Saya dah lama teringin nak tanam cendawan. Rasa macam best je kalau tanam cendawan kat rumah .
Minggu lepas Tina beri saya sebungkus cendawan tiram. Di kawasan rumah Tina ada projek Kebun Komuniti di Jalan Berlian dan Jalan Zamrud . Mereka menanam sayur di kawasan belakang dapur masing-masing - back to back sepanjang- panjang deretan rumah mereka.
Projek ini telah berjaya dan hasilnya dijual setiap hujung minggu.
Tina beritau kalau nak tanam cendawan kena beli bongkah dia dan bubuh benih dalam tu. Kena siram hari- hari dan tutup dengan tuala. Dan kena letak di tempat yang gelap - bilik gelap.
Kalau nak tanam sebongkah atau dua je tak perlu bilik gelap. Jadi nak bubuh kat mana? Dalam lemari bawah dapur? Atau pada satu penjuru dalam bilik stor? Tina kata lipas suka makan cendawan....tak boleh letak ikut suka..
Lagi satu cita-cita saya ialah nak tanam pokok vanilla. Saya pernah tengok dokumentari orang berkebun vanilla. Pokok vanilla ni macam pokok okid, sangat cantik bila dia berbunga...
Ahli-ahli Kebun Komuniti telah pun membuat lawatan ke ladang vanilla di Pulau Pinang. Tina beritau saya pokok vanilla ni lain sikit dari pokok- pokok lain.
Pokok vanilla ambik masa tiga tahun untuk berbunga. Setelah berbunga kena pulak didebungakan oleh lebah yang khas diimport dari Mexico ( mak aii...)...supaya ia mengeluarkan buah ( vanilla pods ) . Dalam buah vanilla ada biji- biji kecik yang digunalan sebagai bahan pewangi dalam kueh mueh.
Gambar Ihsan Amazon
Atau pun pendebungaan boleh dibuat secara manual dengan menggunakan kapas - ambik debunga jantan letak pada stigma bunga betina dari pokok ke pokok.....( wuih! nak buat macam mana tu? )
Rasanya lagi murah dan senang pegi beli vanilla dalam botol kat kedai runcit je...
Bukanlah nak kata...cita-cita ni tak kira kecik atau besar mesti ada cabarannya. Sebab tu lah kalau bercita- cita kena ada semangat yang kental dan hendaklah ia sesuatu yang munasabah.
Kalau cita- cita tak munasabah tu angan- angan namanya. Macam Mat Jenin - tengah panjat pokok kelapa berangan- angan nak jadi kaya dan dapat kawin anak Raja.
Khalas - lalu terjatuh dari pokok - tak tau apa jadi!