
Tapi bila nak masak pegi kedai beli lengkuas, sebab lagi mudah beli dari mencangkul pokok lengkuas di atas tanah yang keras dan berbatu.....
Sunday, September 16, 2018
Alamak! HabisTerpadam..
Okay....dek kerana bijak lebih dan tangan gatal pegi dok edit album archive maka habis terdelete semua gambar... dah tak ada di alam maya lagi..Kalau ada pun gambar- gambar yang baru je...
Jadi blog saya dah togel sekarang haha!
ps. Sekarang saya tengah mencari gambar-gambar yang hilang dan masukkan balik ke dalam blog ini....
Wednesday, September 12, 2018
Janji Buah Keranji
Mama mintak biarlah ( cepat mati ), tak nak menyusahkan orang...
Mak Kiah melepaskan sindiran paling tajam pada anaknya...
Tak tau sebab apa dia begitu sedih dan sangat mengambil hati...
Rupanya selepas suaminya tiada, anak- anak dah buat kepoh fasal rumah pusaka yang ditinggalkan suaminya. Mereka sibuk nak menjual rumah. Salah seorang adik beradik mereka mampu ambik pinjaman perumahan yang lebih dari yang lain-lain. Elok jugak sebab harta tak jatuh ke tangan orang.....
Kalau rumah itu dijual boleh berbagi duit - mama 1/8 bahagian , anak- anak lelaki 2 bahagian dan anak-anak perempuan 1 bahagian. Depa dah pegi tanya baitul mal. Jadi masing- masing boleh dapat bahagian masing- masing.
Anak yang beli rumah pun berjanji denga mamanya - takpe mama duduklah rumah tu sampai bila- bila ( aka sampai mati ). Bila mama duduk rumah tu, lama- lama anak keluh kesah dok kira hari bilalah mamanya akan...
Isteri kat rumah dah buat bising, bayar loan mahal tapi tak dapat duduk rumah sendiri. Bila ajak pindah duduk sekali dengan mama......tak sanggup! Akhirnya mama pun berasa sangat serba salah....
Janji- janji anak yang bergilir- gilir nak jaga ibu atau bapa yang keseorangan pun selalunya tak menjadi. Janji sebulan sana sebulan sini, tapi setiap akhir bulan , giliran seterusnya sentiasa saja ditangguhkan sebab ada yang kerja outstation, ada yang pergi holiday, ada yang pegi tengok anak di sekolah asrama dan macam - macam lagi...alasan yang munasabah dan tak munasabah yang diberikan adanya.....
Saturday, September 8, 2018
Bunga Orkid Liar
Pagi tadi Has telefon - you ada tak vast tinggi?
Ada...
You ada kat rumah sekarang?
Ada...
( Dalam hati Has ni nak buat apa vast tinggi? Anak nak bertunang ke?)
Thursday, September 6, 2018
Sejukkan Mata
Seorang kawan ajar saya minum air aloe vera dengan cara buang kulit luar dia dan scoop dengan sudu - blend dengan carot atau apa saja. Baik untuk kesihatan!
Tapi tak berapa serasi dengan saya, bila minum air aloe vera yang fresh jadi pening pulak!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...