Sunday, May 11, 2025

Pantang Larang Orang Kita



Bila mai tang pantang orang kita cukup ekspert terutamanya masa dalam pantang sesudah bersalin..tak boleh suka hati nak makan apa.

Macam- macam pantang - antaranya tak boleh minum ais sebab walau pun dia sejuk tapi bila masuk dalam badan jadi panas boleh rosak urat saraf....( uish..bior bebenor...)

Tak boleh makan sayur sebab sejuk dan ia boleh menyebabkan peranakan kembang...

Kalau kita bandingkan pantang seluruh Malaysia kebanyakannya tak sama -  A kata tak boleh makan ubi kayu B kata boleh. Kalau kita campur tolak semua yang pantang tak boleh dimakan tu akhirnya semua benda kita boleh makan.

Ada yang kata doktor tak suruh pun pantang makan...tak payahlah pantang memantang. Eh.. Doktor mana tau, bukan depa belajar bab pemakanan perempuan lepas beranak....mak bidan lagi tahu.

Sebenarnya ramai je orang yang lebih pandai dari doktor. One of my relatives ada acute diabetes sehingga kena cucuk insulin. Dia selalu cerita pada saya dia tak ikut arahan doktor, tapi adjust sendiri tahap insulin yang dia cucuk.  Dia kata itu lebih sesuai dengan dia...

As for me tak lah gedebe macam dia..I cuma got fed up year in year out makan ubat darah tinggi, kolesterol dan diabetes. 

Pada tahun lepas dengan bodohnya berhenti makan ubat kolesterol dan kurangkan ubat diabetes selama beberapa bulan. Selepas dua- tiga bulan setiap hari pening kepala rupanya kolesterol dah naik. Beberapa bulan kemudian bila check HBA1C pun dah naik . Akhirnya kena balik ke pangkal jalan...Dan kena terima kenyataan kita ni dah ada penyakit

Rupa- rupanya tak boleh memandai-mandai reka sendiri nak makan atau tak makan ubat yang doktor bagi tuh!




Saturday, May 3, 2025

Grow Old Gracefully


Kita yang dah senja ni janganlah dok buat muka stern je, nampak serious dan tak peduli...

Jangan sampai jadi...             

"dah lah tua  dok buat cengil " - lagilah anak cucu, sahabat handai dok jauh- jauh dari kita.  Ye lah..bila tua dah hilang seri, yang nampak hanyalah kedhaifan diri...

Saya masih ingat masa saya kecik dulu dua orang ibu saudara saya sangat menunjukkan sayang mereka pada saya, sampailah saya dah beranak pinak. Kasih mereka tidak pernah berubah hingga mereka tua. Kedua- dua mereka dah lama  meninggal dunia -  setiap kali mendoakan emak ayah, saya memanjangkan doa pada ibu saudara yang saya kasihi itu.. InshaAllah...

Pada majlis aqiqah Haydar semalam , Arif tengah sedap makan kambing bakar....

Arif suka makan kambing?

Ya, suka....

Bila tok balik Rompin nanti, tok bawak balik daging kambing bakar frozen.

Tapi saya tak nak kambing frozen. Nak kambing yang hidup..

Ok boleh, nanti on the way home bila nampak kambing kat tepi jalan suruh dedi berhenti kereta, you ambik kambing tu bawak balik...

Hahahaha.....



Surau Di Belakang Rumah!

Apabila  surau dibina, ramai yang suka hati terutama wanita-wanita yang dah banyak umur dan akak- akak yang anak ramai. Dorang  pergi surau ...