Monday, March 16, 2020
Memperkenalkan...Bunga Telang
...yang berwarna biru. Mudah ditanam dan ia jenis pokok yang menjalar.
Ia menjadi bahan asas untuk membirukan nasi kerabu...
Rupa-rupanya bunga telang ini banyak khasiatnya bagi manusia...malah banyak penyelidikan telah dibuat mendapati bunga bunga telang ini antaranya boleh mencuci darah, menyihatkan tubuh, mengawet muda dan lain- lain......selain dari lembu dan kambing yang suka memakannya ( semasa saya tengah memetik bunga telang tiba-tiba ada orang menegur...dia kata kat kampung dia lembu dan kambing suka makan bunga telang! )
( Auk jaklah akak oiii..mun kitak makan nasi kerabu pun dari air bunga telang juak...)
Jadi kalau kita adventurous sikit boleh juga buat teh bunga telang. Paling senang ambik beberapa kuntum bunga letak dalam cawan dan tuang air panas ( bila nak minum tapis, saya suka minum dengan bunganya sekali )
Kalau rajin lagi keringkan bunga telang dan simpan untuk digunakan bila perlu..
Boleh tanam dalam pasu depan pintu dapur je...asalkan ada tempat yang dia boleh melilit.
Wednesday, March 4, 2020
Mendapat Khidmat Pembantu Rumah
Kalau seseorang sangat memerlukan khidmat pembantu rumah, kenalah jaga pembantu supaya dia dapat berkhidmat lama.
Selalu terjadi bila dapat pembantu yang baik majikan pulak yang tak perihatin. Kadang kala majikan punyalah baik, bertimbang rasa pembantu pulak macam pu#k%.., curi tulang, pengotor atau panjang tangan...
Tapi apa- apa pun orang yang memerlukan khidmat pembantu kenalah jaga perasaan mereka sedikit sebanyak...
Ada majikan selalu check makanan, buah-buahan dalam fridge, biskut, Milo, susu dan lain-lain - lepas tu buat bising, sapa dok mentekedarah biskut import yang dia beli habis setengah bungkus ...atau mana pegi buah epal yang lima dah tinggal empat...
Atau...tuan rumah dok asyik hilang barang...kejap hilang kasut yang dia baru beli, esok pulak hilang purse, lusa hilang baju dalam saiz 40, sedangkan Bibik pakai saiz 28 je.....
Tapi semua yang hilang jumpa semua pulak...letak tempat lain cari kat lain - sampai kecut hati pembantu rumah dibuatnya...
Tapi yang paling menggerunkan saya ialah bila dengar cerita bahawa ada kes penganiayaan kanak- kanak ialah kerana sakit hati pada ibubapa yang tak bertimbang rasa membebankan segala kerja ke atas pembantu...
Ye ke? Atau pembantu tu yang otak dia dah putus wayar.....kalau dia normal takkan sanggup menganiaya kanak-kanak..
'Ala kully hal..majikan kenalah sentiasa berwaspada....kalau pembantu bagus, jagalah elok-elok. Kalau nampak pembantu lain macam...kenalah buat sesuatu supaya tak mendapat bencana adanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...