Apabila surau dibina, ramai yang suka hati terutama wanita-wanita yang dah banyak umur dan akak- akak yang anak ramai. Dorang pergi surau je biar orang lelaki pergi masjid yang agak jauh tu..
Keluarga Haji K mendirikan surau di atas tanahnya. Ahli keluarganya mengurus semua hal surau - datuk jadi imam, cucu jadi bilal, lain- lain ahli keluarga tolong mana yang patut.
Masalahnya bila menjelang waktu Subuh Tok Imam berumur lebih 60 tahun itu berzikir Tarhim dengan suara garau melalui mikrofon yang tinggi volume... ramai juga lah yang tersumbat telinga mendengarnya.
Lama kelamaan surau yang ditaja anak beranak itu makin sunyi, ramai yang telah berpindah ke masjid. Anak- anak kecik dah membesar, wanita yang dah berumur ramai yang bersolat di rumah sahaja. Akhirnya tinggal tuan surau anak beranak yang mengimarahkan surau itu.
Katanya ada beberapa pihak yang memohon untuk mengambil pentadbiran dan pembangunan serta kewangan surau itu supaya ia bergerak semula. Dengan pembaikan pelbagai aspek surau itu mungkin boleh menarik jemaah baru.
Malangnya usul itu ditolak oleh tuan surau. Akhirnya tuan surau anak beranak bersolat di rumah je sebab keadaan surau yang uzur dan bekalan letrik pun dah lama terputus..
Maka keluarlah cerita dari mulut- mulut yang cerobeh konon kata surau itu berhantu. Kononnya sejak dari dulu lagi dah berhantu siap dengan cerita seramnya sekali sebagai bukti surau tu berhantu...
Demo dok ingat kat hantu je, pada halnya nak maintain sebuah surau memerlukan perbelanjaan dan kaki tangan untuk mengurusnya...